Anda perlu ingat cara permarkahan bagi kertas 1 dan 2 adalah berbeza...Di sini ada panduan penting untuk anda mendapat...cara yang betul menjawab Sejarah Kertas 1
Seperti biasa...kita lihat format jawapan...mesti ada pendahuluan, isi dengan 20 atau 21 markah dan kesimpulan. markah maksimum bagi pendahuluan dan kesimpulan adalah sebanyak 4 @ 5 markah...secara impression permakahan dibuat..
Baik...cara menulis pendahuluan...
1. mesti ditulis pada perenggan pertama sebagai pengenalan kepada cerita.
2. pastikan penulisan ini bukan termasuk dalam kehendak soalan atau isi..jangan sekali-kali masuk apa yang soalan hendak..ingat tu..
3. boleh bagi pengertian kepada konsep yang ditanya..tapi pastikan itu bukan kehendak soalan
4. Latar belakang rujukan kawasan
5. Latar belakang kepada kehendak soalan.
6. Biodata
7. Peristiwa sebelumnya
contoh;
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia. Kalau soalan macam ni...kehendak soalannya ialah faktor. Tajuknya ialah tamadun. Oleh itu anda boleh bagi pengertian konsep tamadun dulu..lepas itu boleh masukkan juga latar belakang masyarakat sebelumnya dan seterusnya lokasi tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir, Indus Hwang Ho.
kita tengok pula cara menulis isi
1. beri fakta dahulu- fakta mestilah diletakkan di awal perenggan dan mesti ditulis dengan ayat lengkap.
2. ada huraian bagi setiap fakta - satu fakta satu perenggan ..maknanya satu perenggan dengan huraiannya sekali. huraikan 4-5 ayat lengkap.
3. contoh - perlu untuk sokong isi. mesti tepat dan relevan..elak beri contoh yang umum.
cara menulis kesimpulan pula...
1. berada pada perenggan akhir.
2. mesti ada penegasan kepada isi yang telah dihuraikan.
3. apa sahaja yang berkaitan
4. ingat...tulis 3-4 ayat lengkap..
soalan ini perlu dijawad dalam perenggan atau point form
ReplyDelete