ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Saturday 26 May 2012

KERJA RUMAH TERANCANG

Assalamualaikum,,, pelajar-pelajar UMA 2012, siapkan kerja rumah terancang anda..Pelajar lelaki buat Revolusi China 1911, manakala pelajar perempuan buat Revolusi Siam 1932.  Persembahan dalam bentuk 'power point'.  Lepas cuti ada dua perkara yang anda perlu sediakan; satu persembahan 'power point'. Kedua skema jawapan kertas 2 yang telah dicetak.. SELAMAT BERUSAHA DAN SELAMAT BERCUTI.                     

Tuesday 22 May 2012

Skema PPT 2012 Sejarah 2



Bahagian A


1.Bincangkan kedudukan dan peranan raja sebelum campur tangan kuasa British di Tanah Melayu.        
 PENDAHULUAN (3M)
Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatanganpenjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah Britishke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalampolitik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetapmenjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

ISI JAWAPAN. Peranan Raja sebelum penjajahan British

KEDUDUKAN TERTINGGI DAN BERKUASA MUTLAK-
 Kuasa tertinggi dalam politik di NNM terletak di tangan Sultan/Raja /Yang Di Pertuan Besar. Contohnya SultanPerak,Selangor,Johor,Pahang,Kedah,Kelantan, Perlis,Terengganu danYang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan..
 Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin dan Wakil Allah Di Bumi. Melanggar perintah sultan dianggap sebagai melanggar perintah Allah. “ Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Taatilah Allah dan RasulNYA dan Ulil Amri”. Ulil Amridirujuk kepada Sultan. Ketinggian sultan sebelum kedatangan kuasa British juga ditunjukkan “…. All power is centered in Sultan/Raja and the powerfull chiefs….”.
  Selaras dengan ketinggiannya sultan dikaitkan dengan daulat. Barang siapa yang engkar arahan atau perintahsultan akan tekena tulah. Daulat sultan diperolehi semasa istiadat pertabalannya. Diri sultan juga suci dan mempunyai darah putih dan kesucian ini dikaitkan dengan alat-alat,bahasa dan sebagainya yang berbeza-beza mengikut negeri.
a)Alat muzik seperti nobat hanya dimainkan semasa upacara rasmi seperti pertabalan dankemangkatan sultan/raja
.b)Alat-alat kebesaran seperti kayu gamit,puan naga taru,kamala,surat ciri,cap halilintar dan ubar-ubar,mahkota kebesaran,lambang negeri,bantal,langsir yang digunakan atau dipamer semasa pertabalan.
c) Alat senjata seperti pedang,tombak,keris panjang. Alat-alat ini dipercayai menjelma sendiri dan mempunyai kuasa sakti sehingga dapat memusnahkan sesiapa yang memegang tanpa keizinan.
d)Penggunaan bahasa istana/dalam seperti beta,beradu,santap,gering)
e) Binatang dan buah-buahan tertentu contohnya gading gajah di Pahang, telur penyu Terengganu,buah ketiar,gajah,kerbau balar dan anak-anak gampang. Seorang sultan dikurniakan kuasa sakti dan layak mengendalikan makhluk-makhluk ini.
f)Warna/pakaian: warna kuning hanya boleh digunakan oleh sultan dan kerabatnya. Di Johor contohnya semasa Majlis Raja bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok baldu hitam,baju hitam. Bagi wanitadikehendaki memakai baju kurung Teluk Belanga dengan lengan baju diketatkan sedikit dengan cara dijahit atau disematdengan jarum. Leher baju pula dijahit dengan tulang belut. Leher cekak musang hanya boleh dipakai oleh anak-anak rajadan ahli orang besar-besar.

KETUA PENTADBIR /PEMERINTAH-
 Sultan atau YDPB adalah ketua negeri masingmasing. Mereka mengetuai pentadbiran atau pemerintahan negeri.Secara umumnya sultan mengetuai agama,undang-undang,hubungan luar,ketua angkatan tentera dan lain-lain yangbersangkutan dengan pentadbiran. Contohnya Sultan Johor berperanan melindungi adat Melayu,hakim utama,mengetuaiangkatan perang,mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara yang lain,mempertahankan agama Islam,mengawalekonomi kerajaan dan melantik pembesar-pembesar untuk menjalankan pentadbiran.- Sesuai dengan ketinggian kedudukannya , untuk mentadbir negeri sultan dibantu oleh menteri dan pegawai-pegawai yang dikenali dengan berbagai gelaran mengikut negeri. Contohnya di Perak antara golongan pembesar utamaialah Orang Kaya Dato Bendahara Paduka Raja, Orang Kaya Laksamana, Tun Pikrama Temenggung, Sri Nara Diraja dansebagainya. Di Johor pula contohnya Bendahara amat berkuasa antara tugasnya ialah menjadi ketua menteri, panglimatertinggi angkatan tentera dan ketua adat istiadat diraja. Sementara di Pahang pula sultan dibantu oleh Dato Bendahara,Dato Temenggung, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Maharaja Perba, Orang Kaya Indera Syahbandar danpembesar-pembesar lain.- Apabila sultan mangkat bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota,Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali di Perakputera sulung sultan yang bergelar bakal sultan akan dilantik sebagai pengganti. Di Perak system penggantian mengikutsystem giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengistiharkan Undang-Undang Tubuh pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911 yangmenyentuh di antara lain tentang penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran.

KETUA EKONOMI-
 Sultan berkuasa penuh ke atas ekonomi seperti pertanian, tanah, cukai, perdagangan, serta perlombongan.Dalam bidang perdagangan pada teorinya sultan adalah pemilik semua hasil dalam negeri. Pungutan hasil dijalankan oleh pegawainya.
 Antara monopoli raja ialah garam, tembakau dan candu. Di Kelantan contohnya pada penghujung abad ke-19 setiap kapal yang berlabuh di pelabuhan dikenakan bayaran $25 dan kemudian dinaikkan mengikut saiz kapal. Cukai kepala juga dikenakan. Cukainya $1.00 bagi orang lelaki dewasa yang bebas dan 50 sen bagi hamba. Cukai ini dikenakan tiap-tiap tiga tahun.- Di kawasan perlombongan orang Melayu dikenakan $3.00 dan $13.00 bagi orang Cina. Manakala kerabat danhamba raja dikecualikan dari membayar cukai.- Bagi percukaian ke atas tanah pertanian pula, sebagai contoh di Kedah dan Kelantan disebut tanah dan hasilnya adalah milik raja. Rakyat wajib menyerahkan hasil pertanian kepada sultan sebgai cukai. Contohnya seperti kelapa, padi atau wang tunai yang sama nilai dengan harga barang-barang tersebut.-
 Sistem serah dan kerah juga merupakan satu sistem cukai. Rakyat dikehendaki menyerahkan hasil kepadapemimpin. Sebagai contoh di Terengganu rakyat akan diwajibkan membeli barang-barang yang merupakan monopoli rajaseperti garam dan pemerintah seperti ketua kampung akan menetapkan bayaran yang perlu dibayar seperti yang diperlukanoleh pemerintah.- Sistem ini dijalankan juga di Kelantan seperti yang terdapat dalam catatan Abdullah Munsyi dalam Pelayaran Abdullah yang mengatakan apa sahaja barangan seperti perahu, tanaman, harta,anak perempuan jika dikehendaki olehraja boleh diambil dan tidak boleh ditegah.- Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi  dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunannabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkanperbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

MENGURNIAKAN DARJAH DAN KEBESARAN-
 Tradisi kerajaan mengurniakan gelaran -gelaran bagi pembesar-pembesar. Gelaran ini sentiasa dipelihara untukmengukuhkan susun lapis masyarakat. Sultan mempunyai kuasa untuk memberi kurnia kepada rakyat yang berjasa.- Ganjaran adalah dalam pelbagai bentuk material simbol sosial. Contohnya Ngah Ibrahim dan Long Jaafar yangdikurniakan gelaran Orang Kaya Larut apabila dapat membantu sultan menyelesaikan hutang.Sultan juga mengurniakandaerah atau jajahan untuk pembesar-pembesar yang berjasa seperti Raja Jumaat, Selangor dikurniakan Daerah Lukuthingga ke Kuala Sg Linggi dan Wan Daud Ibni Wan Pahang dikurniakan gelaran Maharaja Setia Raja dan dikurniakanDaerah Lipis.

SOSIAL- Sultan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Dalam hiraki masyarakat Melayu sultan menduduki tempatteratas. Sultan juga berperanan menjaga keamanan dan kesejahteraan. Oleh itu sultan perlu kuat untuk menjagakeselamatan negeri. Tradisi Sejarah Orang Melayu mengandungi cerita-cerita akhlak untuk menguatkan kedudukan raja.- Penyembahan secara rasmi oleh pembesarpembesar terhadap raja/sultan dilambangkan dan dilahirkan dalamupacara mengadap. Sultan akan berhadapan dengan pembesar contohnya apabila Hari Raya Haji dan Puasa di manapembesar akan menyembah sultan seperti di Negeri Kedah.- Sultan juga bertanggungjawab terhadap perpaduan dengan kuasakuasa luar untuk menjaga keamanan negeri.Contohnya menandatangani perjanjian dengan kuasa luar seperti British dan Siam. Contohnya Perjanjian Pangkor olehRaja Abdullah Perak, Perjanjian yang menyerahkan Seberang Perai oleh Sultan Kedah kepada British dan perjanjianperlindungan Kedah-British.-
 Untuk menjaga keamanan dan keselamatan sultan juga berkuasa untuk menjatuhkan undang-undang terutamayang berkaitan dengan hukum bunuh. Kata-Kata sultan adalah hukum. Di Kelantan misalnya jika raja tidak dapat membuatkeputusan cara pengadilannya ialah melalui ujian menyelam dan mengulur tangan ke dalam minyak panas. Caramenghukum dan mengadili berbeza di antara negeri mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

MENENTUKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK-

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagaiketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia jugamemerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikanhubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepadaperjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.-

Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.

KETUA PERTAHANAN-

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negaralain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an diNegeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidakmenggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.

Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lainuntuk menamatkan pemberontakan tersebut
                                                                                
2.Masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat feudal.  Bincangkan pernyataan ini.

Pendahuluan
• Masyarakat Melayu Tradisional merupakan masyarakat feudal
• Dari segi struktur, masyarakat ini dibahagikan kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan, pembesar daerah, serta penghulu dan golongan yang diperintah yang terdiri daripada rakyat bebas dan hamba. Hubungan antara kedua-dua golongan ini adalah hubungan timbal balik dan saling melengkapi antara lapisan sosialnya.
• Dalam masyarakat feudal ini, kedudukan politik golongan pemerintah tidak dipersoalkan langsung oleh golongan yang diperintah. Rakyat menerima sesuatu arahan tanpa soal.

Isi
i) Sultan sebagai tonggak pemerintahan
• politik feudal menentukan kekuasaan mutlak sultan.
• rakyat taat setia kepada sultan. Sesiapa yang melanggar perintah sultan dianggap menderhaka dan dipercayai akan ditimpa tulah.
• kedudukan sultan diperkukuhkan dengan system kepercayaan dan agama. Konsep daulat dan derhaka mengukuhkan kedudukan seseorang sultan.
• Sultan mempunyai keistimewaan yang membezakan dengan golongan lain, misalnya warna tertentu dikhaskan kepada sultan dan kerabatnya, penggunaan bahasa istana, cop mohor, nobat dan alat kebesaran.
• Sultan menjadi ketua dalam unit politik terbesar, iaitu negeri.

ii) Pembesar Daerah
• Menduduki lapisan selepas sultan dan termasuk dalam golongan pemerintah.
• Pembesar daerah memerintah di daerah atau kawasan pemakanan yang dikurniakan oleh sultan. Pembesar daerah dilantik oleh sultan melalui surat tauliah.
• Golongan pembesar daerah dibahagikan kepada beberapa lapisan. Secara amnya terdapat Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, Pembesar Tiga Puluh Dua dan seterusnya. Ini juga mencerminkan kedudukan mereka dikalangan pembesar daerah yang ada.
• Selain mentadbir, tugas pembesar daerah merangkumi tugas seperti memungut cukai dan menjaga keamanan. Sebahagian daripada cukai yang dipungut mesti diserahkan kepada sultan sebagai sagu hati.
• pembesar daerah menjadi perantaraan antara sultan dengan rakyat.

iii) Penghulu
• Menduduki lapisan selepas pembesar daerah.
• Mentadbir unit politik terkecil, iaitu kampung.
• Penghulu dicalonkan oleh pembesar daerah tetapi dilantik oleh sultan melalui surat tauliah.
• Penghulu menjadi orang perantaraan antara pembesar daerah dengan anak buahnya di kampung.
• Penghulu menjalankan tugas memungut cukai dan hasil, menyelesaikan kes jenayah yang kecil, serta membekalkan buruh kepada sultan dan pembesar daerah melalui sistem kerah.

iv) Rakyat
• Rakyat terdiri daripada rakyat bebas dan hamba
• Rakyat taat setia kepada sultan dan pembesar daerah. Mereka membayar cukai kepada golongan ini dan menjalankan sistem serah dan kerah.

v) Hamba
• Menduduki lapisan paling bawah dalam hierarki masyarakat Melayu
• Terdapat tiga jenis hamba iaitu hamba raja, hamba biasa dan hamba berhutang.

vi) Hubungan saling bergantung/timba balik
a. Hubugan antara sultan dengan pembesar daerah.
• sultan memerlukan sokongan pembesar daerah kerana mereka merupakan penentu perlantikan sultan. Sultan memerlukan pembesar daerah untuk menjamin kedudukannya.

b. Hubungan antara pembesar daerah dengan sultan
• kekuatan dan pengaruh pembesar daerah mesti disokong oleh lencana dan gelaran yang hanya dikurniakan oleh sultan. Inilah yang akan diiktiraf oleh golongan bangsawan.
• sultan diperlukan oleh pembesar daerah untuk menjamin keamanan dan mengukuhkan ekonomi kerana baginda adalah lambing perpaduan dan kepentingan ekonomi Negara.
• Pemebsar daerah adalah orang perantaraan antara sultan dan rakyat.
c. Hubungan antara penghulu dengan sultan dan pembesar daerah.
• Penghulu dicalonkan oleh pembesar daerah tetapi dilantik oleh sultan melalui surat tauliah.
• Penghulu adalah orang perantaraan antara pembesar daerah dengan anak buahnya.
d. Hubungan antara rakyat dengan golongan pemerintah.
• Rakyat memberi taat setia yg tidak berbelahbahagi kepada sultan dan pembesar daerah.
• Rakyat juga taat setia kepada penghulu di kampong mereka.
• Rakyat membayar cukai kepada golongan pemerintah dan menganggap pembayaran ini sebagai undang-undang.
• Rakyat menjalankan system kerah dan serah tanpa soal.
Kesimpulan.
• Memang tdk dinafikan bahawa masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat feudal.
• Masyarakat ini mempunyai lapisan social yang diketuai oleh sultan.
• Golongan pemerintah membekalkan keselamatan dan perlindungan manakala golongan diperintah memberikan perkhidmatan sebagai balasan kepada perlindungan dan keselamatan itu.

3.Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan bijih timah di Tanah Melayu dan kesannya ketika berlaku kemelesetan dunia.                                           
Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.
Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawah pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Akibatnya, berlaku kedatangan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu atas jemputan para pembesar Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam perusahaan bijih timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Masalah kekurangan buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting pula telah diatasi dengan mengimport buruh dari China melalui Sistem Tiket Kredit dari wilayah Fukien dan Kwangtung. Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah lombong dedah misalnya, telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat. Kaedahroda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antara teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti perlombongan bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan 50,000 tan pada 1904. Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.
Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh dasar pemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya, aktiviti perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar Inggeris kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan Inggeris yang memperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah. Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama telah dibina menghubungkan Taiping dan Port Weld. Kemajuan pengangkutan ini telah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah. Sementara itu, masalh kekurangan buruh pula telah diatasi oleh Inggeris dengan menjalankan dasar yang liberal terhadap penghijrahan buruh dari negar China. Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan mengelakkan pergaduhan antara pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan pihak Inggeris ini terbukti telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan meningkatkan produktiviti perlombongannya.
Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan permintaan tinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan. Keadaan ini telah menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai £140 setan. Hal ini turut menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanya di Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.
Lain daripada itu, pengenalan kapal korek turut menjadi penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada tahun 1912 oleh syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan teknologi yang lebih moden ini membolehkan penghasilan bijih timah dengan kuantiti yang lebih banyak dan menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek boleh digunakan dengan selamat di kawasan berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timah dari tanah dengan cepat. Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah pengeluara bijih timah adalah dihasilkan oleh pengusaha Eropah yang menggunakan kapal korek dalam perlombongan. Pengeluarannya meningkat dari 51,000 tan pada tahun 1913 kepada 77,000 tan pada tahun 1937. Penggunaan kapal korek pula semakin meluas di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal korek beroperasi di lombong pada tahun 1929 berbanding hanya 20 buah pada 1920. Situasi ini sejajar dengan permintaan tinggi di pasaran Eropah dan Amerika hingga menjadikan kapal korek sebagai penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijihi timah di Tanah Melayu.
Walau bagaimana pun, zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932 menyaksikan kemerosotan teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga bijih timah yang jatuh dengan mendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran Eropah. Harga bijih timah merudum dari $2414 setan pada 1926 kepada $1020 setan pada 1931.
Selain itu, situasi kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal ini terjadi kerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku pengangguran dalam kalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu pekerja Cina telah dihantar pulang ke negara asal mereka bahkan ada yang pulang secara sukarela. Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira 10,000 orang pelombong di Perak telah dihantar balik ke China.
Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti didorong faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di pasaran dunia, dan penggunaan kapal korek dalam perlombongan. Malangnya, perusahaan ini menemui kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932 hingga menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan pelbagai langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak meluluskan sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.

4.Pelaksanaan sistem Residen mendatangkan pelbagai kesan ke atas negeri-negeri Melayu dari tahun 1873 hingga 1888.  Bincangkan.                                                                       
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 yang ditandatangani di pulau Pangkor Perak telah melambangkan titik permulaan campur tangan British secara rasmi di tanah Melayu. Selepas peristiwa tersebut, negeri-negeri Melayu lain turut jatuh dalam tangan penjajah. Dalam proses ini, system residen telah diperkenalkan dalam beberapa negeri Melayu iaitu Perak (1874), Selangor (1874), Pahang (1888) dan Negeri Sembilan (1896). Sistem residen ini telah mendatangkan pelbagai kesan terhadap negeri-negeri Melayu yang berkenaan.
Antara kesan pelaksanaan sistem residen ialah kehilangan kuasa sultan dan golongan pembesar tempatan. Pada asalnya, residen hanya ditugaskan untuk menasihati sultan dalam urusan pentadbiran, pemulihan keamanan, memajukan ekonomi dan sistem cukai tetapi sedikit demi sedikit, residen telah mengambil alih kuasa sultan sebagai pemerintah negara. Akhirnya, sultan hanya diberi kuasa dalam adat resam dan agama. Pembesar-pembesar tempatan pula telah kehilangan kuasa mengutip cukai dan mereka hanya diberi jawatan dalam peringkat bawahan pentadbiran British. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam golongan pembesar tempatan dan golongan raja terhadap penjajah British yang mencapai kemuncaknya apabila residen Perak iaitu JWW Birch dibunuh di Pasir Salak.
Kesan seterusnya ialah ketidakseragaman pentadbiran yang wujud antara negeri-negeri melayu yang melaksanakan sistem residen. Antara masalah yang muncul akibat keadaan ini ialah pembangunan negeri-negeri melayu yang tidak seimbang. Akibat ketiadaan garis panduan yang jelas untuk diikuti oleh residen demi menjalankan tugasnya, mereka terpaksa bertugas mengikut budi bicara sendiri. Dengan ini, setiap negeri melayu di bawah sistem residen telah dikembangkan menurut cara yang berbeza dan terdapat negeir-negeri yang menikmati perkembangan ekonomi yang pesat seperti negeri Sembilan dan Selangor serta negeri seperti Pahang yang sentiasa dilanda masalah kewangan. Pembangunan yang tidak seimbang juga membawa kepada masalah keseragaman infrasturktur seperti landasan kereta api yang berbeza-beza serta jalan raya yang tidak dihubungkan antara negeri. Ketidakseragaman pentadbran ini juga membawa kepada perbezaan undang-undang antara negeri. Di Perak, residen pertama, iaitu JWW Birch telah mencampuri adat resam melayu dengan mengharamkan penghambaan. Walaupun tindakan beliau tidak diikuti oleh negeri-negeri melayu lain, penentangan yang dicetuskan di negeri Perak akan merebak ke negeri-negeri lain.
Selain daripada itu, kedatangan sistem residen juga menyebabkan campur tangan dalam adat resam tempatan. Pada peringkat asal, kuasa memungut cukai terletak dibawa pembesar melayu. Namun, setelah kedatangan sistem residen, maka kuasa memungut cukai telah dirampas daripada pembesar Melayu. Amalan hamba abdi pun telah dihapuskan oleh seorang residen di negeri Perak dan tindakan ini ditentang hebat oleh pembesar-pembesar tempatan. Residen juga campur tangan dalam sistem kehakiman dengan memiliki kuasa untuk melantik majistret. Dengan ini, sistem kehakiman tradisional yan terdiri daripada golongan pembesar dan ketua kampung sebagai hakim telah terjejas. Kedatangan sistem residen telah mencemari adat resam tempatan dengan pengaruh barat dan unsur-unsur residen-residen yang berbeza.
Pelaksanaan sistem residen juga menimbulkan pelbagai kesan terhadap ekonomi tempatan terutamanya terhadap jurang ekonomi antara kaum. Tumpuan British terhadap tanah Melayu ialah perlombongan bijih timah dan mereka telah bertindak untuk membawa masuk buruh asing, khursusnya buruh Cina untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah. Apabila tanaman komersil seperti getah diperkenalkan, mereka turut membawa buruh asing untuk mengusahakannya iaitu buruh India. Dengan ini, telah mewujudkan masyarakat majmuk dan dalam masa yang sama masyarakat tempatan iaitu orang Melayu telah diketepikan daripada kegiatan ekonomi moden. Mereka kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti pertanian padi dan perikanan. Dengan pelaksanaan sistem residen juga menyebabkan pertambahan penduduk di tanah melayu serta pembukaan Bandar-bandar baru. Antara tugas seorang residen ialah untuk membangunkan ekonomi. Demi mencapai tujuan ini mereka telah membawa masuk buruh asing dari China dan India. Bilangan pemodal cina juga bertambah akibat usaha-usaha residen mengembangkan ekonomi tanah melayu. Dalam usaha-usaha mereka mengeksploitasi bijih timah dan penanaman getah di tanah melayu, beberapa Bandar baru telah dibuka seperti kuala Kangsar, Taiping, Kamunting dan Kuala Lumpur.Dengan pembukaan Bandar-bandar baru, pelbagai usaha telah dilaksanakan demi membangunkan infrastruktur seperti jalan raya dan landasan kereta api antara Bandar-bandar tersebut. Pertambahan penduduk serta perkembangan infrastruktur yang berlaku di bawah sistem residen telah membawa kepada pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.
Sebagai yang ditugaskan kepada residen, mereka telah berjaya mewujudkan keamanan dalam negeri-negeri mereka. Di Perak, pelantikan seorang residen telah berjaya menamatkan perebutan takhta. Perang-perang kongsi gelap di negeri Sembilan juga diselesaikan oleh sistem residen. Pasukan polis telah dibawa masuk dari India demi menjamin keamanan dan tentera laut Britain telah bertanggungjawab mengawasi ancaman lanun di selat Melaka. Kapten Speedy, telah menambahkan pasukan polis di daerah Larut kepada 2500 orang on mengekalkan keamanan dan mencegah peperangan antara kongsi gelap cina. Perlaksanaan sistem residen di negeri-negeri melayu telah berjaya menjamin keamanan serta kestabilan politik atau sekurang-kurangnya memperbaiki situasi yang sedia ada.
Perlaksanaan sistem residen di negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan mendatangkan pelbagai kesan yang baik dan buruk terhadap tanah melayu. Namun begitu, pelbagai kelemahan dalam sistem ini telah menyebabkan pihak British memperkenalkan system pentadbiran baru bagi memperbaiki kelemahan system residen dengan pengenalan kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

5.Terangkan faktor-faktor penentangan masyarakat Melayu di negeri Pahang terhadap dasar pentadbiran pada abad ke-19.     
                                                                                  
J.P Rodger mula dilantik sebagai residen pertama di Pahang pada bulan Oktober 1888 dan dibantu oleh Hugh Clifford sebagai penolong residen. Sebaik sahaja J.P Rodger dilantik menjadi residen, beliau telah banyak membuat perubahan-perubahan yang drastic yang dilakukan secara terburu-buru. Peraturan baru yang diperkenalkan ini sebenarnya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk Pahang. Pengenalan sistem yang baru ini ditentang Datuk Bahaman. Beliau dibantu oleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau
Pengenalan sistem residen telah membawa kepada penguasaan ekonomi Pahang oleh pihak British terutamanya dalam sector perlombongan. Tugas residen sepatutnya berusaha melindungi kepentingan orang tempatan terutamanya pembesar Melayu dalam usaha membawa pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun Inggeris telah mengabaikannya dan ini telah membawa perasaan tidak puas hati dikalangan pembesar Melayu Pahang.
Pengenalan sistem residen juga telah membawa kepada kehilangan kuasa oleh Sultan Pahang. Ini berikutan daripada penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri kerana sultan hanya mempunyai kuasa pada “nama” sahaja dalam Majlis tersebut. Segala keputusan yang dibuat ditentukan oleh Residen British. Sebagai contoh pembayaran ganti rugi kepada pembesar yang kehilangan sumber pendapatan ditentukan oleh Residen
Perubahan-perubahan dari segi perundangan yang dibuat oleh Residen, nyata sekali bertentangan dengan sistem yang sedia wujud pada ketika itu. Undang-undang baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Desembar 1889, nyata sekali mencabar kewibawaan pembesar-pembesar Melayu. Antara undang-undang berkaitan dengan tanah, penghapusan sistem kerah dan hamba abdi telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pembesar. Malah pembesar yang satu ketika dahulu mempunyai kuasa menghakimi kes-kes jenayah dan sivil di kawasan masing-masing telah diambil alih oleh pihak Britsh.
Perubahan yang dibawa British juga menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat. Dasar British membawa masuk pelombong Cina dan Eropah telah menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan rakyat. Mereka ini didapati sombong dan bongkak dan tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Sebagai contoh, rakyat tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan pakaian tradisional mereka.
Pembesar-pembesar telah kehilangan hak mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbir keadilan. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan dan jawatan yang dinikmati secara turun-temurun.Daerah-daerah diwujudkan dan diletakkan di bawah pegawai-pegawai Inggeris yang dipanggil pemungut cukai dan majistret.
Pelbagai jenis cukai diperkenalkan dan dinaikkan oleh British. Contohnya, cukai tanah seperti tanah kampung, tanah paya, dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seekar. Sistem lesen dan permit yang diperkenalkan oleh J.P. Rodger menjejaskan semua aspek kehidupanrakyat. Mengikut sistem lesen dan permit, rakyat ter­paksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan dan mencari atap nipah untuk mendirikan rumah yang dahulunya dipungut secara percuma.
Sebagai kesimpulannya, perasaan tidak puas hati dengan pelaksanaan sistem residen ini membawa kepada beberapa siri peperangan antara pihak British dengan masyarakat Pahang. Walaupun penentangan ini bercorak setempat, namun ia telah member kesedaran tantang hak yang patut dituntut dalam menegakkan sistem yang pernah wujud itu. Walaubagaimanapun British Berjaya menumpaskan penentangan tersebut kerana memiliki senjata yang lebih baik. Dengan ini British telah mengukuhkan kekuasaannya di negeri Pahang

6.Bincangkan usaha-usaha James Brooke untuk meluas pengaruhnya ke atas negari Sarawak.
     Pengenalan
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.
Peluang untuk menguasai Sarawak mula terbuka luas apabila berlakunya pertikaian masyarakat Sarawak yang dipimpin oleh Dato’ Patinggi Ali. Sarawak pada ketika itu berada dibawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota iaitu wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak. Malangnya pentadbiran Pangeran Indera Mahkota tidak disenangi oleh masyarakat tempatan. Beliau telah mengenakan cukai yang tinggi dan melaksanakan kerahan tenaga. Keadaan ini menyebabkan Dato’ Patinggi Ali menentang dasar yang diperkenalkan itu.
Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Muda Hashim untuk menamatkan pemberontakan namun usaha itu gagal. Pangeran Muda Hasyim meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantik beliau sebagai gabenor jika berjaya menamatkan pemberontakan. Kejayaan James Brooke menamatkan pemberontakan membawa kepada perjanjian antara James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim pada September 1841. Dengan ini James Brooke dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah mendesak sultan Brunei mengiktiraf Perjanjian 1841. Lanjutan daripada itu, pada tahun 1846 sultan Brunei telah menyerahkan Sarawak meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara sungai Semarahan dan Sungai Sadong.
James Brooke mula bertindak meluaskan kawasan pangaruhnya di luar kawasan yang ditetapkan oleh Sultan Brunei. Beliau mula menguasai Mukah yang kaya dengan pengeluaran sagu. Beliau seterusnnya mendirikan kota di Sarekei atas alasan untuk menjaga keamanan di kawasan itu. Antara tahun 1853 hingga tahun 1861, James Brooke semakin berkuasa apabila kawasan pentadbiran Sultan Brunei telah jatuh ke tangannya. Antara kawasan tersebut ialah Sungai Sadong,Saribas,Samarahan,Serian,Sekrang dan kawasan Rajang hingga ke Tanjung Kidurong.

James Brooke telah menguasai kawasan di luar kawasan yang dibenarkan dengan alasan untuk menghapuskan lanun yang boleh mengancam perdagangan. Campur tangan James Brooke di Mukah bermula apabila Gabenor Mukah iaitu Pangeran Ersat telah dibunuh oleh sepupunya Pangeran Mat Usin. Oleh kerana bimbang tindak balas akan berlaku, Pangeran Mat Usin lari ke Kuching meminta bantuan James Brooke. James Brooke juga Berjaya mempengaruhi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mukmin supaya menghalau Syarif Masahor dari Sarekei. James Brooke kemudiannya Berjaya menguasai Mukah.
Untuk menguatkan lagi kekuasaan James Brooke, beliau telah mendirikan kubu-kubu pertahanan di Sarekei, Lingga, Kanowit, dan Sekrang. Dalam masa yang sama cukai beras dan garam dikenakan ke atas penduduk sekitarnya. Keadaan ini membangkitkan kemarahan pemimpin tempatan. Bagaimanapun James Brooke sudah bersedia menghadapi segala cabaran. Pada tahun 1843 hingga 1846, James Brooke talah melancarkan beberapa serangan ke atas pertempatan pribumi dengan mendapat bantuan daripada Angkatan Tentera Laut British. Antara tahun 1853 hingga 1861, James Brooke telah Berjaya mendapatkan kawasan pengaruh Sultan Brunei di Sarawak seperti Sadong, Saribas, Rajang, Lingga, Sekrang dan Tanjung Kidurong. Pada tahun 1895 James Brooke Berjaya mendapatkan Limbang secara tipu helah.
Sebenarnya penguasaan James Brooke diperkukuhkan lagi dengan perjanjian yang ditandatangani dengan pihak British pada tahun 1888. Menurut perjanjian ini British akan melindungi keluarga Brooke daripada serangan musuh, disamping itu Sarawak menjadi negeri naungan British. Dengan ini Brooke Berjaya memerintah Sarawak dengan bebas dan menguasai hal ehwal luar.
Penutup
Kedatangan James Brooke telah membawa perubahan pentadbiran daripada kesultanan Brunei kepada pentadbiran James Brooke. Pentadbiran bercorak Barat ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan yang akhirnya membawa Sarawak ke bawah pentadbiran langsung ditangan James Brooke
                                                             

Bahagian B


7.Huraikan adat yang diamalkan masyarakat Indonesia dan Vietnam sebelum kedatangan Barat.
Pengenalan
Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak dahulu kala yang menjadi amalan sesebuah masyarakat. Ia merupakan peraturan tidak bertulis yang mesti dipatuhi oleh sesebuah masyarakat. Adat ini boleh dikatakan sebagai system nilai yang menjadi pegangan sesebuah masyarakat dan ia berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Melanggar adat bermaksud melanggar ketentuan yang telah ditetapkan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu.
Bagi masyarakat Vietnam, mereka amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Bagi mereka keluarga merupakan asas terpenting. Seseorang itu dianggap ahli masyarakat kampung jika sekiranya dia telah menjadi ahli keluarga dalam kampung tersebut. Betapa pentingnya hubungan kekeluargaan ini dapat dilihat dari sudut kedudukan seseorang itu, jika mereka tersingkir daripada keluarga bermakna mereka ini tiada tempat dari segi kehidupan di dunia atau kerohanian.
Masyarakat Vietnam juga mempunyai adat menjual anak atau menyewa tenaga mereka untuk mendapatkan wang. Bagi mereka adat ini sah kerana amalan Confucius yang mereka amalkan selama ini menekankan bahawa anak-anak perlu taat setia kepada bapa atau orang yang lebih tua tanpa banyak soal. Setiap ahli keluarga diharap dapat membantu sesama anggota keluarga. Mereka yang kurang bernasib baik akan dibantu oleh saudara mara mereka. Harta kekayaan akan dibahagi sasama ahli keluarga. Ini membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan amat dipentingkan dalam masyarakat Vietnam.
Jika dilihat dari sudut adat perkahwinan pula, bakal pengantin lelaki tidak berhak memilih calon isteri. Mereka hanya menerima sahaja calon isteri yang dicadangkan kepada mereka. Bagaimanapun poligami dibenarkan jika sekiranya isteri yang dikahwininya itu tidak mempunyai zuriat. Ini membuktikan bahawa masyarakat Vietnam mementingkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat Vietnam juga mengutamakan adat pemilikan tanah. Tanah bagi mereka bukan milik individu tetapi hak bersama. Ini bermakna keluasan sebuah tanah dikongsi secara beramai-ramai. Seseorang yang mengusahakan tanah disesuatu kawasan tidak akan dikeluarkan daripada kampungnya. Namun demikian pemilikan tanah secara besar-besaran dikuasai golongan pembesar dan pengutip cukai yang akhirnya membawa penindasan kepada golongan petani.
Dalam masyarakat Indonesia pula terdapat adat bagi wanita hamil. Apabila kandungan sudah mencapai tujuh bulan diadakan upacara mandi hamil. Dalam upacara ini, wanita hamil tersebut dikehendaki menyediakan rojak dan menjualnya kepada para tetamu. Harga rojak dibayar dengan atap genting. Adat ini sebenarnya mengajar sifat berjimat cermat kepada bayi yang dalam kandungan. Rasa rojak pula menentukan jantina bayi dalam kandungan. Jika rasa rojak itu masam bermakna bayi yang akan dilahirkan itu lelaki dan jika manis pula bayi yang akan dilahirkan perempuan. Wanita hamil ini pula akan diberikan makanan yang khusus dan tidak dibenarkan menyentuh benda tajam kerana bimbang akan memudaratkan anak. Para tetamu juga tidak dibenarkan memberi hadiah kepada bayi yang baru lahir kerana bimbang akan membawa keburukan kepada bayi tersebut
Disamping itu masyarakat Indonesia juga mengamalkan adat menyambut kelahiran bayi. Dalam upacara ini, mereka akan meletakkan pelbagai bahan di hadapan bayi untuk melihat apa yang disukai bayi yang baru lahir itu. Upacara ini sebenarnya untuk meramal nasib bayi tersebut. Bayi juga dibekalkan dengan azimat berupa benang yang dililit dilengan atau dileher bagi mengelakkan daripada dirasuk unsur-unsur jahat. Selain itu, bayi tersebut disapau dengan jamu khas setiap hari supaya terhindar daripada makhluk halus.
Orang Indonesia amat memuliakan tetamu. Mereka akan menjemput tetamu makan bersama sebelum ahli keluarga mula menjamah makanan. Bagi mereka memakan makanan bersendirian dianggap biadab. Tetamu dimuliakan dengan memberi layanan istimewa dan makanan yang dihidangkan pula berdasarkan kemampuan tuan rumah. Biasanya makanan akan dihidangkan di atas tikar anyaman yang dibentangkan ditengahtengah dapur. Mereka akan duduk bersila sambil menikamti hidangan yang disediakan.
Bagi masyarakat Indonesia yang mengamalkan adat minangkabau, mereka mengamalkan adat memilih pemimpin. Pemilihan ketua kampung berdasarkan system persaudaraan suku masyarakat tersebut. Kedatangan Islam menyebabkan berlakunya sedikit pertentangan dalam pemilihan ketua ini kerana pangkat dan taraf yang diberikan oleh kuasa adat tidak sama dengan taraf yang ditentukan oleh hokum syarak. Hubungan diantara pemimpin puak dengan ketua kampung yang berlandaskan adat ini ditentang oleh pemimpin agama
Penutup
Sesungguhnya adat telah mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat. Perbezaan adat melambangkan perbezaan budaya dalam sesebuah masyarakat dan secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. Namun demikian dengan kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah memperkayakan lagi adat tempatan.

8.Huraikan sistem ekonomi sara diri yang dijalankan di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat.                                                                                                                           
Pengenalan
Kegiatan ekonomi yang dijalankan di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat bercorak tradisional iaitu kegiatan pertanian sara diri. Antara tanaman yang ditanam ialah padi, tanaman makanan, penternakan, perikanan dan kegiatan perdagangan. Peralatan yang digunakan biasanya menggunakan peralatan tradisional dan hasil yang dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan keluarga. Jika terdapat lebihan ia akan diperdagangkan melalui system barter.
Isi

Penananaman padi merupakan kegiatan yang penting di India. Terdapat dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi Sawah biasanya ditanam di kawasan lembangan sungai dan berpaya terutama sekali di lembah Sungai Ganga, Indus dan Mahanadi. Wilayah Benggal di Timur Laut India dikatakan menjadi kawasan utama penanaman padi sawah. Penanaman padi Sawah juga ditanam di seluruh benua India, kawasan-kawasan lain termasuklah di lembah Sungai Godavari dan Sungai Krishna di bahagian tangah India. Sementara penanaman padi Huma pula biasanya dijalankan di kawasan berbukit terutamanya di daerah pedalaman Darawak.

Selain padi, penduduk India juga menanam sayur-sayuran, kekacang, ubi, teh, gandum dan sekoi. Indigo juga ditanam terutama sekali di bahagian Selatan India. Tebu ditanam di daerahBihar dan Benggal. Bengal pada satu ketika dahulu merupakan pusat industri gula pada pertengahan abad ke-18
Kegiatan perikanan dijalankan di sungai-sungai, pesisir pantai dan tasik seluruh Negara. Sungai Ganga dan Sungai Indus merupakan kawasan utama penangkapan ikan selain pesisir pantai. Ikan merupakan sumber protein utama penduduk India. Peralatan yang digunakan biasanya menggunakan jala, bubu dan pancing. Mereka juga menjalankan kegiatan perikanan di kawasan Laut Arab dan Teluk Benggala.
Kegiatan penternakan juga dijalankan di India sama ada sebagai kegiatan utama mahupun sampingan. Biasanya binatang ternakan diberi makan rumput di persekitaran kampong mereka. Antara binatang ternakan yang dipelihara termasuklah lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain
Binatang ternakan bukan sahaja sebagai sumber protein, malah digunakan untuk kerja-kerja membajak, pengangkutan serta membekalkan baja organic abgi aktiviti pertanian. Daripada bancian yang dibuat pada tahun 1872, didapati terdapat 68.5% penduduk lelaki dewasa terlibat dalam sector pertanian. Bagaiamanapun hasil pengeluarannya rendah kerana masih menggunakan peralatan atau system tradisional. Masalah kasta dan penindasan golongan Zamindar menyebabkan petani di India kekal dalam kemiuskinan.
Kapas merupakan bahan perdagangan yang penting di India meskipun ia merupakan kegiatan ekonomi sara diri. Kapas merupakan sumber asas terpenting dalam pembuatan kain sejak berabad lalu. Terdapat dua jenis kain kapas iaitu kain calico dan muslin yang dikeluarkan dari daerah Dacca, Lucknow, Patna dan Midnapore. Kain bafta, dhoti, dan chintz dihasilkan di barat laut India. Kegaitan perdagangan berasaskan kapas ini berlanjutan sehingga abad ke 20. Terdapat juga barang dagangan lain seperti minyak wangi, the, jut dan kain pelikat. India mempunyai hubungan perdagagan dengan Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Aktiviti perlombongan turut dijalankan di India secara kecil-kecilan. Antara yang dilombong ialah emas dan besi. Penduduk India turut melakukan kegiatan perlombongan garam di Punjab.

Di Filipina kegiatan penanaman padi juga merupakan kegiatan pertanian yang penting kerana padi merupakan makanan utama penduduk Filipina. Dua perlima daripada tanah di Kepulauan Filipina digunakan bagi penanaman padi. Terdapat dua jenis padi yang diusahakan di Filipina iaitu padi Sawah dan padi Huma. Padi biasanya ditanam di lembangan sungai dan berpaya serta dataran subur terutama sekali di Dataran Manila. Padi awah bergantung pada air hujan dan system saliran semula jadi terutamanya sungai.
Penanaman padi huma dijalankan di kawasan berbukit terutamanya di kawasan pedalaman Filipina. Tanaman ini biasanya dijalankan secara tanaman pindah (caingin) yang melibatkan aktiviti tebang dan bakar.

Tanaman makanan lain yang diusahakan oleh penduduk Flipina adalah tanaman sayuran, kekacang dan kelapa. Keladi, jagung dan ubi merupakan antara tanaman utama pertanian pindah yang dijalankan di Mondoro. Tanaman lain yang diusahakan termasuklah abaka atau Manila Hem. Abaka digunakan untuk menghasilkan gentian bagi membuat tali dan kain.Kawasan utama penanaman abaka adalah Mindanao. Kelapa ditanam dengan banyaknya di Filipina. Hasil daripada pokok kelapa telah dipelbagaikan untuk menambahkan pendapatan.Mereka menghasilkan kelapa kering dan minyak kelapa.
Aktiviti perikanan dijalankan di sungai, tasik dan kawasan pesisir pantai. Nelayan Filipina menggunakan kaedah tradisional dalam penangkapan ikan iaitu menggunakan jala, bubu dan pancing. Bentuk muka bumi yang berpulau sangat sesuai untuk kegiatan perikanan.
Kegiatan penternakan juga dijalankan di Filipina. Antara binatang ternakan yang dipelihara ialah lembu, kambing, ayam, itik dan tidak lupa pula babi. Selain digunakan sebagai sumber makanan, binatang ternakan juga digunakan untuk kerja-kerja membajak, alat pengangkutan serta membekalkan sumber baja organic
Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perusahaan ringan secara kecil-kecilan.Antara kegiatan yang dijalankan termasuklah menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin termasuk daripada emas. Mereka juga menjalankan kegiatan menganyam tikar, bakul, menyulam dan menenun kain. Terdapat juga penduduk Filipina yang terlibat dengan perusahaan membina kapal.
Kegiatan perdagangan di Filipina dikuasai oleh golongan pemerintah, golongan bangsawan dan penghulu. Mereka terlibat dengan perdagangan kelapa kering, mutiara, pinang dan lain-lain. Para pedagang Filipina menjual kulit kura-kura, mutiara dan pinang kepada pedagang-pedagang China manakala pedagang China membawa masuk tembikar, sutera dan manik ke Filipina.
Terdapat juga kegiatan perlombongan di Filipina. Antaranya tembaga dilombong di Toledo iaitu di tengah Cebu. Bijih timah dilombong di Surigo yang terletak di utara Mindanao. Kegiatan perlombongan di sini dijalankan secara kecil-kecilan dan menggunakan peralatan tradisional
Kesimpulan
Kegiatan ekonomi sara diri merupakan kegiatan yang penting di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat. Apabila Barat menguasai kedua-dua buah negeri ini. Pertanian secara komersil diperkenalkan dan ini telah membawa kepada perubahan kaedah pertanian tradisional kepada kaedah yang moden. Hasilnya telah member keuntungan yang besar. Namun begitu keuntungan yang besar ini hanya dinikmati oleh Barat sedangkan penduduk tempatan terus kekal kemiskinan.

9.Bincangkan kepentingan Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian  Bowring ke atas negara Jepun dan Thailand.                                                                                                               
Pengenalan
Abad ke 19 menandakan permulaan kepada persaingan kuasa-kuasa imperialis Barat untuk meneroka dan menguasai bahan-bahan mentah di Asia. Jepun dan Thailand merupakan dua buah negara yang menjadi sasaran Barat untuk memperluaskan penguasaan mereka dalam bidang ekonomi. Termenterainya perjanjian Kanagawa dan Bowring bermakna berakhirlah dasar isolasi yang diamalkan oleh kedua-dua buah Negara tersebut. Perjanjian-perjanjian ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas kedua-dua buah negara tersebut dalam hubungannya dengan negara-negara Barat

Isi
Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat pada 31 Mac 1854. Dengan perjanjian ini bermakna Jepun dengan secara rasminya telah menamatkan dasar pemencilan yang diamalkan sebelum ini.
Perjanjian ini juga telah membawa kepada pembukaan beberapa pelabuhan iaitu Shimoda, Hakodate dan Nagasaki kepada Negara-negara barat. Kadar cukai import dan eksport ditentukan oleh Jepun, malah Amerika Syarikat diberi layanan istimewa dengan mendapat hak wilayah asingan.
Perjanjian Kanagawa juga dianggap sebagai perintis ke arah hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat yang lain dan ini terbukti daripada beberapa siri perjanjian yang telah ditanda tangani Jepun dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian dengan British (1854), Perjanjian dengan Rusia (1855) dan Perjanjian dengan Belanda (1856)
Dengan adanya perjanjian-perjanjian yang sebegini bermakna Jepun mula menjalin hubungan diplomatic dengan Negara British, Amerika Syarikat, Belanda, Rusia dan Perancis. Tindakan sebegini terpaksa diambil demi menyelamatkan Negara Jepun dari kuasa asing seperti yang dialami Negara China dalam Perang Candu I. Malah dasar terbuka ini telah membawa menafaat yang besar kepada Jepun dalam pelbagai aspek seperti pentadbiran, ketenteraan, ekonomi dan social terutamanya semasa era pemerintahan Maharaja Meiji. Ini bermakna Negara Jepun merupakan sebuah Negara di Asia Timur yang terselamat daripada ancaman dan pencerobohan kuasa-kuasa Barat.
Walaubagaimanapun, pembukaan Jepun kepada kuasa-kuasa Barat telah menimbulkan beberapa masalah dalam Negara. Kedatangan orang-orang Barat yang semakin bertambah dan ini menimbulkan perasaan benci orang Jepun kepada orang-orang Barat yang akhirnya membawa kepada gerakan anti Barat
Perjanjian Kanagawa juga merupakan detik awal kepada kejatuhan Shogun Tokugawa. Kelemahan pentadbiran Shogun Tokugawa telah memberi kesempatan kepada Satsuma, Toza, Chosu dan Hizen untuk bangun menentang pentadbiran Syogun. Kuasa-kuasa Barat turut menyalahkan Syogun Tokugawa berikutan gerakan anti Barat. Desakan-desakan dan tekanan-tekanan yang dihadapi ini menyebabkan akhirnya Shogun Tokugawa meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Maharaja Meiji.
Di Thailand pula, Perjanjian Bowring yang ditandatangani antara Thailand dengan British telah menamatkan dasar pintu tertutup yang diamalkan selama ini. Malah Thailand telah membuat perjanjian perdagangan dengan Negara-negara lain seperti Belgium, Perancis, Rusia, Portugal dan Belanda.
Disamping itu sector ekonomi Thailand berkembang dengan pesatnya. Thailand telah menjadi pengeksport utama beras dan kayu jati. Pada masa yang sama Thailand turut mengimport alat-alat ganti jentera, peralatan pengangkutan besi keluli dan sebagainya. Kegiatan ekonomi moden yang pesat ini telah membawa kepada kemerosotan kegiatan ekonomi sara diri. Penguasan ekonomi Thailand oleh orang Cina mula merosot. Kegaitan monopoli perdagangan kini diambil alih oleh pedagang-pedagang British.
Perjanjian Bowring juga telah membawa kepada pengenalan system kewangan moden. System perbankan diperkenalkan bagi memudahkan kegiatan perdagangan. Mata wang Bath mula digunakan semasa pemerintahan Raja Mongkut. Perubahan susunan kewangan kerajaan Thailand telah mengubah system cukai dan menamatkan monopoli perdagangan oleh golongan bangsawan dan kerajaan Thailand.
Kesan Perjanjian Bowring ini telah membawa kepada lebih daripada dua puluh perjanjian antara Thailand dengan kuasa-kuasa Barat yang telah membawa kesan lain iaitu kuasa Barat boleh mendirikan konsul mereka, menyebarkan agama Kristian dan kapal-kapal boleh berlabuh di pelabuhan Thailand.
Pemerintah Thailand yang dikatakan berpandangan jauh ini telah menjalankan proses pembaratan, membuka peluang perdagangan dengan kuasa asing, menamatkan pemencilan menyebabkan Thailand satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya.

Penutup
Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring telah membawa lembaran baru kepada kedua-dua negara tersebut. Menerusi perjanjian-perjanjian ini Jepun dan Thailand telah menjadi sebuah negara yang moden dan mula menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat atas prinsip persamaan taraf.

10.Bincangkan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh negara China dan Jepun.

Pada umumnya. kebanyakan Negara-negara di Asia seperti Thailand. China. dan Jepun mengamalkun dasar tutup pintu terhadap kuasa-kuasa Barat. Negara-negara berkenaan mengamalkan dasar tersebut kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar khususnva barangan Barat. Ini kerana mereka mengamalkan ekonomi sara diri dan mempunyai sumber bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya. Selain itu. Mereka juga bimbang kuasa Barat akan campur tangan dalam arena politik tempatan di samping kebimbangan terhadap perkembangan agama Kristian akan mencemarkan kebudayaan tempatan Di samping itu. negara China pula menganggap mereka sebagai Middle Kingdom sementara Negara-negara lain sebagai barbarians,. laitu tidak bertamadun. Oleh itu. China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan negara-negara barat.

China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19China juga mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar dihadkan dan dikawal ketat sebaliknya pihak Barat pula mengamalkan perdagangan bebas kerana ia merupakan hak bagi semua bangsa. China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-barang dari Barat. Selain itu, ia mempunyai kawasan luas untuk bekalan sumber asli seperti hasil pertanian untuk barangan makanan, galian. dan sebagainya. Di samping itu. China juga tidak senang terhadap tindak-tanduk di kalangan saudagar Barat yang kurang sopan seperti tidak menghormati amalan budaya China.
Sehubungan dengan itu. banyak sekatan dikenakan ke atas perdagangan Barat seperti perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Cohong. iatu sekumpulan wakil perdagangan yang diakui dan diberi hak oleh kerajaan China. pedagang Barat juga hanya dibenarkan berdagang di Canton. Di samping itu. saudagar barat tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas untuk menjalankan kegiatan perdagangan di pedalaman China. Sekatan yang dikenakan oleh China telah menyukarkan pedagang-pedagang Barat. Misalnya Cohong yang menjadi wakil perdagangan China telah melakukan penipuan dan penindasan seperti mengambil kesempatan membeli barangan British dengan harga yang rendah dan menjualkannya dengan harga yang tinggi. mereka juga melakukan pemerasan dan rasuah. Mereka sering berhutang dengan saudagar-saudagar asing tetapi hutang tersebut tidak dijelaskan dengan sempurna. Sebaliknya. saudagar Barat memerlukan barangan China seperti tehdan sutera tetapi China tidak memerlukan, barangan Barat, ini menjadikan perdagangan tidak seimbang antara kedua-dua belah pihak dan keadaan ini telah membimbangkan saudagar Barat, khususnya saudagar British. Utusan-utusan perdagangan pihak Barat khususnya British yang dihantar untuk merundingkan penyelesaian segala masalah yang timbul semuanya menemui kegagalan.
Namun demikian desakan pihak Barat untuk memperoleh barangan China serta keinginan menjadikan China sebagai pasaran bagi barangan kilang semakin kuat. Keadaan ini disokong pula bahawa abad ke-19 merupakan abad peluasan kuasa politik Barat. Oleh itu, Barat mula memikirkan cara-cara menggunakan kekerasan untuk memasuki China dan membuka pintu perdagangan China. Ini penting kerana Barat memerlukan. perdagangan seimbang dengan China Cara kekerasan yang digunakan oleh Barat untuk membuka pintu China ialah melalui perisytiharaan Perang Candu 1. China tewas dalam peperangan tersebut. dan ini telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking 1842 di antara China dengan British. Antara syarat Perjanjian Nanking ialah lima pelabuhan dibuka kepada pedagang Barat khususnya British, iaitu -Shanghai. Amoi. Canton. Foochow dan Ningpo. Hong Kong pula diserahkan kepada Inggeris. Monopoli perdagangan Cohong dihapuskan. China dikehendaki membayar ganti rugi peperangan sebanyak S21 Juta. serta cukai 3% ad valoren untuk barangan import dan 5% untuk barangan eksport. Hubungan perdagangan dengan pihak Barat juga mesti dijalankan atas dasar sama taraf. Dalam hal ini, China yang tewas dalam peperangan tersebut terpaksa menandatangani perjanjian tersehut dengan pihak British. Selain itu. China juga kemudiannya terpaksa menandatangani perjanjian dengan negara-negara Barat lain seperti Amerika Syarikat. dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Norway, Sweden dan Rusia. Semua perjanjian tersebut amat merugikan China kerana kuasa asing telah mendapat banyak konsesi. Di samping itu. Perjanjian Nanking telah menamatkan dasar tutup pintu ataupun zaman pemencilan China yang telah berjalan berkurun-kurun lamanya.

Sebaliknya. dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868. Dasar pemencilan ini berjalan selama kira-kira 250 tahun lamanva dan boleh dikatakan sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Dalam jangka masa itu. Jepun menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia yang lain. misalnya Filipina oleh Sepanvol. Burma oleh Inggeris. Vietnam oleh Perancis dan sebagainya. Selain itu, Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Di samping itu. wujud persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh yang demikian. Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri. malahan orang .Jepun sendiri tidak dibenarkan keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana .Jepun tiada kepentingan perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun.
Dasar buka pintu .Jepun pula dapat dilihat melalui perubahan dasar dalam kurun ke-19 dengan percubaan Amerika Syarikat mengadakan perhubungan dengan Jepun melalui Komodor Perry pada tahun 1853. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun di atas factor-faktor tertentu. antaranya ialah kegiatan kapal-kapal nelayan yang rnenangkap ikan paus dan anjing laut. Kapal-kapal nelayan mereka seringkali memasuki perairan Jepun dan anak-anak kapal berkenaan sering berlindung di pantai .Jepun apabila berlaku cuaca buruk atau kapal mereka karam dipukul ribut Malangnya mereka telah menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa Jepun. Selain itu. kapa1- kapal dagang Amerika yang menggunakan laluan Lautan Pasifik dalam perdaganganya dengan China memerlukan pelabuhan persinggahan untuk mendapatkan bekalan arang batu. bekalan makanan dan untuk membaik pulih kerosakan. Sehuhungan dengan itu. Keshogunan Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Arnerika Syarikat kerana ia lebih kuat dari segi ketenteraan. Untuk tujuan itu. Komondor Perry telah diutuskan ke Jepun untuk merundingkan hal ini pada tahun I853 dan disusuli kemudian pada tahun 1854 dengan angkatan perang yang Iebih besar dan pihak .Jepun memaklumi tujuan tersebut Ekoran itu Perjanjian Kanagawa di tandatangani pada 31 Mac 1854 yang menandakan bermulanya era buka pintu Jepun. Antara syarat-syarat Perjanjian Kanagawa ialah dua buah pelabuhan dibuka, iaitu Shimoda dan Hokadate di samping Nagasaki bagi mendapatkan bekalan bahan api dan makanan serta untuk membaik pulih kerosakan. Jepun juga hendaklah memberi layanan yang baik kepada kelasi-kelasi Amerika yang terdampar di pantai Jepun akihat dipukul ribut dan sebagainya. Selain itu. Amerika juga akan menempatkan seorang konsulnya di Shimoda bagi kemudahan pedagang-pedagang Amerika. Di samping itu, perdagangan terhad di bawah peraturan-peraturan Jepun di semua pelabuhan yang dibuka dan Amerika juga mendapat layanan hak wilayah asingan. Sementara itu. perjanjian tersebut telah menjadi asas penting dan membuka peluang kepada kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perjanjian dengan Jepun. Misalnya. perjanjian dengan Britain pada Oktober 1854, dengan Russia pada Februari 1855 dan dengan Belanda pada November 1855. Sehubungan dengan itu. Jepun mengamalkan dasar buka pintu secara rasmi pada zaman Meiji 1868. Langkah ini telah dapat mengelakkan Jepun daripada menerima nasib buruk seperti China dan Burma yang telah ditakluki oleh British. Namun demikian. dasar buka pintu ini bermakna Jepun terpaksa menerima kemasukan pengaruh Barat sama ada dalam sistem politik mahupun sistem ekonomi.
Sebagai kesimpulannya. terdapat kepentingan-kepentingan tertentu yang menyebabkan kedua-dua kuasa menjalankan dasar tutup pintu dan juga dasar buka pintu. Namun demikian, China yang dibuka secara paksa melalui peperangan telah banyak merugikan negara berkenaan sama ada dari segi politik mahupun ekonomi dalama jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Sehaliknya, Jepun yang menjalani proses buka pintu secara rundingan telah berjaya menjadikan negara itu sebuah negara yang maju dan kuat pada zaman pemrintahan Meiji dan setenusnya