ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Friday 24 February 2012

Pendapat Mazhab Terhadap Perlantikan Khalifah

Pendapat Syi'ah
~ khilafah adalah wajib kerana ia rukun agama
~ khilafah tidak boleh dipilih secara bebas kerana Rasulullah telah menentukannya iaitu saiyidina Ali..
~ khilafah perlulah seorang yg maksum
pada awalnya mereka cuma ingin menuntut hak Ali sebagai khalifah, namun selepas saiyidina Ali menjadi khalifah, namun mereka beranggapan bahawa pengganti rasulullah ini adalah persoalan aqidah, tidak munasabah bagi Rasulullah untuk meletakkan pemilihan khalifah dalam tangan masyarakat umum...
dan Saiyidina Ali lah khalifahnya...
Pendapat Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
pada peringkat awal, Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ini terdiri daripada kaum muhajirin dan ansar..
~ mereka sepakat mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah menyebut siapakah pengganti baginda 
~ baginda juga tidak pula memberitahu cara-cara tertentu untuk menentukan seorang khalifah...
~ tidak juga menyatakan kriteria terperinci yang perlu ada pada calon khalifah itu...
~ rasulullah hanya menekankan tanggungjawab seorang ketua itu sendiri...
~ menurut mereka lagi, bahkan al-Quran dan al-sunnah sendiri tidak mengemukakan sesuatu yg terperinci berkaitan dengan calon khalifah...
namun begitu, ketika ini.. kaum muhajirin menekankan kepada kaum Quraisy bahawa kaum muhajirin Makkah atas dasar mereka merupakan golongan pertama yg beriman dan merekalah yg berada hampir dengan Rasulullah dalam jangka masa yg lebih lama...
Pendapat Golongan al-Khawarij
pada awalnya merupakan tentera yg menyokong saiyidina Ali..
namun, setelah perang Siffin...
  mereka menubuhkan kumpulan politik yg berdiri sendiri kerana tidak setuju dengan kedudukan tahkim antara Ali dan Mu'awwiyyah. Kemudiannya menjadi persatuan agama yg agresif sehingga menghukumkan kafir kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka termasuklah Ali, Mu'awwiyyah dan Aisyah..
dalam persoalan pemilihan khalifah ini, mereka menyatakan bahawa:
~ pemilihan khalifah hendaklah dibuat secara bebas
~ seorang khalifah itu tidak boleh meletakkan jawatan selepas dilantik
~ seorang khalifah juga tidak perlu terdiri daripada golongan kaum Quraisy
~ seorang khalifah wajib mengikut perintah atau ia akan dipecat
~ mereka juga menyokong supaya khalifah yang menyeleweng itu perlu dipecat atau dibunuh.. 
mengikut pendapat inilah yg mungkin menyebabkan kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman...
Pendapat golongan al-Murji'ah
~ kumpulan ini tidak menyebelahi mana-mana pihak.. mereka ini bersikap sederhana...
~ mereka tidak bersama kerajaan mahupun pembangkang
~ bagi mereka, khalifah itu juga seorang muslim..., sekiranya seorang khalifah itu melakukan kesalahan, kesalahan itu di serahkan kepada Allah semata-mata
Pendapat golongan al-Mu'tazilah

 pada awalnya, golongan Muktazilah  merupakan golongan yang muncul sebagai kumpulan agama...
mereka tidak langsung melibatkan diri dalam hal politik sehinggalah beberapa dekad selepas itu..
golongan Muktazilah berpegang kepada prinsip bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk memilih ketua mereka.. Bekenaan isu seorang khalifah, perlu terdiri daripada bangsa Quraisy.. mereka tidak berapa bersetuju dengan pendapat tersebut kerana sekiranya telah dimuatkan kategori tersebut di dalam al-Quran atau hadis... kaum ansar ketika pemilihan saiyidina Umar  tidak akan memberikan tentangan.

No comments:

Post a Comment