ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Saturday, 14 July 2012


DASAR PEMODENAN MONGKUT DAN MONDON MIN

Bandingkan usaha-usaha pembaharuan Mongkut di Thailand dan Mindon Min di Myanmar.
A. Pengenalan
1. Nama penuh Mongkut ialah Somdeth Phra Paramender Maha Mongkut dan digelar Phra Chom Klao. Beliau pernah mendalami ilmu agama dan menjadi sami serta mempelajari ilmu hisab, astronomi, bahasa Inggeris dan Latin.

2. Mongkut dilantik menjadi raja pada 3 April 1851 bergelar Rama IV dan semasa menjadi raja, beliau sedar pentingnya hubungan baik dengan negara barat.

3. Mindon Min merupakan putera kepada Raja Tharawady dan adik Pagan Min. Beliau dilantik menjadi raja dengan bantuan dan sokongan daripada menteri Magwe Mungyi pada Februari 1853. Seperti Raja Mongkut, Mindon Min juga seorang sami dan mementingkan hubungan dengan kuasa barat.

B. Isi

1. Politik

Mongkut:

a) Beliau mengambil kira-kira 80 orang pegawai barat bagi membantu pentadbirannya seperti Puan Anna Leonowens sebagai pendidik di istana.


b) Menyusun semula undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kepakaran pegawai Belgium dan Denmark.

c) Major Gerini yang berbangsa Itali mengetuai maktab tentera bagi melatih kadet kadettentera. Manakala seorang pegawai Peranchis dilantik untuk menyusun angkatan perang dan seorang Amerika dalam perkhidmatan kastam dan mengetuai maktab diraja.

d) Beliau juga telah memperbaharui dasar luar Thailand dengan mengadakan beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa barat seperti P.Bowing (1855), Peranchis, Amerika dan lain-lain.

Mindon Min:

a) Seperti Mongkut, beliau telah mengambil pegawai-pegawai dari barat seperti Peranchis dan Itali untuk membantu pentadbirannya.

b) Beliau telah memindahkan ibu negeri dari Amarapura ke Mandalay dan telahmemperkukuhkan pentadbiran kerajaan pusat dengan menghapuskan sistem myosa pada tahun 1861.

c) Beliau telah mewujudkan kira-kira 10 jawatan kayaingwun bagi menyelaraskan kerja Myowun di setiap daerah.

d) Pada tahun 1854, beliau cuba mendapatkan Pegu daripada British tetapi gagal dan kemudian menjalin hubungan diplomatik dengan British di Burma Hilir pada tahun 1862 dan 1867.

e) Di samping itu, seperti juga Raja Mongkut, Raja Mindon telah membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa barat bagi mengimbangi kekuasaan British seperti dengan Peranchis (1873) dan Itali (1872).

2. Ekonomi

Mongkut:

a) Selepas tahun 1850an, Raja Mongkut telah mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara barat seperti British, Amerika, Peranchis dan lain-lain sekaligus menamatkan dasar pintu tertutup Siam.

b) Beliau telah memperkenalkan sistem mata wang mengikut cara barat dan membina jalanraya yang menghubungkan bandar dengan kawasan yang berpotensi dari segi ekonomi.

c) Membina tali air dan terusan untuk kepentingan sektor pertanian.

d) Menghapuskan sistem buruh paksa.

Mindon Min:

a) Pada tahun 1861, memperkenalkan cukai Thathanpmeda dan memperkenalkan mata wang baru dan menubuhkan kilang wang diraja (1861).

b) Mendirikan kilang-kilang perusahaan dan perlombongan seperti lombong besi dan arang batu tetapi kurang berjaya.

c) Seperti Mongkut, beliau menggalakkan perdagangan luar seperti dengan Burma Hilir yang berada di bawah kekuasaan British.

3. Sosial

Mongkut:

a) Beliau memberi tumpuan terhadap bidang pelajaran dengan menggalakkan penguasaan bahasa asing.

b) Beliau telah menghapuskan adat meniarap di hadapan raja di kalangan orang asing dan mereka dibenarkan menyembah raja dengan cara sendiri.

c) Beliau juga telah berusaha menghapuskan sistem perhambaan tetapi tidak bejaya.

d) Menghadkan keistimewaan kaum bangsawan.

e) Mengamalkan dasar tidak mengganggu bangsa dan agama lain.

Mindon Min:

a) Berusaha menjadikan Mandalay sebagai pusat kebudayaan dan menghidupakan tradisi lama.Beliau juga cenderung dalam keagamaan dan telah membina kompleks pagoda. Beliau juga telah menjadikan Mandalay sebagai pusat agama Buddha.

b) Mengecualikan cukai Thathameda kepada sami dan petani yang mengerjakan tanah agama.

c) Pada tahun 1871, Burma menjadi tuan rumah bagi Majlis Agama Buddha di Mandalay.

C. Kesimpulan

1. Mongkut dianggap sebagai pengasas kemajuan Siam dan negara itu terhutang budi kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan pemerintahan ketika kuasakuasa barat berusaha meluaskan pengaruhnya.

2. Melalui polisi pembaharuannya beliau telah berjaya mengekalkan kemerdekaannegaranya. Beliau mangkat pada tahun 1865 kerana penyakit malaria pada usia 65 tahun.

3. Manakala Mindon Min gagal mengekalkan kemerdekaan Burma. Pada akhirpemerintahannya terdapat usaha rampasan kuasa oleh puteranya serta hubungan yang tidak baik dengan British.

4. Penggantinya, Raja Thibaw gagal memulihkan hubungan itu dan telah membangkitkan kemarahan British hingga menyebabkan seluruh Burma dikuasai
oleh British menjelang akhir abad ke-19.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment