ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday 2 April 2012

Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN
1. Sebelum kedatangan Inggeris, masyrakat di Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem sosial yang teratur.  Sistem ini disusun sedemikian rupa dengan tujuan supaya semua anggota masyarakat tahu akan peranan dan tanggungjawab masing-masing.  Dengan ini matlamat untuk melahirkan sebuah negari yang aman akan tercapai.
2. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.
3. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.
4. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

ISI

Golongan diperintah

1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
a. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
g. Menjalinkan hubungan luar.
h. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

2) Keluarga dan kerabat diraja
a. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
d. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
f. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar
a) Golongan bangsawan
Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat
Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.
Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

b) Pembesar daerah
=Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
=Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah
=Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
=Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.
=Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
=Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.
=Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama
§ Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.
§ Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
§ Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta
§ Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
§ Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
§ Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

a) Rakyat biasa
=Petani, nelayan, dagang dan tukang.
= Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.
= Mengamalkan tradisi gotong-royong.
=Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
=Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

b) Rakyat asing
= Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.
= Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
= Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.
= Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.

c) Golongan hamba
= Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.
=Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
= Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
= Terdapat tiga jenis hamba:
i) Hamba raja
= Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
= Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutang
= Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasa
= Menjadi hamba seumur hidup.
=Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

KESIMPULAN

= Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
= Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
= Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

No comments:

Post a Comment