ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Tuesday 11 September 2012

Skema Jawapan Kertas 2 Percubaan STPM 2012



1. Huraikan bentuk pemerintahan kerajaan Melayu sebelum kedatangan Barat.
A. PENDAHULUAN

Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP Besar
Unit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.
Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.

ISI

(A) – Peringkat Negeri

Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.
Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ Yang di Pertuan Besar.
Sultan/raja berkuasa mutlak. Cth: Menjatuhkan hukuman bunuh.
Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri.
Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.
Perlantikan sultan/raja..
a. sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh: Perak – sistem perlantikan sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri Melayu yang lain, melalui sistem penggiliran (Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda, Sultan).
b. N.Sembilan – perlantikan dari pada bawah ke atas (demokrasi), Perut-Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan Besar. Kuasa tertinggi ialah Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang Undang – Sg Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol.
c. Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung.
Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna – payung kuning untuk kerabat dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.

(B) – Peringkat Daerah

Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
Pembesar diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang Dipertuan Besar.
Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti :
Menghadiri istiadat pertabalan.
Adat menjunjung duli.
Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.
Tugas-tugas pembesar daerah:
a. Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.
b. Menyediakan tentera
c. Menyediakan kerahan tenaga
d. Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
e. Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
f. Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

(C) – Peringkat Kampung

Unit pentadbiran paling kecil
Ditadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik.Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.
Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun mempunyai surat tauliah daripada Sultan.
Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.
Tugas-tugas penghulu
a. Memungut cukai
b. Menjaga keamanan kampung
c. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d. Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e. Mendapatkan tenaga buruh.
f. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

KESIMPULAN

Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik. Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.

2. Kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu di Malaysia menjadikan pertanian sebagai punca pendapatan utama mereka. Benarkah pernyataan ini?

A. PENDAHULUAN

Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat bukan sahaja bersifat sara diri dan separa sara diri di Kedah dan Perlis bahkan juga bersifat komersil seperti perdagangan, perlombongan, pertanian dagangan di Negeri-negeri Selat dan Johor.

Sara diri bermaksud pengeluaran yang dihasilkan untuk kegunaan diri sendiri namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Melayu terlibat dengan aktiviti komersil yang dihasilkan untuk tujuan perdagangan.

Komersil bermaksud usaha menjalankan kegiatan ekonomi secara jual beli yang melibatkan wujudnya hubungan antara dua pihak dan saling memerlukan barangan yang berbeza.

B. ISI – ISI PENTING.

Sara Diri

1) Pertanian utama
Sara diri berteraskan padi sawah dan padi huma.
Dijalankan di Kedah, Kuala Selangor dan Negeri Sembilan.
Pengeluaran secara kecil-kecilan.
Teknologi padi masih belum maju.
Di Sabah padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.
Kawasan tanaman – Tuaran dan Papar.
Padi sawah ditanam di lembah bukit – Ranau, Keningau dan Tambunan.
Padi huma diusahakan oleh orang Murut – pertanian pindah - bergantung kepada air hujan sahaja.
Sarawak – diusahakan oleh – orang Bidayuh, Kenyah dan Iban.
Masyarakat Kelabit usahakan padi sawah di kawasan bukit di hulu Sungai Baram.

2)Tanaman lain
Pisang, jagung, tebu, ubi kayu dan kopi.
Pokok buah-buahan – kelapa, manggis.
Ditanam di sekeliling rumah untuk keperluan sendiri
Sarawak – sayur-sayuran, lada hitam, buah-buahan, pokok mengkuang.

3) Hasil hutan dan memburu binatang
Damar, rotan, getah perca dan buluh untuk dijual.
Hasil hutan ditukar dengan keperluan lain seperti garam.
Binatang buruan – rusa, kancil.

4) Ternakan
Menternak binatang seperti ayam, lembu, kambing.
Dijadikan sumber untuk mendapatkan bekalan makanan.
Kerbau digunakan untuk membajak sawah.

5) Tangkapan ikan
Dijalankan di pesisir pantai, sungai, sawah, tasik.
Contoh ikan air tawar – lampan
Menggunakan pancing, bubu.
Contoh ikan laut – kembung.
Menggunakan jala.
Hasil untuk kegunaan keluarga dan dijadikan ikan kering dan belacan.

6) Sistem kerah - serah
Rakyat perlu melakukan pelbagai kerja untuk sultan – membina jambatan dan jadi tentera.
Sistem ini menggganggu kegiatan ekonomi petani-petani.
Diwajibkan ke atas rakyat untuk kepentingan pembesar dan raja.
Sistem serah – petani yang mengerjakan tanah pembesar perlu menyerahkan sebahagian hasil yang diusahakan sebagai balasan kepada pembesar yang membenarkan tanahnya dikerjakan

Separa sara diri dan komersil.

1) Pertanian utama
Terdapat di Kedah dan Perlis – hasil padi dijual ke negeri-negeri lain.
Semua tanah dimiliki oleh sultan dan petani dibenarkan bergerak bebas mencari pembesar yang tidak menindas mereka.
Di Kedah terdapat tiga jenis perairan – kincir air, terusan dan empangan.
Terusan Wan Mat Saman – tahun 1885 untuk mengairi kawasan tanaman padi – menganjur dari Alor Setar ke kaki Gunung Jerai – 32 km.
Membolehkan pengeluaran padi secara komersil – pasaran baik di Pulau Pinang .

2) Tanaman lain
Contoh ubi kayu, lada hitam, tebu, gambir – Negeri-negeri Selat dan Johor – orang Cina.
Di Johor sistem Kangcu – orang cina diberi surat sungai – hak untuk menanam lada hitam dan gambir kepad tauke di Singapura dan ketua kongsi gelap cina.
Lada hitam dan gambir dipasarkan ke luar negara melalui Singapura
Di Sarawak orang cina dari Singapura diberi konsesi – ditanam di Hulu Sarawak.
Gambir di Bau, Sarawak – orang cina.
Sagu ditanam di Mukah dan Oya.

3) Sistem pajak
Dikenali ampun kurnia – diberi kepada pembesar dan tauke cina dari Pulau Pinang merangkumi padi, arak, candu dan beras.
Pembesar dan kerabat diberikan ampun kurnia seperti mengutip cukai pasar di sesebuah pekan kecil.

4) Perlombongan
Bijih timah diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh cina.
Lokasi – Melaka, Lukut dan Sungai Ujung.
Perak – lombong di kawasan Klian Pauh (Taiping) dan Klian Bahru (Kamunting). Hilir Perak dan Kinta merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah.
Kuala Lumpur – Kanching, Ampang, Klang
Kawasan-kawasan ini menjadi rebutan para pembesar dan kongsi gelap contoh Raja Jumaat dengan Chee Yam Chuan di Lukut – lombong akhirnya menjadi rebutan antara kongsi gelap.
Menggunakan teknologi moden seperti pam dedah – orang cina.
Dieksport ke Negeri-negeri Selat terutamanya Melaka.
Emas dilombong di Kelantan – diusahakan oleh orang cina, di Raub, Pahang, di Bau, Sarawak dan di Sungai Segama, Sabah.
Antimoni – di Bahagian Pertama Sarawak – tenaga buruh Dayak.

5) Perdagangan Antarabangsa.
Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang dan Singapura.
Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem perdagangan kapitalis, contoh : di Terengganu - mengeksport emas, bijih timah, kopi, damar dan mengimport barangan buatan China dan buatan British.

6) Pelabuhan Perdagangan Utama
Kedah, Melaka, Klang, Johor Lama.
Merupakan pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar dari India, China dan Arab sejak abad ke 15.

KESIMPULAN

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bukan sahaja berbentuk sara diri tetapi berbentuk ekonomi komersil juga.
Kedua-dua ekonomi dilakukan serentak. Kemajuan ekonomi menarik perhatian saudagar cina dan Eropah untuk menanam modal mereka dalam perusahaan pertanian, perdagangan dan perlombongan. Wujud masyarakat majmuk dan eksploitasi ekonomi Tanah Melayu oleh orang Barat.
Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.  Pengenalan sistem Residen memperlihatkan kuasa Residen terlalu berkuasa sehingga menimbulkan kacau bilau dalam negeri.  Keadaan ini menyebabkan British memperkenalkan NNMB bukan atas sebab menghadkan kuasa Residen tetapi berdasarkan kepentingan ekonomi, sosial dan politik negara.
Faktor-faktor penubuhan
1. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.
Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.
2. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.

Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam bukunya “Administration of the Federation Malay States 1896-1920”.
Kesimpulan
NNMB merupakan salah satu langkah awal penyatuan politik negeri-negeri Melayu dan menjadi pemangkin kepada penubuhan Malaysia.  Langkah ini membuktikan kesungguhan British ingin menguasai negeri-negeri Melayu apabila kuasa raja semakin dikurangkan di bawah seorang Residen Jeneral.

4. Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
 PENGENALAN
1. Amnya, tidak terdapat system pendidikan kebangsaaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
2. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan system plendidikan vernacular.
3. Pendidikan vernacular bermaksud system plendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
4. Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum kerana mereka terpisah antara satu sama lain.
5. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Isi-isi

Pendidikan Vernakular Melayu
1. Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.
2. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hokum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.
3. Lulusan sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama serta berkhidmat kepada masyarakat.
4. Tempoh pengajian di sekolah pondok lama iaitu sehingga 10 tahun.
5. Pendidikan Madrasah pula dilaksanakan mengikut tahapiaitu permulaan, pertengahan dan pengkhususan. Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengurus perjalanan sistem madrasah dan urusan kewangan.
6. British mendirikan sekolah Melayu untuk memberi pendidikan secular kepada anak petani dan nelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan.
7. Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira di samping ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan.
8. Sekolah Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam.
9. Sekolah Melayu yang terawal dibuka dibuka di negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas Pulau Pinang.
10. Sekolah yang didirikan British untuk orang Melayu kurang mendapat sokongan walaupun percuma disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiada pengajaran Al-Quran, tenaga anak-anak Melayu diperlukan di sawah dan di rumah, lokasi sekolah yang agak jauh dari rumah dan tentangan golongan konservatif.
11. 1905 MCKK ditubuhkan khas untuk anak bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British berteraskan sistem pendidikan terbaik di Britain.
12. R.O.Winstedt selaku Penolong Pengarah telah mencadangkan penubuhan MPSI 1922 di Tanjung Malim Perak bagi melatih guru-guru Melayu .
13. Pendidikan vernakular Melayu rendah mutunya dengan tumpuan hanya kepada asas-asas seperti membaca, menulis dan mempelajari asas kira-kira.
14. Antara tahun 1914-1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu, sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan sahaja.
15. Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu iaitu untuk menjadikan anak-anak petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

Pendidikan Vernakular Inggeris (10 m)

1. Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
2. Tujuan sekolah Inggeris – supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun Inggeris memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah yang mahir berbahasa Inggeris.
3. Sek. Ingg pertama – didirikan di Negeri-negeri Selat – digelar Sek Free dan terbuka utk semua kaum. Sek Inggeris yg pertama ialah Penang Free School – bertujuan melahirkan golongan pegawai yg cerdik, tekun dan jujur.
4. Sek Inggeris dibahagikan kpd sek perempuan dan sek lelaki. Kelas yg lebih tinggi mengajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.
5. Sek Inggeris yg lain ialah Malacca Free School dan Singapore Free School.
6. Terdapat Sek Inggeris Kerajaan di Negeri Melayu yg menawarkan pelajaran percuma kpd anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham dan Martin Lister menggangap bahawa apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesar lebih mudah bekerjasama.
7. Sek Inggeris yg pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution.
8. Terdapat Sek Inggeris yg ditubuhkan oleh badan mubaigh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London yg berkembang apabila mendpt bantuan kerajaan British. Akhir tahun 1947 terdpt kira-kira 33 buah sek mebaligh utk kanak-kanak perempuan.
9. Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi di ajar di sek Inggeris dlm tahun ke 3. Sejarah di ajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sek perempuan Inggeris menekankan kelas jahitan, memasak dan muzik.
10. Setelah Biasiswa-biasiswa Negeri, Biasiswa Queen dan Sijil Cambridge diperkenalkan barulah Sek Inggeris mempunyai sukatan yg seragam iaitu – sek rendah selama 7 tahun, sek menengah selama 4 thn.
11. Sukatan pelajaran di sek Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sek Inggeris belajar sejarah dan geografi British serta kesusasteaaan Inggeris yg tidak berkaitan orang Asia.

PENUTUP (2 m)

1. Wujud perbezaan yang nyata di antara Sekolah Vernakular Melayu dan Sekolah Vernakular Inggeris di Tanah Melayu di antara tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.
2. Keadaan ini wujud kerana Inggeris ingin merealisasikan dasar pecah dan perintahnya.
3. Menjelang tahun1950-an barulah ada usaha-usaha untuk menjadikan pendidikan sebagai alat mencapai perpaduan.

 5. Bincangkan ciri-ciri dan reaksi penduduk terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Pengenalan [2/3m]

Tentangan hebat yang diterima daripada pelbagai pihak khususnya orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union telah mendorong kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946 bagi menggubal perlembagaan baru menggantikan Malayan Union. Pada 21 Januari 1948, dengan persetujuan Raja-raja Melayu, Kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi pada 1 Februari 1948.

A Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu [12m]

1 Persekutuan Tanah Melayu meliputi sembilan buah negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
2 Singapura kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota Inggeris.
3 Kerajaan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi yang dilantik oleh baginda Queen dan dibantu oleh sebuah Majlis Perundangan Persekutuan.
4. Kuasa Sultan dipulihkan dan berkuasa menasihati Pesuruhjaya Tinggi dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan. Sultan mengetuai kerajaan negeri masing-masing. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.
5. Pengagihan kuasa antara negeri dan pusat(senarai negeri dan persekutuan). Kerajaan Pusat menguasai bidang pertahanan dan kewangan. Kerajaan Negeri berkuasa menguruskan hal-hal kerajaan tempatan seperti kesihatan dan pendidikan.
6. Syarat-syarat pemberian kerakyatan diperketatkan kepada orang asing. Kedudukan istimewa orang Melayu terus terpelihara dan orang bukan Melayu yang menjadi warganegara juga akan mendapat hak-hak sewajarnya sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
7. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.

B Reaksi Penduduk Tanah Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu [8m]

1. UMNO – menyokong dan menerima syarat yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu.
2. Kaum bukan Melayu dipimpin oleh Datuk Tan Cheng Lock telah menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) – menentang penubuhan PTM.
3. AMCJA adalah gabungan Kesatuan Demokratik Melayu, Kongres India Malaya (MIC),Malayan People’s Anti-Japanese Ex-Service Comrades Association dan Pan-Malayan Federation Of Trade Unions. Antara tuntutan AMCJA adalah:-
- Menyatukan seluruh Tanah Melayu dan Singapura.
- Menubuhkan Majlis Perundangan Pusat dan ahlinya dipilih oleh rakyat.
- Menuntut hak politik yang sama rata bagi semua orang.
- Sultan kekal sebagai pemerintah berdaulat dan berperlembagaan dan bersedia menerima nasihat rakyat melalui badan-badan demokrasi.
- Agama Islam dan adat istiadat Melayu haruslah dikuasai oleh orang Melayu.
- Kemajuan orang Melayu-orang Melayu haruslah diutamakan.

4. PUTERA merupakan golongan Melayu berhaluan kiri yang tidak sependapat dengan perjuangan UMNO. PUTERA adalah gabungan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Gerakan Rakyat Malaya (GERAM).Antara tuntutan PUTERA adalah :-
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi di Tanah Melayu.
- Hal ehwal luar negeri dan soal pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama antara kerajaan Tanah Melayu dengan kerajaan British.
- Istilah ’Melayu’ diguna pakai sebagai nama kerakyatan dan warganegara Tanah Melayu.
- Bendera kebangsaan negara hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu.

5. Gabungan PUTERA dan AMCJA (1947)

Meluluskan perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Rakyat yang mengesyorkan 10 prinsip perjuangan tetapi ditolak oleh kerajaan British. Kesannya mereka mengadakan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947.

Kesimpulan [2/3m]

Perjuangan UMNO yang lebih pro-British lebih menampakkan hasil. Pada 21 Januari 1948, Kerajaan British telah menerima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Persetujuan turut diterima daripada Raja-raja Melayu. Oleh itu, Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.

6. Huraikan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Tanah Melayu sehingga tahun 1963. 

Pendahuluan (2/3m)

Pemerintahan di Malaysia adalah berteraskan prinsip demokrasi berparlimen, pemerintahan kerajaan Malaysia adalah ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya selaras dengan konsep demokrasi yang bermakna kebebasan bersuara atau suara rakyat

Isi (20m)
1. Perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia
Amalan demokrasi telah lama wujud dalam masyarakat Melayu tradisional. Prinsip demokrasi dapat dilihat dalam Adat Perpatih yang mengamalkan prinsip muafakat keluarga,masyarakat, daerah dan juga negeri. Sistem demokrasi berparlimen juga diamalkan dalam pemerintahan raja berkuasa mutlak. Semasa penjajahan British pula, Dewan Undangan Negeri yang ditubuhkan adalah adalah berkonsepkan perwakilan rakyat.

Pembentukan parlimen bermula di Malaysia dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Perak pada tahun 1877. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada 16 September 1963, Kerajaan Persekutuan Malaysia ditubuhkan dan mengandungi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. 

2. Ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen
a) Raja Berperlembagaan
Ketua Negara Malaysia ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung. Baginda ialah raja berperlembagaan yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Baginda merupakan lambang perpaduan, keutuhan negara dan tumpuan taat setia rakyat.

b) Ketua Negeri
Setiap negeri mempunyai ketua dengan gelaran pelbagai, ketua negeri Perlis digelar Raja, Ketua negeri Kedah,Perak,Selangor,Kelantan,Terengganu dan Johor digelar sultan, Ketua Negeri Sembilan digelar, Yang Dipertuan, Ketua Negeri Pulau Pinang,Melaka, Sabah dan Sarawak digelar Yang Dipertua Negeri.

(c) Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957, perlembagaan ialah rang undang-undang dasar tertinggi yang menentukan corak pemerintahan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan untuk menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa,menstabilkan undang-undang, memelihara kepentingan rakyat dan menentukan tanggungjawab rakyat terhadap Negara. Setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri.

(d) Parlimen
Kuasa tertinggi dan lambang demokrasi Negara, Badan Perundangan yang menggubal rang undang-undang Persekutuan Malaysia terdiri daripada Yang Di Pertuan Agung, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen berfungsi membuat undang-undang pertahanan,hal-ehwal luar negeri,keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan dan kewangan

Kesimpulan (2/3m)

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita menunjukkan corak kerajaan yang dipilih mengikut kehendak rakyat. Demokrasi berparlimen dapat menjamin hak dan kepentingan rakyat.

Bahagian B
7.Bincangkan dasar tutup pintu (isolasi) negara China dan Jepun pada abad ke - 19.

Pendahuluan (2/3m)
Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ekonomi dan politik serta ego akan ketamadunannya.Walau bagaimanapun atas desakan serta tekanan barat negara –negara tersebut terpaksa membuka pintu negaranya melalui hubungan diplomatik/perjanjian atau secara kekerasan.

1. China (10m)

- Kuasa barat yang sering ambil kesempatan untuk campur tangan dalam politik tempatan.
- Agama Kristian mengancam kepercayaan dan budaya masyarakat tempatan.
- China sebagai Middle Kingdom tidak setaraf dengan negara barat. China masih menganggap negaranya masih lagi pusat tamadun dunia. China mampu untuk berdikari dan tidak perlukan barangan dari barat.
- China menganggap perdagangan merupakan satu aktiviti yang hina.

2. Hubungan terhad dengan Barat oleh Kerajaan Mancu .

- Perdagangan hanya boleh dijalankan di pelabuhan Canton sahaja. 
- Perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Co-Hong ( wakil kerajaan China )

3. 8 Peraturan Perdagangan Kerajaan China.

- Kapal perang asing tidak dibenarkan berlabuh dipelabuhan China. Pedagang asing tidak dibenarkan membawa isteri dan senjata api ke loji . Segala urusan perdagangan mestilah melalui Co-Hong.
- Orang asing tidak di benarkan mengambil pekerja berbangsa China. Orang asing hanya boleh berdagang di Canton pada musim panas sahaja. Pedagang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas.
- Orang asing tidak dibenarkan belajar bahasa China.
- Setelah berakhir musim perdagangan,pedagang-pedagang hendaklah berpindah ke Macao.

4. British menghantar utusan untuk menyelesaikan masalah hubungan perdagangan dengan negara China terutamanya Lapan Peraturan Perdagangan. 
- British menghantar Amherst,Napier dan Elliot tetapi kesemuanya gagal.
- Kegagalan ini disebabkan utusan British enggan melakukan Kowtow.

Jepun (10m)

1. Dasar Tutup Pintu era pemerintahan Shogun Tokugawa. Disebabkan :
• bimbang campur tangan kuasa barat dalam politik tempatan.
• Agama Kristian mengancam agama dan budaya tempatan.
• Keamanan negara sering terancam disebabkan pergaduhan antara orang barat dan tempatan.
• Jepun mampu untuk menghasilkan keperluan sendiri tanpa bergantung kepada barangan barat.

2. Dasar pemencilan kerajaan Shogun Takugawa.
• Menyekat kemasukan pedagang-pedagang barat.
• Menghalau mubaligh-mubaligh Kristian.
• Tidak membenarkan rakyat Jepun melawat ke luar negara

3. Tindakan negara-negara Barat
• British,Belanda menghantar wakil untuk menyelesaikan dasar isolasi tersebut tetapi gagal.
4. Amerika menghantar utusan yang diketuai oleh Komander Mathew Perry untuk berunding dengan Shogun. Perundingan pada peringkat awalnya menemui kegagalan kerana tentangan yang hebat dari pihak istana.

Kesimpulan (2/3m)

Walaupun China dan Jepun berusaha untuk mempertahankan Dasar Tutup Pintu tetapi menemui kegagalan. Negara China terpaksa menghadapi Perang Candu yang berakhir dengan termetrainya Perjanjian Nanking dan Jepun terpaksa menanda tangani Perjanjian Kanagawa.

8. Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat.
Pendahuluan: ( 3 m )
Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan
mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat sebelum kedatangan barat,
China dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turuntemurun.
Isi:
Adat di China: ( 10m )
1. Wanita hamil
Tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengkebumian dari mula
hamil sehingga 100 hari selepas bersalin
2. Adat perkahwinan
-Diatur sejak kecil lagi bertujuan agar hubungan kekeluargaan tidak terputus
-Anak yang dilahir dianggap menyambung keturunan generasi orang tua mereka
-Majlis akan diadakan di pihak lelaki sahaja
-Sekiranya tiada anak tidak akan ada persembahan bagi memuja roh ibu bapa mereka dan
ini dianggap memalukan generasi terdahulu
3. Kiraan umur bayi
-Anak yang dilahirkan dikira satu tahun dan sewaktu satu tahun ia dikira 2 tahun
4. Adat bebat kaki
-Untuk tujuan kecantikan dan mengawal pergerakan anak gadis
-Kaki anak gadis dibebat antara umur 4 hingga 8 tahun
-Menyebabkan kaki anak gadis menjadi kecil dan tidak seimbang dan hanya mampu
melangkah kecil
-Lenggok jalan seperti pokok willow dianggap cantik
5. Adat pemujaan nenek moyang
-Sangat menghormati nenek moyang
-Dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga
-Penghormatan dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru
6 Tilikan dan Feng Shui
-Sangat percaya tilikan untuk menentukan nasib seseorang mengikut empat
pusingan hidup iaitu masa lahir, nama, rupa dan Feng Shui
-Feng Shui amat mempengaruhi kehidupan masyarakat China seperti menentukan
tapak rumah, kubur, bangunan dan sebagainya
7 Adat berkenaan anak lelaki
- Masyarakat China tradisional mementingkan anak lelaki kerana akan
mengekalkan nama keluarga
- Anak perempuan yang telah berkahwin akan menggunakan nama keluarga
suaminya
- Kelahiran anak lelaki disambut meriah berbanding anak perempuan
8 Adat Kow Tow
-adat ini merupakan satu cara menghormati raja ketika mengadap raja
-rakyat akan meniarap sembila kali di hadapan maharaja sebagai penghormatan
kepada pemerintah. Adat ini diguna pakai kepada orang barat yang datang ke
China
Adat di India: ( 10m)
Masyarakat di India mengamalkan sistem adat dalam seluruh kehidupan sejak lahir sehingga saat
kematian
1. Adat ibu mengandung
-Ibu yang hamil mempunyai banyak pantang larang kerana ditakuti akan mempengaruhi bayi dalam
kandungan seperti tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik: mengumpat, bergaduh, dengki.
2. Adat kelahiran
-Masyarakat India tidak menyukai kelahiran bayi perempuan. Oleh itu mereka melakukan adat
pembunuhan bayi perempuan. Ini untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan dan malu.
-Selepas kelahiran, bibir bayi akan disapu madu dan minyak sapi yang dilakukan
oleh golongan Brahmin.
3. Adat perkahwinan
-Sebelum berkahwin mereka akan menetapkan hari yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan.
-Ia dilakukan oleh golongan Brahmin.
-Pihak perempuan hendaklan memberikan dowri kepada pengantin lelaki.
4. Adat Sutte
-Adat ini diamalkan apabila seorang isteri kematian suaminya. Merupakan pengorbanan diri oleh balubalu
dengan merelakan diri mereka dibakar bersama suami. Diamalkan sebgai bukti kesetiaan.
-Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal.
-Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829.
5. Adat balu membenarkan perkahwinan semula
-Balu dilarang berkahwin semula selepas kematian suami, oleh itu larangan
menghias diri dan hanya membenarkan pemakaian sari berwarna putih sahaja.
-Balu juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang
ke rumah keluarga sendiri.
6. Adat Thuggee
-Dilakukan oleh golongan Tug di Wilayah Timur Laut India. Merupakan satu system rompakan dan
pembunuhan di jalan raya.
-Diamalkan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara
sehingga mati atas nama Dewi Kali.
-Pada 1829 William Bentick membentuk sebuah badan untuk hapuskan golongan
Thuggee.

7. Sistem kasta (vama)
-membahagikan masyarakat kepada golongan tertentu bertujuan menjaga keturunan yang dianggap
mulia dan dihormati 4 kelas masyarakat iaitu kysatria (perwira,aristocrat), Brahmin (sami),
iii) vaisya (pedagang)
iv) sudra (rakyat biasa)
Kesimpulan (2m)
Adat dan hukum adat di China dan India mempunyai peranan dan garis panduan yang harus diikuti oleh
setiap anggota masyarakat. Adat di China tertumpu kepada golongan pemerintah sedangkan di India
lebih kepada system nilai yang membentuk keperibadian masyarakat.







9. Perang Jawa di Indonesia pada tahun 1825 dan pemberontakan Boxer di China pada 1900 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap kuasa Barat.  Jelaskan faktor-faktor kebangkitan tersebut.

PENDAHULUAN (3M)
- Semenjak awal abad ke 19, penduduk Indonesia khususnya di Jawa telah melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Belanda yang telah menjalankan pelbagai pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan social yang bertentangan dengan adat dan amalan harian mereka selama ini sehingga membangkitkan perasaan marah terhadap Belanda yang mencapai kemuncaknya apabila berlakunya Peramng Jawa pada 1825.
- Hal yang sama berlaku di China apabila rakyat China menganggap segala musibah yang berlaku di China adalah berpunca daripada kedatangan ‘orang asing’ (Inggeris) sehingga mereka melaungkan slogan ‘anti-orang asing’ Yang membawa kepada meletusnya Pemberontakan Boxer pada 1900.
-- Peletusan kedua-dua gerakan penentangan di atas adalah didorong oleh pelbagai faktor politik, ekonomi dan sosial

Isi
A Perang Jawa
1. Perang Jawa berlaku di Jawa Tengah yang dipimpin oleh seorang putera diraja Jogjakarta bernama Dipo Negoro.
2. Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh Inggeris. Raffles telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa.
3. Raffles telah membentuk Dewan Penasihat untuk membantu pentadbirannya yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai Belanda dan Inggeris. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh Raffles dari segi politik, ekonomi dan social.
4. Semasa Perang Napoleon antara Perancis dengan Belanda di Eropah berlaku, Belanda telah menandatangani surat-surat Kew dengan Inggeris. Menurut surat-surat kew tersebut, Belanda telah menyerahkah semua tanah jajahannya di Timur kepada Inggeris.
5. Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua tanah jajahan Belanda di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda.
6. Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral di Pulau Jawa untuk menyusun semula system politik,ekonomi dan social. Dua daripada tiga orang Pesuruhjaya tersebut telah kembali ke Belanda sementara seorang lagi iaitu Baron Van der Capellan meneruskan tugasnya sebagai Gebenor Jeneral India.
7. Untuk memulihkan imej Belanda dan mengatasi masalah hutang Belanda, Capellan telah mengadakan pelbagai pembaharuan tetapi malangnya usaha beliau mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai Perang Jawa atau Perang Diponegoro.
8. Perang ini melibatkan golongan bangsawan dan para petani yg tdk puas hati dgn pentadbiran Belanda di Pulau Jawa.
9. Bagi rakyat Pulau Jawa Dipo Negoro dianggap sebagai seorang wira negara dan menggelarkannya sebagai Ratu Adil atau Ratu Pembebas yg membebaskan Jawa drp ketidakadilan Belanda
10. Tektik yang digunakan ialah tektik gerila untuk menentang pasukan tentera Belanda yang terlatih.
11. Tektik ini digunakan kerana bersesuaian dgn pasukan Dipo Negoro yg kurang lengkap dan tidak mempunyai senjata yang cukup.
12. Perang Jawa meletus akibat daripada factor-faktor ekonomi, politik, agama atau social.
Faktor Ekonomi
1. Sistem kontrak sewa tanah telah lama dipraktikkan antara tuan tanah Indonesia dengan org-org Eropah dan Cina.
2. Menurut sistem ini, penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka ini diberikan hak bukan sahaja menggunakan tanah tetapi juga diberi hak menguasai petani-petani.
3. Keadaan ini menyebabkan petani diperas sementara tuan-tuan tanah mendapat banyak faedah daripada sistem ini.
4. Apabila Van Der Capellan menjadi gabenor, beliau tlh membatalkan kontrak sewa tanah
5. Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan bangsawan dan para petani terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakarta.
6. Langkah ini sebenarnya tlh menyebabkan kehilangan sumber pendapatan di kalangan bangsawan sementara para penyewa pula tlh menuntut balik bayaran pendahuluan yg diberikan kepada tuan-tuan tanah.
7. Tuan-tuan tanah pula telah membelanjakan kesemua wang tersebut dan menghadapi masalah membayar balik. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dgn pembatalan kontrak sewa tanah
8. Sebagai langkah terakhir tuan tanah terpaksa mengerah para petani bekerja keras utk mendapatkan hasil yang lebih untuk menjelaskan hutang kepada penyewa tanah.
9. Langkah ini sebenarnya menyebabkan para petani tidak mempunyai masa untuk mengusahakan tanaman mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan petani tidak puas hati dgn dasar baru Belanda ini.
10. Para petani juga tidak puas hati kerana dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya di Kediri terdapat 35 jenis cukai antaranya cukai tanah, cukai sempadan,cukai garam serta cukai membawa bayi.
11. Para petani semakin marah apabila cukai ini dipajakkan kepda org Cina kerana mereka tlh mengenakan cukai yg tinggi daripada yg ditetapkan oleh kerajaan.
12. Perasaan anti Cina semakin memuncak apabila org Cina mengenakan kadar faedah yg tinggi ke atas pinjaman-pinjaman kerana pada masa itu org Cina menjadi peminjam wang dan org tangah dalam urusan perniagaan.
13. Petani-petani juga dipaksa menjual hasil tanaman mereka pada harga yang rendah kepada kerajaan Belanda.
Faktor Politik
1. Faktor ini berkaitan dgn kepimpinan Dipo Negoro dalam perkara perebutan takhta.
2. Dipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yg memerintah Jogjakarta (1810-1814).
3. Apabila kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan sebaliknya adiknya Djarot yg berketurunan gahara ditabalkan menjadi raja oleh Raffles yg memerintah Jawa pada masa itu.
4. Raffles berjaya mententeramkan keadaan dgn memujuk dan menjanjikan takhta selepas kemangkatan Djarot.
5. Pada tahun 1822 Djarot mangkat. Pada masa itu Jawa diperintah oleh kerajaan Belanda di bawah Gabenor Baron Van der Cappelan.
6. Jika pada perjanjian yg dibuat Raffles, maka Dipo Negoro dilantik menjadi sultan tetapi sebaliknya, Baron Van der Cappelen tlh melantik anak Djarot yg berusia dua tahun sebagai raja.
7. Dipo Negoro sgt marah kerana sudah dua kali beliau diturunkan drp takhta serta keengganan Belanda menunaikan janji Raffles.
8. Perasaan dendam Dipo Negoro terhadap Belanda bukan sahaja soal takhta malah juga soal pembatalan kontrak sewa tanah.
Faktor Sosial
1. Dipo Negoro adalah seorg yg alim dalam soal agama Islam. Ketokohannya sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui Belanda sungguhpun beliau disanjung tinggi sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan.
2. Menurut kepercayaan tradisional org Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai Ratu Adil yg akan membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan cengkaman penjajah.
3. Dalam suasana genting itu, Dipo Negoro berasa terhina apabila kerajaan Belanda berkeras ingin membina jalan raya di Jogjakarta melalui perkuburan moyangnya. Beliau bukan sahaja berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarga dan juga mencabul kesucian Islam.
4. Pada tahun 1825, apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut, Dipo Negoro mengisytiharkan perang Jihad terhadap Belanda. Masyarakat tempatan di Jogjakarta tlh memberi sokongan kpd Dipo Negoro. Beliau disertai Sentot dan Mangku Bumi.
B. FAKTOR PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA (10M)

1. FAKTOR POLITIK 
1.1        Sikap Anti asing
Sejak awal lagi, orang-orang Cina memang bersikap anti asing lebih-lebih lagi mereka diyakinkan segala masalah yang berlaku di China berpunca dari kedatangan orang asing. Perasaan anti asing di kalangan orang Cina bertambah semasa perkembangan pengaruh Maharani Dowager Tzu Hsi pada akhir abad ke-19. Pencerobohan Barat sejak Perang Candu 1839-1842 bukan sahaja menjejaskan kedaulatan China tetapi juga menjatuhkan maruah China. Akibatnya, timbul keinginan di kalangan orang Cina untuk membalas dendam dan memulihkan kebanggaan nasional China. Perasaan anti asing juga bertambah akibat dari perkembangan imperialisme asing pada tahun 1890-an terutamanya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895. Kerajaan China juga tidak bersetuju dengan tindakan orang asing melindungi pelarian-pelarian China yang dikehendaki oleh Kerajaan Manchu. Sebagai contoh, British telah membantu Kung Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Hong Kong dan kemudiannya mendapat perlindungan di Jepun. Tindakan Jepun membenarkan penerbitan Chiang I Pao yang diharamkan oleh China telah menambahkan lagi kemarahan China. Untuk kepentingan China maka orang-orang asing perlu diusir dari negeri China.

1.2         Kemasukan orang asing
Kemasukan orang asing telah membebankan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran serta amalan rasuah dan penyelewengan kerana pegawai kerajaan menjadi penagih candu yang dibawa oleh orang-orang asing terutamanya British. Kemasukan asing juga menyebabkan China terpaksa menghadapi peperangan-peperangan dan pemberontakan seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Arrow (1856-1860), Perang China-Jepun (1894-1895), Pembeorntakan Taiping (1851-1864), Pemberontakan Nien (1853-1868), Pemberontakan Muslim (1855-1873) dan Pemberontakan Tungan (1862-1878). Selain dari itu, China telah kehilangan beberapa wilayah kepada kuasa-kuasa asing. Di antara wilayah tersebut ialah Hong Kong, Kowloon, Kepulauan Pescadores, Semenanjung Liaotung, Farmosa dan lain-lain lagi.

1.3         Imperialisme asing
Pada akhir abad ke-19 khususnya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895, kuasa-kuasa Barat telah menekan China untuk mendapatkan wilayah keistimewaan. Mereka telah berlumba untuk mendapat konsesi di China sehingga ahli-ahli Sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh, Russia menduduki Semenanjung Liaotung 1896, Jerman menduduki Teluk Kiaochow di Shantung 1897, British menduduki Wei Hai Wei 1898 dan Perancis menduduki Teluk Kwangchow 1898. Kuasa-kuasa Barat juga telah menuntut keistimewaan-keistimewaan lain selain dari mendapatkan wilayah. Sebagai contoh, mereka telah mendesak China membenarkan mereka membina jalan keretapi di China. British telah meminta kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batu, Perancis 420 batu, Russia 1530 batu dan Belgium 650 batu. Untuk menghalang imperialisme asing, kuasa-kuasa asing perlu diusir dari negeri China.
1.4         Sokongan Maharani
Menurut Wolfgang Frankie dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” sokongan Maharani Dowager Tzu Hsi merupakan faktor penting menyebabkan berlakunya Pemberontakan Boxer 1900. Maharani yang memang bersikap anti asing bercita-cita untuk mengusir orang asing dari negeri China bagi memulihkan Kerajaan Manchu. Sokongan Maharani menyebabkan anggota-anggota Boxer berani menentang orang-orang asing. Pada akhir abad ke-19, berlaku pelbagai masalah di negeri China dan Maharani menyedari Kerajaan Manchu tidak mampu untuk menyelesaikannya. Untuk mengalihkan perhatian orang Cina supaya tidak menyalahkan Kerajaan Manchu, Maharani menjalankan kegiatan menanam perasaan anti asing di kalangan orang-orang Cina.
1.5         Sokongan pegawai
Boxer bukan sahaja mendapat sokongan Maharani tetapi juga dari pegawai-pegawai Kerajaan Manchu. Sebagai contoh, Gabenor Shantung Li Ping Heng dan kemudiannya Yu Hsien menyokong Pemberontakan Boxer. Akibat dari sokongan mereka, Pemberontakan Boxer bermula di Shantung. Selain dari itu, Boxer juga mendapat sokongan pegawai-pegawai seperti Putera Tuan, Putera Chuan, Kang I dan Yu Lu.
1.6        Kelemahan China
Kelemahan China ternyata pada akhir abad ke-19 sama ada dalam pentadbiran atau ketenteraan. Dalam pentadbiran berlaku amalan rasuah, penyelewengan serta ketidakcekapan. Kelemahan dalam tentera terbukti bila China dikalahkan oleh British dalam Perang Candu (1839-1842) dan Perang Arrow (1856-1860). China juga tidak dapat memadamkan Perang Taiping (1851-1864) kecuali selepas mendapat bantuan Barat. Kelemahan China lebih terbukti apabila dikalahkan oleh Jepun dalam Perang China-Jepun 1894-1895. Kelemahan ini menyedarkan orang Cina untuk bangun membantu Manchu dan menganggap ianya sebagai tanggungjawab mereka untuk memulihkan negeri China dengan mengusir orang-orang asing.

2. FAKTOR EKONOMI
2.1 Penguasaan Ekonomi China Oleh Orang Asing
Pembukaan negeri China kepada orang-orang asing telah menyebabkan ekonomi China dikuasai oleh orang asing. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan China telah menyebabkan kemasukan pengusaha-pengusaha dan barang asing yang menjadi saingan kepada barang-barang China. Barang-barang asing lebih diminati kerana harganya murah. Keadaan ini menyebabkan pasaran China dikuasai oleh barang-barang asing. Akibatnya banyak perusahaan tempatan terpaksa ditutup menyebabkan berlakunya pengangguran. Pengenalan sistem pengangkutan moden telah menjejaskan mata pencarian mereka yang bergantung kepada sistem pengangkutan kuno. Perkembangan perdagangan asing di China amat merugikan negeri China. Sebagai contoh, pada tahun 1899, China mengalami kerugian sebanyak 69 juta taels dalam perdagangan asing. Masalah ekonomi yang dihadapi menyebabkan kerajaan memperkenalkan cukai-cukai baru dan cukai-cukai tambahan. Langkah ini sudah tentu membebankan ekonomi orang-orang China. Kemerosotan taraf hidup telah menyebabkan petani-petani, penganggur-penganggur dan kongsi gelap-kongsi gelap menyertai Boxer untuk mengusir orang-orang asing dari negeri China.

3. FAKTOR SOSIAL
3.1 Kemasukan Pengaruh Barat
Dari segi sosial, kemasukan Barat telah membawa kepada kemasukan pengaruh Barat. Orang-orang Cina terutamanya golongan muda terpengaruh dengan unsur-unsur Barat menyebabkan mereka meninggalkan adat resam tradisional. Kemasukan candu telah menimbulkan masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak di kalangan orang-orang Cina. Kemasukan Barat telah membawa kepada kemasukan agama Kristian. Orang-orang Cina tidak bersetuju dengan tindakan mubaligh-mubaligh mengkristiankan orang-orang Cina. Selepas Perjanjian Peking 1860, mubaligh-mubaligh bukan sahaja diberi kebebasan menyebarkan agama Kristian tetapi boleh membeli tanah untuk tujuan agama seperti mendirikan gereja, sekolah dan lain-lain. Perkembangan agama Kristian pada tahun 1890-an dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah China. Tindakan orang-orang Cina terhadap Kristian juga menimbulkan kemarahan orang-orang Cina lain. Mereka dianggap sombong dan telah mengasingkan diri dari orang-orang Cina yang lain. Orang-orang Cina Kristian menganggap taraf mereka lebih tinggi dari orang-orang Cina yang lain. Mereka tidak lagi membiayai perayaan-perayaan orang Cina serta memulaukannya. Tindakan ini sudah tentu membebankan orang-orang Cina yang lain. Tindakan mubaligh-mubaligh juga menimbulkan kemarahan orang-orang Cina. Mubaligh-mubaligh sentiasa menyebelahi orang-orang Cina Kristian dalam perselisihan di antara orang-orang Cina Kristian dengan orang-orang Cina bukan Kristian. Mubaligh-mubaligh juga lebih mengutamakan orang-orang Cina Kristian dalam kegiatan mereka. Selain itu, terdapat kepercayaan bahawa mubaligh-mubaligh melakukan amalan-amalan ganjil serta tidak berperikemanusiaan seperti mencungkil mata kanak-kanak. Akibatnya, orang Cina menganggap agama Kristian sebagai unsur yang memecahbelahkan orang-orang Cina. Untuk menyatupadukan orang-orang Cina, agama Kristian dan orang-orang Barat perlu diusir dari negeri China.

3.2 Bencana alam
Pada akhir abad ke-19 terutamanya pada tahun 1890-an berlaku pelbagai bencana alam di negeri China. Sebagai contoh, kemarau panjang berlaku di sekitar Sungai Yangtze dan di beberapa wilayah Utara. Pada 1898, banjir besar berlaku di sekitar Hwang Ho. Pada tahun yang sama, kebuluran berlaku di Shantung. Orang-orang China mendakwa bencana alam berlaku akibat dari kemarahan dewa khususnya dewa tanah. Tindakan Barat meneroka tanah telah memusnahkan tempat kediaman dewa dan seterusnya menimbulkan kemarahan dewa. Untuk mengelakkan kemarahan dewa supaya tidak menurunkan bencana alam maka orang-orang Barat perlu dihalang dari meneroka tanah. Untuk menjamin orang-orang asing tidak meneroka tanah, mereka perlu diusir dari negeri China.

3.3       Kongsi gelap
Pemberontakan Boxer juga berlaku kerana Boxer mendapat sokongan dari kongsi gelap-kongsi gelap seperti White Lotus Society, Big Sword Society, Eight Diagrams dan sebagainya. Kongsi gelap-kongsi gelap menyertai gabungan Boxer yang dikenali sebagai I Ho Tuan dan kemudiannya I Ho Chuan.

KESIMPULAN (2M)
- Berlakunya gerakan penentangan di atas memperlihatkan tindak balas penduduk tempatan di Indonesia dan China terhadap imperialisme Barat
- Sungguhpun ianya menemui kegagalan tetapi semangat perjuangan menentang penjajah diteruskan melalui gerakan nasionalisme yang akhirnya membuahkan kejayaan.
10. Huraikan langkah-langkah permodenan yang dijalankan oleh Maharaja Meiji (1868-1912) dan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Jepun dan Siam.

A. PENDAHULUAN (3 markah)
Maharaja Meiji yang memerintah Jepun pada Januari 1868 merupakan penggerak pemodenan yang utama dan zamannya dikenali sebagai Restorasi Meiji atau Zaman Peralihan setelah berjaya menamatkan kekuasaan Kesyogunan Tokugawa. Meiji menggunakan ilmu pengetahuan Barat untuk memodenkan negaranya. Manakala Raja Chulalongkorn yang menaiki takhta tahun 1868 setelah kematian bapanya Mongkut telah meneruskan dasar pemodenan Siam yang diasaskan oleh
Mongkut. Chulalongkorn dikatakan Bapa Pemodenan sebenar kerana Siam benar-benar muncul sebagai sebuah negara yang moden.
B. ISI-ISI (20 markah)
1. Pentadbiran
Maharaja Meiji membentuk piagam yang menjadi panduan kepada pemimpin,pegawai-pegawai dan rakyat Jepun dalam menjalankan tugas. Pada April 1868,baginda menandatangani piagam tersebut yang mengandungi 5 perkara iaitu:
a) Dewan Perbahasan ditubuhkan bagi menerimarespons orang ramai mengenai undang-undang yang akan dilaksanakan.
b) Kakitangan awam diseru bersatu dalam semua dasar dan rancangan.
c) Semua rakyat digalakkan menggunakan hak dan minat masing-masing.
d) Segala adat lama yang tidak bermanfaat dihapuskan.
e) Jepun dikehendaki mengambil semua pengetahuan dan kemahiran dari dunia luar. Meiji memindahkan pusat pentadbiran dari Kyoto ke Yedo dan menukar nama Yedo kepada Tokyo (Ibu Kota Timur). Baginda juga mewujudkan sistem pentadbiran berpusat (di bawah kekuasaan maharaja) dengan menamatkan system feudal. Wilayah-wilayah kerkuasaan pembesar diambil semula oleh Meiji dan diberi gaji tetap. Wilayah-wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah kecil (Ken) dengan menamatkan fungsi daimyo sebagai pembesar. Samurai yang tidak mempunyai jawatan dalam perkhidmatan awam diberi galakan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Meiji juga telah membentuk sebuah parlimen atau Diet tahun 1881 dengan menerima pakai perlembagaan Jerman sebagai acuannya. Majlis Penasihat Raja ditubuhkan dengan keanggotaan golongan bangsawan dan pembesar istana. Pada tahun 1889 perlembagaan baru yang dikenali sebagai Undang-undang Dasar Baru ditubuhkan dan menjadi perlembagaan rasmi Jepun tahun 1889. Diet yang terdiri daripada Dewan Agung dan dewan perwakilan Rakyat ditubuhkan tahun 1890.
Raja Chulalongkorn pula meneruskan dasar ayahnya Mongkut yang mengambil kepakaran orang Barat dalam pentadbirannya. Antaranya ialah:
f) Rolin Jacquemins pakar Jerman berkhidmat sebagai Penasihat Amnya.
g) Pakar Inggeris sebagai penasihat dalam Kementerian Hasil Dalam Negeri dan Kastam.
h) Pakar Perancis sebagai penasihat di Kementerian Perundangan.
i) Pakar Jerman sebagai penasihat di Jabatan Kereta Api dan Jabatan Pos.
j) Pakar Denmark sebagai penasihat dalam Angkatan Laut dan Polis wilayah.
k) Pakar Itali sebagai penasihat dalam Kerja-kerja Pembinaan. Raja Chulalongkorn menubuhkan kerajaan bercorak kabinet Eropah melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Tertinggi (MMT) dan Majlis Penasihat (MP). MMT diketuai oleh Raja Chulalongkorn dan dianggotai oleh 12 putera raja dan golongan bangsawan yang bertugas secara rasmi menasihati raja dalam pentadbiran dan hal ehwal negeri. MP dianggotai oleh 40 pegawai kerajaan yang berfungsi sebagai badan penasihat pentadbiran Siam. Kedua-dua majlis ini boleh mengemukakan pandangan secara terbuka.
Baginda juga mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden dengan 12 kementerian yang setiap satunya diketuai oleh seorang menteri dalam kalangan putera raja berpendidikan Barat dan dibantu penasihat Barat. Antaranya Kementerian hal Ehwal dalam Negeri, Kewangan, Pertanian,
kehakiman dan Keadilan, Hal Ehwal Luar Negeri, Kerja Raya, Kerajaan Tempatan dan Pertahanan.
Baginda menamatkan kuasa autonomi di peringkat daerah dengan menyerapkan pembesar-pembesar ke Jabatan Perkhidmatan Awam dengan diberi gaji bulanan tetap atas kehilangan kuasa mereka.
Putera Damrong (Menteri dalam Negeri) menyusun semula pentadbiran dalam negeri berasaskan sistem pentadbiran Inggeris di Myanmar. Siam dibahagikan kepada 18 buah ‘monthon’ (bulatan). Setiap monthon ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi. Monthon dipecahkan kepada unit-unit kecil lagi seperti ‘changwat’ (wilayah), ‘amphoe’ (daerah), ‘tambon’ (commune), hamlet dan kampong.
Chulalongkorn turut meberi perhatian pada polisi luar negaranya. Baginda telah meneruskan Dasar Buka Pintu Mongkut dan menjalin persahabatan dengan Barat melalui beberapa perjanjian persahabatan dan perdagangan. Pejabat kedutaan asing dibuka di Bangkok dan pejabat kedutaannya dibuka di negara luar seperti London, Paris, Jepun dan Washington. Baginda
mengamalkan dasar diplomasi moden dengan Barat bagi mengekalkan kemerdekaan Siam seperti menyerahkan 12 kawasan di Laos, Luang Prabang, Seamreap kepada Perancis dan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara kepada Britain.
2. Ekonomi
Maharaja Meiji berusaha memajukan sektor perusahaan mengikut acuan Barat. Tahun 1873. Ito Hirobumi dilantik sebagai Menteri Perusahaan. Bantuan kepada pengusaha persendirian diberikan dalam bentuk modal, latihan perindustrian, khidmat nasihat dan bengkel teknik perniagaan. Khidmat kepakaran luar negara juga turut diperolehi. Buktinya tahun 1879, Jepun mengambil 130
pegawai asing melalui Kementerian Perusahaan.
Beberapa syarikat besar telah muncul untuk memajukan ekonomi Jepun seperti Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumitomo. Syarikat-syarikat ini telah bergabung dengan syarikat lain yang dikenali sebagai Zaibatsu yang menjadi penggerak kemajuan ekonomi Jepun. Selain itu syarikat-syarikat persendirian yang kecil turut beroperasi seperti Osaka Spinning Mill, Tomioko Silk Mill dan Oji Paper Co.
Hasil perkembangan perusahaan, Jepun berjaya menghasilkan barangan eksport seperti kain kapas, sutera ,barangan kilang, perlombongan, kereta, kapal perdagangan adan kapal perang. Meiji memajukan juga perusahaan perkapalan dan perlombongan dengan bentuan khidmat kepakaran asing. Antaranya perlombongan arangbatu, besi dan tembaga.
Meiji juga menyusun sistem kewangannya dengan mengeluarkan mata wang kertas yen, menubuhkan bank pusat,Mitsui-Ono, First National Bank dan Yokohama Spesis Bank.
Raja Chulalongkorn telah menyusun semula kewangan Siam. Antaranya ialah:
a) Mewujudkan perbendaharaan moden di Siam dengan bantuan Penasihat Kewangan Inggeris yang dilantik sebagai jurukira Siam.
b) Sistem audit dan akaun moden diwujudkan.
c) Jabatan kastam dan Hasil Dalam Negeri dibentuk dan memperkenalkan cukai langsung
d) Anggaran belanjawan pertama diperkenalkan tahun 1901. Sistem cukai moden mendapat keuntungan yang banyak dan menghapuskan penyelewengan, rasuah dan penindasan serta menghapuskan sistem pungutan cukai yang dipajakkan kepada orang Cina. Bank-bank Inggeris dan Perancis ditubuhkan di Bangkok Bidang pertanian turut dimajukan dengan menubuhkan Jabatan Taliair. Kemudahan perdagangan kepada orang Barat turut disediakan dengan menggalakkan kemasukan pelabur asing Pinjaman kredit diberikan kepada petani, pengusaha dan pedagang tempatan. Hasilnya Siam berkembang maju dan pendapatan negara bertambah berikutan hasil eksport dan cukai yang diperolehi.
3. Sosial
a. Pendidikan
Meiji menubuhkan Kementerian Pendidikan tahun 1871 yang mewajibkan semua kanak-kanak setiap lapisan masyarakat mendapat pendidikan rendah daripada umur 6 hingga 10 tahun. Penekanan pada kesetiaan terhadap maharaja, bangsa dan negara yang dikenali sebagai prinsip kokutai diberikan. Sistem pendidikan Jepun diubahsuai mengikut sistem pendidikan Amerika.
Keutamaan diberikan terhadap mata pelajaran Sains dan Teknik. Meiji telah membawa masuk ramai tenaga pengajar, golongan profesional dan ahli akademik Barat di samping menghantar ramai pelajar dan pemuda negaranya melanjutkan pelajaran ke Eropah. Pusat-pusat pengajian tinggi seperti maktab dan universiti didirikan Contohnya Universiti Diraja Tokyo, Universiti Imperal, Maktab teknikal seperti Junior Technical College dan beberapa universiti swasta.
Manakala Chulalongkorn juga memberi penekanan dalam pendidikan moden. Baginda membina sekolah bagi kaum bangsawan dan rakyat biasa. Seramai 300 kaum kerab atnya dihantar menuntut ilmu di luar negara terutamanya ke Eropah. Jabatan pendidikan turut ditubuhkan setaraf dengan sistem pendidikan Barat. Dengan mengambil penasihat Britain. Sekolah-sekolah rendah didirikan menggunakan bahasa Thai manakala sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Terdapat juga sekolah asrama untuk lelaki dan perempuan seperti Sunandalaya, Maktab Diraja dan Suan Khulab. Sebuah Maktab Tentera didirikan dengan mengambil pakar Itali sebagai pengelolanya. Pelajaran teknik dan vokasional, jurusan undang-undang dan kaji ukur diperkenalkan. Sekolah-sekolah agama dan mubaligh turut didirikan.
b. Adat/budaya/agama/kesihatan/infrastruktur.
Chulalongkorn telah menghapuskan adat bersujud menghadap raja tahun 1873 dan menghapuskan sistem perhambaan secara berperingkat-peringkat dengan meluluskan Undang-undang Pengabdian pada Ogos 1874. Amalan buruh paksa dihapuskan dan menggantikan dengan buruh bergaji. Selain itu, amalan perjudian poligami diharamkan.
Chulalongkorn bersikap liberal dan toleransi dalam soal agama. Rakyat Siam diberi kebebasan menganut sebarang agama yang disukai. Baginda juga membaiki taraf kesihatan penduduk dengan menubuhkan sekolah perubatan, hospital dan rawatan percuma untuk membanteras penyakit taun dan cacar dengan bantuan pakar-pakar Barat.
Sistem perhubungan atau infrastruktur diperhebatkan seperti menubuhkan Jabatan Kereta Api Negara. Perkhidmatan pos dan telegraf diperkenalkan. Jambatan dan terusan dibina sementara sistem kalendar Eropah diperkenalkan di Siam.
4. Ketenteraan
Maharaja Meiji memberi penekanan serius dalam bidang ketenteraan. Dalam usaha memodenkan angkatan tenteranya, kepakaran Jerman digunakan dengan mengambil tentera Jerman berkhidmat dalam angkatan tentera darat Jepun. Undang-undang kerahan tenaga diwujudkan tahun 1872 yang mewajibkan pemuda berumur 20 tahun menyertai tentera. Justeru Tentera Kebangsaan Jepun dibentuk dengan keanggotaan segenap lapisan masyarakat. Angkatan tentera laut juga dimodenkan dengan bantuan kepakaran Britain. Jepun berjaya membina kapal perangnya sendiri.
Jepun juga mengemaskinikan semula pasukan polis dengan menubuhkan Undangundang Mengekalkan Keamanan.
5. Kehakiman
Chulalongkorn pula mengadakan pembaharuan dan penyusunan semula dalam bidang kehakiman setanding negara Barat. Baginda mengasaskan penubuhan sistem mahkamah jenayah dan awam, menubuhkan Kementerian Kehakiman dan sekolah undang-undang bagi menggalakkan pelajarnya mempelajari sistem kehakiman Barat.
Pada tahun 1897, kod undang-undang jenayah baru digubal dan mahkamah jenayah Barat ditubuhkan. Rang undang-undang ini mencadangkan Mahkamah Konsul dan hak wilayah asingan di Siam ditamatkan. Selain itu, sistem penjara disusun dan angkatan polis dimodenkan dengan bantuan penasihat British.
C. KESIMPULAN (2 markah)
Zaman Maharaja Meiji merupakan zaman kegemilangan Jepun. Meiji memiliki kebijaksanaan politik yang sukar ditandingi oleh pemerintah negaranegara Asia lain. Dalam masa yang singkat, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Jepun muncul sebagai satu kuasa ekonomi dan tentera yang hebat. Chulalongkorn pula dianggap seorang raja yang agung kerana kejayaannya mengekalkan kemerdekaan Siam. Siam telah menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya. Namun kegemilangan ini tidak berterusan semasa pemerintahan Vajiravudh dan Prajadhipok hinggalah berlaku Revolusi Siam 1932 yang menamatkan sisstem beraja mutlak.

11. Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi
pada awal abad ke 20.

A. Pengenalan (2@3 M):
Revolusi China meletus pada tahun 1911 telah mengakibatkan runtuhnya Dinasti Manchu yang
memerintah negara China sejak tahun 1944. Revolusi ini di pimpin oleh Dr. Sun Yat Sen.
Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi tersebut dipimpin oleh Pridi
Panomyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik Raja.
Kedua-dua revolusi tersebut berpunca dari kelemahan institusi beraja disamping faktor-faktor lain.
B. Isi (20M):
1. Revolusi China (10M):
Kelemahan institusi beraja
Pengaruh dan kuasa kerajaan Mancu mulai merosot pada pertengahan abad ke-19. Kerajaan Mancu
tidak cekap dan rasuah serta gagal membaiki taraf hidup dan kebajikan rakyat China.
Populariti raja-raja China merosot apabila berlaku pencerobohan barat dan China kalah dalam beberapa
siri peperangan.
Kerajaan Mancu juga tidak mempunyai pemimpin yang cekap dan bijaksana pada awal abad ke-20.
a.Masalah Cukai dan Rasuah
Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Hanya sebahagian kecil pungutan
cukai di wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat.
Rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada
rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan.
b.Kekalahan Tentera Manchu dalam peperangan dan pembayaran ganti rugi
Tentera Manchu mengalami kekalahan di dalam Perang Candu 1 dan 2; Perancis pada tahun 1884;
Perang China-Jepun 1894-1895; dan Boxer 1900. Kekalahan-kekalahan ini memalukan China.
Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China.

Ganti rugi peperangan menyebabkan China memikul beban hutang. China terpaksa membayar 200 juta
tael kepada Jepun selepas perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan China terpaksa
membayar 450 juta tael kepada asing. Kekalahan dalam Perang Candu 1 pula China terpaksa
membayar sebanyak 21 juta tael dan Perang Candu Kedua sebanyak 6 juta tael.
c.Pertambahan Penduduk dan Kesengsaraan rakyat China
Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta orang kepada 430 juta orang antara tahun 1885-
1911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat China
bertambah miskin.
Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi kesengsaraan
rakyat China.
Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi peperangan,
dan membiayai jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat kemasukan barangbarang
asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang
kaya.
(e) Sentimen anti-Manchu
Sentimen anti- Manchu semakin menebal di kalangan orang Cina. Orang Manchu bukan orang Cina asli
tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1664. Orang Cina
tidak mahu tunduk kepada kerajaan Manchu. Cogan kata mereka “ Hapuskan Manchu, Kembalikan
Dinasti Ming”.
Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang Cina di dalam pentadbiran. Mereka curiga
dengan kesetiaan orang Cina. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu.
(f) Kemunculan Golongan Intelektual
Pada pertengahan kedua abad ke 19, Kerajaan Mancu menghantar pelajar-pelajar ke luar negeri.
Mereka terpengaruh dengan idealogi-idealogi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme,
kebebasan, dan hak-hak asasi manusia.
Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji
telah menjadi ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.
Dr. Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu dengan
digantikan kerajaan Republik.
Dr. Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisma, demokrasi, dan
kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895-1911, Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya
melancarkan 10 pemberontakan. Walaubagaimanapun , pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan
Manchu mulai merosot.
Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegarakan perkhidmatan keretapi dan
pinjaman dari kuasa asing. Landasan keretapi yang menghubungkan Canton-Hankow dan Hankow-
Chengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan kedaulatan
wilayah Negara China.

2. Revolusi Siam (10 M)
a. Kelemahan institusi beraja
Sistem monarki di Siam mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiravudh.
Vajiravudh berusaha mengukuhkan lagi kuasa monarki mutlak.
Kabinet menteri jarang bersidang
Ketidakcekapan pentadbiran dan korupsi berleluasa
Vajiravudh lebih berminat dalam bidang kesenian berbanding pentadbiran dan suka berfoya-foya
Beliau menjalankan dasar pilih kasih
Penubuhan pasukan Harimau Liar menambahkan perasaan tidak puas hati golongan tentera sehingga
golongan tentera cuba menggulingkan Vajiravudh pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal.
Kuasa monarki semakin merosot pada zaman Raja Prajadhipok.
Raja Prajadhipok memecat menteri-menteri dan pegawai kerajaan yang dilantik oleh Vajiravudh. Jawatan
menteri telah diserah kepada putera-putera raja sehinga pegawai-pegawai awam merasa tidak puas
hati.

Raja Prajadhipok melaksanakan langkah-langkah yang tidak popular seperti memecat pegawai dan
mengurangkan bayaran gaji serta memperkenalkan cukai baru. Golongan pegawai awam dan tentera
tidak berpuas hati.
Krisis politik yang berlaku antara Menteri Peperangan (Putera Bavoradej) dengan Menteri Perdagangan (
Putera Purachatra) melemahkan lagi sistem monarki.
b. Peranan golongan intelektual
perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan golongan
intelek berpendidikan barat di Siam
golongan berpendidikan barat terpengaruh dengan idea demokrasi barat, fahaman anti monarki dan
sistem pemerintahan barat
golongan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Eropah khasnya di Perancis dan German mula
mengkritik dan menganggap sistem monarki sebagai lapuk dan menghalang permodenan Siam
golongan intelek terlibat memimpin revolusi bagi tujuan memodenkan negara Siam
c. Kemelesetan ekonomi dunia
Ekonomi dunia mengalami kemerosotan pada tahun 1920 an dan 1930 an.
Kemelesetan ekonomi memberi kasan besar terhadap ekonomi Siam
Siam mengalami kekurangan belanjawan sehingga memaksa kerajaan menjalankan langkah berjimat
cermat yang menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat khasnya pegawai awam dan golongan
tentera.
C. Kesimpulan (2@3 M):
Kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki. Sistem pemerintahan ala barat
diperkenalkan di China dan Thailand.
Bagaimanapun, revolusi ini uga mendorong kepada perebutan kuasa yang sering berlaku di Siam dan
China.
12  Bincangkan dasar luar negara India, Myanmar dan Filipina  antara tahun 1946 sehingga 1963.
Pengenalan
Dasar luar negara selepas Perang Dunia 2 addalah untuk mengelakkan permusuhan serta mendapat faedah daripada hubungan tersbut. India, Mynamar dan Filipina mengganggotai pertubuhan tertentu bagi kepentingan politik, ekonomi dan sosial.
A.India ( 1946 – 1963 ) 
1. India merupakan bekas tanah jajahan British. Mencapai kemerdekaan pada tahun 1947.
2. Dipengaruhi oleh sistem pemerintahan British malah banyak unsur-unsur pentadbiran British diterapkan dalam pentadbiran India.
3. India dibawah kepimpinan Nehru mengamalkan dasar luar yang berkecuali. Dasar ini dapat mengelak persengketaan.
4. Merupakan anggota PBB dan Komanwel.
5. Menjalin hubungan dengan kebanyakkan negara di dunia termasuk kuasa-kuasa Besar. 

Isi:
1. Menjalin hubungan dagang dengan banyak negara. Rakan dagang utama ialah Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.
2. Menjadi anggota PBB sejak 1946.
3. Menyertai banyak jawatankuasa PBB.
4. Tuan rumah Persidangan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi rantau Asia pada 1957.
5. Melaksanakan perjanjian damai dan gencatan senjata di Vietnam, Laos dan Kemboja.
6. Pada 1956 menghatar pasukan keselamatan PBB ke Mesir dan Conggo
7. 1961, seramai 700 orang pakar dari India dihantar ke 24 buah negara di bawah Program Bantuan Teknikal PBB.
8.. India turut membantu melaksanakan perjanjian damai di Korea.
9. Merupakan bekas tanah jajahan British dan menjadi anggota penting Komanwel dan menyertai Rancangan Colombo.
10. India mengamalkan dasar berkecuali terutama dalam krisis antara Blok Barat dengan Blok Komunis.
11. Mengiktiraf kerajaan Republik Rakyat China dan tidak menyertai SEATO.
12. Menjalin hubungan dagang dengan banyak negara. Rakan dagang utama ialah Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.

B.Myanmar ( 1948 – 1963 )

1. Myanmar ataupun dahulu dikenali dengan Burma mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.
2. Mengamalkan dasar luar yang hampir sama dengan negara jirannya India dengan mengamalkan dasar berkecuali.
3. Menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Komanwel.

Isi:
1. Menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2. Dalam Perang Korea, Myanmar turut memainkan peranan dan bekerjasama dengan PBB tetapi Myanmar tidak menghantar tenteranya ke Korea.
3. Dalam menyelesaikan masalah sempadan dengan China, Myanmar telah mendapatkan bantuan PBB untuk memindahkan tentera-tentera Kerajaan Nasionalis China di sempadan Myanmar kembali ke China.
4. Polisi luar negara Myanmar adalah dasar berkecuali terutama dalam menghadapi pertelingkahan Blok Barat dengan Blok Komunis.
5. Myanmar di bawah Perdana Menteri U Nu telah menjalinkan hubungan erat dengan banyak negara terutamanya negara-negara jiran.
6. Myanmar turut mengambil beberapa langkah perdamaian:
a. Mengakui kedaulatan / mengiktiraf Republik Rakyat China pada tahun 1949. 
b. Membuat perjanjian persahabatan dengan Indonesia, India dan Pakistan.
c. Membuat lawatan muhibbah ke Bangkok pada 1954 dan turut meminta maaf kepada Thailand atas sikap agresif Myanmar dahulu.
7. Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, India, Amerika Syarikat dan negara-negara Asia Tenggara.
8. Merupakan bekas tanah jajahan British dan dengan itu Myanmar turut menyertai pertubuhan Komanwel.

C.Filipina ( 1946- 1963 )

1. Filipina pernah dijajah oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat. Jepun turut menduduki Filipina sewaktu Perang Dunia ke-2.
2. Sepuluh bulan selepas kekalahan Jepun, Republik Filipina dibentuk pada 
Julai 1946 dengan Manual Roxes sebagai presiden pertama.
3. Keadaan di Filipina selepas kemerdekaan agak tidak stabil akibat tekanan komunis melalui Hukbalahap dan pembaharuan tanah.
4. Filipina menjalin hubungan luar dengan banyak negara di dunia dan menganggatai pelbagai pertubuhan antarabangsa dan serantau.

Isi:

1. Filipina menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua agensi-agensi khasnya.
2. Mendapat bantuan teknikal daripada PBB dibawah Program Bantuan Teknikal PBB.
3. Filipina merupakan salah sebuah Negara anggota Majlis Pemegang Amanah Bersatu PBB pada 1949.
4. Filipina telah memperjuangkan tuntutan Negara-negara kecil untuk menghadkan kuasa pembatal yang dipegang oleh kuasa-kuasa besar.
5. Filipina turut mengambil bahagian sebagai tentera pengaman PBB dalam krisis Perang Korea.
6. Filipina turut memainkan peranan dalam Pertubuhan Perjanjian Asia Timur (SEATO) tetapi beranggapan SEOTA tidak mempunyai kuasa yang kuat seperti NATO.
7. Pada tahun1961, Filipina bersama-sama Thailand dan Tanah Melayu membentuk Pertubuhan Asia Tenggara atau ASA.
8. Filipina turut mengetuai MAPHILINDO yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Indonesia tetapi gagal akibat pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia.
9. Filipina memutuskan hubungan diplomatic dengan Malaysia pada 1963kerana membantah pembentukan Malaysia dengan dakwaan Sabah adalah sebahagian daripada Filipina. Hubungan ini dipulihkan pada tahun1966.
10. Filipina turut mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.

Kesimpulan:
1. India, Myanmar dan Filipina menjalin hubungan diplomatik dengan banyak sama ada negara- negara besar mahupun negara serantau.
2. Hubungan ini membawa banyak kesan positif kepada India, Myanmar dan Filipina dari pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi dan sosial.