ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday, 6 August 2012

Faktor-faktor yang melemahkan Dinasti Manchu

pengenalan 

Orang-orang manchu adalah puak yg berpindah randah (barbarian). Tahun 1644 mereka berjaya menegakkan pemerintahan di negara China dan menggulingkan Dinasti Ming.  mereka berjaya mencipta nama sebagai negara yang bertamadun dan disegani oleh kuasa-kuasa barat.  namun abad ke-19 kerajaan manchi telah mengalami kemerosotan.

isi

Sejak pemerintahan Maharaja Yung-Cheng(1723-1735), tentera manchu hilang semangt juang mereka lebih suka berjudi, berniaga dan gemar berhibur. Lebih-lebih lagi setelah masuknya candu ke negara China. Buktinya China kalah teruk dalam 2 siri peperangan iaitu Perang Candu 1 dan 2.  dalam perang dengan Jepun juga telah mengalami kekalahan. 

kebencian orang cina terhadap orang manchu yang menguasai China. mereka harus mengembalikan semula kekuasaan negara China untuk orang cina asli berbangsa Han dan menegakkan kembali Dinasti Ming.  banyak gerakan anti manchu lahir seperti Heaven and Eart Society, White Lotus Sec, Shang Ti-Hui dan Tung Ming Hui.

sikap pegawai manchu yang mengamalkan rasuah, penipuan dan penyelewengan kuasa. rakayat tidak puas hati dengan cukai yang tinggi dan golongan kaya bebas dari tekanan ini.  akibat penyelewengan dan penipuan segala rancangan tergendala. contohnya di wilayah Szechwan sebanyak 2 juta tael diselewengkan.

berlakunya bencana alam seperti banjir pada pertengahan abad ke-19.  ekonomi merosot kerana hasil pertanian musnah dan akibat peperangan.  kemarau dan serangan binatang perosak juga sering melanda.  contoh di lembah Hwang Ho dan Yang-Tze.   ekonomi China juga menjaddi buruk kerana terpaksa membayar ganti rugi peperangan. contoh Perjanjian Nanking China terpaklsa bayar kira2 21 juta tael kepada inggeris. Perjanjian Shimonoseki, China terpaksa bayar ganti rugi kepada Jepun kira2 200juta tael dan dalam Protokol Boxer 1901, China kena bayar 450 juta tael kepada Barat dan Jepun.

masalah sosial yang besar iaitu pertambahan penduduk yang pesat.  pertambahan penduduk menambahkan lagi beban kerajaan bagi memberi makanan yang mencukupi.  walaupun kerajaan galakkan perpindahan ke kawasan yang kurang padat. namun kegagalan kerajaan menyediakan alat perhubungan menyukarkan proses ini. contoh tahun 1800 penduduk cina seramai 300 juta meningkat kepada 400juta pada tahun 1850 sedangkan kadar pertambahan tanah pertanian hanya kira2 33%. gejala lain muncul akibat pertambahan ini seperti pengangguran, libatykan diri dengan kumpulann haram, rompakan dan pelbagai kegiatan jenayah, selain masalah kebuluran.  contoh antara tahun 1900 dan 1911 3 juta orang mengalami kebuluran dan hampir maut.  jadi banyak orang cina bangun memberontak menentang kerajaan.

kemasukan fahaman imperialisme barat.  kuasa barat seperti Perancis, Inggeris, Rusia dan Jepun masing-masing berlumba-lumba mendapatkan wilayah dan pasarran di negara China. kerajaan China tidak mampu menghalang fahaman ini dari terus merebak dan ini melemahkan kedudukannya. contohnya inggeris guna alasan perdagangan dan hubungan diplomatik, Rusia pura-pura menjadi pelindung negara China dan Jepun memperolehi hak di negara China melalui peperangan. ini menggugat kehormatan negara dan menjejaskan usaha untuk memulihkan kedaulatan melalui rancangan pembangunan negeri.

kesimpulan

keadaan luar dan dalam yang berlaku menyebabkan penduduk cina hilang kepercayaan terhadap kerajaan manchu.  golongan nasionalis berpendapat, salah satu cara untuk mengembalikan kedaulatan China ialah menggulingkan Dinasti Manchu.  Akhirnya pada tahun 1911, di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen kerajaan manchu terpaksa menamatkan pemerintahan mereka dan China menjadi negara republik.






No comments:

Post a Comment