Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.
A. Pengenalan (3/2 markah)
Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Rajaraja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.
B. Isi
1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah)
Kegiatan Ekonomi Saradiri
a. Penanaman Padi.
Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar.
Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai.
Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi.
b. Tanaman-tanaman Lain.
Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.
c. Hasil hutan .
Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.
d. Memburu binatang
Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut.
e. Penternakan
Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.
f. Perikanan
Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan.
Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat, sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai, jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala, jaring kelong dan rawai.
Kegiatan ekonomi komersial.
a. Padi dan beras.
Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain.
b. Hasil Hutan
Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dan sebagainya.
Kegiatan pertanian dagang.
a. Lada hitam dan gambir
Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai.
ii. Kopi
Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
b. Tanaman jualan lain
Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19.
Kegiatan Perlombongan
a. Bijih Timah
Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan; Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor.
b. Emas.
Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera.
B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )
Kegiatan Ekonomi Sara diri.
a. Penanaman Padi.
Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.
b. Perikanan.
Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.
c. Tanaman-tanaman lain.
Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.
d. Perlombongan
Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.
e. Perdagangan.
Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu.
Kegiatan ekonomi komersial
a. Lada hitam
Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia.
b. Gambir.
Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil.
c. Sagu.
Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.
d. Perlombongan.
Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.
C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )
Kegiatan ekonomi sara diri
a. Penanaman Padi
Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan
Bajau.
b. Tanaman-tanaman lain
Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”
c. Pertukangan
Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda.
d. Perikanan
Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.
e. Penternakan
Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan.
Kegiatan Ekonomi Komersial
a. Tembakau
SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.
b. Perlombongan.
Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.
C. Penutup ( 2/3 markah )
Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang.
Thank you for information...
ReplyDeletetertarik dgn lagu background blog.. btw, maklumat di atas bantu sy buat kerja kursus.. tq.. :)
ReplyDelete2 la...bes sgt lgu background tue..
DeleteThanks for the information , it's helps me a lot. Thank you
ReplyDeletetime kaseh bebanyak....
ReplyDeletearap keje khusus sye bejaye.. :)
thanks! :)
ReplyDeletekat kuantan ade ape aaa???
ReplyDeleteJOM HEBOH
Deletetq 4 ur info
ReplyDeleteuntuk makanan tradisonal tak ada ke ? :)
ReplyDeleteomg thanks for postin thisss :DD
ReplyDeletenota-nota ini amat membantu,tatapi saya tidak tahu cara untuk meletakkan foto(melawat ke tempat kejadian) dgn org yg menjalankan
ReplyDeletekegiatan sara diri...any idea? where the people is carrying out this activity (sara diri)...?
thank u....
ReplyDeletethankssss alot....lol
ReplyDeletecikgu xada tentang satay ke?
ReplyDeleteterima kasih..!!! ^_^ kerja khusus hampir separuh siap..!!
ReplyDeleteboleh tak awak ajar sy...sy x tahu buat... -Khairun-... >_< ...
Deletecikgu mcm ne kena buat...sy tinggal dkt kl so mmg susahh..!!!!! ...harap cikgu dpt bantu sy...pls... :'( :'( ...-Khairun-
ReplyDeleteterima kasih !! >_< atas cth yg d'berikan .
ReplyDeletetertarik dgn lagu tuu
ReplyDeletelike it....background yang membuat saya rasa rendah diri...
ReplyDeleteASSALAM CIKGU...TQVM..INFO CGU NI MMG BNYK MMBANTU..MOGA ALLAH BALAS SGALA KBAIKAN CGU..AMIN
ReplyDeletemakanan takda ka??
ReplyDeletethanks 4 the information,
ReplyDeletetapi masih blank sikit2 lagi nih. (@_@)..
dhdhdhdhhfdh
ReplyDeletehelo my name is jfhfvgc
ReplyDeletegydrydryrdy6y
ReplyDeletegjgujgyugy
ReplyDeleteThank you very much 4 the information.May Allah bless you teacher.
ReplyDeleteMay Allah bless you Insya-Allah
ReplyDeleteArigatou for information!
ReplyDeletethanz!!!
ReplyDeleteharap2 cpat lh siap :3
ReplyDeletelgu nie memang bgi semangat
ReplyDeleteterime kasih dengan isi yg diberi.semoge folio dapat markah penoh
ReplyDeleteharap keje khusus dpt siap
ReplyDeleteyeahh, thanks alot for the info :)
ReplyDeletesyew pon x thu..!!!!! prgi la tnyew cikgu sendiri....
ReplyDeletesyew pon x thu..!!!!! prgi la tnyew cikgu sendiri....
ReplyDeleteTerbaik ahh [zamry]
ReplyDeletehahahaha [haziq hasnan]
ReplyDeletemacam mane nk buat? tolong lh saya
ReplyDeletesaya x tahu macam mane nk buat folio tu lh, tolong lh saya buat folio ti
ReplyDeletex tolong ape ape pun folio tentang ekonomi traditional dan perkaitan nya dendan semangat nationalisme
ReplyDeletethank you so much!! it really helps me to do my projek!!
ReplyDeletessah gak nak wt kje khusus ni..tp tkpelah sbb psl exam apepon snggup..
ReplyDeleteFark yea
ReplyDeletebest yer lagu.... mklumat pom berguna.... terima kasih sya ucpkan.... pehe doh la nk wk gno..... Allah shaja yg dpt mmbls jasa ckgu.... SELAMAT MAJU JAYA....
ReplyDeleteSemua ni kena masukkan dalam folio ke ?
ReplyDeletesemua ni nak masukkan kat bahagian mana?hasil kajian ker atau lain...
ReplyDeletethanks 4 the information...
ReplyDeletetq very much
ReplyDeleteNi dlm pendahuluan or hasil kajian?
ReplyDeleteterima kasih boleh buat kerja kursus . pendahuluan ke ni ?
ReplyDeleteperusahaan cakoi bleh x
ReplyDeleteperusahaan air tebu bleh x
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kalau nak buat pasal kek lapis sarawak yg diusahakan secara kecil kecilan boleh diterima tak?
ReplyDeletebgus blog ni i like it.....:)
ReplyDeleteTerima Kasih
ReplyDeleteTq...
ReplyDeleteim really really wanna thank you for thr informationn that u gave. THANKS A LOTT!!!
ReplyDeletethanks cikgusokri
ReplyDeleteBosan gilerr nak mati maklumat ni... Boleh tak cuba menulis lebih lagi!
ReplyDelete