ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Thursday, 1 March 2012

BAITUL MAL

Baitul mal berasal daripada perkataan Arab (bayt al-mal) yang bermaksud "rumah harta". Dalam sejarah Islam, baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir cukai. Baitul mal berfungsi sebagai perbendaharaan khalifah dan sultan yang mengurus kewangan peribadi dan perbelanjaan kerajaan. Ia juga mengurus pengagihan zakat untuk rakyat awam. Pakar ekonomi Islam moden menganggap rangka institusi baitul mal sebagai sesuai kepada masyarakat Islam sekarang.


Harta kekayaan milik Daulah Islamiyah

  • Anfal, ghanimah, fai dan khumus.
  • Kharaj.
  • Jizyah.
  • Bermacam-macam harta milik umum.
  • Harta milik negara yang berupa tanah, bangunan, sarana umum dan pendapatannya.
  • Harta usyur.
  • Harta tidak sah para penguasa dan pegawai negara, harta hasil kerja yg bertentangan dgn syarak serta harta yg diperolehi dari tindakan curang lainnya.
  • Khumus harta temuan dan bahan galian.
  • Harta kelebihan dari sisa pembahagian waris dan harta yang tiada pewaris.
  • Harta orang-orang murtad.
  • Pajak.
  • Harta Zakat
APA ITU KHARAJ
Kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Dalam undang-undang syariah, Kharaj ialah cukai ke atas tanah pertanian. Kharaj tidak disebut dalam Quran atau Hadith tetapi lebih kepada ijma' atau persepakatan ulama Islam dan sebahagian daripada tradisi islam atau urf.
Dalam sejarah Islam, kharaj berupa duti yang dikenakan ke atas tanah yang telah dirampas daripada Empayar Byzantine dan Sassanid, sama ada melalui peperangan atau damai. Jika perjanjian damai antara kaum Muslimin dan penduduk ini telah bersepakat mengatakan tanah tersebut adalah milik Daulah Islamiyah (negara), dan mereka mengakuinya dengan membayar kharaj, maka mereka harus menunaikannya. Kharaj menurut bahasa bermakna al-kara' (sewa) dan al-ghullah (hasil). Setiap tanah yang diambil daripada kaum kuffar dengan cara paksa, setelah diumumkan perang ke atas mereka, maka tanah teresbut dikategorikan sebagai tanah kharajiyah. Walaupun mereka masuk Islam selepas penaklukan itu, namun tanah tersebut statusnya masih tanah kharajiyah.
Abu Ubaid meriwayatkan dalam kitab Al-Amwal dari Az-Zuhri yang mengatakan : " Rasulullah s.a.w menerima jizyah daripada orang Majusi Bahrain." Az-Zuhri menambah lagi: "Siapa sahaja di antara mereka yang memeluk Islam, maka keIslamannya diterima, dan keselamatan diri dan hartanya akan dilindungi melainkan tanah. Kerana tanah tersebut adalah tanah fai' (rampasan) bagi kaum Muslimin, kerana orang itu tidak menyerah diri sejak awal, sehinggalah dia terlindungi." Maksudnya sehingga mereka di lindungi oleh kaum Muslimin.
Manakala jumlah kharaj yang wajib dipungut daripada tanah itu hendaklah dikira berdasarkan kandungan tanahnya. Pada masa Umar menetapkan kharaj, beliau meneliti kandungan tanahnya, dan tidak bertindak zalim terhadap si pemilik dan penanamnya. Dalam beberapa situasi beliau telah memungut kharaj untuk setiap 1 jarib dengan 1 qafiz dan 1 dirham. Dalam keadaan dan tanah yang lain beliau memungut kharaj dengan jumlah yang berlainan pula. Di daerah Syam pula beliau memungutl jumlah kharaj yang berlainan . Oleh kerana itu, memang diketahui yang beliau meneliti setiap tanah berdasarkan kadar kandungan tanahnya.
Jika beliau telah menetapkan kharaj tersebut berdasarkan kandungan tanahnya, maka beliau akan mengambilnya bersesuaian dengan apa yang telah beliau tetapkan. Jikalau beliau telah menetapkan kharaj ke atas sebidang tanah dengan kadar tahunan, maka beliau akan memungut kharaj itu pada akhir tahun qamariyah. Ini kerana tahun qamariyah merupakan tahun yang sudah diketahui umum hukum syara'nya. Apabila beliau menetapkan untuk sepetak tanaman, maka beliau akan memungut kharaj pada akhir setiap tahun syamsyiyah. Ini kerana tahun syamsyiyah adalah tahun yang hujan turun dan orang akan mulai bercucuk tanam. Jikalau beliau menetapkan dengan sistem hasil , ianya akan ditentukan bila tanaman itu akan mengeluarkan hasil secara amnya. Kemudian beliau akan memungut kharaj apabila tanaman itu telah mengeluarkan hasil.
Seorang Imam (Khalifah) boleh mengira kharaj dengan memerhatikan perkara-perkara yang sepatutnya berdasarkan tiga aspek ini:
  1. berdasarkan luas tanah, atau
  2. tanamannya, ataupun
  3. akan dikira berdasarkan kadar hasil tanaman yang dapat pada waktu itu.
Jika tanah itu disuburkan sehingga boleh meningkatkan hasil tanamannya, ataupun tanah itu diserang faktor-faktor yang boleh membuatkan hasil tanamannya berkurangan maka perkara sebegini harus diteliti terlebih dahulu.: Jika peningkatan hasil tanaman itu merupakan hasil usaha daripada petani, contohnya mereka telah menggali telaga, ataupun mereka membuat saluran air,maka kharaj mereka tidak akan ditambah walaupun sedikit.
Jika hasil tanaman petani berkurangan disebabkan kerosakan yang mereka lakukan sendiri, seperti mereka merosakkan saluran air, ataupun tidak memanfaatkan telaga yang ada, maka pungutan kharaj mereka tidak akan dikurangkan walaupun sedikit. Malah mereka akan diperintahkan untuk memperbaiki alat-alat yang telah mereka rosakkan. Jikalau hasil pertanian mereka bertambah dan berkurang disebabkan tindakan yang dilakukan oleh negara seperti negara telah menggali telaga (sumur bor) untuk mereka ataupun tidak memperbaiki saluran-saluran air untuk mereka, maka negara boleh menambahkan kharajnya apabila hasil tanaman mereka bertambah, dan wajib menguranginya apabila hasil tanaman mereka berkurangan. Tetapi jika hasil tanaman itu bertambah atau berkurangan disebabkan faktor alam seperti bencana alam yang menyebabkan tanamannya rosak, ataupun hanyut disebabkan banjir. Maka kharajnya akan ditentukan berdasarkan kadar kandungannya sehinggakan penduduk setempat tidak merasakan yang mereka dizalimi. Kharaj juga akan ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan bukannya secara berterusan. Penetapan ini boleh berubah-ubah ataupun berakhir pada waktu tertentu kerana kadar kandungan tanahnya juga memerlukan perkiraan yang baru (berubah).

    No comments:

    Post a Comment