Assalamualaikum,,, pelajar-pelajar UMA 2012, siapkan kerja rumah terancang anda..Pelajar lelaki buat Revolusi China 1911, manakala pelajar perempuan buat Revolusi Siam 1932. Persembahan dalam bentuk 'power point'. Lepas cuti ada dua perkara yang anda perlu sediakan; satu persembahan 'power point'. Kedua skema jawapan kertas 2 yang telah dicetak.. SELAMAT BERUSAHA DAN SELAMAT BERCUTI.
ahlan wa sahlan
PASTIKAN HIDUP ANDA
BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT
Saturday, 26 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
Skema PPT 2012 Sejarah 2
Bahagian A
1.Bincangkan
kedudukan dan peranan raja sebelum campur tangan kuasa British di Tanah
Melayu.
PENDAHULUAN
(3M)
Raja atau
sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
Sebelum kedatanganpenjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah Britishke atas Tanah
Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula
memainkan peranan dalampolitik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian
terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetapmenjadi unsur penting
dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
ISI JAWAPAN.
Peranan Raja sebelum penjajahan British
KEDUDUKAN
TERTINGGI DAN BERKUASA MUTLAK-
Kuasa tertinggi dalam politik di NNM terletak di tangan Sultan/Raja /Yang Di Pertuan Besar. Contohnya SultanPerak,Selangor,Johor,Pahang,Kedah,Kelantan,
Perlis,Terengganu danYang Di
Pertuan Besar Negeri Sembilan..
Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin dan Wakil Allah Di Bumi. Melanggar perintah sultan dianggap sebagai
melanggar perintah Allah. “ Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Taatilah Allah dan
RasulNYA dan Ulil Amri”. Ulil Amridirujuk kepada Sultan. Ketinggian sultan
sebelum kedatangan kuasa British juga ditunjukkan “…. All power
is centered in Sultan/Raja and the
powerfull chiefs….”.
Selaras dengan ketinggiannya sultan dikaitkan dengan daulat. Barang siapa yang engkar arahan atau perintahsultan
akan tekena tulah. Daulat sultan diperolehi semasa istiadat pertabalannya. Diri
sultan juga suci dan mempunyai darah putih dan kesucian ini dikaitkan dengan
alat-alat,bahasa dan sebagainya yang berbeza-beza mengikut negeri.
a)Alat muzik
seperti nobat hanya dimainkan semasa upacara rasmi seperti pertabalan dankemangkatan
sultan/raja
.b)Alat-alat
kebesaran seperti kayu gamit,puan naga taru,kamala,surat ciri,cap halilintar
dan ubar-ubar,mahkota kebesaran,lambang negeri,bantal,langsir yang digunakan
atau dipamer semasa pertabalan.
c) Alat
senjata seperti pedang,tombak,keris panjang. Alat-alat ini dipercayai menjelma
sendiri dan mempunyai kuasa sakti sehingga dapat memusnahkan sesiapa yang
memegang tanpa keizinan.
d)Penggunaan
bahasa istana/dalam seperti beta,beradu,santap,gering)
e) Binatang
dan buah-buahan tertentu contohnya gading gajah di Pahang, telur
penyu Terengganu,buah ketiar,gajah,kerbau balar dan anak-anak gampang. Seorang
sultan dikurniakan kuasa sakti dan layak mengendalikan makhluk-makhluk ini.
f)Warna/pakaian:
warna kuning hanya boleh digunakan oleh sultan dan kerabatnya. Di
Johor contohnya semasa Majlis Raja bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai
songkok baldu hitam,baju hitam. Bagi wanitadikehendaki memakai baju kurung
Teluk Belanga dengan lengan baju diketatkan sedikit dengan cara dijahit atau disematdengan
jarum. Leher baju pula dijahit dengan tulang belut. Leher cekak musang hanya
boleh dipakai oleh anak-anak rajadan ahli orang besar-besar.
KETUA
PENTADBIR /PEMERINTAH-
Sultan atau YDPB adalah ketua negeri masingmasing. Mereka mengetuai pentadbiran atau pemerintahan negeri.Secara
umumnya sultan mengetuai agama,undang-undang,hubungan luar,ketua angkatan tentera
dan lain-lain yangbersangkutan dengan pentadbiran. Contohnya Sultan Johor
berperanan melindungi adat Melayu,hakim utama,mengetuaiangkatan
perang,mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara yang lain,mempertahankan
agama Islam,mengawalekonomi kerajaan dan melantik pembesar-pembesar untuk
menjalankan pentadbiran.- Sesuai dengan ketinggian kedudukannya , untuk mentadbir negeri sultan dibantu oleh menteri dan pegawai-pegawai
yang dikenali dengan berbagai gelaran mengikut negeri. Contohnya di Perak antara
golongan pembesar utamaialah Orang Kaya Dato Bendahara Paduka Raja, Orang Kaya
Laksamana, Tun Pikrama Temenggung, Sri Nara Diraja dansebagainya. Di Johor pula
contohnya Bendahara amat berkuasa antara tugasnya ialah menjadi ketua menteri,
panglimatertinggi angkatan tentera dan ketua adat istiadat diraja. Sementara di
Pahang pula sultan dibantu oleh Dato Bendahara,Dato Temenggung, Orang Kaya
Indera Segara, Orang Kaya Maharaja Perba, Orang Kaya Indera Syahbandar
danpembesar-pembesar
lain.- Apabila sultan mangkat bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota,Tengku
Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat
penggantian, kecuali di Perakputera sulung sultan yang bergelar bakal sultan
akan dilantik sebagai pengganti. Di Perak system penggantian mengikutsystem
giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Sebelum campur
tangan British di Johor, Johor mengistiharkan Undang-Undang Tubuh pada
tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911 yangmenyentuh di
antara lain tentang penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran.
KETUA
EKONOMI-
Sultan berkuasa penuh ke atas ekonomi seperti pertanian, tanah, cukai, perdagangan, serta perlombongan.Dalam
bidang perdagangan pada teorinya sultan adalah pemilik semua hasil dalam negeri.
Pungutan hasil dijalankan oleh pegawainya.
Antara monopoli raja ialah garam, tembakau dan candu. Di Kelantan contohnya pada penghujung abad ke-19
setiap kapal yang berlabuh di pelabuhan dikenakan bayaran $25 dan kemudian dinaikkan
mengikut saiz kapal. Cukai kepala juga dikenakan. Cukainya $1.00 bagi orang
lelaki dewasa yang bebas dan 50 sen bagi hamba. Cukai ini dikenakan tiap-tiap
tiga
tahun.- Di kawasan perlombongan orang Melayu dikenakan $3.00 dan $13.00 bagi orang Cina. Manakala kerabat danhamba
raja dikecualikan dari membayar
cukai.- Bagi percukaian ke atas tanah pertanian pula, sebagai contoh di Kedah dan Kelantan disebut tanah dan hasilnya adalah
milik raja. Rakyat wajib menyerahkan hasil pertanian kepada sultan sebgai
cukai. Contohnya seperti kelapa, padi atau wang tunai yang sama nilai dengan
harga barang-barang tersebut.-
Sistem serah dan kerah juga merupakan satu sistem cukai. Rakyat dikehendaki menyerahkan hasil kepadapemimpin.
Sebagai contoh di Terengganu rakyat akan diwajibkan membeli barang-barang yang
merupakan monopoli rajaseperti garam dan pemerintah seperti ketua kampung akan
menetapkan bayaran yang perlu dibayar seperti yang diperlukanoleh
pemerintah.- Sistem ini dijalankan juga di Kelantan seperti yang terdapat dalam catatan Abdullah Munsyi dalam Pelayaran Abdullah
yang mengatakan apa sahaja barangan seperti perahu, tanaman, harta,anak
perempuan jika dikehendaki olehraja boleh diambil dan tidak boleh
ditegah.- Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi
dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari
sistem ini ialah golongan syed (keturunannabi), golongan baik-baik seperti
haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini
menunjukkanperbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.
MENGURNIAKAN
DARJAH DAN KEBESARAN-
Tradisi kerajaan mengurniakan gelaran -gelaran bagi pembesar-pembesar. Gelaran ini sentiasa dipelihara untukmengukuhkan
susun lapis masyarakat. Sultan mempunyai kuasa untuk memberi kurnia kepada
rakyat yang
berjasa.- Ganjaran adalah dalam pelbagai bentuk material simbol sosial. Contohnya Ngah Ibrahim dan Long Jaafar yangdikurniakan
gelaran Orang Kaya Larut apabila dapat membantu sultan menyelesaikan
hutang.Sultan juga mengurniakandaerah atau jajahan untuk pembesar-pembesar yang
berjasa seperti Raja Jumaat, Selangor dikurniakan Daerah Lukuthingga ke Kuala
Sg Linggi dan Wan Daud Ibni Wan Pahang dikurniakan gelaran Maharaja Setia Raja
dan dikurniakanDaerah Lipis.
SOSIAL- Sultan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Dalam hiraki masyarakat Melayu sultan menduduki tempatteratas.
Sultan juga berperanan menjaga keamanan dan kesejahteraan. Oleh itu sultan
perlu kuat untuk menjagakeselamatan negeri. Tradisi Sejarah Orang Melayu
mengandungi cerita-cerita akhlak untuk menguatkan kedudukan
raja.- Penyembahan secara rasmi oleh pembesarpembesar terhadap raja/sultan dilambangkan dan dilahirkan dalamupacara
mengadap. Sultan akan berhadapan dengan pembesar contohnya apabila Hari Raya
Haji dan Puasa di manapembesar akan menyembah sultan seperti di Negeri
Kedah.- Sultan juga bertanggungjawab terhadap perpaduan dengan kuasakuasa luar untuk menjaga keamanan negeri.Contohnya
menandatangani perjanjian dengan kuasa luar seperti British dan Siam. Contohnya
Perjanjian Pangkor olehRaja Abdullah Perak, Perjanjian yang menyerahkan
Seberang Perai oleh Sultan Kedah kepada British dan perjanjianperlindungan
Kedah-British.-
Untuk menjaga keamanan dan keselamatan sultan juga berkuasa untuk menjatuhkan undang-undang terutamayang
berkaitan dengan hukum bunuh. Kata-Kata sultan adalah hukum. Di Kelantan
misalnya jika raja tidak dapat membuatkeputusan cara pengadilannya ialah
melalui ujian menyelam dan mengulur tangan ke dalam minyak panas. Caramenghukum
dan mengadili berbeza di antara negeri mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan
Negeri.
MENENTUKAN
HUBUNGAN DIPLOMATIK-
Sultan lebih
aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagaiketua
perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani
oleh sultan. Selain itu, ia jugamemerlukan tanda tangan 12 orang pembesar.
Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikanhubungan sultan
dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875
membawa kepadaperjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.-
Namun
demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir
dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah
bersusah payah untuk mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidak
hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani
persetiaan Melayu-Inggeris itu.
KETUA
PERTAHANAN-
Sultan
menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku
peperangan,sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara
daripada serangan musuh atau menakluk negaralain. Baginda bertanggungjawab
menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an
diNegeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman
perang. Kedatangan British juga tidakmenggunakan tentera yang besar, hanya
menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.
Oleh yang
demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa
ini.Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan
perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan
seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lainuntuk menamatkan
pemberontakan tersebut
2.Masyarakat
Melayu tradisional merupakan masyarakat feudal.
Bincangkan pernyataan ini.
Pendahuluan
• Masyarakat Melayu Tradisional merupakan masyarakat feudal
• Masyarakat Melayu Tradisional merupakan masyarakat feudal
• Dari segi struktur, masyarakat ini dibahagikan
kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan, pembesar daerah, serta
penghulu dan golongan yang diperintah yang terdiri daripada rakyat bebas dan
hamba. Hubungan antara kedua-dua golongan ini adalah hubungan timbal balik dan
saling melengkapi antara lapisan sosialnya.
• Dalam masyarakat feudal ini, kedudukan politik
golongan pemerintah tidak dipersoalkan langsung oleh golongan yang diperintah.
Rakyat menerima sesuatu arahan tanpa soal.
Isi
i) Sultan sebagai tonggak pemerintahan
• politik feudal menentukan kekuasaan mutlak sultan.
• rakyat taat setia kepada sultan. Sesiapa yang
melanggar perintah sultan dianggap menderhaka dan dipercayai akan ditimpa
tulah.
• kedudukan sultan diperkukuhkan dengan system
kepercayaan dan agama. Konsep daulat dan derhaka mengukuhkan kedudukan
seseorang sultan.
• Sultan mempunyai keistimewaan yang membezakan dengan
golongan lain, misalnya warna tertentu dikhaskan kepada sultan dan kerabatnya,
penggunaan bahasa istana, cop mohor, nobat dan alat kebesaran.
• Sultan menjadi ketua dalam unit politik terbesar, iaitu negeri.
• Sultan menjadi ketua dalam unit politik terbesar, iaitu negeri.
ii) Pembesar Daerah
• Menduduki lapisan selepas sultan dan termasuk dalam
golongan pemerintah.
• Pembesar daerah memerintah di daerah atau kawasan pemakanan yang dikurniakan oleh sultan. Pembesar daerah dilantik oleh sultan melalui surat tauliah.
• Pembesar daerah memerintah di daerah atau kawasan pemakanan yang dikurniakan oleh sultan. Pembesar daerah dilantik oleh sultan melalui surat tauliah.
• Golongan pembesar daerah dibahagikan kepada beberapa
lapisan. Secara amnya terdapat Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar
Enam Belas, Pembesar Tiga Puluh Dua dan seterusnya. Ini juga mencerminkan
kedudukan mereka dikalangan pembesar daerah yang ada.
• Selain mentadbir, tugas pembesar daerah merangkumi tugas seperti memungut cukai dan menjaga keamanan. Sebahagian daripada cukai yang dipungut mesti diserahkan kepada sultan sebagai sagu hati.
• pembesar daerah menjadi perantaraan antara sultan dengan rakyat.
• Selain mentadbir, tugas pembesar daerah merangkumi tugas seperti memungut cukai dan menjaga keamanan. Sebahagian daripada cukai yang dipungut mesti diserahkan kepada sultan sebagai sagu hati.
• pembesar daerah menjadi perantaraan antara sultan dengan rakyat.
iii) Penghulu
• Menduduki lapisan selepas pembesar daerah.
• Mentadbir unit politik terkecil, iaitu kampung.
• Penghulu dicalonkan oleh pembesar daerah tetapi
dilantik oleh sultan melalui surat tauliah.
• Penghulu menjadi orang perantaraan antara pembesar daerah dengan anak buahnya di kampung.
• Penghulu menjalankan tugas memungut cukai dan hasil, menyelesaikan kes jenayah yang kecil, serta membekalkan buruh kepada sultan dan pembesar daerah melalui sistem kerah.
iv) Rakyat
• Penghulu menjadi orang perantaraan antara pembesar daerah dengan anak buahnya di kampung.
• Penghulu menjalankan tugas memungut cukai dan hasil, menyelesaikan kes jenayah yang kecil, serta membekalkan buruh kepada sultan dan pembesar daerah melalui sistem kerah.
iv) Rakyat
• Rakyat terdiri daripada rakyat bebas dan hamba
• Rakyat taat setia kepada sultan dan pembesar daerah.
Mereka membayar cukai kepada golongan ini dan menjalankan sistem serah dan
kerah.
v) Hamba
• Menduduki lapisan paling bawah dalam hierarki
masyarakat Melayu
• Terdapat tiga jenis hamba iaitu hamba raja, hamba
biasa dan hamba berhutang.
vi) Hubungan saling bergantung/timba balik
vi) Hubungan saling bergantung/timba balik
a. Hubugan antara sultan dengan pembesar daerah.
• sultan memerlukan sokongan pembesar daerah kerana
mereka merupakan penentu perlantikan sultan. Sultan memerlukan pembesar daerah
untuk menjamin kedudukannya.
b. Hubungan antara pembesar daerah dengan sultan
• kekuatan dan pengaruh pembesar daerah mesti disokong
oleh lencana dan gelaran yang hanya dikurniakan oleh sultan. Inilah yang akan
diiktiraf oleh golongan bangsawan.
• sultan diperlukan oleh pembesar daerah untuk
menjamin keamanan dan mengukuhkan ekonomi kerana baginda adalah lambing
perpaduan dan kepentingan ekonomi Negara.
• Pemebsar daerah adalah orang perantaraan antara sultan dan rakyat.
• Pemebsar daerah adalah orang perantaraan antara sultan dan rakyat.
c. Hubungan antara penghulu dengan sultan dan pembesar
daerah.
• Penghulu dicalonkan oleh pembesar daerah tetapi
dilantik oleh sultan melalui surat tauliah.
• Penghulu adalah orang perantaraan antara pembesar daerah dengan anak buahnya.
d. Hubungan antara rakyat dengan golongan pemerintah.
• Penghulu adalah orang perantaraan antara pembesar daerah dengan anak buahnya.
d. Hubungan antara rakyat dengan golongan pemerintah.
• Rakyat memberi taat setia yg tidak berbelahbahagi
kepada sultan dan pembesar daerah.
• Rakyat juga taat setia kepada penghulu di kampong mereka.
• Rakyat juga taat setia kepada penghulu di kampong mereka.
• Rakyat membayar cukai kepada golongan pemerintah dan
menganggap pembayaran ini sebagai undang-undang.
• Rakyat menjalankan system kerah dan serah tanpa soal.
• Rakyat menjalankan system kerah dan serah tanpa soal.
Kesimpulan.
• Memang tdk dinafikan bahawa masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat feudal.
• Masyarakat ini mempunyai lapisan social yang diketuai oleh sultan.
• Memang tdk dinafikan bahawa masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat feudal.
• Masyarakat ini mempunyai lapisan social yang diketuai oleh sultan.
• Golongan pemerintah membekalkan keselamatan dan
perlindungan manakala golongan diperintah memberikan perkhidmatan sebagai
balasan kepada perlindungan dan keselamatan itu.
3.Bincangkan
faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan bijih timah di Tanah Melayu
dan kesannya ketika berlaku kemelesetan dunia.
Perusahaan bijih timah
merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu.
Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu
secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan
melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti
perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong
pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini
terus meningkat dari tahun ke tahun.
Kemasukan orang Cina merupakan
antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-lombong
bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawah
pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Akibatnya, berlaku kedatangan orang Cina
secara beramai-ramai ke Tanah Melayu atas jemputan para pembesar Melayu. Pada
peringkat awal, kemasukan orang Cina yang digalakkan oleh Long Jaafar dari
Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam perusahaan bijih
timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti
di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Masalah kekurangan
buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting pula telah diatasi dengan
mengimport buruh dari China melalui Sistem Tiket Kredit dari wilayah Fukien dan
Kwangtung. Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah
perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong
pam. Kaedah lombong dedah misalnya, telah meningkatan hasil pengeluaran
bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat. Kaedahroda air bagi
mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antara
teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti
perlombongan bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat
dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan 50,000 tan
pada 1904. Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam
perlombongan bijih timah telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah
Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada
waktu itu.
Di samping itu, perkembangan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh dasar pemerintahan
Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya, aktiviti
perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri Melayu
seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu,
pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga
merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar Inggeris
kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah
ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan
Inggeris yang memperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan
perusahaan bijih timah. Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya telah
memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama telah dibina menghubungkan
Taiping dan Port Weld. Kemajuan pengangkutan ini telah membawa kepada pembukaan
lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah.
Sementara itu, masalh kekurangan buruh pula telah diatasi oleh Inggeris dengan
menjalankan dasar yang liberal terhadap penghijrahan buruh dari negar China.
Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan
memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat
dan mengelakkan pergaduhan antara pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan
pihak Inggeris ini terbukti telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih
timah di Tanah Melayu dan meningkatkan produktiviti perlombongannya.
Kepesatan perkembangan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan permintaan tinggi
di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang
berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam
perusahaan mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai
penyadur tin bagi mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan
selamat digunakan. Keadaan ini telah menyebabkan harga bijih timah melambung
naik iaitu mencapai £140 setan. Hal ini turut menggalakkan pembukaan lebih
banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanya di Larut, Rasah, dan Kuala
Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini telah
menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga
menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.
Lain daripada itu, pengenalan
kapal korek turut menjadi penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijih timah
di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada tahun 1912 oleh syarikat
Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan teknologi yang lebih
moden ini membolehkan penghasilan bijih timah dengan kuantiti yang lebih banyak
dan menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek boleh digunakan dengan selamat di
kawasan berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timah dari tanah
dengan cepat. Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah
pengeluara bijih timah adalah dihasilkan oleh pengusaha Eropah yang
menggunakan kapal korek dalam perlombongan. Pengeluarannya meningkat dari
51,000 tan pada tahun 1913 kepada 77,000 tan pada tahun 1937. Penggunaan kapal
korek pula semakin meluas di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal korek
beroperasi di lombong pada tahun 1929 berbanding hanya 20 buah pada 1920.
Situasi ini sejajar dengan permintaan tinggi di pasaran Eropah dan Amerika
hingga menjadikan kapal korek sebagai penyumbang kepada perkembangan perusahaan
bijihi timah di Tanah Melayu.
Walau bagaimana pun, zaman
kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932 menyaksikan kemerosotan
teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga bijih timah yang
jatuh dengan mendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran Eropah. Harga
bijih timah merudum dari $2414 setan pada 1926 kepada $1020 setan pada 1931.
Selain itu, situasi
kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal ini terjadi
kerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku
pengangguran dalam kalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu
pekerja Cina telah dihantar pulang ke negara asal mereka bahkan ada yang pulang
secara sukarela. Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira 10,000 orang pelombong di
Perak telah dihantar balik ke China.
Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu
terbukti didorong faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British,
permintaan tinggi di pasaran dunia, dan penggunaan kapal korek dalam
perlombongan. Malangnya, perusahaan ini menemui kejatuhan yang amat teruk
ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932 hingga menjadikan industri
tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan kejatuhan
ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan pelbagai langkah bagi
memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak meluluskan
sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam
Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.
4.Pelaksanaan
sistem Residen mendatangkan pelbagai kesan ke atas negeri-negeri Melayu dari
tahun 1873 hingga 1888. Bincangkan.
Perjanjian
Pangkor pada 20 Januari 1874 yang ditandatangani di pulau Pangkor Perak telah
melambangkan titik permulaan campur tangan British secara rasmi di tanah
Melayu. Selepas peristiwa tersebut, negeri-negeri Melayu lain turut jatuh dalam
tangan penjajah. Dalam proses ini, system residen telah diperkenalkan dalam
beberapa negeri Melayu iaitu Perak (1874), Selangor (1874), Pahang (1888) dan
Negeri Sembilan (1896). Sistem residen ini telah mendatangkan pelbagai kesan
terhadap negeri-negeri Melayu yang berkenaan.
Antara kesan
pelaksanaan sistem residen ialah kehilangan kuasa sultan dan golongan pembesar
tempatan. Pada asalnya, residen hanya ditugaskan untuk menasihati sultan dalam
urusan pentadbiran, pemulihan keamanan, memajukan ekonomi dan sistem cukai
tetapi sedikit demi sedikit, residen telah mengambil alih kuasa sultan sebagai
pemerintah negara. Akhirnya, sultan hanya diberi kuasa dalam adat resam dan
agama. Pembesar-pembesar tempatan pula telah kehilangan kuasa mengutip cukai
dan mereka hanya diberi jawatan dalam peringkat bawahan pentadbiran British.
Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam golongan pembesar
tempatan dan golongan raja terhadap penjajah British yang mencapai kemuncaknya
apabila residen Perak iaitu JWW Birch dibunuh di Pasir Salak.
Kesan
seterusnya ialah ketidakseragaman pentadbiran yang wujud antara negeri-negeri
melayu yang melaksanakan sistem residen. Antara masalah yang muncul akibat
keadaan ini ialah pembangunan negeri-negeri melayu yang tidak seimbang. Akibat
ketiadaan garis panduan yang jelas untuk diikuti oleh residen demi menjalankan
tugasnya, mereka terpaksa bertugas mengikut budi bicara sendiri. Dengan ini,
setiap negeri melayu di bawah sistem residen telah dikembangkan menurut cara
yang berbeza dan terdapat negeir-negeri yang menikmati perkembangan ekonomi
yang pesat seperti negeri Sembilan dan Selangor serta negeri seperti Pahang
yang sentiasa dilanda masalah kewangan. Pembangunan yang tidak seimbang juga
membawa kepada masalah keseragaman infrasturktur seperti landasan kereta api
yang berbeza-beza serta jalan raya yang tidak dihubungkan antara negeri.
Ketidakseragaman pentadbran ini juga membawa kepada perbezaan undang-undang
antara negeri. Di Perak, residen pertama, iaitu JWW Birch telah mencampuri adat
resam melayu dengan mengharamkan penghambaan. Walaupun tindakan beliau tidak
diikuti oleh negeri-negeri melayu lain, penentangan yang dicetuskan di negeri
Perak akan merebak ke negeri-negeri lain.
Selain
daripada itu, kedatangan sistem residen juga menyebabkan campur tangan dalam
adat resam tempatan. Pada peringkat asal, kuasa memungut cukai terletak dibawa
pembesar melayu. Namun, setelah kedatangan sistem residen, maka kuasa memungut
cukai telah dirampas daripada pembesar Melayu. Amalan hamba abdi pun telah
dihapuskan oleh seorang residen di negeri Perak dan tindakan ini ditentang
hebat oleh pembesar-pembesar tempatan. Residen juga campur tangan dalam sistem
kehakiman dengan memiliki kuasa untuk melantik majistret. Dengan ini, sistem
kehakiman tradisional yan terdiri daripada golongan pembesar dan ketua kampung
sebagai hakim telah terjejas. Kedatangan sistem residen telah mencemari adat
resam tempatan dengan pengaruh barat dan unsur-unsur residen-residen yang
berbeza.
Pelaksanaan
sistem residen juga menimbulkan pelbagai kesan terhadap ekonomi tempatan
terutamanya terhadap jurang ekonomi antara kaum. Tumpuan British terhadap tanah
Melayu ialah perlombongan bijih timah dan mereka telah bertindak untuk membawa
masuk buruh asing, khursusnya buruh Cina untuk mengusahakan lombong-lombong
bijih timah. Apabila tanaman komersil seperti getah diperkenalkan, mereka turut
membawa buruh asing untuk mengusahakannya iaitu buruh India. Dengan ini, telah
mewujudkan masyarakat majmuk dan dalam masa yang sama masyarakat tempatan iaitu
orang Melayu telah diketepikan daripada kegiatan ekonomi moden. Mereka kekal
dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti pertanian padi dan
perikanan. Dengan pelaksanaan sistem residen juga menyebabkan pertambahan
penduduk di tanah melayu serta pembukaan Bandar-bandar baru. Antara tugas
seorang residen ialah untuk membangunkan ekonomi. Demi mencapai tujuan ini
mereka telah membawa masuk buruh asing dari China dan India. Bilangan pemodal
cina juga bertambah akibat usaha-usaha residen mengembangkan ekonomi tanah
melayu. Dalam usaha-usaha mereka mengeksploitasi bijih timah dan penanaman
getah di tanah melayu, beberapa Bandar baru telah dibuka seperti kuala Kangsar,
Taiping, Kamunting dan Kuala Lumpur.Dengan pembukaan Bandar-bandar baru,
pelbagai usaha telah dilaksanakan demi membangunkan infrastruktur seperti jalan
raya dan landasan kereta api antara Bandar-bandar tersebut. Pertambahan
penduduk serta perkembangan infrastruktur yang berlaku di bawah sistem residen
telah membawa kepada pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang
kaum.
Sebagai yang
ditugaskan kepada residen, mereka telah berjaya mewujudkan keamanan dalam
negeri-negeri mereka. Di Perak, pelantikan seorang residen telah berjaya
menamatkan perebutan takhta. Perang-perang kongsi gelap di negeri Sembilan juga
diselesaikan oleh sistem residen. Pasukan polis telah dibawa masuk dari India
demi menjamin keamanan dan tentera laut Britain telah bertanggungjawab
mengawasi ancaman lanun di selat Melaka. Kapten Speedy, telah menambahkan
pasukan polis di daerah Larut kepada 2500 orang on mengekalkan keamanan dan
mencegah peperangan antara kongsi gelap cina. Perlaksanaan sistem residen di
negeri-negeri melayu telah berjaya menjamin keamanan serta kestabilan politik
atau sekurang-kurangnya memperbaiki situasi yang sedia ada.
Perlaksanaan sistem residen di
negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan mendatangkan pelbagai kesan
yang baik dan buruk terhadap tanah melayu. Namun begitu, pelbagai kelemahan
dalam sistem ini telah menyebabkan pihak British memperkenalkan system
pentadbiran baru bagi memperbaiki kelemahan system residen dengan pengenalan
kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.
5.Terangkan
faktor-faktor penentangan masyarakat Melayu di negeri Pahang terhadap dasar
pentadbiran pada abad ke-19.
J.P Rodger mula dilantik sebagai residen pertama
di Pahang pada bulan Oktober 1888 dan dibantu oleh Hugh Clifford sebagai
penolong residen. Sebaik sahaja J.P Rodger dilantik menjadi residen, beliau
telah banyak membuat perubahan-perubahan yang drastic yang dilakukan secara
terburu-buru. Peraturan baru yang diperkenalkan ini sebenarnya telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk Pahang. Pengenalan
sistem yang baru ini ditentang Datuk Bahaman. Beliau dibantu oleh Tok Gajah
serta anaknya Mat Kilau
Pengenalan sistem residen telah membawa kepada
penguasaan ekonomi Pahang oleh pihak British terutamanya dalam sector
perlombongan. Tugas residen sepatutnya berusaha melindungi kepentingan orang
tempatan terutamanya pembesar Melayu dalam usaha membawa pembangunan ekonomi.
Walau bagaimanapun Inggeris telah mengabaikannya dan ini telah membawa perasaan
tidak puas hati dikalangan pembesar Melayu Pahang.
Pengenalan sistem residen juga telah membawa kepada kehilangan kuasa oleh
Sultan Pahang. Ini berikutan daripada penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri kerana
sultan hanya mempunyai kuasa pada “nama” sahaja dalam Majlis tersebut. Segala
keputusan yang dibuat ditentukan oleh Residen British. Sebagai contoh
pembayaran ganti rugi kepada pembesar yang kehilangan sumber pendapatan
ditentukan oleh Residen
Perubahan-perubahan dari segi perundangan yang dibuat oleh Residen, nyata
sekali bertentangan dengan sistem yang sedia wujud pada ketika itu.
Undang-undang baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31
Desembar 1889, nyata sekali mencabar kewibawaan pembesar-pembesar Melayu.
Antara undang-undang berkaitan dengan tanah, penghapusan sistem kerah dan hamba
abdi telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pembesar. Malah
pembesar yang satu ketika dahulu mempunyai kuasa menghakimi kes-kes jenayah dan
sivil di kawasan masing-masing telah diambil alih oleh pihak Britsh.
Perubahan yang dibawa British juga menimbulkan perasaan tidak puas hati
dikalangan rakyat. Dasar British membawa masuk pelombong Cina dan Eropah telah
menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan rakyat. Mereka ini didapati
sombong dan bongkak dan tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Sebagai
contoh, rakyat tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan pakaian
tradisional mereka.
Pembesar-pembesar telah kehilangan hak mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan sumber
pendapatan dan jawatan yang dinikmati secara turun-temurun.Daerah-daerah diwujudkan dan diletakkan di
bawah pegawai-pegawai Inggeris yang dipanggil pemungut cukai dan
majistret.
Pelbagai jenis cukai diperkenalkan dan dinaikkan
oleh British. Contohnya, cukai tanah seperti tanah kampung, tanah paya, dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seekar. Sistem lesen dan permit yang diperkenalkan oleh J.P. Rodger menjejaskan semua aspek kehidupanrakyat.
Mengikut sistem lesen dan permit, rakyat terpaksa
mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan
mencari atap nipah untuk mendirikan rumah yang dahulunya dipungut secara
percuma.
Sebagai kesimpulannya, perasaan tidak puas hati
dengan pelaksanaan sistem residen ini membawa kepada beberapa siri peperangan
antara pihak British dengan masyarakat Pahang. Walaupun penentangan ini
bercorak setempat, namun ia telah member kesedaran tantang hak yang patut
dituntut dalam menegakkan sistem yang pernah wujud itu. Walaubagaimanapun
British Berjaya menumpaskan penentangan tersebut kerana memiliki senjata yang
lebih baik. Dengan ini British telah mengukuhkan kekuasaannya di negeri Pahang
6.Bincangkan
usaha-usaha James Brooke untuk meluas pengaruhnya ke atas negari Sarawak.
Pengenalan
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.
Peluang
untuk menguasai Sarawak mula terbuka luas apabila berlakunya pertikaian
masyarakat Sarawak yang dipimpin oleh Dato’ Patinggi Ali. Sarawak pada ketika
itu berada dibawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota iaitu wakil pemerintah
Kesultanan Brunei di Sarawak. Malangnya pentadbiran Pangeran Indera Mahkota
tidak disenangi oleh masyarakat tempatan. Beliau telah mengenakan cukai yang
tinggi dan melaksanakan kerahan tenaga. Keadaan ini menyebabkan Dato’ Patinggi
Ali menentang dasar yang diperkenalkan itu.
Sultan
Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Muda Hashim untuk
menamatkan pemberontakan namun usaha itu gagal. Pangeran Muda Hasyim meminta bantuan
James Brooke dan berjanji akan melantik beliau sebagai gabenor jika berjaya
menamatkan pemberontakan. Kejayaan James Brooke menamatkan pemberontakan
membawa kepada perjanjian antara James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim pada
September 1841. Dengan ini James Brooke dengan rasminya menjadi Gabenor
Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah mendesak sultan Brunei mengiktiraf
Perjanjian 1841. Lanjutan daripada itu, pada tahun 1846 sultan Brunei telah
menyerahkan Sarawak meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di
antara sungai Semarahan dan Sungai Sadong.
James Brooke
mula bertindak meluaskan kawasan pangaruhnya di luar kawasan yang ditetapkan
oleh Sultan Brunei. Beliau mula menguasai Mukah yang kaya dengan pengeluaran
sagu. Beliau seterusnnya mendirikan kota di Sarekei atas alasan untuk menjaga
keamanan di kawasan itu. Antara tahun 1853 hingga tahun 1861, James Brooke
semakin berkuasa apabila kawasan pentadbiran Sultan Brunei telah jatuh ke
tangannya. Antara kawasan tersebut ialah Sungai
Sadong,Saribas,Samarahan,Serian,Sekrang dan kawasan Rajang hingga ke Tanjung
Kidurong.
James Brooke
telah menguasai kawasan di luar kawasan yang dibenarkan dengan alasan untuk
menghapuskan lanun yang boleh mengancam perdagangan. Campur tangan James Brooke
di Mukah bermula apabila Gabenor Mukah iaitu Pangeran Ersat telah dibunuh oleh
sepupunya Pangeran Mat Usin. Oleh kerana bimbang tindak balas akan berlaku,
Pangeran Mat Usin lari ke Kuching meminta bantuan James Brooke. James Brooke
juga Berjaya mempengaruhi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mukmin supaya
menghalau Syarif Masahor dari Sarekei. James Brooke kemudiannya Berjaya
menguasai Mukah.
Untuk
menguatkan lagi kekuasaan James Brooke, beliau telah mendirikan kubu-kubu
pertahanan di Sarekei, Lingga, Kanowit, dan Sekrang. Dalam masa yang sama cukai
beras dan garam dikenakan ke atas penduduk sekitarnya. Keadaan ini
membangkitkan kemarahan pemimpin tempatan. Bagaimanapun James Brooke sudah
bersedia menghadapi segala cabaran. Pada tahun 1843 hingga 1846, James Brooke
talah melancarkan beberapa serangan ke atas pertempatan pribumi dengan mendapat
bantuan daripada Angkatan Tentera Laut British. Antara tahun 1853 hingga 1861,
James Brooke telah Berjaya mendapatkan kawasan pengaruh Sultan Brunei di
Sarawak seperti Sadong, Saribas, Rajang, Lingga, Sekrang dan Tanjung Kidurong.
Pada tahun 1895 James Brooke Berjaya mendapatkan Limbang secara tipu helah.
Sebenarnya
penguasaan James Brooke diperkukuhkan lagi dengan perjanjian yang
ditandatangani dengan pihak British pada tahun 1888. Menurut perjanjian ini
British akan melindungi keluarga Brooke daripada serangan musuh, disamping itu
Sarawak menjadi negeri naungan British. Dengan ini Brooke Berjaya memerintah
Sarawak dengan bebas dan menguasai hal ehwal luar.
Penutup
Kedatangan James Brooke telah
membawa perubahan pentadbiran daripada kesultanan Brunei
kepada pentadbiran James Brooke. Pentadbiran bercorak Barat ini telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan yang akhirnya
membawa Sarawak ke bawah pentadbiran langsung ditangan James Brooke
Bahagian B
7.Huraikan
adat yang diamalkan masyarakat Indonesia dan Vietnam sebelum kedatangan Barat.
Pengenalan
Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak dahulu kala yang menjadi amalan sesebuah masyarakat. Ia merupakan peraturan tidak bertulis yang mesti dipatuhi oleh sesebuah masyarakat. Adat ini boleh dikatakan sebagai system nilai yang menjadi pegangan sesebuah masyarakat dan ia berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Melanggar adat bermaksud melanggar ketentuan yang telah ditetapkan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu.
Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak dahulu kala yang menjadi amalan sesebuah masyarakat. Ia merupakan peraturan tidak bertulis yang mesti dipatuhi oleh sesebuah masyarakat. Adat ini boleh dikatakan sebagai system nilai yang menjadi pegangan sesebuah masyarakat dan ia berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Melanggar adat bermaksud melanggar ketentuan yang telah ditetapkan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu.
Bagi masyarakat Vietnam, mereka amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Bagi
mereka keluarga merupakan asas terpenting. Seseorang itu dianggap ahli
masyarakat kampung jika sekiranya dia telah menjadi ahli keluarga dalam kampung
tersebut. Betapa pentingnya hubungan kekeluargaan ini dapat dilihat dari sudut
kedudukan seseorang itu, jika mereka tersingkir daripada keluarga bermakna
mereka ini tiada tempat dari segi kehidupan di dunia atau kerohanian.
Masyarakat Vietnam juga mempunyai adat menjual anak atau menyewa tenaga
mereka untuk mendapatkan wang. Bagi mereka adat ini sah kerana amalan Confucius
yang mereka amalkan selama ini menekankan bahawa anak-anak perlu taat setia
kepada bapa atau orang yang lebih tua tanpa banyak soal. Setiap ahli keluarga
diharap dapat membantu sesama anggota keluarga. Mereka yang kurang bernasib
baik akan dibantu oleh saudara mara mereka. Harta kekayaan akan dibahagi sasama
ahli keluarga. Ini membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan amat dipentingkan
dalam masyarakat Vietnam.
Jika dilihat dari sudut adat perkahwinan pula, bakal pengantin lelaki tidak
berhak memilih calon isteri. Mereka hanya menerima sahaja calon isteri yang
dicadangkan kepada mereka. Bagaimanapun poligami dibenarkan jika sekiranya
isteri yang dikahwininya itu tidak mempunyai zuriat. Ini membuktikan bahawa
masyarakat Vietnam mementingkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat Vietnam juga mengutamakan adat pemilikan tanah. Tanah bagi
mereka bukan milik individu tetapi hak bersama. Ini bermakna keluasan sebuah
tanah dikongsi secara beramai-ramai. Seseorang yang mengusahakan tanah
disesuatu kawasan tidak akan dikeluarkan daripada kampungnya. Namun demikian
pemilikan tanah secara besar-besaran dikuasai golongan pembesar dan pengutip
cukai yang akhirnya membawa penindasan kepada golongan petani.
Dalam masyarakat Indonesia pula terdapat adat bagi wanita hamil. Apabila
kandungan sudah mencapai tujuh bulan diadakan upacara mandi hamil. Dalam
upacara ini, wanita hamil tersebut dikehendaki menyediakan rojak dan menjualnya
kepada para tetamu. Harga rojak dibayar dengan atap genting. Adat ini
sebenarnya mengajar sifat berjimat cermat kepada bayi yang dalam kandungan.
Rasa rojak pula menentukan jantina bayi dalam kandungan. Jika rasa rojak itu
masam bermakna bayi yang akan dilahirkan itu lelaki dan jika manis pula bayi
yang akan dilahirkan perempuan. Wanita hamil ini pula akan diberikan makanan
yang khusus dan tidak dibenarkan menyentuh benda tajam kerana bimbang akan
memudaratkan anak. Para tetamu juga tidak dibenarkan memberi hadiah kepada bayi
yang baru lahir kerana bimbang akan membawa keburukan kepada bayi tersebut
Disamping itu masyarakat Indonesia juga mengamalkan adat menyambut
kelahiran bayi. Dalam upacara ini, mereka akan meletakkan pelbagai bahan di
hadapan bayi untuk melihat apa yang disukai bayi yang baru lahir itu. Upacara
ini sebenarnya untuk meramal nasib bayi tersebut. Bayi juga dibekalkan
dengan azimat berupa benang yang dililit dilengan atau dileher bagi mengelakkan
daripada dirasuk unsur-unsur jahat. Selain itu, bayi tersebut disapau dengan
jamu khas setiap hari supaya terhindar daripada makhluk halus.
Orang Indonesia amat memuliakan tetamu. Mereka akan menjemput tetamu makan
bersama sebelum ahli keluarga mula menjamah makanan. Bagi mereka memakan
makanan bersendirian dianggap biadab. Tetamu dimuliakan dengan memberi layanan
istimewa dan makanan yang dihidangkan pula berdasarkan kemampuan tuan rumah.
Biasanya makanan akan dihidangkan di atas tikar anyaman yang dibentangkan
ditengahtengah dapur. Mereka akan duduk bersila sambil menikamti hidangan yang
disediakan.
Bagi masyarakat Indonesia yang mengamalkan adat minangkabau, mereka
mengamalkan adat memilih pemimpin. Pemilihan ketua kampung berdasarkan system
persaudaraan suku masyarakat tersebut. Kedatangan Islam menyebabkan berlakunya
sedikit pertentangan dalam pemilihan ketua ini kerana pangkat dan taraf yang
diberikan oleh kuasa adat tidak sama dengan taraf yang ditentukan oleh hokum
syarak. Hubungan diantara pemimpin puak dengan ketua kampung yang berlandaskan
adat ini ditentang oleh pemimpin agama
Penutup
Sesungguhnya adat telah mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat.
Perbezaan adat melambangkan perbezaan budaya dalam sesebuah masyarakat dan
secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. Namun demikian dengan
kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah memperkayakan lagi adat
tempatan.
8.Huraikan
sistem ekonomi sara diri yang dijalankan di India dan Filipina sebelum
kedatangan Barat.
Pengenalan
Kegiatan ekonomi yang
dijalankan di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat bercorak tradisional
iaitu kegiatan pertanian sara diri. Antara tanaman yang ditanam ialah padi,
tanaman makanan, penternakan, perikanan dan kegiatan perdagangan. Peralatan
yang digunakan biasanya menggunakan peralatan tradisional dan hasil yang
dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan keluarga. Jika terdapat lebihan ia akan
diperdagangkan melalui system barter.
Isi
Penananaman padi merupakan kegiatan yang penting di India. Terdapat dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi Sawah biasanya ditanam di kawasan lembangan sungai dan berpaya terutama sekali di lembah Sungai Ganga, Indus dan Mahanadi. Wilayah Benggal di Timur Laut India dikatakan menjadi kawasan utama penanaman padi sawah. Penanaman padi Sawah juga ditanam di seluruh benua India, kawasan-kawasan lain termasuklah di lembah Sungai Godavari dan Sungai Krishna di bahagian tangah India. Sementara penanaman padi Huma pula biasanya dijalankan di kawasan berbukit terutamanya di daerah pedalaman Darawak.
Selain padi, penduduk India juga menanam sayur-sayuran, kekacang, ubi, teh, gandum dan sekoi. Indigo juga ditanam terutama sekali di bahagian Selatan India. Tebu ditanam di daerahBihar dan Benggal. Bengal pada satu ketika dahulu merupakan pusat industri gula pada pertengahan abad ke-18
Kegiatan perikanan dijalankan di sungai-sungai,
pesisir pantai dan tasik seluruh Negara. Sungai Ganga dan Sungai Indus
merupakan kawasan utama penangkapan ikan selain pesisir pantai. Ikan merupakan
sumber protein utama penduduk India. Peralatan yang digunakan biasanya
menggunakan jala, bubu dan pancing. Mereka juga menjalankan kegiatan perikanan
di kawasan Laut Arab dan Teluk Benggala.
Kegiatan penternakan juga dijalankan di India
sama ada sebagai kegiatan utama mahupun sampingan. Biasanya binatang ternakan
diberi makan rumput di persekitaran kampong mereka. Antara binatang ternakan
yang dipelihara termasuklah lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain
Binatang ternakan bukan sahaja sebagai sumber
protein, malah digunakan untuk kerja-kerja membajak, pengangkutan serta
membekalkan baja organic abgi aktiviti pertanian. Daripada bancian yang dibuat
pada tahun 1872, didapati terdapat 68.5% penduduk lelaki dewasa terlibat dalam
sector pertanian. Bagaiamanapun hasil pengeluarannya rendah kerana masih
menggunakan peralatan atau system tradisional. Masalah kasta dan penindasan
golongan Zamindar menyebabkan petani di India kekal dalam kemiuskinan.
Kapas merupakan bahan perdagangan yang
penting di India meskipun ia merupakan kegiatan ekonomi sara diri. Kapas
merupakan sumber asas terpenting dalam pembuatan kain sejak berabad lalu.
Terdapat dua jenis kain kapas iaitu kain calico dan muslin yang dikeluarkan
dari daerah Dacca, Lucknow, Patna dan Midnapore. Kain bafta, dhoti, dan chintz
dihasilkan di barat laut India. Kegaitan perdagangan berasaskan kapas ini
berlanjutan sehingga abad ke 20. Terdapat juga barang dagangan lain seperti
minyak wangi, the, jut dan kain pelikat. India mempunyai hubungan perdagagan
dengan Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Aktiviti perlombongan turut dijalankan di India
secara kecil-kecilan. Antara yang dilombong ialah emas dan
besi. Penduduk India turut melakukan kegiatan perlombongan garam di
Punjab.
Di Filipina kegiatan penanaman padi juga merupakan kegiatan pertanian yang penting kerana padi merupakan makanan utama penduduk Filipina. Dua perlima daripada tanah di Kepulauan Filipina digunakan bagi penanaman padi. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan di Filipina iaitu padi Sawah dan padi Huma. Padi biasanya ditanam di lembangan sungai dan berpaya serta dataran subur terutama sekali di Dataran Manila. Padi awah bergantung pada air hujan dan system saliran semula jadi terutamanya sungai.
Penanaman padi huma dijalankan di kawasan berbukit
terutamanya di kawasan pedalaman Filipina. Tanaman ini biasanya dijalankan
secara tanaman pindah (caingin) yang melibatkan aktiviti tebang dan bakar.
Tanaman makanan lain yang diusahakan oleh penduduk Flipina adalah tanaman sayuran, kekacang dan kelapa. Keladi, jagung dan ubi merupakan antara tanaman utama pertanian pindah yang dijalankan di Mondoro. Tanaman lain yang diusahakan termasuklah abaka atau Manila Hem. Abaka digunakan untuk menghasilkan gentian bagi membuat tali dan kain.Kawasan utama penanaman abaka adalah Mindanao. Kelapa ditanam dengan banyaknya di Filipina. Hasil daripada pokok kelapa telah dipelbagaikan untuk menambahkan pendapatan.Mereka menghasilkan kelapa kering dan minyak kelapa.
Aktiviti perikanan dijalankan di sungai, tasik
dan kawasan pesisir pantai. Nelayan Filipina menggunakan kaedah tradisional
dalam penangkapan ikan iaitu menggunakan jala, bubu dan pancing. Bentuk muka
bumi yang berpulau sangat sesuai untuk kegiatan perikanan.
Kegiatan penternakan juga dijalankan di Filipina.
Antara binatang ternakan yang dipelihara ialah lembu, kambing, ayam, itik dan
tidak lupa pula babi. Selain digunakan sebagai sumber makanan, binatang
ternakan juga digunakan untuk kerja-kerja membajak, alat pengangkutan serta
membekalkan sumber baja organic
Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan
perusahaan ringan secara kecil-kecilan.Antara kegiatan yang dijalankan
termasuklah menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin termasuk daripada
emas. Mereka juga menjalankan kegiatan menganyam tikar, bakul, menyulam dan
menenun kain. Terdapat juga penduduk Filipina yang terlibat dengan
perusahaan membina kapal.
Kegiatan perdagangan di Filipina dikuasai oleh
golongan pemerintah, golongan bangsawan dan penghulu. Mereka terlibat
dengan perdagangan kelapa kering, mutiara, pinang dan lain-lain. Para
pedagang Filipina menjual kulit kura-kura, mutiara dan pinang kepada
pedagang-pedagang China manakala pedagang China membawa masuk tembikar, sutera
dan manik ke Filipina.
Terdapat juga kegiatan perlombongan di Filipina.
Antaranya tembaga dilombong di Toledo iaitu di tengah Cebu. Bijih timah
dilombong di Surigo yang terletak di utara Mindanao. Kegiatan perlombongan di
sini dijalankan secara kecil-kecilan dan menggunakan peralatan tradisional
Kesimpulan
Kegiatan ekonomi sara diri merupakan kegiatan yang penting di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat. Apabila Barat menguasai kedua-dua buah negeri ini. Pertanian secara komersil diperkenalkan dan ini telah membawa kepada perubahan kaedah pertanian tradisional kepada kaedah yang moden. Hasilnya telah member keuntungan yang besar. Namun begitu keuntungan yang besar ini hanya dinikmati oleh Barat sedangkan penduduk tempatan terus kekal kemiskinan.
Kegiatan ekonomi sara diri merupakan kegiatan yang penting di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat. Apabila Barat menguasai kedua-dua buah negeri ini. Pertanian secara komersil diperkenalkan dan ini telah membawa kepada perubahan kaedah pertanian tradisional kepada kaedah yang moden. Hasilnya telah member keuntungan yang besar. Namun begitu keuntungan yang besar ini hanya dinikmati oleh Barat sedangkan penduduk tempatan terus kekal kemiskinan.
9.Bincangkan
kepentingan Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian
Bowring ke atas negara Jepun dan Thailand.
Pengenalan
Abad ke 19 menandakan
permulaan kepada persaingan kuasa-kuasa imperialis Barat untuk meneroka dan
menguasai bahan-bahan mentah di Asia. Jepun dan Thailand merupakan dua buah
negara yang menjadi sasaran Barat untuk memperluaskan penguasaan mereka dalam
bidang ekonomi. Termenterainya perjanjian Kanagawa dan Bowring bermakna
berakhirlah dasar isolasi yang diamalkan oleh kedua-dua buah Negara tersebut.
Perjanjian-perjanjian ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas kedua-dua
buah negara tersebut dalam hubungannya dengan negara-negara Barat
Isi
Perjanjian Kanagawa telah
ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat pada 31 Mac 1854. Dengan
perjanjian ini bermakna Jepun dengan secara rasminya telah menamatkan dasar
pemencilan yang diamalkan sebelum ini.
Perjanjian ini juga telah
membawa kepada pembukaan beberapa pelabuhan iaitu Shimoda, Hakodate dan
Nagasaki kepada Negara-negara barat. Kadar cukai import dan eksport
ditentukan oleh Jepun, malah Amerika Syarikat diberi layanan istimewa dengan
mendapat hak wilayah asingan.
Perjanjian Kanagawa juga
dianggap sebagai perintis ke arah hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat yang
lain dan ini terbukti daripada beberapa siri perjanjian yang telah ditanda
tangani Jepun dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian dengan
British (1854), Perjanjian dengan Rusia (1855) dan Perjanjian dengan Belanda (1856)
Dengan adanya
perjanjian-perjanjian yang sebegini bermakna Jepun mula menjalin hubungan
diplomatic dengan Negara British, Amerika Syarikat, Belanda, Rusia dan
Perancis. Tindakan sebegini terpaksa diambil demi menyelamatkan Negara Jepun
dari kuasa asing seperti yang dialami Negara China dalam Perang Candu I. Malah
dasar terbuka ini telah membawa menafaat yang besar kepada Jepun dalam pelbagai
aspek seperti pentadbiran, ketenteraan, ekonomi dan social terutamanya semasa
era pemerintahan Maharaja Meiji. Ini bermakna Negara Jepun merupakan sebuah
Negara di Asia Timur yang terselamat daripada ancaman dan pencerobohan
kuasa-kuasa Barat.
Walaubagaimanapun, pembukaan
Jepun kepada kuasa-kuasa Barat telah menimbulkan beberapa masalah dalam Negara.
Kedatangan orang-orang Barat yang semakin bertambah dan ini menimbulkan
perasaan benci orang Jepun kepada orang-orang Barat yang akhirnya membawa
kepada gerakan anti Barat
Perjanjian Kanagawa juga
merupakan detik awal kepada kejatuhan Shogun Tokugawa. Kelemahan pentadbiran
Shogun Tokugawa telah memberi kesempatan kepada Satsuma, Toza, Chosu dan Hizen
untuk bangun menentang pentadbiran Syogun. Kuasa-kuasa Barat turut menyalahkan
Syogun Tokugawa berikutan gerakan anti Barat. Desakan-desakan dan
tekanan-tekanan yang dihadapi ini menyebabkan akhirnya Shogun Tokugawa
meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Maharaja Meiji.
Di Thailand pula, Perjanjian
Bowring yang ditandatangani antara Thailand dengan British telah menamatkan
dasar pintu tertutup yang diamalkan selama ini. Malah Thailand telah membuat
perjanjian perdagangan dengan Negara-negara lain seperti Belgium, Perancis,
Rusia, Portugal dan Belanda.
Disamping itu sector ekonomi
Thailand berkembang dengan pesatnya. Thailand telah menjadi pengeksport
utama beras dan kayu jati. Pada masa yang sama Thailand turut mengimport
alat-alat ganti jentera, peralatan pengangkutan besi keluli dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi moden yang pesat ini telah membawa kepada kemerosotan kegiatan
ekonomi sara diri. Penguasan ekonomi Thailand oleh orang Cina mula merosot.
Kegaitan monopoli perdagangan kini diambil alih oleh pedagang-pedagang British.
Perjanjian Bowring
juga telah membawa kepada pengenalan system kewangan moden. System
perbankan diperkenalkan bagi memudahkan kegiatan perdagangan. Mata wang Bath
mula digunakan semasa pemerintahan Raja Mongkut. Perubahan susunan kewangan
kerajaan Thailand telah mengubah system cukai dan menamatkan monopoli
perdagangan oleh golongan bangsawan dan kerajaan Thailand.
Kesan Perjanjian Bowring ini
telah membawa kepada lebih daripada dua puluh perjanjian antara Thailand dengan
kuasa-kuasa Barat yang telah membawa kesan lain iaitu kuasa Barat boleh
mendirikan konsul mereka, menyebarkan agama Kristian dan kapal-kapal boleh
berlabuh di pelabuhan Thailand.
Pemerintah Thailand yang
dikatakan berpandangan jauh ini telah menjalankan proses pembaratan, membuka
peluang perdagangan dengan kuasa asing, menamatkan pemencilan menyebabkan
Thailand satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan
kemerdekaannya.
Penutup
Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring telah membawa lembaran baru
kepada kedua-dua negara tersebut. Menerusi perjanjian-perjanjian ini Jepun dan
Thailand telah menjadi sebuah negara yang moden dan mula menjalin hubungan
diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat atas prinsip persamaan taraf.
10.Bincangkan
dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh negara China dan Jepun.
Pada umumnya. kebanyakan Negara-negara di Asia
seperti Thailand. China. dan Jepun mengamalkun dasar tutup pintu terhadap
kuasa-kuasa Barat. Negara-negara berkenaan mengamalkan dasar tersebut kerana
mereka tidak memerlukan barangan dari luar khususnva barangan Barat. Ini kerana
mereka mengamalkan ekonomi sara diri dan mempunyai sumber bekalan makanan yang
mencukupi untuk rakyatnya. Selain itu. Mereka juga bimbang kuasa Barat akan
campur tangan dalam arena politik tempatan di samping kebimbangan terhadap
perkembangan agama Kristian akan mencemarkan kebudayaan tempatan Di samping
itu. negara China pula menganggap mereka sebagai Middle Kingdom sementara
Negara-negara lain sebagai barbarians,. laitu tidak bertamadun. Oleh itu. China
enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan
negara-negara barat.
China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19China juga mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar dihadkan dan dikawal ketat sebaliknya pihak Barat pula mengamalkan perdagangan bebas kerana ia merupakan hak bagi semua bangsa. China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-barang dari Barat. Selain itu, ia mempunyai kawasan luas untuk bekalan sumber asli seperti hasil pertanian untuk barangan makanan, galian. dan sebagainya. Di samping itu. China juga tidak senang terhadap tindak-tanduk di kalangan saudagar Barat yang kurang sopan seperti tidak menghormati amalan budaya China.
China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19China juga mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar dihadkan dan dikawal ketat sebaliknya pihak Barat pula mengamalkan perdagangan bebas kerana ia merupakan hak bagi semua bangsa. China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-barang dari Barat. Selain itu, ia mempunyai kawasan luas untuk bekalan sumber asli seperti hasil pertanian untuk barangan makanan, galian. dan sebagainya. Di samping itu. China juga tidak senang terhadap tindak-tanduk di kalangan saudagar Barat yang kurang sopan seperti tidak menghormati amalan budaya China.
Sehubungan dengan itu. banyak sekatan dikenakan ke atas
perdagangan Barat seperti perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Cohong.
iatu sekumpulan wakil perdagangan yang diakui dan diberi hak oleh kerajaan
China. pedagang Barat juga hanya dibenarkan berdagang di Canton. Di samping
itu. saudagar barat tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak
dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas untuk menjalankan kegiatan
perdagangan di pedalaman China. Sekatan yang dikenakan oleh China telah
menyukarkan pedagang-pedagang Barat. Misalnya Cohong yang menjadi wakil
perdagangan China telah melakukan penipuan dan penindasan seperti mengambil
kesempatan membeli barangan British dengan harga yang rendah dan menjualkannya
dengan harga yang tinggi. mereka juga melakukan pemerasan dan rasuah. Mereka sering
berhutang dengan saudagar-saudagar asing tetapi hutang tersebut tidak
dijelaskan dengan sempurna. Sebaliknya. saudagar Barat memerlukan barangan
China seperti tehdan sutera tetapi China tidak memerlukan, barangan Barat, ini
menjadikan perdagangan tidak seimbang antara kedua-dua belah pihak dan keadaan
ini telah membimbangkan saudagar Barat, khususnya saudagar British.
Utusan-utusan perdagangan pihak Barat khususnya British yang dihantar untuk
merundingkan penyelesaian segala masalah yang timbul semuanya menemui
kegagalan.
Namun demikian desakan pihak Barat untuk memperoleh barangan
China serta keinginan menjadikan China sebagai pasaran bagi barangan kilang
semakin kuat. Keadaan ini disokong pula bahawa abad ke-19 merupakan abad
peluasan kuasa politik Barat. Oleh itu, Barat mula memikirkan cara-cara
menggunakan kekerasan untuk memasuki China dan membuka pintu perdagangan China.
Ini penting kerana Barat memerlukan. perdagangan seimbang dengan China Cara
kekerasan yang digunakan oleh Barat untuk membuka pintu China ialah melalui
perisytiharaan Perang Candu 1. China tewas dalam peperangan tersebut. dan ini
telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking 1842 di antara China
dengan British. Antara syarat Perjanjian Nanking ialah lima pelabuhan dibuka
kepada pedagang Barat khususnya British, iaitu -Shanghai. Amoi. Canton. Foochow
dan Ningpo. Hong Kong pula diserahkan kepada Inggeris. Monopoli perdagangan
Cohong dihapuskan. China dikehendaki membayar ganti rugi peperangan sebanyak
S21 Juta. serta cukai 3% ad valoren untuk barangan import dan 5% untuk barangan
eksport. Hubungan perdagangan dengan pihak Barat juga mesti dijalankan atas
dasar sama taraf. Dalam hal ini, China yang tewas dalam peperangan tersebut
terpaksa menandatangani perjanjian tersehut dengan pihak British. Selain itu.
China juga kemudiannya terpaksa menandatangani perjanjian dengan negara-negara
Barat lain seperti Amerika Syarikat. dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis.
Norway, Sweden dan Rusia. Semua perjanjian tersebut amat merugikan China kerana
kuasa asing telah mendapat banyak konsesi. Di samping itu. Perjanjian Nanking
telah menamatkan dasar tutup pintu ataupun zaman pemencilan China yang telah
berjalan berkurun-kurun lamanya.
Sebaliknya. dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868. Dasar pemencilan ini berjalan selama kira-kira 250 tahun lamanva dan boleh dikatakan sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Dalam jangka masa itu. Jepun menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia yang lain. misalnya Filipina oleh Sepanvol. Burma oleh Inggeris. Vietnam oleh Perancis dan sebagainya. Selain itu, Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Di samping itu. wujud persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh yang demikian. Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri. malahan orang .Jepun sendiri tidak dibenarkan keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana .Jepun tiada kepentingan perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun.
Sebaliknya. dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868. Dasar pemencilan ini berjalan selama kira-kira 250 tahun lamanva dan boleh dikatakan sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Dalam jangka masa itu. Jepun menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia yang lain. misalnya Filipina oleh Sepanvol. Burma oleh Inggeris. Vietnam oleh Perancis dan sebagainya. Selain itu, Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Di samping itu. wujud persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh yang demikian. Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri. malahan orang .Jepun sendiri tidak dibenarkan keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana .Jepun tiada kepentingan perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun.
Dasar buka pintu .Jepun pula dapat dilihat melalui perubahan
dasar dalam kurun ke-19 dengan percubaan Amerika Syarikat mengadakan
perhubungan dengan Jepun melalui Komodor Perry pada tahun 1853. Amerika
berminat mengadakan hubungan dengan Jepun di atas factor-faktor tertentu.
antaranya ialah kegiatan kapal-kapal nelayan yang rnenangkap ikan paus dan
anjing laut. Kapal-kapal nelayan mereka seringkali memasuki perairan Jepun dan
anak-anak kapal berkenaan sering berlindung di pantai .Jepun apabila berlaku
cuaca buruk atau kapal mereka karam dipukul ribut Malangnya mereka telah
menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa Jepun. Selain itu. kapa1- kapal
dagang Amerika yang menggunakan laluan Lautan Pasifik dalam perdaganganya
dengan China memerlukan pelabuhan persinggahan untuk mendapatkan bekalan arang
batu. bekalan makanan dan untuk membaik pulih kerosakan. Sehuhungan dengan itu.
Keshogunan Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Arnerika Syarikat
kerana ia lebih kuat dari segi ketenteraan. Untuk tujuan itu. Komondor Perry
telah diutuskan ke Jepun untuk merundingkan hal ini pada tahun I853 dan
disusuli kemudian pada tahun 1854 dengan angkatan perang yang Iebih besar dan
pihak .Jepun memaklumi tujuan tersebut Ekoran itu Perjanjian Kanagawa di
tandatangani pada 31 Mac 1854 yang menandakan bermulanya era buka pintu Jepun.
Antara syarat-syarat Perjanjian Kanagawa ialah dua buah pelabuhan dibuka, iaitu
Shimoda dan Hokadate di samping Nagasaki bagi mendapatkan bekalan bahan api dan
makanan serta untuk membaik pulih kerosakan. Jepun juga hendaklah memberi
layanan yang baik kepada kelasi-kelasi Amerika yang terdampar di pantai Jepun
akihat dipukul ribut dan sebagainya. Selain itu. Amerika juga akan menempatkan
seorang konsulnya di Shimoda bagi kemudahan pedagang-pedagang Amerika. Di
samping itu, perdagangan terhad di bawah peraturan-peraturan Jepun di semua
pelabuhan yang dibuka dan Amerika juga mendapat layanan hak wilayah asingan.
Sementara itu. perjanjian tersebut telah menjadi asas penting dan membuka
peluang kepada kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perjanjian dengan Jepun.
Misalnya. perjanjian dengan Britain pada Oktober 1854, dengan Russia pada
Februari 1855 dan dengan Belanda pada November 1855. Sehubungan dengan itu.
Jepun mengamalkan dasar buka pintu secara rasmi pada zaman Meiji 1868. Langkah
ini telah dapat mengelakkan Jepun daripada menerima nasib buruk seperti China
dan Burma yang telah ditakluki oleh British. Namun demikian. dasar buka pintu
ini bermakna Jepun terpaksa menerima kemasukan pengaruh Barat sama ada dalam
sistem politik mahupun sistem ekonomi.
Sebagai kesimpulannya. terdapat kepentingan-kepentingan
tertentu yang menyebabkan kedua-dua kuasa menjalankan dasar tutup pintu dan
juga dasar buka pintu. Namun demikian, China yang dibuka secara paksa melalui
peperangan telah banyak merugikan negara berkenaan sama ada dari segi politik
mahupun ekonomi dalama jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang.
Sehaliknya, Jepun yang menjalani proses buka pintu secara rundingan telah
berjaya menjadikan negara itu sebuah negara yang maju dan kuat pada zaman
pemrintahan Meiji dan setenusnya
Subscribe to:
Posts (Atom)