ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday 29 February 2012

Galurkan perkembangan kegiatan ekonomi masyarakat tempatan tradisional.

Pendahuluan (2-3 m)
  • aktiviti ekonomi tempatan sebelum tahun 1874 tertumpu kepada ekonomi sara diri.
  • kegiatan ekonomi komersial juga turut dijalankan..tetapi masih bersifat tradisional
  • selepas 1874, tumpuan lebih kepada ekonomi komersial berasaskan ekspot
Isi-isi penting(20m)
sara diri
  • pertanian
  • mengutip hasil hutan
  • menangkap ikan
  • menternak binatang
ekonomi komersial
  • pertanian dagangan
  • perlombongan
  • perdagangan 
Kesimpulan(2-3m)
  • Ekonomi sara diri diusahakan sepenuhnya oleh masyarakat tempatan
  • walau bagaimanapun ekonomi komersial berasaskan perdagangan dan perlombongan tidak banyak melibatkan masyarakat tempatan
  • sebelum tahun 1850-an, ekonomi komersial dikuasai oleh sultan dan pembesar
  • selepas tempoh tersebut, kegiatan ini dilakukan oleh orang cina
 *** ingat..masukkan contoh hasil dan sifat tradisional kegiatannya..contoh;
Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat tradisional.  Tanaman utama adalah tertumpu kepada tanaman padi sawah dan padi huma.  Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur, rendah, dan rata.  Hal ini kerana, padi sawah memerlukan bekalan air yang mencukupi dan banyak bagi memastikan pengeluaran yang memuaskan.  Padi huma pula ditanam di kawasan tanah tinggi atau lereng bukit kerana padi huma tidak memerlukan aiar yang banyak dan hanya cukup bergantung kepada tadahan air hujan.

Kegiatan menanam padi merupakan aktiviti paling penting kerana menjadi makan rutin penduduk tempatan.  Selain padi, terdapat tanaman laian yang diusahakan seperti ubi-ubian, sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin.  Semua hasil tanaman tersebut biasanya untuk kegunaan sendiri.  Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku lebihan akan dijual secara kecil-kecilan atau ditukarkan dengan barangan keperluan lain.

ingat juga ...Sabah dan Sarawak...

No comments:

Post a Comment