ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Thursday 23 August 2012

Doa dan Cara Belajar



Rabbighfirli (ampunkan aku), warhamni (sayangi aku), wajburni (cukupi kekuranganku), warfa’ni (tinggikan darjatku),
Warzuqni (berikan aku rezeki), wahdini (tunjuki aku), wa’afini (sihatkan aku) wa’fu’anni (maafkan aku)


SEBELUM BELAJAR 

1) Berdo’a:
Berdoa dengan bersungguh-sungguh
 2) Tarik nafas: 
Memastikan bekalan oksigen ke otak mencukupi
3) Cara duduk: 
Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik 
4) Tentukan tajuk: 
Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa.
5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.
6) Tentukan tempoh masa 

SEMASA BELAJAR
1) Tunjuk dengan jari.
2) Fahamkan dan bayangkan 
Otak akan sentiasa aktif kiri dan kanan
3) Selang-selikan dengan rehat: 
Setiap 30 minit berehat 5 minit.
JANGAN  menonton TV atau mendengar radio.
cuba minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.
.
Doa Memohon Pertambahan Ilmu.
اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ
.Maksudnya :
“ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.



Tiada Halangan


  • Foto
    SYIVERO berkongsi kegembiraan bersama bapanya, Patrick Jimmy (kiri) dan ibunya Lompah Kinson, pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM di Kuala Lumpur, semalam.
  • Foto
    SEBAHAGIAN pelajar SMK Tengku Bariah di Kuala Terengganu, meraikan kejayaan mereka mendapat keputusan cemerlang dalam STPM, semalam.
  • Foto
    PELAJAR SM Bukit Jawa, M Hanif Hafizuddin Mohd Azmi (tengah) diumum Pelajar Terbaik OKU Kelantan, semalam.
Pelajar gigih bekerja sambilan pada hujung minggu bayar yuran periksa

KUALA LUMPUR: Kesibukan memenuhi jadual pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang padat tidak melemahkan semangat Syivero Patrick, gigih bekerja sambilan sebagai tukang rumah bagi mengumpul duit membeli keperluan persekolahan dan membayar yuran peperiksaan. 


Pengorbanan Syivero untuk meringankan beban ibu bapanya yang menyara hidup dengan bersawah, tidak sia-sia apabila anak kelima daripada tujuh beradik itu dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Luar Bandar dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010

Saturday 11 August 2012

contoh beberapa kesultanan


Kerabat Diraja Kelantan
Sultan Kelantan melantik kerabat-kerabatnya ke jawatan Raja Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Di antara jawatan Raja-raja bergelar itu ialah:
§  Raja Muda - Diwujudkan semasa zaman Sultan Muhammad I untuk bakal raja Sultan Kelantan. Diantara yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal Abidin (nenda Tengku Razaleigh Hamzah). Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni DYTM Long Yunus.
§  Tengku Sri Indra - jawatan bagi menggantikan Raja Muda. Diwujudkan semasa Sultan Muhammad III. Diantara yang pernah memegang jawatan ialah Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail I, dan Sultan Ibrahim
§  Tengku Mahkota - Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indra, diwujudkan semasa zaman Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Abdullah memakai gelaran Tengku Besar Indra Petra manakala adiknya Tengku Yahya Petra menjadi tengku mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Penyandang sekarang ialah Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra
§  Tengku Bendahara / Raja Bendahara Banggol
§  Tengku Temenggong
§  Tengku Laksamana - Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim
§  Tengku Panglima Raja - Datuk Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz[13] Diantara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II
§  Tengku Sri Maharaja - Tengku Muhammad Hamzah bapa Tengku Razaleigh
§  Tengku Sri Utama Raja - Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah
§  Tengku Sri Akar Raja - Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah Ibni Sultan Sulaiman Syarafuddin Syah (Raja Pattani terakhir yang dibuang negeri ke Kelantan) dianugerahi gelaran ini oleh Sultan Muhammad IV setelah berkahwin dengan Tengku Kembang Petri Binti Sultan Muhammad IV. Tengku Abdul Kadir adalah dari keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.
Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.
Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang dikepalai oleh Daing Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daing Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.
Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan telah melantik Raja Melewar menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan menghalau Daing Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.

Senarai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

§  1869-1872: Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)

Keistimewaan

Sembilan negeri di Malaysia dan 1 di Brunei mempunyai raja yang berdaulat. Tetapi di Negeri Sembilan, rajanya tidak dipanggil Sultan atau Raja. Sistemnya pula bukanhya monarki turunan tetapi dipilih oleh empat Undang.
Majlis yang terdiri daripada empat Undang ini akan memilih turunan yang sesuai untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem 4 Undang ini diguna pakai oleh Persekutuan Tanah Melayu iaitu Majlis Raja-raja yang terdiri daripada sembilan raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yand di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai Majlis Raja-raja dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja Malaysia


Sultan di Perak
Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.
Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.


Pusat pemerintahan

Pusat pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana sultan berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan Perak.
Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-
1.      Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
2.      Kota Lama Kanan
3.      Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
4.      Semat dalam Mukim Senggang,
5.      Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
6.      Pulau Tiga, Kampung Gajah
7.      Pulau Cempaka Sari di Parit
8.      Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
9.      Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
10.  Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British
12.  Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874

Contoh sultan Perak
1. Sultan Mudzaffar Shah 1  2. Sultan Mansur Shah  3. Sultan Ahmad Tajuddin  4. Sultan Tajul Ariffin 5. Sultan Alauddin Shah 6. Sultan Mahmud Shah 7. Sultan Mudzaffar Shah 2  8. Sultan Mahmud Iskandar Shah 9. Sultan Alauddin Mughayat Shah 10. Sultan Mudzaffar Shah 3  11. Sultan Muhammad Shah 12. Sultan Iskandar Dzulkarnain 13. Sultan Mahmud Shah  14. Sultan Alauddin Mansor Shah 15. Sultan Ahmadin Shah 

SULTAN PAHANG DAN SALASILAH NYA

Sejarah kesultanan

Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja danBendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.
Kesultanan Negeri Pahang telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang telah diperintahkan oleh Kerajaan Siam.

Pemerintahan Negeri Pahang pernah diletakkan di bawah Kesultanan yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II. Namun demikian, pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang) tidak lama, di mana Baginda telah terbunuh dalam peristiwa menuntut bela oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) di atas kematian isterinya yang diriwayatkan sebagai di bawah titah Sultan Mahmud Shah. Oleh kerana Baginda tidak meninggalkan zuriat, maka pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Seorang lagi putera Baginda, Tengku Sulaiman menggantikan Baginda sebagai Sultan bagi Kerajaan Johor-Pahang-Riau, dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Dari zuriatTun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja, Wan Ahmad. Pada tahun 1824, pihak Belanda telah mengikat perjanjian dengan Inggeris yang mengakibatkan pemisahan pemerintahan di antara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula dengan Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah pada tahun 1882dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.

Wednesday 8 August 2012

Cara karang pengenalan Kertas 2 - cadangan

contoh soalan

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

pastikan..dan highlight..

anda tahu tajuk, kehendak soalan dan jangka masa.

Tajuk:  Sistem politik Melayu tradisional
Kehendak soalan :   bentuk sistem pentadbiran/pemerintahan Melayu (Huraikan : bermaksud kupas satu persatu secara terperinci)
Jangka masa  :  sebelum campur tangan British/sebelum 1874

***semua ini mesti ada dalam pengenalan anda..

anda boleh karang begini...

       Sebelum campur tangan British di Tanah Melayu secara rasmi pada tahun 1874(jangka masa), masyarakat Melayu sudah mempunyai bentuk sistem pemerintahannya (kehendak soalan) yang tersendiri dan unik.  Hasil gabungan mantap raja dan pegawai atasan dalam kerajaan menjadikan negeri-negeri Melayu tersusun dan berdaulat. Sistem Pemerintahan/pentadbiran negeri-negeri Melayu tradisional 


( tajuk)dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat negeri yang diketuai oleh raja/Yang Dipertuan Besar, peringkat daerah yang ditadbir oleh seorang pembesar Melayu dan Penghulu/penggawa yang mengetuai peringkat kampung. Hal demikian menjadikan jentera kerajaan berjalan licin dan sempurna.

Tuesday 7 August 2012

Bidik soalan

Pelajar-pelajar sekalian,

Di sini saya cuba berikan apakah bentuk soalan yang boleh ditanya bagi sesuatu tajuk.
Tema 1-Malaysia
1.Politik/Institusi pemerintahan
  Unit politik
               sistem pemerintahan dan pentadbiran (peringkat2)
  Sistem beraja
                            sistem pemerintahan beraja
                            peranan dan tanggungjawab
                            kedudukan dan kuasa
* trend soalan sekarang lebih merujuk kepada negeri-negeri tertentu..contoh Kelantan, Perak, Ng Sembilan dan lain-lain
2.  Adat Perpatih dan Adat Temenggung
                           bentuk/ciri-ciri
                           perbandingan
3. ekonomi sara diri
                        bentuk/ciri-ciri
                        kegiatan/aktiviti ekonomi sara diri

Tema 2
1.  Campur tangan
              SEBAB C/T DI TANAH MELAYU- faktor politik, ekonomi dan sosial (Mak Timah Bimbang Anaknya Ketua Loglaq)
               PROSES C/T DI TANAH MELAYU-rujuk kepada negeri Perak, Selangor, Ng.9 dan Pahang(sebab campur tangan di setiap negeri)
               PELUASAN PENGARUH SBUB DI SABAH - cara dapatkan tanah jajahan
               PELUASAN KELUARGA BROOKE DI SARAWAK-cara dapatkan tanah jajahan

2.  masyarakat majmuk

            Sebab berlaku imigran - soalan boleh dikaitkan dengan perkembangan ekonomi di TM
           Ciri-ciri Masyarakat Majmuk


Pe      3.   Penentangan

             Kebangkitan Dol Said
             Kebangkitan Dato Maharaja Lela
             Kebangkitan Dato Bahaman
             Kebangkitan Hj. Abd. Rahman Limbong
             Kebangkitan Tok Janggut
             Kebangkitan penduduk Sabah
             Kebangkitan penduduk Sarawak
                *  soalan berkaitan dengan tajuk ini ialah sebab, peristiwa dan kesan
                *  sebab- sama ada sebab wujudnya penentangan atau sebab gagal dalam  
                                penentangan

4. Penerimaan dan pengubahsuaian
                           Pentadbiran British
                                          - Sistem Residen
                                          - Negeri Melayu Bersekutu
                                          - Pengagihan Kuasa Pusat
           *  soalan ini berkisar tentang:   sebab pelaksanaan, bentuk dan sistem pemerintahan, kesan pelaksanaan dan sebab gagal dilaksana

           * ada soalan yang pernah keluar tentang peranan pegawai British terhadap pelaksanaan sistem baru ini.. contoh antara J.W.W Birch dan Hugh Low di Perak

      5.  Pendidikan 
                                aliran pendidikan semasa British
                                 kesan pendidikan berlainan aliran
      6.  Ekonomi moden
                                bijih timah
                               getah   
                  *   soalan yang boleh ditanya ialah sebab perkembangan, sebab kemerosotan, boleh dikaitkan dengan kedatangan imigran luar spt orang Cina dan India.