Jelaskan sebab-sebab
pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.
Pengenalan:
1. Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “….. pemulangan Kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.
2. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan di bawah jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.
3. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan negeri.
Isi-isi (10 m)
Sebab-sebab Desentralisasi
1. Rasa tidak puas hati sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
2. Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.- Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
3. Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Di samping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.
4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir
Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell
(Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri akan dapat mengurangkan kuasa Rasiden Jeneral .
5. Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan
Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.
Langkah-langkah kearah desentralisasi:
1. Semasa pemerintahan Sir John Anderson
a. Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 . Satu perjanjian ditandatangani antara British dengan Sultan-sultan Melayu berkaitan keahlian MPP dan bidang kuasa MPP serta Majlis Mesyuarat Negeri.
b. Walau bagaimanapun, desentralisasi dalam erti kata sebenar tidak wujud kerana Anderson telah memusatkan kuasa yang berlebihannya di tangannya.
2. Semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard
a. Memulihkan DURBAR. Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
b. Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri dipulihkan-diberi kuasa yang lebih dalam soal kewangan.
c. Hal berkaitan ketenteraan mesti mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri.
d. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan.
3. Semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi Smith
a. Membubarkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan membentuk satu kesatuan menggabung semua negeri.
b. Negeri-negeri diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Keretapi, Kastam dan Pos.
4. Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson
a. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan diganti Jawatan Setiausaha Persekutuan yang pangkatnya lebih rendah dari Residen.
b. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi 9 buah negeri Melayu dan dibantu oleh Setiausaha Persekutuan.
c. Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.
d. Majlis Perundangan Persekutan ditubuhkan di Kuala Lumpur.
e. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa gubal undang-undang negeri sendiri.
f. Pejabat kerajaan diletak di bawah kuasa Ketua Pejabat Persekutuan.
Kesimpulan: (2 m)
a. Hasil laporan Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1934 hingga 1941.
b. Namun ia tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan serta meletusnya Perang Dunia Kedua.

No comments:
Post a Comment