Bincangkan teknologi dalam
perkembangan tamadun awal manusia.
Pendahuluan
1. Prof.
M.A.J Beg, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, seni
bina, undang-undang, dan politik.
2. Tamadun
yang tertua di dunia; Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lalu.
3. Antara
cirri utama tamadun Mesopotamia ialah kewujudan negara kota, tugu peringatan,
agama, dan sistem agama.
Isi
1. Ciri-ciri
tamadun, petempatan kekal, pembandaran, organisasi social, kepercayaan dan
agama, sains dan teknologi, dan bahasa dan system tulisan.
2. Tamadun
awal;
Tamadun
Mesopotamia di lembah sungai Tigris dan Eupharates.
Tamadun Mesir
di lembah sungai Ni
Tamadun Indus
di lembah sungai Indus
Tamadun Hwang
Ho di lembah sungai Hwang Ho.
3. Perkembangan
sains dan teknologi dalam perkembangan tamadun seperti dalam:
a) Aktiviti
pertanian
i)
Penciptaan peralatan menyebabkan aktiviti
pertanian dijalankan dalam skala yg lebih besar
ii)
Contoh, terusan air
iii)
Orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur
biji benih
iv)
Kincir air digunakan untuk kawasan tandus, mengawal
banjir dan meningkatkan pertanian diusahakan oleh masy sumeria
b) Sistem
ketahanan dan pertahanan
i)
Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok
berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan.
ii)
Contoh, tamadun Mesipotamia, tembok pertahanan
menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar.
iii)
Zaman dinasti shang, gansa digunakan untuk
membuat alat senjata.
iv)
Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia
Cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampur saltpeter
dengan sulfur dan karbon.
v)
Zaman Dinasti tang, pihak military telah
menggunakannya dalam peperangan.
c) Kemudahan
asas
i)
Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan
infrastruktur seperti longkang dan system pembuangan air.
ii)
Longkang-longkang yang dibina di sepanjang
jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang
memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.
iii)
Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan
jalan-jalan utama dalam tamadun Indus.
iv)
Binaan yang paling unik ialah kolam mandi ‘great
bath’
v)
Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam
tersebut.
vi)
Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam
yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.
vii)
Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi
yang terletak berhampiran kolam tersebut.
Keistimewaan kola mini ialah kola mini boleh dikosonghkan dan diisi
semula.
viii)
Pembinaan jalan raya juga menjadi salah satu
kemudahan asas kepada penduduk zaman tamadun awal.
ix)
Tamadun Mesopotamia, jalan raya dibina
menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
x)
Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara
lurus dan berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh
jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130
kaki x 65 kaki. Dalam blok-blok tersebut
terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.
d) Petempatan
i)
Petempatan berkembang pesat disebabkan kemahiran
dalam pembinaan dan kemudahan asas.
ii)
Tamadun Mesir pada pradinasti awal(abad ke-4
S.M), kampung-kampung mengandungi rumah ketua kampong dan mempunyai pelan segi
empat tepat.
iii)
Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan
tempatanturut dibina.
iv)
Tamadun Indus. Rumah dibina menggunakan batu
bermutu tinggi. Ada satu, dua tingkat atau lebih .
v)
Rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi
saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi berbentuk empat
segi.
vi)
Setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
vii)
Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di
sepanjang jalan utama.
viii)
Terdapar ruang yang lapang antara rumah untuk
peredaran udara yang baik.
e) Akitviti
keagamaan
i)
Kehidupan masyarakat India sangat erat
hubungannya dengan agama.
ii)
Banyak binaan dibina berasaskan agama Hindu dan
Budhha.
iii)
Antara binaannya ialah kompleks kuil di Gua
Ajanta yang mempunyai 20 buah kuil.
iv)
Contoh lain ialah kompleks kuil di Gua Ellora
mempunyai 28 buah kuil-gua.
v)
Orang Sumeria
menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia.
vi)
Sebuah kuil dibina di atas menara berbentuk
pyramid setinggi 6- 7 tingkat dipanggil ziggurat. Contoh ziggurat terkenal ialah ‘the towel of
Babel’.
vii)
Ziggurat pertama dibina ialah Nippur untuk tuhan
Enlil/angin.
f) Aktiviti
pengangkutan dan pelayaran
i)
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria keran
perdagangan dengan dunia luar.
ii)
Orang Sumeria mula-mula mencipta roda, sekali
gus membawa kepada penggunaaan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam
peperangan.
iii)
Tamadun china, penemuan tentang gejala magnet
aruhan dalam kurun ke-6, pengherotan dan juga kekutuban magnet pada kurun ke-8
dan 9, telah mengahsilkan kompas dan digunakan semasa pelayaran.
g) System
perbandaran
1. Akibat
kemajuan teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan.
2. Orang
Sumeria terkenal dengan seni bina.
Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dari
batu-bata yang diperbuat dari lumpur.
3. Selain
ziggurat, pintu gerbang dengan ukiran monumen dan hiasan dibuat bagi
melambangkan kekayaan. Contoh, di
Babylon, ada lapan buah pintu gerbang dengan nama tuhan.
h) Intelektual
1. Orang
Mesir menyumbang bidang astronomi, takwim dan matematik.
2. Takwim
yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi
ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan dibahagi kepada tiga musim iaitu
musim banjir, menanam dan menuai.
3. Mereka
juag mencipta jam yang menggunakan matahari dan air.
4. Dalam
bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi
tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder.
5. Pengetahuan
ini dapat digunakan untuk mengukur blok batu bagi membina pyramid.
6. Dalam
perubatan, mereka mengawet mayat dan
fungsi tubuh manusia sehingga merak menghasilkan sebuah buku perubatan
berkenaan pembedahan.
7. Orang
Sumeria mencipta system nombor berdasarkan unit 10 dan 60. Mereka juga mencipta kalender yang
mengandungi 12 bulan dan setiap bulan ada 30 hari.
8. Dinasti
Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan.
9. Buku
dicetak dan alat tulis mula dihasilkan.
10. Ada
4 ciptaan agung cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan
kompas.
11. Cai
lun Berjaya membuat kertas dari fiber tumbuhan. Dinasti tang telah memperkenalkan teknologi
pencetakan. Zaman dinasti han
sifat-sifat magnet ditemui.
i)
Peralatan
1. Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan
aksesori dicipta.
2. Tamadun
Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed sebagai alat hiasan
dan sutera dihasilkan.
3. Petani-petani
Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir.
4. Mereka
membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.
Kesimpulan
Hasil kemajuan sains dan teknologi menjadikan
tamadun awal berkembang pesat.
TITanium Art & Craftsmanship | TITAN ART & Craftsmanship - Tioga
ReplyDeleteTITanium Art & Craftsmanship titanium nipple barbells is our premier craftsmanship and titanium bolts craftsmanship website. mens titanium watches Get your TITANART TONIC titanium touring ART & Craftsmanship products delivered with ford fiesta titanium