ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Sunday 1 April 2012

Konsep Ummah dan peranan Rasulullah

 Huraikan konsep ummah. Jelaskan bagaimanakah Rasulullah s.a.w menyatukan
pelbagai golongan masyarakat di Madinah.
Pendahuluan: ( 3 markah )
a. Latar belakang perkembangan Islam di Madinah.
b. Latar belakang penduduk Madinah dan permasalahan mereka.
c. Latar belakang hijrah.
Isi-isi Jawapan:
1. Konsep ummah ( 3 markah )
Ummah dari segi bahasa berasal dari bahasa Arab yang bermaksud masyarakat atau
umat manusia. Umat juga bermaksud pengikut sesuatu agama atau nabi. Dari sudut
istilah ia merupakan masyarakat yang bersatu atas ikatan persefaham keugamaan dan
persaudaraan agama.
Ummah dalam konteks zaman Rasulullah s.a.w. adalah termasuk umat Islam dan bukan
Islam seperti Yahudi di Madinah. Masyarakat ini mematuhi undang-undang negara Islam
sama ada mereka seagama atau tidak. Bagaimanapun tindakan Yahudi yang
mengkhianati Islam telah menyebabkan mereka dikenakan tindakan buang daerah.
Dengan itu mereka terkeluar dari penyatuan ummah Madinah.
2. Langkah-langkah Menyatukan Pelbagai Golongan Masyarakat Madinah
( 6 isi x 3 markah = 18 markah )
a. Pembinaan masjid
hijrah. Masjid amat penting dalam masyarakat Islam. Ia bukan sahaja sebagai tempat
beribadat, tetapi juga sebagai tempat perbincangan, pusat pendidikan Islam dan tempat
tinggal sementara bagi orang-orang yang tidak mempunyai kediaman / pengembara.
Sebelum kedatangan Islam setiap kabilah Arab mempunyai tempat khas untuk
membincangkan sesuatu masalah yang mereka hadapi. Tetapi setelah kedatangan Islam,
mereka mula bersatu dan mengadakan perbincangan di masjid-masjid. Masjid pertama
yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. ialah Masjid Nabawi dan diikuti Masjid Quba’ Qiblatain,
al-Fath, Khandaq, Ridwan dan Namira.
: Ia merupakan langkah pertama baginda Rasulullah s.a.w. setelah
b. Penyatuan masyarakat
dan Khazraj yang kemudian dikenali sebagai golongan Ansar. Sebelum kedatangan Islam,
kedua-dua kabilah Arab itu saling bermusuhan ekoran hasutan Yahudi serta akibat dari
dasar perpaduan Arab yang hanya terbatas pada suku, puak atau kabilah mereka sahaja.
Sebaliknya penyatuan masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah ini tidak lagi berdasarkan
ikatan keturunan atau suku, sebaliknya melalui ikatan ugama. Dasar ini telah menyedarkan
kaum Auz dan Khazraj dari meneruskan sikap permusuhan antara mereka. Baginda juga
menjelaskan bahawa semua jenis persengketaan dan perselisihan adalah terhapus setelah
mereka memeluk Islam. Tiada sesiapapun sesudah itu boleh menuntut bela atau menuntut
hutang darah.
: Rasulullah s.a.w. berusaha untuk menyatukan orang-orang Auz
c. Ikatan persaudaraan Islam
disatukan dengan golongan Muhajirin iaitu umat Islam yang berhijrah dari Mekah juga
melalui ikatan persaudaraan Islam. Umpamanya baginda telah mempersaudarakan
Hamzah bin Abd Mutalib dengan Zaid bin Harith, Umar al-Khattab dengan Itban bin Malik,
Abd. Rahman bin Auf dengan Sa’d al-Rabi’ dll. Bagaimanapun perhubungan persaudaraan
itu dilakukan tanpa mempunyai implikasi persaudaraan nisab (keturunan) termasuk hak
pusaka. Dengan penyatuan tersebut maka umat Islam menjadi golongan majoriti di
-Dalam masa yang sama pula, golongan Ansar itu telah
Madinah. Keadaan ini menambahkan lagi jaminan keutuhan dan kekuatan umat dan ugama
Islam.
d. Hidup bekerjasama dan bantu-membantu
telah menggalakkan kedua-dua golongan tersebut supaya saling bekerjasama dan bantumembantu.
Golongan Ansar digalakkan membantu golongan Muhajirin untuk membina
penghidupan semula disebabkan perpindahan mereka ke Madinah tanpa membawa harta.
Di samping itu juga Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan perkahwinan campur di antara
kedua golgan tersebut supaya ikatan persaudaraan sesama mereka semakin erat. Langkah
ini telah meninggalkan kesan positif. Dalam masa singkat sahaja umat Islam menjadi
golongan terkuat di Madinah dan sentiasa pula bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan, khususnya dalam menghadapi ancaman Quraisy di Mekah.
Sebagai langkah penyatuan Rasulullah s.a.w.
e. Menjamin hak-hak golongan bukan Islam.
pula untuk menyelesaikan masalah perhubungan di antara orang Islam dan bukan Islam
terutamanya Yahudi yang sentiasa mencari ruang untuk menghalang perkembangan Islam.
Melalui Piagam Madinah, Rasulullah s.a.w. akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut.
Menerusi piagam tersebut, umat Islam dan bukan Islam dapat disatukan dalam sebuah
masyarakat / ummah dan seterusnya dapat saling bekerjasama dan bantu membantu.
Golongan bukan Islam juga telah diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya serta
sama-sama berperanan untuk mempertahankan kota Madinah dari sebarang pencerobohan
luar.
Selanjutnya pula Rasulullah s.a.w. berusaha
f. Piagam Madinah -
dalamnya terkandung perkara-perkara yang menyentuh mengenai kebebasan berugama,
mengeluarkan pendapat, keselamatan harta peribadi serta larangan-larangan dari
melakukan jenayah. Dengan wujudnya piagam tersebut, maka wujudlah era baru dalam
politik dan peradaban dunia. Ia menjadi satu dokumen politik yang pertama di dunia yang
seterusnya juga telah mengujudkan negara Islam yang pertama. Kewujudannya juga telah
membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. Kota Madinah dan sekitarnya menjadi
wilayah yang aman ekoran dari larangan-larangan melakukan sebarang bentuk jenayah dan
ketetapan yang mewajibkan agar seluruh penduduknya menjaga keamanan dan
kemakmuran tersebut serta sentiasa bertanggungjawab menjaga hubungan antara kaum.
Konsep ‘ satu ummah’ sebagai manan tercatat di dalam Piagam Madinah juga telah
memperkukuhkan lagi persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Peruntukan Piagam
Madinah ini telah mewajibkan kepada setiap penduduk Islam supaya berkerja sama dalam
menegakkan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran, tidak boleh membiarkan saudara
seagamanya dibebankan dengan hutang, berperang dan membunuh sesama sendiri dan
menegah berpihak kepada orang kafir untuk memusuhi umat Islam.
Nabi Muhammad telah memperuntukan di dalam Piagam Madinah hak – hak golongan
Yahudi seperi memberi kebebasan mengamalkan upacara dan ibadat agama mereka,
kebebasan di dalam kegiatan ekonomi, sosial, adat istiadat mereka dan mereka pula
diminta supaya bersedia untuk mempertahankan keselamatan Madinah dari ancaman
musuh. Disebaliknya, mereka pula meminta jasa baik Nabi Muhammad s.a.w
menyelesaikan masalah – masalah yang dihadapi oleh mereka. Di dalam Piagam Madinah
setiap penduduknya mempunyai hak yang sama.
yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. mengandungi 39 fasal. Di
g. Penyingkiran Orang-orang Yahudi Madinah
Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah hanya mematuhi Piagam Madinah pada
peringkat permulaan sahaja. Selepas itu mereka mula mengingkarinya.
– Golongan Yahudi yang terdiri daripada
i.
kemenangan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dalam Perang Badar (2H). Mereka
Bani Qainuqa telah menghina Piagam Madinah dan mempersendakan
tidak mematuhi amaran Rasulullah s.a.w. supaya menjaga kedamaian dan
keharmonian di Madinah. Mereka juga telah mengganggu maruah wanita Islam
secara terang-terangan. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah menghalau mereka keluar
dari kota Madinah ke suatu kawasan berhampiran dengan Syam.
ii.
merupakan pengingkaran Piagam Madinah. Dengan arahan Rasulullah s.a.w.
mereka dikepung oleh tentera Islam selama enam hari. Apabila mereka menyerah
kalah, mereka bersetuju untuk meninggalkan kota Madinah. Kesalahan tersebut
ialah:
- Mereka berkomplot untuk membunuh Rasulullah s.a.w. semasa baginda
mengadakan perundingan dengan salah seorang daripada ketua mereka.
Baginda terselamat apabila turunnya wahyu (Surah al-Maidah Ayat 11)
yang menerangkan rancangan Yahudi tersebut.
- Mereka menyokong Quraisy Mekah ketika Perang Uhud (3H)
Bani Nadhir telah melakukan dua kesalahan besar. Kedua-dua kesalahan tersebut
iii.
masalah besar kepada umat Islam semasa peristiwa Perang Khandak / Ahzab
(5H). Huyai bin Ahtab (pemimpin Bani Nadhir yang telah dihalau keluar dari
Madinah telah menghasut pemimpin Bani Quraizah iaitu Kaab bin Asad sehingga
akhirnya mereka bersetuju membatalkan perjanjiannya dengan Rasulullah s.a.w
dan seterusnya memihak kepada Quraisy yang sedang mengepung Madinah. Bani
Nadhir tidak mengendahkan amaran Rasulullah s.a.w. mengenai kesan
pengkhianatannya itu. Setelah Perang Khandak tamat dan dimenangi oleh pihak
Islam, umat Islam telah mengepung perkampungan Bani Quraizah selama 25 hari.
Akhirnya mereka menyerah kalah dan bersetuju melantik Sa’d bin Mu’az
(pemimpin Suku Auz) membuat pengadilan terhadap mereka. Saa’d telah membuat
keputusan bahawa harta mereka dirampas, kanak-kanak, orang-orang tua dan
wanita ditawan, sementara orang-orang lelaki pula dihukum bunuh. Hukuman ini
adalah setimpal dengan pengingkaran mereka terhadap perjanjian sebelum ini.
Dengan penghapusan ancaman Yahudi ini maka kedudukan dan penyatuan Islam
Madinah semakin kukuh.
Bani Quraizah pula telah mengingkari Piagam Madinah dengan menimbulkan
h. Menghapuskan pengkhianatan orang-orang munafik
beberapa tindakan termasuk melancar serangan ketenteraan ke atas mereka.
- Rasulullah s.a.w. telah mengambil
i. Dasar-dasar perundangan negara menurut Al Quran
meletakkan dasar untuk membangunkan sesebuah negara Islam seperti di Madinah. Dalam
hal ini baginda telah menetapkan bahawa dasar-dasar perundangan negara mestilah
berasaskan al-Quran, Hadis, ijmak ulamak dan qias. Pemilihan ketua negara Islam pula
hendaklah dilakukan mengikut suara ramai. Di kalangan rakyat pula hendaklah diberikan
hak dan kebebasan masing-masing dalam meneruskan tradisi kehidupan mereka asalkan ia
tidak bertentangan dengan tatasusila kemasyarakatan.
-Rasulullah s.a.w. juga telah
j. Hak dan taraf yang sama -
sesebuah negara Islam setiap rakyat mempunyai hak dan taraf yang sama. Perbezaan
antara manusia hanya terletak pada ketinggian taqwa mereka sahaja. Hukum kekeluargaan
dan sistem kemasyarakatannya hendaklah juga berdasarkan kepada ajaran-ajaran Islam.
Baginda Rasulullah s.a.w. juga menegaskan bahawa dalam
k. Sistem ekonomi
membentuk satu sistem ekonomi Islam yang berbeza dari amalan-amalan ekonomi
kapitalisme dan sebagainya. Tujuannya supaya dalam sesebuah negara Islam tidak akan
wujud golongan yang terlalu kaya atau telalu miskin. Meskipun demikian, setiap anggota
masyarakat mempunyai kebebasan dan berhak untuk menguruskan dan menambahkan
- Begitu juga dalam sistem ekonomi. Baginda telah berusaha untuk
kekayaan mereka asalkan sahaja mereka tidak menindas, mengamalkan riba dan segala
bentuk kegiatan ekonomi yang bertentangan dengan Islam. Zakat dan fitrah juga telah
dilaksanakan supaya akan terjalin hubungan yang harmonis di antara golongan kaya.
Baginda juga amat menggalakkan agar umat Islam melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan ekonomi terutamanya kegiatan perdagangan kerana kegiatan tersebut
memberikan hasil ekonomi yang memberangsangkan. Baginda sendiri telah menunjukkan
contoh yang baik sebagai seorang pedagang.
l. Menjamin keadilan sosial.
m. Menunjukkan contoh teladan / peribadi yang mulia.
Setelah Rasulullah s.a.w. menyelesaikan segala masalah sosial dan menetapkan dasardasar
sesebuah negara Islam, baginda kemudian menumpukan pula perhatian kepada
usaha-usaha pertahanan supaya keselamatan negara Islam Madinah dan umat Islam
sentiasa terjamin. Keamanan yang wujud ekoran dari Piagam Madinah telah memberikan
kesempatan kepada baginda untuk menyusun pasukan tentera Islam dan
memperbesarkannya. Penyusunan, pembesaran dan pengukuhan pasukan tentera Islam itu
bukablah bertujuan untuk berperang, sebaliknya untuk menjaga keamaan, keselamatan dan
kepentingan negara Islam dalam hal ini tentera Islam hanya akan berperang apabila merasa
tergugat. Buktinya segala peperangan yang berlaku pada zaman baginda keseluruhannya
berpunca dari provokasi-provokasi pihak musuh yang berhasrat untuk menghancurkan
negara,ugama dan umat Islam. Di sebalik maksud tersebut, penyusunan tentera Islam itu
juga bertujuan untuk mengimbangi kekuatan pihak musuh Islam terutamanya Quraisy.
Dengan langkah yang diambil oleh baginda itu akan membolehkan keselamatan ugama,
umat dan negara Islam sentiasa terjamin dan berkembang. Untuk memperkembangkan lagi
pengaruh Islam, maka baginda telah menghantar utusan-utusan dakwah ke seluruh Tanah
Arab. Hasilnya jumlah umat Islam di seluruh Tanah Arab semakin meningkat. Baginda juga
telah menjalin hubungan baik dengan kuasa-kuasa / kabilah-kabilah luar. Langkah yang
diambil ini juga telah memberikan kesan yang positif. Hubungan baik ini telah
mengurangkan jumlah penyokong Quraisy dalam menentang Islam. Situasi ini tentu sahaja
menggalakkan usaha perkembangan Islam seterusnya.
Kesimpulan ( 1 markah )
Setibanya Rasullah s.a.w di Madinah dari Makkah, beliau terpaksan menghadapi pelbagai
masalah yang ditimbulkan oleh beberapa golongan penduduk di Madinah yang tidak senag
terhadap kedatangannya. Dengan pimpinan dari Allah s.w.t dan dengan sifat seorang
pentadbir yang cekap, pendamai yang dihormati, panglima berakhlak mulia dan pemimpin
berwibawa baginda telah dapat menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan adil.
Akhirnya, baginda telah dapat menyatukan pelbagai kaum dan golongan masyarakat yang
terdapat di kota Madinah.

2 comments: