ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Tuesday 7 August 2012


Sistem Kepercayaan dan Agama di Asia
 Confucianisme
Kehidupan Confucius

Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.

Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.

Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM.

Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.

Ajaran Confucius

Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).

Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.


Taoisme
Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.

Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.

Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Manusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.

Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli.

Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.

Shintoisme

Shinto atau jalan-jalan dewa diberikan kepada penyembahan alam untuk membezakannya daripada agama buddha. Pemujaan orang Jepun terhadap alam sekitar timbul daripada perasaan menikmati dan menghargai kejadian alam, tidak daripada ketakutan. Mereka mempunyai kesedaran yang tajam dan perasaan yang halus terhadap keindahan alam.
     Shinto bukan satu agama yang mempunyai kepercayaan atau pengajaran yang teratur. Ia tidak mempunyai suatu falsafah atau pengajaran moral. Yang ditegaskannya ialah pembersihan dan kesucian. Upacara pemujaan adalah mudah , hanya dengan bertepuk tangan supaya menarik perhatian dewa-dewi, tundukkan kepala dan memberikan penyembahan. Amalan Shinto ini mempengaruhi perasaan dan sikap orang Jepun.
     Oleh sebab Shinto memberi semua perhatian kepada pemujaan alam tidak hairanlah upacaranya ditumpukan kepada tujuan menggalakkan pertumbuhan dan mengelakkan kemusnahan. Untuk menggalakkan pertumbuhan, upacara  berdoa dan berterima kasih dikendalikan pada musim menuai. Untuk mengelakkan kemusnahan upacara pembersihan dan keselamatan dijalankan pada masa menghadapi penyakit dan kematian. Upacara dijalankan oleh ketua uji yang memberikan penyembahan kepada dewa-dewi. Fungsi uji tidak dibezakan sama ada ia sebagai orang perantaraan antara dewa-dewi dengan manusia ataupun pemerintah.
     Teras upacara Shinto ditujukan kepada memelihara kesucian dan kebersihan daripada dikotori oleh daki, penyakit, kematian, dan sebagainya. Kesucian yang diutamakan adalah dari aspek upacara sahaja tidak dari aspek moral. Teras semua kepercayaan Shinto ditujukan kepada kesuburan.
    

Islam

1.       Berteraskan satu cara hidup dengan keesaan kepada Allah swt, Rukun Iman, Rukun Islam serta mengketengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah swt.
2.       Berdasarkan konsep pahala-syurga, dunia-akhirat, dosa-pahala, serta percaya semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.
3.       Konsep Assyumul iaitu aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan pemikiran. Islam sebagai satu cara hidup.


Proses Pengislaman

1.       Perdagangan
·         Hubungan dagang antara Nusantara dengan Arab, dan India dan Arab telah lama terjalin.
·         Hubungan dagang pedagang India dari Gujerat dan Malabar  terjalin dalam perkembangan Islamisasi.
2.       Peranan wanita Islam
·         Peranan isteri-isteri Raja Monggol - menyebabkan bberapa Raja Monggol memeluk Islam.
·         Pengaruh kesolehan wanita di Lahore mendorong orang Hindu memeluk Islam.
3.       Proses sinkretisme
·         Konsep berkat, wali, dan ilmu-ilmu kesaktian yang dikaitkan dengan ahli-ahli sufi.
·         Konsep mentera - doa, Dewaraja - Allah swt. , pemujaan roh mati - kenduri arwah.
·         Istilah-istilah Sanskrit seperti agama, syurga, neraka, dan puasa digunakan dalam proses Islamisasi.
·         Konsep-konsep kepercayaan tradisi tidak dibuang tetapi diubahsuai mengikut kesesuaian dalam Islam.
4.       Peranan ahli Sufi
·         Kebolehan ahli Sufi dalam mengubah minda masyarakat dengan menghasilkan karya sastera yang berteraskan Islam untuk menggantikan karya sastera Hindu  mempengaruhi masyarakat menganut Islam.
·         Kebolehan dalam prose sinkretisme.
5.       Pekahwinan
6.       Semangat  memperjuangkan kebenaran agama.
·         Ulama yang dipenjarakan mengislamkan para tahanan - Sheikh Ahmad Mujaddid ahli Tauhid.
·         Golongan pejuang Wahabi yang dibuang negeri oleh Inggeris di Andaman berjaya mengislamkan para buangan yang lain.
7.       Kesederhanaan shahadat Islam
·         Aspek penting penyebaran Islam ialah tanpa paksaan.
·         Islam lebih demokratik daripada Hindu
*        Kepercayaan kasta dalam Hindu tidak memberi keadilan kepada penganut bawahan tertutama golongan Sudra dan Harijan.
*        Hukuman yang dikenakan bergantung pada kasta pesalah. Sebagai contoh:
       Golongan Brahmin bunuh Sudra hanya dipenjara, tetapi Sudra yang bunuh Brahmin akan dihukum mati.
*        Wujud sekatan dalam berbahasa. Bahasa Sanskrit hanya untuk golongan elit Hindu sahaja terutama golongan sami-sami Hindu.
*        Dalam Islam semuanya sama yang membezakannya ialah iman seseoang Islam terhadap Allah swt.
*        Islam bukan sahaja agama teori tetapi praktis. Peraturan dan hukum-hukum dalam Islam tidak dibibir sahaja tetapi mesti diamalkan.

Hindu

Keagamaan dan  Adat  Kepercayaan

Teras kepercayaan agama Hindu berdasarkan aspek-aspek berikut:
1.       Hukum Karma - Tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalan-amalan dan berbakti semasa hidup.
2.       Pembahagian kasta berdasarkan hiraki berikut: Brahmin, Kesatria, Vaisya, Sudra, Harijan. Biasanya Harijan langsung tidak termasuk dalam sistem kasta ini kerana ia merupakan golongan yang terkebawah sekali dan golongan yang tidak boleh diusik kerana kedaifannya.
·         Ciri-ciri Sistem Kasta
a.       Merupakan sebuah fenomena seluruh India.
b.       Dianggotai oleh kumpulan-kumpulan turun-temurun dan endogamous. Jika dilihat dari segi varna terdapat empat kumpulan kasta iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya, dan Sudra, sedangkan Harijan adalah diletakkan di luar batasan kasta. Kumpulan-kumpulan varna ini terbahagi kepada jati-jati atau kasta-kasta kecil yang juga bersifat turun-temurun dan endaogamous.
c.       kasta-kasta varna dan jati telah disusun mengikut hiraki dengan Brahmin yang tertinggi dan Harijan yang terendah.
d.       Setiap kasta varna dan jati mempunyai pertalian tradisi dengan satu atau dua pekerjaan.
e.       Hubungan antara kasta-kasta diutarakan melalui gagasan kesucian dan kekotoran.
f.        Idea-idea keagamaan Hindu tertentu seperti samsara, karma, moksha, ahisma, dan dharma disibarkan melalui sistem kasta.
·         Samsara    :      perihal pusingan kelahiran, kematian dan kelahiran semula
·         Karma      :      tindakan ke arah kebaikan
·         Moksha     :      perihal membebaskan kewujudan masalah-masalah yang tidak                            ada penghujungnya.
·         Ahisma     :      merupaka satu doktrin tidak melakukan kekejaman.
·         Dharma     :      tugas-tugas moral
g.       Susunan hiraki dalam sistem varna adalah tetap sepanjang masa, tetapi dalam sistem jati boleh berubah mengikut peredaran masa.
·         Amalan-amalan yang berkaitan dengan Sistem Kasta.
h.       Sati iaitu janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan membakarkan dirinya bersama mayat suami yang meninggal dunia.
i.         Larangan terhadap janda untuk berkahwin semula.
j.         Perampasan harta pusaka keluarga daripada orang yang memeluk agama lain atau disingkirkan daripada kasta.
k.       Perkahwinan di peringkat kanak-kanak.
l.         Penghinaan terhadap kasta Harijan yang dihalang daripada  memasuki kuil, sekolah dan kawasan kediaman kasta tinggi. Harijan juga tidak dibenarkan memeliki tanah atau mengkaji kitab suci HIndu.

·         Amalan-amalan lain dalam adat Hindu
a.       Pembunuhan anak-anak kecil perempuan kerana kesulitan membayar mas kahwin atau mencari pasangan daripada kasta yang lebih.
b.       Perhambaan
c.       Thugee iaitu perompak membunuh orang sebagai menunaikan kehendak dewi Kali
d.       Mempersembahkan manusia sebagai korban kepada Tuhan.

 Agama Jaina

*Diasaskan oleh Mahavira
*Dilahirkan pd thn 599 sm, merupakan seorang anak lelaki drp golongan bangsawan.
*Kerana merasa bosan dengan kemewahan & hiburan, beliau mula mengasingkan diri utk mencari
kebenaran.
*Jaina adalah merupakan gelaran yg diberikan utk diri mereka.
*Agama ini tidak terpisah drp agama Hindu & terus mengekalkan prinsip tanpa kekerasan.
*Agama ini menjelaskan bhw pada jasad akan adanya roh.
*Roh wujud dlm semua jirim sprt batu, api atau angin.
*Penyiksaan diri sendiri adalah merupakan jalan utk manusia itu mengawal nafsu.
*Mengutamakan kepada estetika @ keindahan.
*Meneruskan cara hidup yang ketat hingga kini. 
*Bersifat koservatif & tidak mahu menerima perubahan dari org lain serta mengekalkan
hubungan dengan agama Hindu.

*Kekuatan agama ini terletak pada org awam yg mengamalkan lima sumpah iaitu:
1.Jangan membunuh
2.Jangan cakap bohong
3.Jangan mencuri
4.Tolak semua nikmat kebendaan
5.Amal kesucian
*Mahavira meninggal dunia pd tahun 527 sm.
*Pengikutnya seramai 14,000 orang.
*Pada masa kini penganut agama Jaina ada yang memiliki harta kekayaan, berpengaruh &
dihormati di dalam masyarakat.

Buddha

Prinsip-prinsip kepercayaaan

1.    Empat kebenaran yang mulia
1.1     Kehidupan penuh dengan kepahitan
1.2     Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu
1.3     Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu
1.4     Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis
2.    Jalan lapan lapis
2.1     Kepercayaan dan pengetahuan yang baik
2.1.1  Bebas daripada kepercayaam karut
2.1.2  Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.
2.1.3  Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).
2.2     Keinginan yang baik
2.2.1  Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.
2.3     Pengucapan yang baik
2.3.1  Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.
2.4     Kelakuan yang baik
2.4.1  Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.
2.5     Makna kehidupan yang baik
2.5.1  Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.
2.6     Usaha yang baik
2.6.1  Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.
2.6.2  Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan
2.7     Pemikiran yang baik
2.7.1  Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.
2.8     Pertapaan yang baik
2.8.1  Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa.

            Melalui jalan ini seseorang penganut Buddha dapat menikmati nirvana dan membuang semua kesengsaraan. Pencapaian nirvana ini membolehkan seseorang Buddha menjadi Boddhisatva.

Buddha dan Hindu

1.       Idea Hindu berkenaan Brahman sebagai sumber kenyataan, dan semangat kesucian ditolak Buddha. Buddha tidak percaya wujudnya Tuhan.
2.       Buddha menyatakan bahawa tidak ada roh , yang ada ialah pusingan Karma.
3.       Dharna telah ditafsirkan semula oleh Siddartha.
4.       Siddarhtha menolak sistem kasta kerana tidak bersesuaian dengan perjalanan karma. Beliau percaya semua manusia mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kecahayaan.
5.       Siddhartha tidak mengiktiraf golongan Brahmin dan amalan mereka seperti menjadikan haiwan sebagai korban.
6.       Aspek-aspek dalam Hindu yang diteruskan oleh Buddha ialah kepercayaan dan amalan Moksha, Samsara, dan Ahisma.

Mazhab-mazhab dalam Buddha

Hinayana atau Therevada ( Kenderaan Kecil )
Dikenali juga sebagai ‘The Teaching of Elders’ dan kenderaan bermaksud menuju ke arah pengampunan. Ia merupakan sesuatu yang hampir sama seperti ajaran Buddha yang asal dan masih diamalkan di Burma, Thailand, dan Sri Lanka. Pengikut ajaran ini percaya hanya golongan sami sahaja yang boleh mencapai nirvana dan ia hanya boleh dicapai melalui amalan meditasi dan mempunyai pertalian yang ketat dengan jalan pertengahan.

Mahayana ( Kenderaan Besar )
Berbeza dengan Hinayana, Mahayana menawarkan pengampunan iaitu peluang bagi masyarakat Buddha untuk mencapai kesedaran kepada semua, tidak hanya untuk para sami sahaja. Dalam kepercayaan mazhab ini mereka yang mencari nirvana boleh dibantu oleh orang lain yang merasai diri mereka hampir mencapainya, tetapi mereka berpatah baik untuk membantu orang lain mencapai keadaan yang menggembirakan. Insan yang berjiwa pengampun ini  dipanggil sebagai   ‘ Bodhisattvas’ atau  ‘Insan yang Berjiwa Suci’ . Semua penganut Buddha boleh menjadi  Bodhisattvas

Vajrayana ( Vechicles of Thunderbolt)
Ia juga dirujuk sebagai tantrisme  atau tantras yang membicarakan tentang magik dan amalan yang berunsur keramat.
            Dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Tangan Kanan ( Di Jepun dan China ) dan Tangan Kiri.
            Ahli kumpulan ini digalakkan mempercayai  setiap perilaku yang dilakukan adalah diterima selagi mereka mempercayai bahawa Buddha sentiasa ada pada setiap benda yang bernyawa. Kepercayaan ini mempunyai pertalian dengan upacara pemujaan dan magik. Ini menjelaskan bahawa ahli mazhab ini telah terpesong jauh daripada ajaran Buddha yang asal.

Zen Buddha
Begitu terkenal di China dalam zaman dinasti Tang. Ia mennjuruskan amalan meditasi dan dikenali sebagai gan ( ch’an ). Walaupun begitu kini ia terkenal dengan panggilan dalam bahasa Jepun - zen  .
            Ahli dalam zen percaya untuk mencapai kesedaran yang tinggi adalah dengan cara mencari ciri-ciri Buddha dalam diri sendiri. Mereka tidak mengkaji teks suci Buddha. Mereka cuma menjalankan upacara meditasi sahaja. Dengan cara ini ia membolehkan penganutnya mencapai kesedaran atau Satori. Kadang kala ia dicapai melalui teka teki. Selain itu ia juga pemikiran mereka tertumpu kepada kehidupan harian seperti amalan meminum tea atau berkebun. Setiap perlaku itu melambangkan kehidupan yang penuh misteri. Bagi memahami kehidupan tersebut  mereka perlu menumpukannya dengan sepenuh perhatian. Amalan fahaman ini  tertumpu kepada amalan meditasi. Ini memperlihatkan corak kehidupan sami mereka begitu sederhana sekali. Sami-sami zen hanya memiliki sedikit harta peribadi sehinggakan keperluan harian seperti makanan diperolehi melalui sedekah, makanan yang dimakan sedikit dan mereka lebih memberi perhatian terhadap meditasi.

1 comment: