ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday 6 August 2012

STPM 2011

Cuba lihat soalan ini dan cuba anda buat analisis...

BAHAGIAN A:
1.Peranan institusi penghulu di Perak mengalami perubahan selepas campur tangan British pada tahun 1874. Bincangkan pernyataan ini.
2. Pengaruh Islam adalah penting dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Bincangkan pernyataan ini.
3. Bincangkan pentadbiran Syarikat Borneo Utara British di Sabah sebelum Perang Dunia Kedua.
4. Huraikan peristiwa-peristiwa yang melibatkan British di negeri-negeri Tanah Melayu antara tahun 1826 hingga tahun 1873.
5. Mengapakah gerakan penentangan terhadap Malayan Union di Tanah Melayu lebih berjaya berbanding dengan gerkan penentanganantipenyerahan di Sarawak ?
6. Bincangkan faktor pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1963.
BAHAGIAN B :
7. Bincangkan pengaruh agama Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan Barat.
8. Bandingkan susun lapis masyarakat antara masyarakat di China dengan masyarakat di Jepun pada abad ke-19.
9. Campur tangan British dalam adat resam di India dan amalandiskriminasi Sepanyol terhadap penduduk tempatan di Filipina pada abad ke-19 telah menyebabkan masyarakat peribumi di kedua-dua negara itu bangkit menentang kuasa penjajah. Bincangakan.
10. Sejauh manakah pendudukan Jepun di Indonesia dan Myanmar dari tahun 1942 hingga tahun 1945 menyemarakkan semangat kebangsaan masyarakat tempatan ?
11. Bincangkan peranan golongan berpendidikan Barat dalam gerakan nasionalisme di Vietnam dan Thailand pada awal abad ke-20.
12. Bandingkan sistem pemerintahan republik antara Indonesia denganVietnam selepas PD2 hingga tahun 1960.
டெண்கோக் சோழன் போகுஸ் (tengok soalan fokus)


1 comment: