ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday 15 February 2012

EIC (East India Company)/SHTI

Orang Inggeris dapat bertapak sebagai pedagang melebihi bangsa-bangsa Eropah lain di dunia Melayu. Kenapa?

1.   Kuasa monopoli EIC dalam dagangan tekstil di India dan mengawal kawasan-kawasan keluaran tekstil.

2. Menguasai kawasan tanaman bunga popi.  Oleh itu mereka menguasai pengeluaran candu(opium) ke Asia Tenggara.  Orang Melayu sudh menghisap candu bercampur tembakau.

3.  Perkapalan Inggeris semaki baik dari segi teknik pelayaran.  Awal abad ke-18, angkatan lautnya lebih besar dan lebih baik pengurusannya  dari bangsa Eropah lain.   Mereka semakin mahir membuat kapal dan peta.  Tahun 1788 para pelayar Inggeris sudah membuat peta Pantai Semenanjung dengan baik.

4.  Pedagang Inggeris tidak ragu-ragu atau menyesal menjual alat perang dan senjata serta mengajar orang Melayu membuat ubat bedil dan meriam.  Tidak seperti Belanda yang mengharamkannya

5.  Semakin banyak pedagang Inggeris melintasi kawasan ini untuk ke China untuk mendapatkan teh dan tembikar Cina porcelin 

6. Banyak pedagang Inggeris yang singgah di pelabuhan-pelabuhan yang tidak dikenakan cukai oleh Belanda sepanjang perjalanan menuju ke China.  Dengan itu pelabuhan ini menjadi maju dengan menyediakan bekalan dan kemudahan membaiki kapal.  Antara pengkalan itu ialah Kedah, Selangor dan Terengganu.  Yang paling beruntung ialah Riau yang menjadi kunci ke segala selat kerana kedudukan geografinya dan tumpuan para pedagang India, Siam, Kemboja, Cina, Vietnam dan keseluruhan kepulauan Melayu

No comments:

Post a Comment