ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Sunday 1 April 2012

Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliah

 Terangkan corak kehidupan masyarakat Arab jahiliyah.
Pendahuluan: ( 3 markah )
1.
sesat.
Dari segi bahasa Arab ‘jahala’ bererti ‘jahil’ atau ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ bererti bodoh dan
2.
- Ia merujuk kepada kejahilan dalam aspek akidah dan hukum-hukum agama Allah.
- Arab Jahiliah juga merujuk kepada satu zaman yang penuh dengan kegelapan,
kejahilan dan kebodohan atau zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup serta
tidak mempunyai peraturan yang sah di sisi Allah.
Dari segi istilah atau syarak:
3.
- Tidak mempunyai Nabi atau Rasul sebagai pembimbing.
- Tidak mempunyai kitab sebagai petunjuk.
- Tiada perkembangan ilmu (menyebabkan keseluruhan masyarakat buta huruf dan jahil)
- Tidak mempunyai peradaban atau tamadun
- Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
- Masyarakatnya tidak patuh kepada syariat Allah dan tidak mengesakannya.
- Wujud selama kira-kira 300 tahun iaitu selepas kejatuhan kerajaan Saba / Himyar
hingga zaman kelahiran Islam.
-
Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah:
Isi-isi Jawapan (7 isi x 3markah = 21markah)
a. Corak perhubungan masyarakat
- Berdasarkan sistem kabilah. Pembentukannya berlandaskan pertalian darah kekeluargaan
dan keturunan.
- Mengamalkan fahaman asabiyah / semangat kesukuan - setiap kabilah berbangga
terhadap kabilah sendiri sahaja - tidak menerima suku-suku Arab lain – memandang hina
kabilah lain - masyarakat tertutup.
- Memberi perlindungan terhadap ahli-ahli suku walaupun mereka bersalah.
- Peperangan antara kabilah sering berlaku – Sebab-sebab peperangan selalunya berpunca
dari perebutan sumber air / padang rumput, mempertahankan anggota suku / kabilah atau
kerana menuntut bela kematian ahli suku yang dibunuh oleh suku lain. Contoh perang ialah
Perang Harb al-Basus antara Bani Bakar dan Bani Taghlib. Kemenangan dalam
peperangan dianggap penting kerana meningkatkan pengaruh, kekuasaan dan kekayaan
sesuatu kablah. Kabilah yang tewas akan dijadikan hamba.
b. Corak susun lapis masyarakat
- Susun lapis masyarakat (bangsawan / hamba). Wujud jurang sosial yang luas antara
golongan bangsawan dan golongan bawahan. Golongan bangsawan seperti pemidato dan
pahlawan dianggap mulia sementara golongan miskin dan hamba dianggap hina.
- Sistem perhambaan – hamba terdiri daripana hamba asal / keturunan atau hamba tawanan
perang. Sistem perhambaan ini menjadi ukuran kekayaan seseorang.
- Perdagangan hamba
- Layanan terhadap golongan hamba
- Penindasan golongan atasan terhadap golongan bawahan / lemah
c.
Terbahagi 2 iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadhari. Golongan Hadhari tinggal di
kawasan bandar. Mereka lebih bersikap terbuka kerana berpeluang berhubung dengan
masyarakat luar. Golongan Badwi pula tinggal di kawasan pedalaman / padang pasir secara
nomad. Masyarakat mereka lebih tertutup. Struktur Masyarakat Arab Hadhari terdiri
daripada golongan bangsawan – pemerintah dan para pedagang, Golongan agama - ketua
agama, tukang tilik dan penyair, Masyarakat awam – rakyat biasa, golongan wanita dan
golongan hamba
d.
e.
bangsawan mempunyai kedudukan tinggi dari golongan rakyat biasa / hamba.
f.
perempuan akan membawa bencana / sial kepada keluarga – pembunuhan kadang-kala
dilakukan oleh ibu bayi itu sendiri – lazimnya ditanam hidup-hidup – tujuannya bagi
mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat
keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat
keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa
apabila sampai tempoh akil baligh.
g.
pembunuhan dan menjadi kayu pengukur keberanian seseorang.
h.
dendam. Arab Jahiliah terutamanya golongan Badwi tidak suka dikongkong oleh undangundang.
Mereka gemar gaya hidup liar dan bebas.
i.
Kelompok masyarakat Arab Jahiliah :Amalan-amalan perkahwinan – poligami secara berlebihan , polyandri dan alibtiza.Kedudukan wanita – rendah dan hanya menjadi alat pemuas nafsu. Wanita isteriPembunuhan kanak-kanak perempuan – pembunuhan disebabkan kelahiran anakRompakan dan pergaduhan juga sering berlaku – rompakan mendorong ke arahTiada peraturan / undang-undang – yang wujud hanya undang-undang membalasCiri-ciri Akhlak
- Mengamalkan amalan-amalan tradisi / kebiasaan.
- Berakhlak rendah - tingkah laku yang kasar
- Minum arak, berjudi, pelacuran / zina.
- Sikap bongkak, sombong
- Tiada peraturan sosial untuk dipatuhi – mereka hanya menurut peraturan dan undang
– undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan
bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian,
pelacuran dan pembunuhan. Kegiatan hidup berasaskan kehendak diri sendiri –
mereka mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan serta keredhaan Allah.
- Dua sikap positif mereka ialah : Amat menghormati tetamu: Walaupun orang – orang
Arab jahiliyah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab
jahiliyah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang
datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan
jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin
menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Amat
berpegang teguh kepada janji. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal
keselamatan nyawa. Orang – orang Arab jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang
lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.
j.
Ilmu pengetahuan / tamadun masyarakat Arab Jahiliah
- Buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf.
- Kamahiran bersyair (sastera) hanya digunakan untuk melahirkan perasaan secara
spontan.
- Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berpidato hanya berkaitan pekara-perkara
lampau yang tidak ilmiah.
- Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan
ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri – ciri kejahilan
sangat ketara di kalangan mereka.
k.
Corak Kepercayaan
i.
Jahiliah) menganggap segala yang boleh memberikan keuntungan / manfaat kepada
mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk objek
kebendaan atau secara tahyul.
Mengamalkan agama dan kepercayaan yang sesat dan tidak diredhai. AJ (Arab
ii.
Polydemonisme / penyembahan jin dewa-dewa, Majusi / Zoroester, Penyembahan
Tuhan Padang Pasir, Animisme, Agama Yahudi, Agama Nasrani dan Kepercayaan
berunsur adat / tahyul yang tidak dipastikan asal-usulnya. Seperti mempercayai
tangkal azimat, roh orang mati akan menjadi burung, Mempercayai binatang yang
melintas di tengah perjalanan – jika ke kanan akan membawa kebaikan dan jika ke
kiri akan membawa kecelakaan dll.
l.
Antara kepercayaan mereka ialah menyembahan berhala, Penyembahan cakrawala,Corak Ekonomi
i. Keadaan ekonomi keseluruhan: Merosot berikutan keruntuhan empangan Maarib dan
kejatuhan beberapa kawasan kaya kepada pihak penjajah. Ekonomi tidak berkembang
kerana mengamalkan kehidupan nomad.
ii. Aktiviti ekonomi:
- Masyarakat Hadhari menjalankan aktiviti perdagangan di kota-kota dan wilayah
utama seperti Mekah, Hirah, Ghassan, Syam dan Yaman. Kecuali Mekah,
perdagangn wilayah-wilayah Arab lain kurang menggalakkan kerana dimonopoli
oleh penjajah. Barang-barang dagangan terdiri dari buah-buahan, pakaian, hamba,
berhala, rempah dan emas. Perdagangan dijalankan secara bermusim iaitu pada
musim sejuk pedagang2 akan ke selatan (Yaman) dan musim panas ke utara
(Syam). Perdagangan secara tukar barang. Unsur penipuan dalam perdagangan
(timbang sukatan, kualiti dll) dan amalan riba berleluasa. Golongan bawahan
paling menderita ekoran wujudnya penindasan ekonomi. Wujud juga hubungan
dagang dengan masyarakat Badwi untuk mendapatkan haiwan ternakan.
- Masyarakat Badwi menjalankan aktiviti pertanian seperti kurma dan bijirin.
Keseluruhannya dilakukan secara nomad berikutan masalah sumber air. Sebelum
zaman jahiliyah, Yaman memperlihatkan aktivti pertanian tetap yang
menggalakkan berikutan adanya Empangan Maarib sebagai sumber pengairan.
Namun pada zaman Jahiliah, aktiviti pertanian mengalami kemerosotan berikutan
runtuhnya empangan tersebut dan masyarakat mula berpindah ke tempat lain
untuk mencari sumber ekonomi baru. Aktiviti ternakan seperti unta, kuda dan biribiri
yang juga dilakukan secara nomad kerana kekurangan kawasan ragut dan
sumber air.
- Aktiviti ekonomi lain: Aktiviti pengukiran dan penjualan berhala merupakan antara
aktiviti yang menguntungkan terutama pada musim mengerjakan haji. Berhala
diukir menggunakan kayu dan batu dalam pelbagai bentuk. Justeru itu mereka
menentang Islam yang mengharamkan pengukiran, penjualan dan penyembahan
berhala.
m.
Corak politik
-
Pemerintah cenderung untuk menjaga kepentingan diri sendiri.
-
keberanian dan kehebatan berpidato. Anggota kabilah hanya setia pada anggota
kabilah masing-masing. Pembentukan kabilah bermula dari keluaga/khemah, Hayy/
Kawasan, Kaum/Suku dan akhirnya Kabilah.
Politik berkabilah – Ketua digelar ‘syeikh’. Ketua dilantik berdasarkan kekayaan,
-
pentadbir urusan haji dan penjaga Kaabah (dua jawatan yang dipandang mulia),
aktiviti perdagangan / persaingan ekonomi atau persaingan ketenteraan.
Sikap berpuak-puan dan sering berperang kerana perebutan kuasa untuk menjadi
Kesimpulan ( 1 markah )
Apa sahaja yang berkaitan.
Selepas kedatangan syiar Islam corak kegiatan masyarakat Arab jahiliyah telah berubah
kepada nilai-nilai keIslaman dari segi politik sosio, ekonomi dan keagamaan.

3 comments:

  1. Its like you read my mind! You appear to know so much about this, like you wrote
    the book in it or something. I think that you
    could do with a few pics to drive the message home a little bit, but other than that, this is excellent blog.
    A great read. I will definitely be back.

    Here is my blog: top eleven hack (socia.us)

    ReplyDelete