Bincangkan kepentingan
Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring ke atas negara Jepun dan Thailand.
Pengenalan
Abad ke 19
menandakan permulaan kepada persaingan kuasa-kuasa imperialis Barat untuk
meneroka dan menguasai bahan-bahan mentah di Asia. Jepun dan Thailand merupakan
dua buah negara yang menjadi sasaran Barat untuk memperluaskan penguasaan
mereka dalam bidang ekonomi. Termenterainya perjanjian Kanagawa dan Bowring
bermakna berakhirlah dasar isolasi yang diamalkan oleh kedua-dua buah Negara
tersebut. Perjanjian-perjanjian ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas
kedua-dua buah negara tersebut dalam hubungannya dengan negara-negara Barat
Isi
Perjanjian
Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat pada 31 Mac
1854. Dengan perjanjian ini bermakna Jepun dengan secara rasminya telah
menamatkan dasar pemencilan yang diamalkan sebelum ini.
Perjanjian
ini juga telah membawa kepada pembukaan beberapa pelabuhan iaitu Shimoda,
Hakodate dan Nagasaki kepada Negara-negara barat. Kadar cukai import dan
eksport ditentukan oleh Jepun, malah Amerika Syarikat diberi layanan istimewa
dengan mendapat hak wilayah asingan.
Perjanjian
Kanagawa juga dianggap sebagai perintis ke arah hubungan Jepun dengan
kuasa-kuasa Barat yang lain dan ini terbukti daripada beberapa siri perjanjian
yang telah ditanda tangani Jepun dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti
Perjanjian dengan British (1854), Perjanjian dengan Rusia (1855) dan Perjanjian
dengan Belanda (1856)
Dengan
adanya perjanjian-perjanjian yang sebegini bermakna Jepun mula menjalin
hubungan diplomatic dengan Negara British, Amerika Syarikat, Belanda, Rusia dan
Perancis. Tindakan sebegini terpaksa diambil demi menyelamatkan Negara Jepun
dari kuasa asing seperti yang dialami Negara China dalam Perang Candu I. Malah
dasar terbuka ini telah membawa menafaat yang besar kepada Jepun dalam pelbagai
aspek seperti pentadbiran, ketenteraan, ekonomi dan social terutamanya semasa
era pemerintahan Maharaja Meiji. Ini bermakna Negara Jepun merupakan sebuah
Negara di Asia Timur yang terselamat daripada ancaman dan pencerobohan
kuasa-kuasa Barat.
Walaubagaimanapun,
pembukaan Jepun kepada kuasa-kuasa Barat telah menimbulkan beberapa masalah
dalam Negara. Kedatangan orang-orang Barat yang semakin bertambah dan ini
menimbulkan perasaan benci orang Jepun kepada orang-orang Barat yang akhirnya
membawa kepada gerakan anti Barat
Perjanjian
Kanagawa juga merupakan detik awal kepada kejatuhan Shogun Tokugawa. Kelemahan
pentadbiran Shogun Tokugawa telah memberi kesempatan kepada Satsuma, Toza,
Chosu dan Hizen untuk bangun menentang pentadbiran Syogun. Kuasa-kuasa Barat
turut menyalahkan Syogun Tokugawa berikutan gerakan anti Barat. Desakan-desakan
dan tekanan-tekanan yang dihadapi ini menyebabkan akhirnya Shogun Tokugawa
meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Maharaja Meiji.
Di Thailand
pula, Perjanjian Bowring yang ditandatangani antara Thailand dengan British
telah menamatkan dasar pintu tertutup yang diamalkan selama ini. Malah Thailand
telah membuat perjanjian perdagangan dengan Negara-negara lain seperti Belgium,
Perancis, Rusia, Portugal dan Belanda.
Disamping
itu sector ekonomi Thailand berkembang dengan pesatnya. Thailand telah
menjadi pengeksport utama beras dan kayu jati. Pada masa yang sama Thailand
turut mengimport alat-alat ganti jentera, peralatan pengangkutan besi keluli
dan sebagainya. Kegiatan ekonomi moden yang pesat ini telah membawa kepada
kemerosotan kegiatan ekonomi sara diri. Penguasan ekonomi Thailand oleh orang
Cina mula merosot. Kegaitan monopoli perdagangan kini diambil alih oleh
pedagang-pedagang British.
Perjanjian
Bowring juga telah membawa kepada pengenalan system kewangan moden. System
perbankan diperkenalkan bagi memudahkan kegiatan perdagangan. Mata wang Bath
mula digunakan semasa pemerintahan Raja Mongkut. Perubahan susunan kewangan
kerajaan Thailand telah mengubah system cukai dan menamatkan monopoli perdagangan oleh
golongan bangsawan dan kerajaan Thailand.
Kesan
Perjanjian Bowring ini telah membawa kepada lebih daripada dua puluh perjanjian
antara Thailand dengan kuasa-kuasa Barat yang telah membawa kesan lain
iaitu kuasa Barat boleh mendirikan konsul mereka, menyebarkan agama Kristian
dan kapal-kapal boleh berlabuh di pelabuhan Thailand.
Pemerintah
Thailand yang dikatakan berpandangan jauh ini telah menjalankan proses
pembaratan, membuka peluang perdagangan dengan kuasa asing, menamatkan
pemencilan menyebabkan Thailand satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang
berjaya mengekalkan kemerdekaannya.
Penutup
Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring telah
membawa lembaran baru kepada kedua-dua negara tersebut. Menerusi
perjanjian-perjanjian ini Jepun dan Thailand telah menjadi sebuah negara yang
moden dan mula menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat atas
prinsip persamaan taraf.
No comments:
Post a Comment