ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday 2 April 2012

Sebab Campur Tangan British Di Tanah Melayu

British telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 bagi menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Bincangkan

Pengenalan (3 m)

1.  Sehingga awal tahun 1870-an, Inggeris tidak berminat untuk campur tanmgan secara langsung di Tanah Melayu walaupun mendapat rayuan daripada pedagang-pedagang dengan alasan untuk menjaga hubungan dengan pemerintah Melayu dan mengikut saranan Akta Pitt di India.
1. Pada akhir abad ke -19, British berusaha untuk campurtangan secara langsung di NNM dengan menggunakan pelbagai alasan antaranya perebutan takhta dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina.
2. Setelah berjaya ,British memperkenalkan pelbagai dasar bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka contohnya pengenalan Sistem Residen

Isi-isi (20 m)


1. Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh Perang Saudara di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan . Perkembangan tersebut menyebabkan pemodal Eropah mendesak kerajaan British supaya campurtangan untuk memulihkan keamanan. Hal ini akan membantu kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain menyebabkan Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke terlibat secara langsung bagi menyelesaikan konflik raja-raja Melayu.

2. Di samping itu masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dan Ghee Hin turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak seringkali terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan banyak peralatan di lombong bijih timah.

3. British ingin menguasai sumber mineral yang bernilai untuk pasaran antarabangsa yang terdapat di Tanah Melayu. Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan- bahan mentah begitu tinggi bagi menampung kadar permintaan yang semakin meningkat . Britain amat memerlukan bahan mentah khasnya bijih timah dan getah. Olehitu British di Tanah melayu bertindak menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut.

4. Campurtangan British secara langsung di Tanah melayu juga didorong oleh perubahan dalam politik antarabangsa iaitu persaingan antara negara-negara barat untuk meluaskan wilayahnya khasnya di Tanah Melayu. Oleh itu, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara.

5. Perubahan politik di Britain mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. 1874 Parti Konservatif menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan dasar luarnya. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar yang lebih agresif terhadap Tanah Melayu .

6. Di samping itu pihak British membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan anatara timur dengan barat semakin cepat dan singkat. Contohnya pembukaan Terusan Suez yang mampu memendekkan jarak perjalanan. Barangan dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke Negara Barat.


Kesimpulan (2 m)


1. Campurtangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara.Tujuan utama British campurtangan di Tanah Melayu ialah untuk menguasai sumber ekonomi .

2. Walaubagaimanapun campurtangan Barat menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di Tanah Melayu.

2 comments:

  1. tq , u helped me on my sejarah project

    ReplyDelete
  2. tq this info is usefull for my exam ❤

    ReplyDelete