ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Thursday, 1 March 2012

Bahagian B-Sejarah 1

Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan

-zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah yang bermula dari tempoh keruntuhan empangan Maarib sehingga 610M.
- Tidak ada nabi, rasul dan kitab suci sebaagai panduan.
-Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu,, kepercayaan agama dan kepercayaan adat.  
- kepercayaan agama ialah bentuk2 agama,, manakala kepercayaan adat ialah kepercayaan tahyul dan tradisi lama.

Isi
1.  Agama Samawi(agama langit)
   a)  Agama Hanif
        - kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya bergelar Hunafa.
        - tidak ada kitab tetapi suhuf
        - mentauhidkan Allah s.w.t
        - penganut - Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w

    b) Agama Yahudi
        - dibawa oleh nabi Musa, ada kitab suci -Taurat
        - diselewengkan oleh Bani Israel
    c) Agama Nasrani
        - kepada Nabi Isa dan kitab Injil
        - Penganut agama ini dikenali sebagai ahli kitab
        - diselewengkan oleh golongan pendeta
2. Agama Ard (ciptaan manusia)
    a) Agama Wathani
        - majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama ini.
        - sembah berhala yang diperbuat dari batu, kayu atau emas
        - ada 360 berhala di keliling kaabah- yang popular al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal
    b) Agama Majusi
        - juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. menyembah matahari dan api.
        - pendeta majusi menyembah matahari 4 kali sehari
        - banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik 
           beradik
     c) Agama Penyembahan Cakerawala
        - sembah matahari, bulan, dan bintang serta beranggapan semua cakerawala merupakan sumber tenaga
          dan kekuatan
     d) Agama Polydemonisme(mahkluk halus)
         - sembah malaikat, jin, roh nenek moyang dll
         - makhluk ini dianggap ada kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan tuhan dan menjamin
           keselamatan mereka.
      e) Penyembahan tuhan padang pasir
         - penganutnya digelar Ahl-al-Saf
         - mereka percaya bahawa padang pasir tetapi wujud tetapi tidak pernah ditemui
         - amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil
            menyanyi
      f) Kepercayaan animisme
         - sembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok. Mereka percaya air dan pokok merupakan 
           sumber kehidupan dan padang pasir sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
      g) Kepercayaan tahyul
         - tangkal azimat, roh orang mati menjadi burung, ahli nujum, ahli sihir, binatang melintas jalan-sekiranya 
           ke kiri (keburukan) sekira ke kanan(kebaikan)
        - pengorbanan anak perempuan dianggap perbuatan yang mulia
        - mengikat tali pada pokok (oleh suami yang merantau), jika tali terlerai isteri berlaku curang
        - membuat keputusan melalui anak panah

Kesimpulan
 Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata2


No comments:

Post a Comment