Jelaskan faktor-faktor yang
menyumbang kepada perkembangan sistem ekonomi komersial di Myanmar dan
Indonesia pada abad ke-19.
Pendahuluan
-sebelum kedatangan
orang-orang Eropah, masyarakat di Asia Tenggara telahpun bergiat aktif dalam
aktiviti ekonomi komersial.
- perdagangan yang dijalankan
melibatkan kawasan persekitaran dan juga luar.
- kegiatan ini telah
mewujudkan kerajaan penting di Asia Tenggara ternmasuklah Myanmar dan Indonesia
- perkembangan ekonomi pada
abad ke-19 banyak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa barat.
Isi
Perkembangan ekonomi komersial
pada abad ke-19 ternyata jauh berbeza daripada amalan ekonomi komersial
tradisional. Menjelang abad ke-19,
Myanmar dan Indonesia dikuasai oleh kuasa-kuasa barat yang bertindak sebagai
kuasa kolonial dan monopoli semua hasil negara.
Kehadiran Inggeris di Myanmar dan Belanda di Indonesia telah mewujudkan
sistem ekonomi dual yang menekankan kepada penhgeluaran bahan mentah untuk
jualan di samping mengekalkan ekonomi tradisional berasaskan sara diri. Ini bermakna hasil pertanian masih menajdi
sumber terpenting.
Antara faktor perkembangan
pesat ini adalah kerana kuasa barat telah berusaha menguasai
politik di Myanmar dan Indonesia bagi membolehkan mereka menguasai
sumber ekonomi. Di Myanmar pihak
Inggeris telah berjaya menegakkan kekuasaan mereka melalui tiga siri peperangan
yang secara totalnya telah menamatkan pemerintahan tempatan di bawah Dinasti
Konbaung pada tahun 1886. Inggeris telah
menguasai seluruh Myanmar dari hilir sehingga ke hulu Myanmar termasuk kawasan
dagangan di Bhamo. Di Indonesia, Belanda
dengan penuh helah politik di samping melancarkan serangan. Dengan menandatangani perjanjian bersama pemerintah tempatan yang
memabwa kepada penyerahan wilayah kepada kekuasaan Belanda, Belanda dengan muddah
mengeksploitasi ekonomi tempatan.
Kejayaan Inggeris dan Belanda
menarik para pemodal asing ke Myanmar dan
Indonesia telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi tempatan yang
pesat. Kehadiran para pemodal asing ini
bukanlah secara persendirian, akan tetapi dalam bentuk syarikat-syarikat besar
yang mementingkan keuntungan. Pelaburan
modal yang besar mampu menjana sistem pertanian di Myanmar dan Indonesia secara
perladangan yang melibatkan keluasan kawasan yang lebih besar. Ketika
ini, pemodal asing tidak hanya memberikan perhatian serius kepada hasil-hasil tradisi yang sedia
ada seperti pengeluaran padi, malah melibatkan tanaman kontan yang mempunyai
nilai pasaran yang tinggi di Eropah seperti tebu, kopi, teh, tembakau, kapas
dan sebagainya. Di Indonesia, sistem
ekonomi komersial berkembang dengan
selepas pengenalan Sistem Kultur(1830-1863).
Sistem ini mengutamakan tanaman dagangan seperti tebu, lada hitam, kopi,
kina, dan nila. Tanaman baru seperti
teh, tembakau dan kapas turut diperkenalkan.
Sistem ekonomi komersial semaikn masju dengan pengenalan Dasar Liberal
1863 dan Dasar Etika 1900. Tumpuan
barangan dagangan diberi kepada tanaman eksport untuk pasaran di Eropah seperti
getah, kelapa sawit, kelapa, dan koko. Sebagai contoh, Syarikat Deli
Maatschappij telah membantu memajukan ladang tembakau di Deli, Sumatera. Selain sektor pertanian, pemodal serta
syarikat-syarikat Eropah turut terlibat dalam sektor perlombongan. Hasil perlombongan telah membantu memesatkan
ekonomi negara tersebut. Antara hasil
perlombongan ialah bijih timah, araang batu, petroleum, gas asli, plumbum,
perak, dan sebagainya yang mendapat harga yang tinggi di pasaran Eropah. Di Myanmar, aktiviti mencari petroleum
dijalankan oleh Syarikat Burmah Oil, British Burma Petroleum dan Burma Shell
yang menguasai 98% daripada pengeluaran petroleum Myanmar. Kawasan petroleum utama di Myanmar ialah di
Chauk dan Yenangyang. Plumbum dan perak
di Lashio oleh Syarikat Burmah Corporation.
Sementara di Indonesia, aktiviti cari gali petroleum dilakukan oleh
Syarikat Diraja Belanda pada tahun 1890. Syarikat Minyak Dordrecth pada tahun
1881 dan Syarikat Standard Oil. Syarikat Bijih Timah Belitung menjalankan
perlombongan bijih timah di Kepulauan Belitung.
Revolusi
Perindustrian di Eropah turut mempengaruhi perkembangan ekonomi
komersial di dua buah begara tersebut.
Keperluan bahan mentah yang tinggi bagi memenuhi permintaan dari
kilang-kilang memaksa Inggeris dan Belanda menjadikan negara Myanmar dan
Indonesia sebagai pengeluar bahan mentah utama.
Myanmar yang mengusahakan kapas secara meluas bagi memenuhi permintaan
kilang tekstil di Britian, manakala Indonesia mengeluarkan getah bagi membantu
memesatkan industri automobil di Netherlands dan lain-lain negara di Eropah.
Penggunaan
teknologi serta peralatan-peralatan yang lebih moden menggalakkan lagi
perkembangan ekonomi komersial. Di
Myanmar, penanaman padi dijalankan dua kali setahun dengan bantuan teknologi
pengairan serta sistem saliran yang moden.
Sistem empangan yang dibina merentasi Sungai Irrawaddy membolehkan
penanaman dilakukan secara intensif. Di
Indonesia, penggunaan baja kimia membantu perkembangan pertanian. Teknologi Botanical Garden menajdikan tanaman
kuinin sebagai tanaman yang utama di Pulau Jawa.
Bekalan
tenaga buruh yang banyak dan murah turut dikaitkan sebagai faktor
berlakunya perkembangan ekonomi komersial di Myanmar dan Indonesia. Di Myanmar, kemasukan buruh-buruh India
dengan jumlah yang ramai telah memainkan peranan penting dalam bidang
perladangan serta menjadi pekerja bagi membina jalan raya dan kereta api. Pengenalan sistem pengangkutan ini memasatkan
lagi perkembangan ekonomi. Di Indonesia,
buruh-buruh Cina telah datang beramai-ramai berlaku terutamanya di Sumatera dan
Pulau Jawa telah melibatkan diri dalam sektor pertanianm, perlombongan dan
perladangan.
Kesimpulan
-
Perluasan ekonomi komersial telah mengalami
perkembangan pesat di bawah penguasaan orang Eropah.
-
Walau bagaimanapun, ekonomi imperialis telah
meninggalkan beberapa kesan buruk terhadap ekonomi tradisional.
No comments:
Post a Comment