ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Sunday 1 April 2012

Piagam Madinah

Penggubalan Sahifah Madinah telah menyelesaikan pelbagai masalah penduduk di
kota Madinah.Terangkan inti pati kandungan Sahifah Madinah dan kepentingannya.
Pendahuluan: (3 markah )
a. Prinsip-prinsip umum pemerintahan Islam seperti prinsip musyawarah / syura. persamaan taraf dan hak, prinsip keadilan, prinsip persaudaraan dan perpaduan Islam, Islam sebagai landasan (landasan politik, ekonomi, sosial, perundangan dsb).
b. Pembentukan Negara Islam Madinah - Proses ke arah pembentukan negara / pemerintahan Islam bermula selepas terbentuknya Perjanjian Aqabah I (pada tahun ke-12 kerasulan baginda) dan Perjanjian Aqabah II pada tahun berikutnya.
c. Latar belakang Piagam Madinah - Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun
ke-2 hijrah, merupakan perlembagaan bertulis yang tertua di dunia walaupun sebelum kemunculan tamadun Islam telahpun wujud pelbagai tamadun dunia lain seperti Mesir, Yunani, Rom dan sebagainya. Piagam Madinah berbeza dari segi tulisan – tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang – undang tertinggi di Madinah, selain itu Al – Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak – kanak
raja. Ia juga bukan seperti dokumen Arthasastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Maurya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak – anak raja .

Isi-isi Jawapan
Intipati / Kandungan Umum Piagam Madinah ( 8 markah )
a. Syahifah Madinah mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian
pertama mengandungi 23 fasal menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam
sesama Islam (Muhajirin dan Ansar). Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal
membabitkan hak kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam
Madinah. Di dalam Perlembagaan Madinah ini telah digariskan beberapa prinsip umum
tentang dasar pentadbiran masyarakat (ummah) dan negara Islam Madinah yang
dianggotai oleh pelbagai kaum, puak dan kepercayaan, mengikut keperluan semasa.
b. Pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua
negara yang wajib dipatuhi dan dihormati.. Sebagai ketua negara baginda mempunyai
kuasa di dalam urusan pemerintahan negara dan sebagai ketua agama bagi umat
Islam. Bagaimanapun setiap ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah
dalam kaum masing-masing.
c. Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai sebuah
masyarakat (ummah) yang mempunyai kewajiban dan tanggungjawab yang sama
terhadap negara Islam Madinah. Setiap anggota syahifah hendaklah menjalin hubungan
yang erat sesama mereka tidak kira agama atau asal keturunan. Umpamanya umat
Islam tidak boleh membiarkan saudara-saudara mereka dibebani hutang. Mereka mesti
menolong dengan jalan yang benar apabila timbul soal-soal membayar tebusan wang
dan darah.Penganut Islam dan Yahudi mestilah hidup bersama di dalam bentuk
kewarganegaraan dengan hak yang sama dalam lingkungan konsep ummah.
d. Semua penduduk tanpa mengira latar kaum dan agama hendaklah bersatu padu,
bekerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari sebarang ancaman
luar. Begitu juga penegakan keadilan dan pembanterasan kezaliman adalah
tanggungjawab bersama, bukan dipikul oleh umat Islam semata-mata. Penyembah
berhala dan Yahudi di Madinah tidak boleh menyebelahi pihak-pihak lain untuk
menentang Islam.
e. Wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. merupakan sumber utama
undang-undang negara.
f. Semua anggota syahifah mempunyai hak dan kebebasan beragama. Orang-orang
Yahudi bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing selagi mereka menghormati
hak umat Islam.
g. Memberikan jaminan keselamatan terhadap orang-orang bukan Islam yang
menganggotai dan mematuhi peraturan-peraturan syahifah. Keselamatan orang Yahudi
adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian itu. Mereka akan dilindungi
daripada sebarang gangguan dan berhak mendapat sebarang perlindungan dan
perkhidmatan.
h. Fungsi Syahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman, mencegah
jenayah, maksiat dan kemungkaran dll.
Kepentingan Piagam Madinah ( 6 isi x 2 markah = 12 markah )
a. Kepentingan Politik
-
Rasulullah s.a.w. sebagai Ketua Negara.
-
Tertubuhnya secara rasmi negara Islam yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w.
-
Golongan Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ telah dapat
dihapuskan kerana mengkhianati Syahifah Madinah yang mereka persetujui.
Contohnya apabila mereka membantu pihak Quraisy dalam Perang Ahzab (5H).
Terhapusnya ancaman Yahudi sebagai musuh dalam selimut dalam kerajaan Islam.
-
negara Islam dan Nabi sebagai Rasulullah s.a.w.
Yahudi secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam, Madinah sebagai
b. Kepentingan Keagamaan
-
total. Pelaksanaan syariah Islamiah merupakan matlamat utama penegakan negara
Islam. Syariah Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa penubuhan sebuah negara
Islam.
Perlembagaan ini membolehkan syariah Islamiah dilaksanakan di Madinah secara
-
sepenuhnya oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh
dunia, khususnya Semenanjung Tanah Arab.
Keamanan yang wujud ekoran daripada pelaksanaan syariah Islamiah dipergunakan
-
kepercayaan masinh-masing – memberi perluang kepada umat Islam dan bukan
Islam untuk bergaul dan sekaligus menarik minat mereka kepada Islam.
Kebebasan beragama – umat Islam dan bukan Islam bebas untuk mengamalkan
c. Kepentingan Sosial
-
berlaku. Suku Auz dan Khazraj hidup aman dalam persaudaraan Islam.
Piagam Madinah telah mendamaikan permusuhan suku-suku Arab yang telah lama
-
membantu musuh untuk menyerang sesama Islam..
Sesama Islam digalakkan saling bantu-membantu, hidup secara aman dan ditegah
-
dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan
berpihak kepada musuh – musuh Islam.
Orang – orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman
d. Kepentingan Ekonomi
-
secara beransur-ansur menguasai ekonomi Madinah dan sekitarnya.
Kemunculan Madinah sebagai pusat perdagangan berikutan keamanan. Umat Islam
-
langkah untuk mengelakkan pemboikotan ekonomi Yahudi terhadap umat Islam
seperti yang pernah dilakukan oleh Quraisy di Mekah.
Kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk – sebagai
-
menarik minat pedagang – pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya
Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab.
Dengan itu, umat Islam secara beransur – ansur telah menguasai ekonomi Madinah
dan kawasan persekitarannya.
Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah
d. Kepentingan Keamanan dan Keselamatan
-
negara – tidak meletakkan tanggungjawab ini kepada umat Islam sahaja.
Semua penduduk bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan
-
juga mempertahankan negara dari ancaman luar.
Yahudi tidak boleh membuat pakatan dengan Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan
-
perlembagaan tersebut.
Jaminan keselamatan ke atas semua penduduk selagi mereka mematuhi perjanjian /
-
pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum
seberat – beratnya tanpa mengira bangsa atau agama.
Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana – mana
-
Kepentingan Dakwah / Penyebaran Islam
-
Kepentingan Dakwah / Penyebaran Islam
e. Kepentingan Dakwah / Penyebaran Islam
-
menghantar wakil / pendakwah ke Rom , Parsi dan Habsyah.
Dakwah Islam tersebar luas ke seluruh Tanah Arab. Nabi Muhammad s.a.w telah
-
Bilangan umat Islam semakin bertambah
f. Kepentingan Pengiktirafan Negara Islam Madinah
-
dan mengakui Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara.
Pembesar Quraisy Mekah telah mengiktiraf kewujudan kerajaan Islam di Madinah
-
dan kerajaaan Islam Madinah serta menerima wakil / menjalin hubungan diplomatik
dengan dunia luar.
Kerajaan-kerajaan luar seperti Rom dan Parsi mengiktiraf nabi sebagai ketua negara
Kesimpulan ( 2 markah
Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Khulafah Al-Rasyidin terus mengamalkan politik Islam
yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Syahifah Madinah juga dikekalkan. Ini terbukti
dengan beberapa tindakan yang diambil oleh mereka untuk mengatasi golongangolongan
yang mengancam kedaulatan negara Islam. Namun begitu beberapa
pertambahan struktur pentadbiran telah dilakukan, tetapi tidak bertentangan dengan
Islam dan Syahifah Madinah.
)

No comments:

Post a Comment