ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday 29 February 2012

Bincangkan perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional di Tanah Melayu selepas campur tangan British pada abd ke-19.

ingat....'keyword'nya ialah perubahan..jadi kena jelaskan sebelum dan selepas tetapi hanya dalam bidang pemerintahan sahaja...

cadangan jawapan

Pendahuluan
  • British mula campur tangan
  • pengenalan kepada sistem Residen
  • sistem pemerintahan berubah dari corak tradisional kepada alaBarat.
Isi
1. Politik
        i. Kedudukan sultan
  • sebelum British, pentadbiran negeri diketuai oleh sultan
  • sulktan pemegang kuasa politik tertinggi
  • di bawah sistem Residen, residen mempunyai kuasa tertinggi
  • kuasa sultan terbatas kepada perkara agama dan adat istiadat Melayu.
       ii.  Pembesar
  • Sebelum, pembesar adalah pembantu sultan
  • tunggak tenaga penggerak utama yang melaksanakan tanggungjawab bagi pihak sultan
  • di bawah sistem Residen, Pegawai Daerah berbangsa Inggeris mengambil alih tugas dan kuasa tradisi pembesar-pembesar daerah dan jajahan.
  • di peringkat mukim, jawatan penghulu masih kekal
  • penghulu berfungsi menyampaikan dasar dan usaha kerajaan britrish kepada rakyat.
2.  Ekonomi
  • sebelum , sultan menguasai segala hasil ekonomi
  • pembesar berhak mengutip cukai di akwasan dan daerah masing-masing
  • di bawah sistem residen, semua hasil ekonomi negeri dan hak memungut cukai diambilalih oleh pegawai British
  • pungutan cukai dikendalikan oleh Jabatan Pemungutan Cukai dan Majistret
3. sistem kehakiman
  • sebelum, sultan berkuasa menjatuhkan hukuman
  • zaman british, hakim berkuasa dalam segala perkara berkaitan kehakiman
  • mahkamah dibentuk untuk mengadili setiap kes sivil dan jenayah.
Kesimpulan
  • campur tangan british di Tanah Melayu telah mengubah struktur pemerintahan tradisional.
  • institusi kesultanan dan sistem pembesar diganti dengan sistem Residen.
  • perubahan ini membangkitkan perasaan tidak puas hati orang Melayu.
  • Hasilnya, wujud beberapa gerakan penentangan terhadap british di Tanah Melayu
di sini diberi contoh cara mengarang mengikut skema...

Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit politik yang terbesar ialah negeri.  Pentadbiran sesebuah negeri melayu diketuai oleh sultan ataupun raja. Sultan ataupun raja merupakan pemegang kuasa politik tertinggi dalam pentadbiran sesebuah negeri.  Ketika itu, sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan.  Sultan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial dan memiliki segala hak istimewa yang tidak pernah dimiliki oleh orang lain.  Sultan ataupun raja akan dibantu oleh pembesar dalam melaksanakan pentadbiran sesebuah negeri Melayu.  Pembesar biasanya digelar Pembesar Empat, Pembesar Lapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar akan membantu sultan dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Pembesar akan memainkan peranan yang sangat penting dalam kerajaan.  Maju mundurnya sesebuah negeri adalah bergantung sepenuhnya di atas kebijaksanaan pembesar menyusun atur dasar kerajaan dengan sempurna.

Namun, semuanya telah mengalami perubahan setelah Sistem Residen diperkenalkan.  Di bawah sistem Residen, pentadbiran negeri-negeri Melayu diketuai oleh sultan atau raja atas nasihat Residen British melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri(MMN). Dalam MMN, residen mempunyai kuasa tertinggi dalam pemerintahan negeri masing-masing. Residen turut dibantu oleh pegawai pentadbir di peringkat negeri dan daerah. Residen boleh membatalkan keputusan yang dibuat oleh MMN. MNN tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Sebaliknya, MMN hanya meluluskan sahaja keputusan yang telah dibuat oleh residen.  Segala keputusan yang dibuat oleh MMN hanya ditandatangani oleh sultan selepas mendapat keizinan daripada gabenor. Keadaan ini menyebabkan kuasa sultan hanya terbatas dalam perkara berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu sahaja.  Bermakna, sultan yang dahulunya berkuasa mutlak telah kehilangan kuasa politiknya. Contohnya, sultan Abdullah telah kehilangan kuasa dan hak istimewa dalam politik di negeri Perak. Segalanya bermula sebaik sahaja baginda menandatangani pengisytihran penyerahan pentadbiran kepada British pada 2 Oktober 1875 setelah menerima ugutan daripada ihak british. Lantaran itu, semua pentadbiran di negeri perak telah diambil oleh british. 


No comments:

Post a Comment