ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Showing posts with label Kertas 1. Show all posts
Showing posts with label Kertas 1. Show all posts

Thursday, 26 April 2012

Tentera Islam dan Rom


Bandingkan sistem ketenteraan Islam dengan sistem ketenteraan Rom.

Pengenalan


a. Tamadun Islam muncul pada abad ke 6M-mempunyai system pertahanan dan barisan ketenteraannya yang tersendiri akibat daripada suasana persekitaran yang memerlukan umat Islam mempertahankan diri.
b. Mula berkembang sewaktu pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah
c. Kerajaan Rom wujud pada 21 April 753 SM –mempunyai sistem pertahanan dan ketenteraan sendiri untuk memperluaskan kuasa empayar selain mempertahankan Negara daripada ancaman luar

Isi

1. Matlamat ketenteraan

Islam:

a. Menegakkan agama Allah, menjaga kehormatan dan maruah umat Islam, kehormatan Negara Islam
b. Setiap individu bertanggungjawab mempertahankan agamanya daripada diancam dan dihina oleh orang lain
c. Peperangan sebagai jalan kepada niat untuk menegakkan kesucian Islam- tapi tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya
d. Hanya dihalalkan apabila umat Islam diperangi atau maruah Islam dihina

Rom:

a. Untuk memperluaskan kuasa dari segi politik dan ekonomi
b. Berjaya memperluaskan pengaruh politik ke benua Eropah, Asia & Afrika serta
wilayah-wilayah di Laut Mediterranean
c. Dapat menguasai seluruh perdagangan
d. Mendatangkan keuntungan besar kepada Rom

2. Dasar dalam peperangan

Islam

a. Peperangan hanya kepada golongan yang terlibat dan berada di medan perang dan hanya melibatkan golongan lelaki
b. Golongan wanita , kanak-kanak dan orang tua dianggap tidak layak untuk berperang dan dibunuh
c. Harta benda juga tidak dimusnahkan dan hanya harta perang sahaja yang diambil Contoh: peralatan perang, bekalan makanan yang dibawa dan juga kenderaan tunggangan

Rom

a. Dalam peperangan nyawa tidak mempunyai nilai begitu juga dengan harta benda
b. Sewaktu perang berlaku kemusnahan harta benda dan kematian manusia tanpa mengira usia dan jantina

3. Organisasi ketenteraan

Islam

a. Organisasi telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad. Baginda sendiri bertindak
sebagai panglima perang dalam beberapa siri peperangan
b. Pasukan tentera yang berbeza fungsinya seperti pasukan pemanah, pasukan berkuda dll
c. Dalam pasukan perang terdapat orang-orang tertentu yang menjadi peninjau, utusan perang dan pemegang panji-panji(bendera)
d. Sewaktu zaman Khulafa al-Rasyidin- ada jawatan ketua turus, timbalan, komander, qaid, dan leftenan
e. Nabi Muhammad sendiri telah menjadi ketua perang dan telah mengetuai lebih daripada 20 peperangan

Rom

a. Ada organisasi tentera yang tersusun- terdapat perkembangan tentera yang besar dan juga bersistematik
b. Terdiri daripada – 2 kategori besar- legionaries dan auxiliaries
c. Legionaries – diambil dikalangan warganegara dan dan rakyat wilayah jajahan yang diberi kerakyatan melalui pendaftaran
d. Auxiliaries – diambil daripada bukan warganegara dan akan diberi taraf kewarganegaraan selepas 25 tahun
e. Ada tentera infantri (pejalan kaki) dengan jumlah yang besar
f. Contoh: pada abad ke 4M kekuatan satu legion askar adalah antara 4000 hingga 6000 orang dan dibahagikan kepada 10 kohort.
g. Ketua digelar Legatus diikuti kolonel, Tribuni dan barisan penunggang kuda
h. Hanya mereka yang dipilih sahaja boleh menjadi tentera Legion dan menerima gaji
yang lebih tinggi

4. Taktik peperangan

Islam

a. Menggunakan taktik dan strategi yang berbeza mengikut kesesuaian dalam perang dan jumlah tentera. Contoh: taktik menunggu musuh dan taktik al-Saf(barisan) yang digunakan dalam perang Badar kerana jumlah tentera Islam adalah sangat sedikit berbanding pihak musuh – taktik ini sangat sesuai kerana tentera Islam beroleh kemenangan walaupun menentang pihak musuh yang ramai
b. Dalam perang Khandak, tentera Islam di Madinah menggunakan teknik menggali parit dan bertahan, taktik mengepung dan serangan bertubi-tubi dalam perang Taif
c. Taktik tidak mengejar musuh yang telah lari

Rom

a. Menggunakan kekejaman mengikut cara orang Monggol ( membunuh dengan kejam)
b. Tujuan: untuk menanamkan sifat bimbang dan menimbulkan perasaan gerun di kalangan musuh serta melemahkan kekuatan mental musuhnya
c. Contoh: sewaktu menyerang New Carthage panglima Rom, Acipio Atrimus telah mengarahkan tentera-tenteranya membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dan tidak membenarkan sesiapa pun hidup.

5. Peralatan peperangan

Islam

a. Menggunakan senjata seperti pedang, tombak dan panah, manjaniq dan dababah pada zaman Nabi Muhammad
b. Menggunakan kenderaan-kenderaan seperti kuda, unta dan keldai
c. Pada zaman Khalifah Umar dan Uthman – menggunakan kapal untuk melalui jalan laut (berperang di laut)

Rom

a. Kekuatan tentera dikatakan berkaitan dengan kecanggihan peralatan yang digunakan
b. Peralatan tentera dipinjam daripada musuh-musuh yang dikalahkan; Contoh : baju besi & helmet besi daripada orang Etruscan, dan lembing daripada orang Semites.
c. Menggunakan kenderaan seperti kuda, kereta berkuda

Kesimpulan

Peperangan dalam Islam adalah untuk mempertahankan diri, negara dan agama daripada diceroboh dan kebanyakannya adalah untuk bertahan bukan untuk menyerang. Manakala ketahanan dan pertahanan Rom adalah lebih bertujuan untuk meluaskan kuasa dan pengaruh yang menekankan kepada kepentingan keduniaan semata-mata.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan



1. Kepimpinan ketenteraan
  • Rasulullah s.a.w merupakan ketua angkatan tentera yang sangat hebat dan disegani oleh kawan dan lawan. Peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w di bahagi kepada dua iaitu peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w (ghazwah) dan tidak disertai oleh Rasulullah (Sariyah). Setiap ekspedisi tentera yang disertainya, bagindalah yang mengetuainya. Antara peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w ialah Badar al-Kubra(2H), Uhud(3H), al-Ahzab (5 H), Perang Hunain (8 H), Perang Taif (8 H) dan lain lain lagi. Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang cemerlang, adil dan tidak secara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuat keputusan.
2. Pengurusan Jenis tentera
  • Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324 orang (atau 313 orang). Tentera Islam terdiri daripada tentera pejalan kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan pemanah. Bilangan tentera sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu orang dalam perang Tabuk. Bilangan ini kemudiannya semakin meningkat kepada 300 ribu orang pada awal pemerintahan Abbasiah.
3. Pengurusan Gaji Tentera
  • Zaman Rasulullah s.a.w tentera Islam terdiri daripada sahabat baginda yang berperang secara suka rela hanya kerana agama dan menuntut keredaan Allah S.A.W. Mereka tidak menerima gaji atau bayaran yang tetap daripada kerajaan Islam Madinah kerana tiada tentera bergaji tetap dibentuk pada ketika itu. ( Elaun atau gaji tetap hanya dibayar pada zaman Khalifah Umar al-Khattab yang dikuatkuasa mulai 20 H.) Tentera Islam pada zaman Nabi Muhammmad hanya memperolehi harta rampasan perang yang dibahagi secara adil dan setelah diberi sebahagiannya kepada perbendaharaan Negara.
4. Pengurusan Peralatan Peperangan
  • Peralatan persenjataan peperangan pada Zaman Rasulullah s.a.w seperti tombak, panah, manjaniq , pedang, dan juga menggunakan kelebihan alam dengan cara meninjau keadaan cuaca dan angin. Penggunaan binatang seperti kuda dan unta juga dilakukan dengan meluas.
5. Pengurusan taktik dan strategi peperangan
  • Pelbagai taktik dan strategi peperangan dalam Islam. Taktik ini disesuaikan dengan situasi dan lokasi tempat peperangan itu berlaku. Contohnya taktik menunggu dalam perang Badar, taktik bertahan dengan mengadakan benteng pertahanan seperti menggali parit dalam perang Khandak, taktik mengepung dan seterusnya menyerang bertubi-tubi, menubuhkan jabatan perisikan, dan lain lain.
6. Peperangan sebagai satu ibadat
  • Nabi Muhammmad telah mendidik tentera Islam bahawa peperangan adalah jihad sebagai jalan terakhir dalam usaha dakwah. Tentera Islam berjuang dalam peperangan kerana menuntut keredaan Allah S.W.T. Perjuangan kerana jalan Allah ini akan dijanjikan syurga. Oleh itu peperangan adalah satu ibadat kepada umat Islam dalam usaha menyebarkan dakwah dan perkembangan Islam
7. Pengurusan Hubungan Diplomatik
  • Dalam usaha mengukuhkan keamanan dan kekuasaan Islam, Rasulullah s.a.w telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Baginda telah menghantar perwakilan ke luar seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi. Kesan misi diplomatik ini, semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam. Dengan demikian misi ketenteraan tidak perlu digerakkan dan peperangan dapat dielakkan.

Wednesday, 11 April 2012

Pemerintahan Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz

Bandingkan corak pemerintahan dan pentadbiran Khalifah Umar al-Khattab dengan Umar Abdul Aziz.
Pendahuluan
1.       Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah sebahagian daripada ajaran yang syumul.
2.       Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang pertama yang mengasaskan negara Islam di Madinah yang berteraskan wahyu untuk menjadi panduan tentang asas-asas pemerintahan bagi seluruh umat manusia.
3.       Pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz selari dengan anjuran Islam dan menjadikan tokoh ini tersohor pada zaman pemerintahan mereka.  Mereka masih memegang ciri-ciri pemerintahan Rasulullah tetapi membuat beberapa perubahan sesuai dengan perkembangan negara dan masa.
Isi
1.       Khalifah Umar al-Khattab
a.       Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal daripada keturunan Bani Adi(Quraisy).  Lahir di Mekah 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
b.      Memeluk Islam padsa usia 33 tahun pada tahun ke-5 kerasulan nabi.
c.       Mendapat pencalonan daripada Khalifah Abu Bakar al-Sidiq dengan persetujuan para sahabat sebagai khalifah ke-2.
2.       Khalifah Umar Abdul Aziz
a.       Beliau merupakan Khalifah Umaiyaha uang ke-8 yang menggantikan Sulaiman Abdul Malik.
b.      Dilahirkan di Madinah pada 63 Hijrah.
c.       Pada tahun 87 H, beliau dilantik menjadi gabenor Jijas yang berpusat di Madinah.
d.      Beliau dipecat sebagai gabenor oleh Khalifah al-Walid atas nasihat al-Hajjaj kerana sikap lemah lembutnya terhadap musuh Bani Umaiyah di Hijaz.
e.      Beliau juga digelar Umar II.
3.       Dasar pemerintahan Umar al-Khattab
a.       Peluasan wilayah kerajaan Islam
i.                    Melalui dasar pembukaan negara dn kawasan baru.
ii.                  Peluaisan kuasa tidak terhad di empayar parsi dan Byzantine malah melewati ke China dan benua kecil India di timur dan Afrika Utara serta England di barat.
b.      Pembahagian wilayah yang ditakluki
i.                    Penduduk wilayah yang dikuasai tentera disusun mengikut sistem unit(arafah), iaitu tujuh unit.
ii.                  Setiap unit sosial mempunyai perkampungan dan ketua yang dibayar gaji dan elaun.
c.       Struktur dan organisasi yang ditakluki
i.                    Wilayah Islam diketuai oleh gabenor atau wali yang bertanggungjawab kepada khalifah.
ii.                  Setiausaha, jabatan setiausaha tentera, jabatan percukaian, pegawai polis, pegawai perbendaharaan negara dan seorang kadi diwujudkan.
d.      Penubuhan Baitulmal
Tempat simapanan harta yang dikutip melalui zakat, jizyah, kharaj, usyur, dan harta peninggalan tanpa waris.
e.      Pentadbiran tanah
Tanah dibahagi kepada dua, Dhimmah (tanah bertuan) dan Sawafi (tidak bertuan).
f.        Membentuk majlis Syura
Berfungsi memberi nasihat dan menentukan jawatan khalifah selepas beliau seperti Uthman Affan, Ali Abi Talib, Sa’ad Abi Waqas, Abdul Rahman Auf, Talhah dan Al—Zubair.
4.       Dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz
a.       Menghentikan ekspidisi ketenteraan dengan memanggil semua tentera di medan peperangan termasuk tentera pimpinan Masl;amah Abdul Malik yang sedang mengepung Kota Constantinople.
b.      Mengemaskini sistem cukai dengan menurunkan kadar cukai ke paras yang minimum untuk menggalakkan rakyat bekerja bersungguh-sungguh.
c.       Menghentikan amalan mencaci Khalifah Ali dan kaumnya keluarganya dalam khutbah Jumaat dan menggantikannya dengan nasihat dan berlaku.
d.      Mendampingi ulama untuk khidmat nasihat.
e.      Menghapuskan perayaan(mahrajan) yang membazir wang negara .
f.        Membukukan hadis kerana lahirnya hadis palsu untuk merebut kuasa pemerintahan.
g.       Menyamaratakan antara orang Arab dan bukan Arab dalam memberi tanggungjawab.
h.      Menghentikan penentangan dan sifat kecam-mengecam terhadap kaum pemberontak. Sebaliknya berbincang bagi mencari penyelesaian.  Contohnya perbincangan antara Umar dengan Saudhah, iaitu ketua Khawarij dan akhirnya Saudhah mengaku kalah setelah mendengar hujah beliau.
i.        Menghantar para pendakwah untuk menyebarkan  agama Islam ke seluruh dunia termasuk ke China, India, dan rantau Asia Tenggara.

Kesimpulan
1.       Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab penuh dengan kemakmuran kerana beliau berani dan mentadbir dengan baik sehingga digelar Amirul Mukminin.
2.       Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, negeri mengalami kemakmuran walaupun beliau memerintah lebih kurang dua tahun sahaja.
3.      

Sunday, 8 April 2012

Teknologi dalam Perkembangan Tamadun


Bincangkan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.

Pendahuluan

1.       Prof. M.A.J Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, seni bina, undang-undang, dan politik.

2.       Tamadun yang tertua di dunia; Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lalu.

3.       Antara cirri utama tamadun Mesopotamia ialah kewujudan negara kota, tugu peringatan, agama, dan sistem agama.



Isi

1.       Ciri-ciri tamadun, petempatan kekal, pembandaran, organisasi social, kepercayaan dan agama, sains dan teknologi, dan bahasa dan system tulisan.

2.       Tamadun awal;

Tamadun Mesopotamia di lembah sungai Tigris dan Eupharates.

Tamadun Mesir di lembah sungai Ni

Tamadun Indus di lembah sungai Indus

Tamadun Hwang Ho di lembah sungai Hwang Ho.

3.       Perkembangan sains dan teknologi dalam perkembangan tamadun seperti dalam:

a)      Aktiviti pertanian

i)                    Penciptaan peralatan menyebabkan aktiviti pertanian dijalankan dalam skala yg lebih besar

ii)                   Contoh, terusan air

iii)                 Orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur biji benih

iv)                 Kincir air digunakan untuk kawasan tandus, mengawal banjir dan meningkatkan pertanian diusahakan oleh masy sumeria



b)      Sistem ketahanan dan pertahanan

i)                    Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan.

ii)                   Contoh, tamadun Mesipotamia, tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar.

iii)                 Zaman dinasti shang, gansa digunakan untuk membuat alat senjata.

iv)                 Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia Cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampur saltpeter dengan sulfur dan karbon.

v)                  Zaman Dinasti tang, pihak military telah menggunakannya dalam peperangan.



c)       Kemudahan asas

i)                    Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur seperti longkang dan system pembuangan air.

ii)                   Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.

iii)                 Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam tamadun Indus.

iv)                 Binaan yang paling unik ialah kolam mandi ‘great bath’

v)                  Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut.

vi)                 Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.

vii)               Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut.  Keistimewaan kola mini ialah kola mini boleh dikosonghkan dan diisi semula.

viii)              Pembinaan jalan raya juga menjadi salah satu kemudahan asas kepada penduduk zaman tamadun awal.

ix)                 Tamadun Mesopotamia, jalan raya dibina menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.

x)                  Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki x 65 kaki.  Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.



d)      Petempatan

i)                    Petempatan berkembang pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas.

ii)                   Tamadun Mesir pada pradinasti awal(abad ke-4 S.M), kampung-kampung mengandungi rumah ketua kampong dan mempunyai pelan segi empat tepat.

iii)                 Terdapat pondok-pondok yang berbentuk  bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatanturut dibina.

iv)                 Tamadun Indus. Rumah dibina menggunakan batu bermutu tinggi. Ada satu, dua tingkat atau lebih .

v)                  Rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi berbentuk empat segi.

vi)                 Setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.

vii)               Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan utama.

viii)              Terdapar ruang yang lapang antara rumah untuk peredaran udara yang baik.



e)      Akitviti keagamaan

i)                    Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama.

ii)                   Banyak binaan dibina berasaskan agama Hindu dan Budhha.

iii)                 Antara binaannya ialah kompleks kuil di Gua Ajanta yang mempunyai 20 buah kuil.

iv)                 Contoh lain ialah kompleks kuil di Gua Ellora mempunyai 28 buah kuil-gua.

v)                  Orang Sumeria  menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia.

vi)                 Sebuah kuil dibina di atas menara berbentuk pyramid setinggi 6- 7 tingkat dipanggil ziggurat.   Contoh ziggurat terkenal ialah ‘the towel of Babel’.

vii)               Ziggurat pertama dibina ialah Nippur untuk tuhan Enlil/angin.



f)       Aktiviti pengangkutan dan pelayaran

i)                    Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria keran perdagangan dengan dunia luar.

ii)                   Orang Sumeria mula-mula mencipta roda, sekali gus membawa kepada penggunaaan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan.

iii)                 Tamadun china, penemuan tentang gejala magnet aruhan dalam kurun ke-6, pengherotan dan juga kekutuban magnet pada kurun ke-8 dan 9, telah mengahsilkan kompas dan digunakan semasa pelayaran.







g)      System perbandaran

1.       Akibat kemajuan teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan.

2.       Orang Sumeria terkenal dengan seni bina.  Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dari batu-bata yang diperbuat dari lumpur.

3.       Selain ziggurat, pintu gerbang dengan ukiran monumen dan hiasan dibuat bagi melambangkan kekayaan.  Contoh, di Babylon, ada lapan buah pintu gerbang dengan nama tuhan.



h)      Intelektual

1.       Orang Mesir menyumbang bidang astronomi, takwim dan matematik.

2.       Takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun.  12 bulan dibahagi kepada tiga musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.

3.       Mereka juag mencipta jam yang menggunakan matahari dan air.

4.       Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder.

5.       Pengetahuan ini dapat digunakan untuk mengukur blok batu bagi membina pyramid.

6.       Dalam perubatan, mereka mengawet  mayat dan fungsi tubuh manusia sehingga merak menghasilkan sebuah buku perubatan berkenaan pembedahan.

7.       Orang Sumeria mencipta system nombor berdasarkan unit 10 dan 60.  Mereka juga mencipta kalender yang mengandungi 12 bulan dan setiap bulan ada 30 hari.

8.       Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan.

9.       Buku dicetak dan alat tulis mula dihasilkan.

10.   Ada 4 ciptaan agung cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

11.   Cai lun Berjaya membuat kertas dari fiber tumbuhan.   Dinasti tang telah memperkenalkan teknologi pencetakan.   Zaman dinasti han sifat-sifat magnet ditemui.



i)        Peralatan

1.       Dengan  kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori dicipta.

2.       Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed sebagai alat hiasan dan sutera dihasilkan.

3.       Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir.

4.       Mereka membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.



Kesimpulan

 Hasil kemajuan sains dan teknologi menjadikan tamadun awal berkembang pesat.