Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan di India sebelum
kedatangan Barat.
A. Pengenalan ( 3 markah )
*. Adat bermaksud peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam
sesebuah masyarakat sehingga di anggap hukum yang harus dipatuhi. Ia
disampaikan secara lisan daripada satu generasi ke generasi lain.
*. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak dilahirkan
hinggalah pada hari kematian mereka. Mereka dipengaruhi oleh ajaran
Confucius manakala masyarakat India mengamalkan hukum adat yang
berkaitan dengan pengaruh agama Hindu
*. Semua adat ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan
kesejahteraan masyarakat.
B. Isi
1. Adat di China ( 10 Markah )
1. Adat kowtow
Adat menghadap maharaja China dengan cara meniarap atau berlutut
sebanyak sembilan kali di hadapan maharaja. Maharaja dianggap suci dan
perlu disembah sedemikian rupa. Adat ini mengangkat darjat raja ke tahap
yang paling tinggi sebagai wakil tuhan. Adat ini dipatuhi oleh semua
termasuk duta-duta Barat sewaktu menghadap maharaja China.
2. Adat wanita hamil.
Diamalkan sejak mula kehamilan hingga ke seratus hari selepas bersalin.
Dilarang menyertai majlis perkahwinan dan pengkebumian sehingga 100
hari selepas bersalin. Perlu berehat dan mengambil makanan yang baik
dan mengelakkan makanan yang sejuk kerana dikatakan akan
menyebabkan ibu tersebut ditimpa penyakit.
3. Adat mementingkan anak lelaki.
Anak lelaki mengekalkan nama keluarga. Anak perempuan yang
berumahtangga secara langsung memutuskan hubungan dengan keluarga
dan menggunakan nama keluarga suaminya. Bagi bapa yang tidak
mempunyai anak lelaki tidak akan mempunyai persembahan yang
diletakkan di atas meja pujaan rohnya selepas meninggal dunia kerana
dianggap gagal memenuhi tanggungjawab.
4. Adat mengikat kaki anak gadis.
Kaki anak perempuan yang berumur antara tiga ke lapan tahun
diikat/bebat (dibalut dengan kain ketat) supaya kecil dan cantik. Wanita
China berasa bangga jika mempunyai kaki yang kecil kerana
melambangkan status tinggi dan kemuliaan. Saiz kaki besar
melambangkan kehinaan dan kemiskinan. Kerja-kerja pertanian.
5. Adat memuja roh nenek moyang
Nenek moyang dianggap sebagai ketua keluarga. Bapa yang tidak ada
anak lelaki tidak akan disembah. Penghormatan ini akan dilakukan
terutama pada hari-hari tertentu seperti menyambut tahun baru. Adat ini
turut dipertanggungjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.
6. Adat berkenaan bayi atau anak lelaki
Bagi masyarakat China, ketika bayi itu dilahirkan dia telah berusia satu
tahun dan apabila dia berusia satu tahun sebenarnya dia telah pun berusia
dua tahun.masayarakat China amat menitikberatkan soal pendidikan sejak
kanak-kanak lagi terutamanya menghormati keluarga.
7. Adat perkahwinan
Perkahwinan dalam masyarakat China diatur sejak kecil kerana ini boleh
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak
dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan
oleh pihak lelaki sahaja. Masyarakat China pentingkan perkahwinan
kerana dianggap akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan
generasi lama.
8. Adat tilikan nasib
Masyarakat China amat percaya pada tilikan nasib. Sial dan malang dalam
kehidupan akan dapat disingkirkan dengan bantuan tukang tilik yang
mahir. Sebelum melakukan sesuatu perkara masyarakat di Asia Timur
akan mendapat khidmat tukang tilik untuk menentukan tarikh, hari, masa
dan ketika yang sesuai memulakan sesuatu upacara.
2. Adat di India ( 10 markah )
1. Adat pembunuhan bayi perempuan
Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil iaitu semasa bayi
tersebut masih menyusu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa
daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak
itu berkahwin kelak. Ia biasanya dilakukan oleh golongan miskin.
2. Adat suttee
Adat yang melibatkan pembakaran balu dalam upacara pembakaran mayat
suami mereka. Adat ini diamalkan oleh masyarakat India sebagai bukti
kesetiaan isteri terhadap suami dengan alasan suami isteri tersebut dapat
hidup bersama di syurga.
3. Adat Thuggee
Merupakan amalan merompak dan pembunuhan di jalanan. Amalan ini
dijalankan oleh kumpulan agama yang bersenjata menyamar lalu
mencekik pengembara jalanan sehingga mati atas nama Dewi Kali.
4. Adat bertindik hidung
Amalan ini dilakukan oleh kaum wanita India dengan memakai barang
kemas di hidung dikenal sebagai muukkuti. Adat ini menjadikan seseorang
wanita itu lembut, mengimbangkan suhu badan dan dianggap membawa
kebaikan.
5. Adat Pottu
Adat meletakkan tanda di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai
taligam. Pottu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita India. Terdapat
juga kaum lelaki yang memakai pottu merah atau cendana.
6. Amalan sistem kasta
Masyarakat di India dibahagikan mengikut golongan tertentu. Ia bertujuan
untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Sistem
kasta dibahagikan mengikut empat kelas masyarakat iaitu Kysatria
(perwira, aristokrat), Brahmin (sami), Vaisya (pedagang) dan Sundra
(rakyat biasa).
7. Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu.
Balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami
mereka. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya memakai sari
putih sahaja. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan
tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.
8. Adat khas bagi wanita hamil
Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang
larang kerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak dalam kandungan.
Wanita hamil tidak boleh mengumpat, bergaduh dan sebagainya untuk
melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.
C. Kesimpulan ( 2 Markah )
Hukum adat di China dan India mempengaruhi corak pemerintahan dan
kehidupan masyarakatnya. Terdapat beberapa amalan yang mencetuskan
kontroversi akibat pertembungan antara dua budaya yang bertentangan
sewaktu kedatangan Barat.
No comments:
Post a Comment