ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday, 2 April 2012

Kesan Perang Jawa

Huraikan kesan-kesan Perang Jawa terhadap Indonesia pada abad ke 19.

Pengenalan:

Perang Jawa telah berlaku antara tahun 1825 hingga 1830 yang dipimpin oleh Pengiran Dipo Negoro. Perang Jawa dilancarkan untuk menentang pihak Belanda di Pulau Jawa khususnya di daerah Jogjakarta. Penduduk Jawa tidak berpuas dengan penguasaan Belando terhadap ekonomi dan politik di Jawa.

Perang tersebut telah memberikan kesan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan social negara. Penindasan politik dan ekonomi telah belaku terhadap penduduk tempatan yang telah dijajah sepenuhnya oleh Belanda. Penindasan politik dan ekonomi telah membawa suatu senario baru di Indonesia iaitu kemunculan gerakan nasionalisme oleh golongan nasionalis yang telah mendapat inspirasi daripada Perang Jawa.

Isi-isi penting.

Kesan ekonomi.

1. Pihak Belanda membelanjakan wang yang banyak iaitu berjumlah 20 juta gulider dalam peperangan. Hal ini menimbulkan masalah ekonomi kepada Belanda. Belanda menghadapi masalah hutang yang banyak kesan peperangan. Beban hutang yang banyak menyebabkan Belanda bertindak mengurangkan pegawai yang berkhidmat di seluruh wilayah Indonesia.

2. - Pihak Belanda terpaksa melaksanakan system ekonomi yang mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat Indonesia. Tidak dapat dinafikan bahawa Belanda yang menguasai politik Indonesia semakin bersemangat memperkenalkan system ekonomi kapitalis iaitu Sistem Tanaman Paksa apabila Johannes Van der Bosch dilantik menjadi Gabenor Jeneral Jawa. Belanda berusaha untuk membangunkan semula ekonomi Negara Belanda yang hamper muflis.

3. Dalam usaha baikpulih ekonomi, pihak Belanda telah membatalkan kontrak sewa tanah yang telah banyak menimbulkan ketidakpuasan di hati orang Belanda. Beberapa jenis cukai yang dikenakan juga telah ditarik balik.

Kesan sosial.

1. Banyak nyawa telah terkorban sama ada semasa peperangan. Dianggarkan bahawa kira-kira 200 ribu orang Jawa telah terkorban dalam peperangan tersebut. Malahan, tentera Belanda yang terkorban dianggarkan sekitar 15 ribu orang. Banyak kawasan pertanian seperti ladang kopi telah mengalami kemusnahan dalam perang tersebut.

2. Peperangan ini menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran di tempat-tempat berlakunya peperangan seperti di Jogjakarta dan Surakarta kerana kawasan pertanian banyak yang musnah.

Kesan politik.

1. Kejayaan Belanda di dalam peperangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan penjajah di Negara Indonesia. Belanda semakin bersemangat untuk meluaskan wilayah kekuasaan di Indonesia. Pulau-pulau yang sebelumnya tidak dikuasai Belanda telah menjadi wilayah jajahannya. Wilayah-wilayah lain di Indonesia yang melakukan tentangan terhadap pemerintahan Belanda akan mengalami nasib yang sama iaitu diperangi oleh tentera Belanda contohnya wilayah-wilayah Banjumas, Bagelen, Madium dan Kediri. Sultan-sultan telah diberi ganti rugi untuk mengelakkan rasa tidak puas hati timbul di kalangan mereka apabila tanah jajahan dilepaskan kepada Belanda.


2. Kuasa pemerintah tempatan turut dikurangkan. Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan Surakarta telah diperbaiki dan diletak di bawah pengawasan Belanda.Contohnya Sultan PPakubuwono VI telah dibuang ke Ambon kerana disyakki memulakan satu pemberontakan dan digantikan oleh anaknya pakubuwono VII. Baginda menjadi raja boneka Belanda.

3. Membangkitkan semangat rakyat Indonesia menentang Belanda . Perang Jawa telah menjadi pendorong kepada golongan nasionalis untuk bangkit menentang penjajahan Belanda. Penentangan yang dilakukan oleh Dipo Negoro menjadi inspirasi untuk menentang penguasaan Belanda.

Kesimpulan :

1. Perang Jawa yang telah dipimpin oleh kerabat diraja Kesultanan Jogjakarta merupakan suatu tanda ketidakpuasan terhadap penjajahan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Kekalahan tentera jawa menentang Belanda telah memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan politik, ekonoi dan social khususnya penduduk Jawa.

2. Kehidupan rakyat Indonesia semakin sengsara kerana Belanda telah menguasai system politik Indonesia dan ekonomi . Perang jawa telah mengakibatkan kerugian harta benda dan juga kehilangan banyak nyawa sama ada daripada pihak rakyat mahupu tentera Belanda.

No comments:

Post a Comment