ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Sunday, 1 April 2012

Kepentingan penjelajahan dan penerokaan-Islam

Bincangkan kepentingan aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam.
Pendahuluan ( 3 markah)
a. Kamus Dewan mentakrifkan penjelajahan sebagai mengelilingi atau berjalan ke merata tempat atau daerah untuk sesuatu tujuan, sementara penerokaan pula didefinasikan sebagai perihal perbuatan menyelidiki, menjelajah dan mengharungi.
b. Penjelajahan dan penerokaan telah berlaku sejak sebelum wujudnya tamadun awal manusia. Namun aktiviti ini dalam bentuk yang tidak teratur dan tidak langsung. Ketika itu matlamat penjelajahan dan penerokaan manusia lebih bermatlamatkan kegiatan mencari rezeki dan membuka petempatan. Penjelajahan dan penerokaan yang teratur dan hanya bermula setelah wujudnya tamadun awal manusia.
c. Agama Islam menggalakkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Dalam hal ini, banyak ayat Al – Quraan yang menyuruh umat Islam menjelajah ke seluruh muka bumi Allah s.w.t. seperti surah Yusof ayat :9, Surah Al Fatir ayat : 44 dan Surah Al-An’am ayat:11.
d. Galakkan yang berulang-ulang dalam surah-surah Al-Quran menunjukkan kepentingan aktiviti tersebut kepada umat Islam.
e. Tokoh-tokoh penjelajah dan penerokaan Islam seperti Ibn Batuttah, Ibn Hawqal, al-Masudi, Ibn Majid dll.
Isi-isi Jawapan : (7 isi x 3markah =21 markah )
Kepentingan aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam
1. Kepentingan keagamaan (pengukuhan keimanan)
-
Mengagungkan serta membesarkan Allah swt. Matlamat ini dapat dicapai setelah manusia memerhati segala ciptaan Allah.
-
Menambahkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah swt. Matlamat ini juga dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Allah.
-
Dorongan al-Quran: Firman Allah yang bermaksud - ’Katakanlah berjalan di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah swt menjadikannya sekali lagi’.
2. Kepentingan dalam penyebaran Islam.
-
Kepentingan dalam penjelajahan dan penerokaan Islam ialah menyebarkan dakwah Islamiah.
-
Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman untuk berdakwah di sana. Begitu Khalifah Umar Al – Khattab, umat – umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom dan China untuk menyebarkan Islam.
3. Kepentingan Politik:
-
Memperkukuhkan politik Islam dan kekuasaan pemerintahan Islam hingga disegani dan dihormati musuh. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini banyak dilakukan oleh umat Islam. Pada zaman Khalifah Umar bin Al khattab (634 – 644) berjaya mengislamkan Rom, Parsi, Iraq, Baitulmaqdis dan Mesir dan semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685-705) dan al-Walid bin Abd Malik (705-715) sehingga Islam akhirnya berjaya menguasai Sepanyol.
-
Penjelajahan ketenteraan Islam zaman Khalifah a-Walid b Abd Malik ke Sind telah bejaya menghapuskan kekejaman pemerintah Sind.
4. Kepentingan dalam perhubungan diplomatik- antarabangsa:
-
Penjelajahan telah berjaya mengukuhkan hubungan diplomatik antara kerajaankerajaan Islam di Timur Tengah dengan India, Asia Tenggara dan China. Hubungan terjalin hasil dari aktiviti penjelajahan dan penerokaan Islam seperti Ibnu Batuta, Ibu Majid, L-Masudi dsb.
5. Ekonomi :
-
Memakmurkan alam dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan. Di samping itu umat Islam juga dapat memperkenalkan kaedah perniagaan Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran.
6. Perkembangan ilmu pelayaran dan teknologi perkapalan
-
Peningkatan ilmu pengetahuan (geografi dan pelayaran). Disiplin geografi telah diterokai oleh umat Islam menerusi aktiviti penjelajahan ini. Selepas wilayah Islam berkembang luas hingga ke negara China dan Asia Tenggara, pengetahuan umat Islam mengenai bumi dan kedudukan sesebuah negara semakin bertambah. Di samping itu pengetahuan mengenai pelayaran juga semakin berkembang.
7. Ilmu Pengetahuan & intelektual
-
Kepentingan p & p telah menemukan umat Islam dengan bidang-bidang keilmuan baru seperti ilmu perubatan , ilmu kimia, ilmu astronomi, ilmu pentadbiran dan ilmu Farsi. Umat Islam dapat mencari dan mendapat ilmu dari tamadun sebelumnya atau melalui pemerhatian alam.
8. Perasaan inquiri (ingin tahu) mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari
petempatan mereka.
-
Umat Islam mempunyai perasaan ingin tahu mengenai bumi dan kedudukan sesebuah negara semakin bertambah. Di samping itu pengetahuan mengenai pelayaran juga semakin berkembang.
-
Mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti penjelajahan terutama yang berkaitan dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu .
9. Kepentingan kebudayaan,
-
Penjelajahan dan penerokaan menemukan bangsa-bangsa di dunia berlainan nila dan ciri budaya.
-
Islam telah menetapkan bahawa sebarang nilai dan ciri budaya hidup setiap bangsa atau kaun di dunia boleh diterima pakai selama tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
-
P & P membawa masuk nilai dan ciri budaya Islam ke negeri-negeri yang dijelajahi dan diterokai.
-
Kepentingannya umat Islam menjadi berbilang bangsa dan menjadikan kebudayaan umat Islam kaya.
Kesimpulan ( 1 markah
)
-
Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam. Kelahiran tokoh p & p Islam banyak memberi sumbangan berharga dalam pelbagai bidang intelektual
-
Apa sahaja yang berkaitan.

1 comment: