ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday 11 April 2012

Pemerintahan Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz

Bandingkan corak pemerintahan dan pentadbiran Khalifah Umar al-Khattab dengan Umar Abdul Aziz.
Pendahuluan
1.       Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah sebahagian daripada ajaran yang syumul.
2.       Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang pertama yang mengasaskan negara Islam di Madinah yang berteraskan wahyu untuk menjadi panduan tentang asas-asas pemerintahan bagi seluruh umat manusia.
3.       Pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz selari dengan anjuran Islam dan menjadikan tokoh ini tersohor pada zaman pemerintahan mereka.  Mereka masih memegang ciri-ciri pemerintahan Rasulullah tetapi membuat beberapa perubahan sesuai dengan perkembangan negara dan masa.
Isi
1.       Khalifah Umar al-Khattab
a.       Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal daripada keturunan Bani Adi(Quraisy).  Lahir di Mekah 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
b.      Memeluk Islam padsa usia 33 tahun pada tahun ke-5 kerasulan nabi.
c.       Mendapat pencalonan daripada Khalifah Abu Bakar al-Sidiq dengan persetujuan para sahabat sebagai khalifah ke-2.
2.       Khalifah Umar Abdul Aziz
a.       Beliau merupakan Khalifah Umaiyaha uang ke-8 yang menggantikan Sulaiman Abdul Malik.
b.      Dilahirkan di Madinah pada 63 Hijrah.
c.       Pada tahun 87 H, beliau dilantik menjadi gabenor Jijas yang berpusat di Madinah.
d.      Beliau dipecat sebagai gabenor oleh Khalifah al-Walid atas nasihat al-Hajjaj kerana sikap lemah lembutnya terhadap musuh Bani Umaiyah di Hijaz.
e.      Beliau juga digelar Umar II.
3.       Dasar pemerintahan Umar al-Khattab
a.       Peluasan wilayah kerajaan Islam
i.                    Melalui dasar pembukaan negara dn kawasan baru.
ii.                  Peluaisan kuasa tidak terhad di empayar parsi dan Byzantine malah melewati ke China dan benua kecil India di timur dan Afrika Utara serta England di barat.
b.      Pembahagian wilayah yang ditakluki
i.                    Penduduk wilayah yang dikuasai tentera disusun mengikut sistem unit(arafah), iaitu tujuh unit.
ii.                  Setiap unit sosial mempunyai perkampungan dan ketua yang dibayar gaji dan elaun.
c.       Struktur dan organisasi yang ditakluki
i.                    Wilayah Islam diketuai oleh gabenor atau wali yang bertanggungjawab kepada khalifah.
ii.                  Setiausaha, jabatan setiausaha tentera, jabatan percukaian, pegawai polis, pegawai perbendaharaan negara dan seorang kadi diwujudkan.
d.      Penubuhan Baitulmal
Tempat simapanan harta yang dikutip melalui zakat, jizyah, kharaj, usyur, dan harta peninggalan tanpa waris.
e.      Pentadbiran tanah
Tanah dibahagi kepada dua, Dhimmah (tanah bertuan) dan Sawafi (tidak bertuan).
f.        Membentuk majlis Syura
Berfungsi memberi nasihat dan menentukan jawatan khalifah selepas beliau seperti Uthman Affan, Ali Abi Talib, Sa’ad Abi Waqas, Abdul Rahman Auf, Talhah dan Al—Zubair.
4.       Dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz
a.       Menghentikan ekspidisi ketenteraan dengan memanggil semua tentera di medan peperangan termasuk tentera pimpinan Masl;amah Abdul Malik yang sedang mengepung Kota Constantinople.
b.      Mengemaskini sistem cukai dengan menurunkan kadar cukai ke paras yang minimum untuk menggalakkan rakyat bekerja bersungguh-sungguh.
c.       Menghentikan amalan mencaci Khalifah Ali dan kaumnya keluarganya dalam khutbah Jumaat dan menggantikannya dengan nasihat dan berlaku.
d.      Mendampingi ulama untuk khidmat nasihat.
e.      Menghapuskan perayaan(mahrajan) yang membazir wang negara .
f.        Membukukan hadis kerana lahirnya hadis palsu untuk merebut kuasa pemerintahan.
g.       Menyamaratakan antara orang Arab dan bukan Arab dalam memberi tanggungjawab.
h.      Menghentikan penentangan dan sifat kecam-mengecam terhadap kaum pemberontak. Sebaliknya berbincang bagi mencari penyelesaian.  Contohnya perbincangan antara Umar dengan Saudhah, iaitu ketua Khawarij dan akhirnya Saudhah mengaku kalah setelah mendengar hujah beliau.
i.        Menghantar para pendakwah untuk menyebarkan  agama Islam ke seluruh dunia termasuk ke China, India, dan rantau Asia Tenggara.

Kesimpulan
1.       Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab penuh dengan kemakmuran kerana beliau berani dan mentadbir dengan baik sehingga digelar Amirul Mukminin.
2.       Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, negeri mengalami kemakmuran walaupun beliau memerintah lebih kurang dua tahun sahaja.
3.      

No comments:

Post a Comment