ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday 2 April 2012

Penentangan di Perak dan Pahang

Jelaskan penentangan masyarakat Melayu di negeri Pahang dan Perak  terhadap kuasa British pada abad ke-19.

Pengenalan:


1. Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai Residen Inggeris pertama di Pahang. J .P Rodger telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan di mana telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk .

2. Hal ini telah membangkitkan semangat menentang Inggeris yang dipimpin oleh Dato Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau. Di Perak pula, penguasaan British bermula dengan Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 dan perlantikan J.W.W Birch sebagai residen.

3. Birch telah melaksanakan pembaharuan secara drastik dan mengikut corak pentadbiran ala barat yang tidak mendapat kerjasama dan sambutan daripada kerajaan Perak dan para pembesar sehingga menimbulkan penentangan terhadap pemerintahannya.

Isi-isi:

Pahang: (10markah)


1. British telah menguasai ekonomi Pahang terutama sektor perlombongan yang menjejaskan kepentingan orang Melayu.

2. Sultan Pahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat oleh Residen. Contohnya bayaran gantirugi kepada pembesar-pembesar kerana kehilangan hak mengutip cukai.

3. Pengenalan undang-undang berkaitan dengan tanah, sistem kerah, dan penghapusan sistem perhambaan bercanggah dengan sistem tradisional Pahang.

4. Rakyat tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang sombong dan bongkak serta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Contohnya larangan dalam pemakaian keris.

5. Pembesar-pembesar kehilangan hak sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan yang menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang diwarisi dengan perlantikan pemungut cukai dan majistret Inggeris.

6. Pelbagai jenis cukai diperkenalkan contohnya cukai tanah seperti tanah kampong, tanah paya, tanah dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seeker.
7. Sistem lesen dan permit telah diperkenalkan oleh J.P Rodger – rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan mencari atap nipah.

Perak: (10 m)


1. Perjanjian Pangkor tidak dapat meneyelesaikan perebutan takhta kerajaan negeri Perak – Sultan Abdullah yang memerintah telah menggunakan kuasanya secara berleluasa. Kedatangan Birch menyebabkan Sultan Abdullah tidak puas hati. Kerana terpaksa menerima nasihat daripada Kapten Speedy.

2. Birch tidak tahu adat resam orang Melayu, beliau juga tidak tahu berbahasa Melayu. Beliau tidak berusaha bergaul dengan pembesar untuk mendapatkan kerjasama. Sebalikmya beliau menghina Sultan Abdullah. Tindakan Birch membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar menjadikan rakyat Perak dan pembesarnya semakin marah.

3. Birch juga bersikap degil dan tidak diplomatik serta tidak pernah mahu berbincang dengan sultan atau pembesar.

4. Birch menambahkan kebencian rakyat dengan menghapuskan amalan perhambaan hutang dan beliau memberikan perlindungan kepada hamba berhutang yang melarikan diri daripada tuan-tuan mereka. Tindakan Birch telah melanggar syarat Perjanjian Pangkor iaitu tidak mencampuri adat resam masyarakat Melayu.

5. Tindakan Birch telah dianggap oleh pembesar dan sultan sebagai mencabar kedaulatan tradisional mereka kerana hak memungut cukai menjadi sumber pendapatan mereka turun temurun.

6. Birch juga bertindak membatalkan pajakan cukai kastam Sultan Abdullah oleh seorang saudagar Cina bernama Lee Cheng Tee - pembatalan ini menyebabkan kerugian di pihak sultan. Tindakan Birch membenarkan Lee membawa minuman keras dan candu ke Perak menambahkan lagi kemarahan Sultan Abdullah.

7. Gabenor NNS Sir William Jervois telah melakukan kesilapan besar dengan memaksa Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada British kerana ini menambahkan kebencian sultan, pembesar dan rakyat Perak terhadap British.


Kesimpulan: (2 m)


1. Berlaku beberapa siri peperangan antara rakyat Pahang dengan British kerana timbul perasaan tidak puas hati terhadap perlaksanaan system residen. Bagaimanapun British berjaya mengawal pemberontakan yang berlaku kerana kelemahan susunan pertahanan di pihak rakyat Pahang sendiri.

2. Di Perak pula, kemuncak daripada perasaan benci rakyat terhadap British membawa kepada komplot untuk membunuh Birch yang telah dilaksanakan pada 2 November 1875. Bagaimanapun kejayaan itu tidak kekal lama kerana British telah menghantar sepasukan tentera ke Pasir Salak untuk menamatkan penentangan rakyat Perak.

3. Walaupun penentangan rakyat di kedua-dua negeri gagal mengusir British namun hal ini mengajar pihak British sendiri agar lebih sensitif dalam urusan melakukan perubahan dan pembaharuan di negeri-negeri Melayu.

2 comments:

  1. hi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. thanks.. its really help me

    ReplyDelete