ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday 2 April 2012

Pembesar di Vietnam dan Burma sebelum kedatangan barat.

Pembesar di Vietnam dan Burma sebelum kedatangan barat.

Pengenalan

1. Sistem pembesar di Myanmar dan Vietnam diwujudkan membantu raja dalam pemerintahan.
2. Golongan ini menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem feudal.
3. Pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa diawasi oleh pihak istana.

1. Sistem pembesar di Vietnam

1. Sebelum kedatangan Perancis ke Indo-China, negeri-negeri di Indo-China ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
2. Semasa pemerintahan maharaja Gia-Long, golongan mandarin yang mengetuai setiap birokrasi di Vietnam.
3. Golongan mandarin ini dipengaruhi oleh system pentadbiran di Negara China, mereka dipilih melalui peperiksaan awam dalam bidang bahasa dan klasik, Confucius.
4. Golongan mandarin mengetuai kementerian (Quan-quan).
5. Terdapat enam kementerian (quan) di mana Quan Awam mempunyai taraf yang lebih tinggi.
6. Golongan mandarin bertindak sebagai pembesar dan mempunyai kedudukan istimewa dalam system pentadbiran awam.
7. Terdapat pembesar di peringkat daerah. Tanggungjawab mereka seperti mengutip cukai, kendalikan urusan kehakiman, melatih anggota tentera dan menjalankan upacra keagamaan serta adapt istiadat.
8. Pembesar paling bawah adalah pembesar peringkat kampong yang mengendalikan urusan pentadbiran kampong.

2. Sistem pembesar di Myanmar.

1. Einshemin atau Raja Muda mempunyai istana dan pegawai sendiri. Raja Muda mengawal hal ehwal negeri.
2. Pembesar-pembesar dibahagikan mengikut pangkat atau kedudukan mereka.
3. Lapisan yang teratas dalam hierarki kerajaan pusat ialah empat orang wungyi, mereka membentuk Hluttaw atau Majlis Diraja.
4. Hluttaw menguruskan pentadbiran mengikut perintah raja dan bertindak sebagai mahkamah yang mengendalikan kes-kes jenayah dan awam.
5. Wungyi dibantu oleh menteri kelas kedua iaitu Wun atau Pegawai Tinggi Kerajaan.
6. Ahmudan atau Pegawai Diraja mengendalikan pentadbiran dalam istana. Ahmudan mempunyai pengaruh kuat ke atas raja kerana hubungan rapat dengan raja.
7. Pentadbiran di peringkat daerah dikendalikan oleh orang Myowun ataupun gabenor. Mereka ini bertugas di ibu negeri dan mempunyai kuasa awam dan ketenteraan. Mereka berperanan mengutip cukai dan menyerahkan 60%-80% daripada cukai ini kepada raja. Selain itu mereka juga merupakan pengiring raja semasa utusan asing menghadap raja di istana.
8. Akunwun iaitu pengutip cukai serta mandur dan sitke iaitu pegawai polis tentera menduduki lapisan selepas Myowun.
Golongan ini membantu Myowun dalam melaksanakan perintah kerajaan pusat.

Kesimpulan.

1. Pembesar di Vietnam dan Mynmar berperanan membantu raja demi melicinkan pentadbiran pusat, wilayah, daerah dan kampong.

2. Walaupun mereka menjalankan pentadbiran diperingkat tertentu, kuasa mereka adalah terhad dan di bawah kawalan raja mereka.

No comments:

Post a Comment