ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Tuesday 6 March 2012

Skema jawapan Ujian Prestasi 1

 Peranan masyarakat Neolitik
PENDAHULUAN (3 markah)
1. Latar belakang zaman prasejarah
· Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
2. Latar belakang zaman Neolitik
· Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru.
· Wujud kira-kira 7000 S.M – 3500 S.M
· Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.
3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia.
ISI: Sumbangan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.
(5 isi X 4 markah = 20 markah)
1. Kemajuan Sains dan Teknologi
· Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
· Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
· Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
· Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
· Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia
· Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.
· Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.
· Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian.
· Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus.
2. Revolusi Pertanian
· Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.
· Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini sebenarnya telahpun bermula pada zaman neolitik.
· Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.
· Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.
· Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.
· Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revolusi urban atau perbandaran.
· Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis , Dhilkah dan Thebes
3. Urbanisasi/Perbandaran.
· Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia.
· Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal.
· Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun.
· Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota.
4. Sistem Kepercayaan dan Agama
· Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun.
· Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri berugama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun.
· Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka.
· Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta.
· Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir.
· Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi.
  • Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau.
  • Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
5. Pengkhususan kerja
· Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti berat seperti kerja pertanian, penternakan dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita aktiviti ringan seperti bercucuk tanam.
· Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan.
· Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.
  • Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China
6. Organisasi Sosial
· Organisasi sosial / institusi kekeluargaan dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang mudah.
· Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan dengan pertanian atau hak milik tanah.
· Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun.
· Struktur dan organisasi masayarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
· Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
· Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
· Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
· Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
· Rakyat biasa yang menajlankan aktiviti ekonomi masing-masing
· Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat.
· Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
· Contoh ; tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi
7. Kesenian
· Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan.
  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
  • Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh; tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
Kesimpulan (2 markah)
· Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik.
Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.


 Sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dengan tamadun Mesir.
Pendahuluan :
  • Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun.
  • Tamadun Mesopotamia bermula sekitar tahun 3,500 sm di Lembah Sungai Tigris-Eupharates.
  • Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Isi :
Raja :
Tamadun Mesopotamia :
  • Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi.
  • Merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama.
  • Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi (gabenor) dan ingal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan.
  • Merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama.
Tamadun Mesir :
  • Raja Mesir : kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat.
  • Peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.
  • Bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari.
Golongan bangsawan :
Tamadun Mesopotamia :
  • Hairaki kedua tertinggi selepas raja .
  • Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir.
  • Berkuasa memilih pewaris tahta.
  • Terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan
  • Gabenor yang dilantik oleh raja.
  • Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja.
  • Sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat.
Tamadun Mesir :
  • Kedua tertinggi selepas raja .
  • Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja.
  • Contoh pendeta, penguasa dan pentadbir.
  • Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
  • Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
  • Turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja.
  • Berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.
Golongan professional / tentera :
Tamadun Mesopotamia :
  • Golongan professional merupakan hairaki yang ketiga.
  • Dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doctor, artis dan jurutulis.
  • Mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka.
  • Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan kepada anak masing-masing.
Tamadun Mesir :
  • Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan.
  • Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja.
  • Buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun.
  • Golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi.

Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba :
Tamadun Mesopotamia :
  • Rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah.
  • Rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba.
  • Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang.
  • Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta.
  • Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang tiada keistimewaan.
Tamadun Mesir :
  • Golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang.
  • Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil.
  • Zaman Ramses II tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar pembinaan.
Kesimpulan :
  • Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada peringkat-peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut.

    Huraikan ciri-ciri bandar Tamadun Mesopotamia dan Indus.

    Pendahuluan :

    • Bandar merupakan salah satu ciri utama tamadun. Bandar merupakan nadi kepada pembangunan dan perubahan sesuatu tamadun
    • Bandar adalah suatu unit politik , suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur.
    • M.A.J. Beg dalam History Cities of Asia mentakrifkan bandar sebagai suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan mereka terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.
    • Perbandaran merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan bandar.
    • Fungsi -fungsi bandar sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan, ketahanan, perdagangan, pengangkutan, pendidikan dan perindustrian.
    • Contoh bandar Tamadun Indus : Mohenjo-Daro dan Harappa, Mesopotamia: Calah dan Nineveh.

    Isi :

    Ciri-ciri bandar Tamadun Indus

    Bandar terancang :

    • Pembinaan bandar terancang , penduduk mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang perancangan dan pembinaan bandar.
    Pelan struktur yang sama :
    • Pembahagian bandar kepada kubu dan bandar. Kubu di bahagian timur  untuk pertahanan dan mengatasi masalah banjir. Bahagian bawah kubu terletak bandar yang menganjur sejauh tiga batu.
    Bahan binaan yang bermutu tinggi :
    • Pembinaan bangunan daripada batu bermutu tinggi , dua saiz yang standard iaitu 11 X 5.5 X 2.5. inci Bangunan didirikan dalam blok-blok empat persegi di sepanjang jalan-jalan dan lorong-lorong.
    Jalan yang teratur :
    • Jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan.Disilang pada sudut tepat dan bentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki. Lorong-lorong dibina selari dengan jalan-jalan utama.
    Pembinaan longkang dan sistem pembuangan air :
    • Terdapat longkang  tertutup di sepanjang jalan-jalan utama. Longkang dilengkapi dengan
    • Lubang pemeriksaan untuk kerja pembersihan. Air dari rumah dialirkan ke longkang besar melalui  longkang-longkang kecil.
    Kemudahan-kemudahan awam :
    • Tempat mandi awam ” great bath “, tandas awam, dewan perhimpunan.
    Rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama :
    • Batu yang bermutu tinggi, dua tingkat atau lebih, berbentuk empat segi, mempunyai bilik mandi dan perigi., peredaran udara yang baik.Terdapat juga rumah kongsi bagi buruh dan hamba.   Jelepang besar untuk menyimpan bijirin.

    Ciri-ciri bandar Mesopotamia :

    Pembinaan kubu-kubu pertahanan :
    • Pembinaan kubu bermula menjelang tahun 3000 S.M.
    • Bandar lama : kubu pertahanan di bahagian tengah.
    • Bandar baru : Kubu terletak di kawasan luar bandar.

    Tembok pertahanan :
    • Fungsi : Menjadi sempadan antara bandar dan luar bandar, barisan pertahanan semasa peperangan.
    • Bentuk pertahanan yang berbeza : segi empat sama, segi empat tepat, bulat dan bujur,. Bandar Ur dan Uruk bentuk pertahanan berbentuk bujur, bandar Zenjirli, tembok pertahanan berbentuk bulatan.
    • Raja  bertanggungjawab untuk memelihara dan perbaiki tembok-tembok pertahanan.
    Pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah bandar :
    • Terdapat monumen di pintu gerbang untuk menarik pelawat-pelawat. Raja membina patung mereka berhampiran pintu gerbang .Pintu gerbang juga sebagai pusat sivik, perhimpunan akan diadakan berhampiran pintu gerbang.
    • Procession street :  Perarakan diadakan di jalan besar yang melalui pintu gerbang semasa perayaan tahun baru.
    • Terdapat lapan pintu gerbang di Babylon, setiap pintu masuk dinamakan sempena nama tuhan, pintu Ishtar merupakan pintu gerbang utama.
    • Nama pintu gerbang mencerminkan golongan masyarakat dan pekerjaan mereka yang mendiami bahagian bandar . contoh : gate of metalworks di Assur.
    Kewujudan Pasar :
    • Perkembangan pasar didorong oleh perkembangan bandar-bandar besar.
    • Catatan dalam inskripsi di Susa menyebut tentang kewujudan pasar dan senarai harga di pamerkan di pasar.
    • Bandar kubu dan bandar bukit. 
    Pembinaan jalan :
    • Jalan-jalan menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat lain di dalam bandar.
    • Jalan di bandar Ur mempunyai lebar yang standard dan bersilang pada sudut yang tepat.
    • Jalan  di bandar Urartu, jalan dibina dalam corak grid yang tersusun, lebar lima meter/tujuh meter.
    • Terdapat jalan suci di bandar Babylon, Assur dan Uruk. Jalan suci digunakan  untuk perarakan semasa perayaan tahun baru. Terdapat monumen yang indah di kedua-dua  belah jalan suci

    Kesimpulan :
    • Kemunculan bandar merupakan ciri penting dalam kemunculan sesuatu tamadun. Perkembangan bandar dan tamadun tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa bandar-bandar wujud di setiap tamadun awal. Bandar adalah satu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur. Proses pembandaran atau urbanisasi pula boleh didefinisikan sebagai proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan keluasan ruang.
        
       Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan  Islam.

     Pengenalan :
    •  Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
    • Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
    • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
    • Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
    • Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
     Isi :
    Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
    1.         Agama Hanif :
    Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
    2.         Agama Yahudi :
    Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
    3.         Agama Nasrani :
    Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
    4.         Agama Wathani :
    Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
    5.         Agama Majusi :
    Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
    6.         Agama penyembahan Cekarawala :
    Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
    7.         Agama Animisme :
    Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
    8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
    Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
    9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
    Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
    10.       Kepercayaan tahyul :
    • Kepercayaan tangkal azimat
    • Roh orang mati menjadi burung.
    • Percaya kepada ahli nujum.
    • Percaya kepada ahli sihir.
    • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
    • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
    • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
    • Membuat keputusan melalui anak panah.

    Kesimpulan :
    Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.
      
    Sebab-sebab dan cara-cara orang Makkah menentang Nabi Muhammad s.a.w dan bagaimana cara baginda mengatasinya

    a. pengenalan (3m)


    - setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w menyampaikan ajaran Allah secara sulit, akhirnya Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran secara terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah Al-Hijr. Rasulullah s.a.w menghadapi penentangan kemudian setelah mula menegaskan kesesatan golongan masyarakat Makkah menyembah berhala yang menjadi anutan turun temurun. Alas an penentangan mereka terhadap Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

    b. sebab-sebab Penentangan rasulullah s.a.w semasa berada di kota Makkah
    (mana-mana 3 x 3 markah = 09, maksimum 7)

     faktor agama
    - ajaran Rasulullah s.a.w menegaskan kepada keesaan Allah, akidah dan tauhid.
    - Perkara-perkara dalam rukun iman seperti percaya hari kiamat sukar untuk diterima oleh masyarakat Makkah.
    - Sukar menerima hakikat seperti adanya hari pembalasan, pahala dan dosa, syurga dan neraka yang dianggap oleh mereka bertentangan dengan ajaran nenek moyang.
    - Apatah lagi menyembah berhala adalah dilarang dalam islam dan dianggap perbuatan syirik.
    - Menganggap rasulullah s.a.w cuba menghapuskan ajaran nenek moyang yang diwarisi.
    - Menghapuskan amalan karut.
     Faktor politik
    - Suku-suku lain di makkah berasa bimbang Rasulullah s.a.w akan mengambil alih kuasa di Makkah
    - Kebimbangan diperkuat oleh Bani Hasyim yang melindungi baginda dalam menyampaikan ajaran Islam
    - Sebab itulah Bani Hasyim dikenakan pemulauan sosial oleh suku lain di Makkah selama hamper tiga tahun untuk melemahkan kegiatan Rasulullah s.a.w.
    - Usaha penyampaian ajaran Allah oleh Rasulullah s.a.w ditentang dan dituduh cuba mendapatkan pengaruh dengan menyampaikan ajaran baru.
    - Irihati jika keturunan nabi iaitu Bani Hasyim menjadi ketua.
    - Pembesat tidak mahu Nabi menjadi ketua.
     Faktor sosial
    - Islam menganggap manusia adalah sama taraf melainkan yang bertakwa dengan Allah.
    - Begitu juga dengan prinsip keadilan, persaudaraan sesame manusia
    - Sedazngkan golongan masyarakat makkah telah biasa dengan fahaman asabiyah yang kuat dan menyanjungi keturunan serta wujudnya golongan hamba.(semangat assabiyah)
    - Sekali lagi ajaran islam dianggap sangat bertentangan dengan fahaman sosial yang telah diwarisi.
    - Akhlak buruk dihapuskan seperti berjudi, berzina dll.
    - Takut hokum pahala dan dosa.
    - Taraf wanita disamakan
    - Anak perempuan ditanam hidup-hidup (dibunuh)
     Faktor ekonomi
    - Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w amat menentang keras penyembahan berhala yang dianggap menyekutukan Allah.
    - Sedangkan tumpuan golongan pedagang ke kota Makkah antara lainnya disebabkan perkembangan perusahaan peralatan berhala.
    - Mereka beranggapan sekiranya ajaran Rasulullah s.a.w berkembang akan menghapuskan kegiatan penyembahan berhala dan seterusnya akan menyekat sumber pendapatan penduduk Makkah yang mengusahakan berhala.
    - Amalan buruk dihapuskan seperti riba dan sebagainya.
    - Cukai naik haji dihapuskan.

    c. Bentuk Penentangan yang dilakukan oleh Masyarakat Makkah ke Atas Rasulullah s.a.w (mana-mana 3 isi x 3 markah = 09, maksimum 07)
    • Propaganda penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w
    - Mereka menuduh Rasulullah s.a.w seorang yang gilakan pangkat, kedudukan dan status.
    - Penghinaan juga diteruskan dengan menghasut kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah akan keburukan Rasulullah s.a.w
    - Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan dan memperolok-olokkan baginda.
    - Antaranya, halaman rumah Rasulullah s.a.w pernah ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah mengalami luka akibat dilempar dengan batu.
    • Melakukan Penyiksaan
    - Melakukan penyiksaan terhadap pengikut islam terutamanya golongan yang lemah dan hamba dengan harapan Rasulullah s.a.w akan menghentikan ajaran Islam.
    - Contohnya Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata hari di padang pasir dan ditindih dengan batu besar.
    - Begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir yang diseksa oleh Bani makhzum hingga kedua ibu bapanya meninggal dunia.
    • Melakukan diplomasi
    - Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah s.a.w dengan pangkat, wanita, dan harta agar Rasulullah s.a.w menghentikan ajaran Islam.
    - Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah kota makkah dengan syarat baginda menghentikan ajaran islam, tetapi semuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w.
    • Usaha membunuh Rasulullah s.a.w
    - Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas masih menemui kegagalan.
    - Mereka pernah meminta agar Abu Talib menyerahkan Rasulullah s.a.w kepada mereka untuk dibunuh dan sebagai ganjarannya Abu talib akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya.
    - Setelah Abu Talib menolak maka masyarakat makkah mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah s.a.w melalui wakil setiap suku yang terdapat di kota makkah.
    - Usaha ini masih gagal kerana Rasulullah s.a.w mendapat wahyu daripada Allah untuk segera berhijrah ke Madinah.
    • Peperangan
    - Tindakan ini dilakukan setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke kota madinah.
    - Beberapa siri peperangan berlaku antara islam dengan musyrikin Makkah antaranya seperti Perang Badar, Uhud dan Perang khandak.
    - Tujuannya adalah untuk melenyapkan ajaran Islam bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w dan pengikutnya.

    d. Cara Rasulullah s.a.w mengatasi penentangan
    (mana-mana 3 x 3 markah = 09, maksimum 7)

    • Penebusan pengikut islam daripada orang kaya
    - Pengikut islam yang terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba telah ditebus oleh Abu Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan islam yang berkemampuan, walaupun dikenakan harga yang tinggi.
    - Contohnya Bilal telah dimerdekakan oleh Abu Bakar.
    • Melalui hijrah ke Habsyah
    - Untuk meringankan beban dan tekanan ke atas pengikut Islam, Rasulullah s.a.w telah menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah yang dilakukan sebanyak dua kali dalam sejarah.
    - Pertama kali pada tahun ke 5 perlantikan baginda Rasulullah s.a.w yang disertai seramai 83 lelaki 18 perempuan.
    • Dengan perlindungan
    - Pengikut islam yang dimerdekakan berlindung di bawah suku yang mempunyai kedudukan.
    - Rasulullah s.a.w sendiri berlindung di bawah jagaan bapa saudaranya iaitu Abu Talib disamping kedudukan Bani Hasyim yang dihormati oleh masyarakat Makkah.
    - Kedudukan mereka terjamin kerana masyarakat kota makkah menghormati Qanun al-Jiran (menghormati tetamu dan jiran)
    - Perlindungan daripada masyarakat madinah.

    e. Penutup (2m)- pada tahap awal penyebaran islam, Rasulullah s.a.w telah mendapat penentangan daripada masyarakat kota makkah dan diatasi dengan pasif.
    - Berkat daripada kesabaran akhirnya Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah dan Berjaya mewujudkan sebuah Negara Islam dan mengatasi penentangan ini dengan lebih agresif sehingga Berjaya menegakkan syiar islam dengan kemuncaknya penubuhan sebuah Negara islam madinah dan penawanan kota makkah tanpa pertumpahan darah pada tahun 8H.

No comments:

Post a Comment