ahlan wa sahlan

PASTIKAN HIDUP ANDA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Monday 26 March 2012

Peranan Golongan Bangsawan di Asia


PERANAN GOLONGAN BANGSAWAN DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL DI ASIA TENGGARA DAN ASIA TIMUR.

Dalam hierarki masyarakat dan pemerintahan di Asia, kedudukan kelas pertengahan yang terdiri daripada golongan bangsawan begitu penting sekali.  Golongan pembesar merupakan tulang belakang bagi system pemerintahan sesebuah negara kerana golongan ini bertanggungjawab membantu raja atau maharaja.  Selain itu, golongan bangsawan juga bertanggungjawab terhadap orang di bawahnya.  Golongan bangsawan juga menjaga kepentingan ekonomi negara, khususnya hal ehwal percukaian dan perdagangan.  Peranan golongan bangsawan dalam aspek ketenteraan juga tidak boleh dinafikan kerana sebahagian besar pembesar terlibat secara langsung dalam peperangan.  Terlalu banyak istilah yang digunakan bagi mewakili golongan bangsawan dan berlainan pula gelarannya di Asia Tenggara dan Asia Timur, namun peranan merekan tetap sama.

 Sumatera

Acheh khususnya,  golongan bangsawan sangat penting dalam bidang pemerintahan dan juga pertahanan negara.  Pembesar di Acheh dikenali sebagao Uleebalang yang bertugas sebagai pengawai peribadi kepada raja. Uleebalang akan mengiringi raja dalam urusan di luar istana untuk menjaga keselamatan raja.  Contoh Uleebalang yang terkenal di Acheh ialah Raja Pakeh Dalam.

Myanmar

Golongan bangsawan yang bertindak dalam system pemerintahan lebih memperlihatkan keutuhan status golongan ini.  Ini kerana pembesar mempunyai fungsi sendiri dan membentuk suatu kerjasama antara pembesar.  Terdapat beberapa jawatan yang disandang oleh golongan pembesar seperti raja Muda, Wungyi, Wundauk, Antiwun dan lain-lain.  Setiap daripada mereka mempunyai pengkhususan tugas masing-masing tetapi saling membantu.  Contohnya, Wundauk membantu Wungyi dalam menguruskan pentadbiran negara.

Vietnam

Golongan bangsawan Vietnam dikenali sebagai Quan.  Quan mengetuai sebuah kementerian.  Contohnya, pada masa Dinasti Nguyen terdapat enam kementerian iaitu hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara Keagamaan, Kehakiman dan Pertahanan.  Selain itu, terdapat juga pembesar yang dilantik untuk menjalankan pemerintahan di peringkat daerah.  Pembesar peringkat ini bertugas memungut cukai, menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat, termasuk juga kerja pemilihan tentera untuk negara.

Siam

Golongan yang menjadi wakil kepada raja untuk menjalankan dasar-dasar kerajaan dikenali sebagai Khunnang.  Para pembesar akan mengetuai sebuah jabatan atau krom. Pembesar yang memegang jawatan sebagai ketua jabatan akan menerima gelaran tertentu daripada raja.  Contohnya, ketua Jabatan  Perhutanan memakai gelaran Samuha Phra Kalahon yang turut bertanggungjawab terhadap wilayah selatan Siam, manakala wilayah utara dikawal oleh Ketua Krom Mahattaj.  Pembesar yang berpangkat rendah tidak kurang pentingnya menyumbang tenaga bagi melicinkan pentadbiran negara khususnya dalam urusan tanah, kewangan dan hal ehwal di istana.

Jepun

Pembesar di Jepun lebih berkuasa jika dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia.  Mereka terlibat secara langsung dalam aspek pertahanan dan ketenteraan. Golongan bangsawan yang dimaksudkan ialah Shogun yang membentuk pemerintahan bersifat militer(ketenteraan).  Keadaan ini wujud kerana rakyat memerlukan perlindungan daripada golongan pembesar yang terdiri daripada hulubalang.  Terdapat juga golongan bangsawan yang berperanan penting dalan ekonomi seperti Daimyo yang menjadi pembantu Shogun.  Mereka ini bertindak sebagai tuan tanah sekaligus menguasai tanah-tanah pertanian yang diuruskan oleh golongan samurai dan karo.  Golongan bangsawan Jepun menganggotai beberapa badan pentadbiran negara seperti Majlis Penasihat agung, Majlis Tertua dan Majlis Kehakiman.

China

Golongan pembesar di China pula lebih mementingkan kelayakan akademik.  Keadaan ini wujud kerana pengaruh dari ajaran confuciuos.  Golongan bangsawan yang berpendidikan tinggi akan lebih mudah mendapat tempat dalam institusi pemerintahan, bahkan masyarakat lebih memandang mulia kepada golongan penjawat awam yang mempunyai pendidikan tinggi.  Golongan bangsawan memainkan peranan penting dalan bidang ketenteraan dan ada yang menjadai pembesar daerah untuk memastikan wilayah tersebut terjamin keamanan dan keselamatannya.  Adunan antara golongan pembesar daripada kalangan tentera dan sarjana telah memantapkan politik negara China yang besar serta tidak mempunyai sistem pemerintahan secara berpusat itu.



Para pembesar memainkan peranan yang begitu p[enting dan menjadi nadi penggerak dalam sesebuah kerajaan.  Sebahagian besar daripada golongan bangsawan terdiri daripada kaum kerabat diraja.  Oleh yang demikian, mereka perlu berkhidmat dengan penuh taat setia demi kepentingan dinasti mereka.  Mereka bertenggungjawab dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan hubungan baik dengan golongan bawahan.  Walau bagaimanapun, peranan golongan bangsawan mulai terhapus apabila kuasa-kuasa Barat menguasai negara-negara Asia.

Saturday 24 March 2012

Kesan Kemasukan imigran dari sei sosio-ekonomi

Kesan sosio-ekonomi kemasukan imigran
Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau
bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke negara kita. Kemasukan orang Cina dan India disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu. Mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana keperitan hidup di negara asal mereka. Malahan British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Kehidupan yang selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap
secara terus. Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu.

Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu pesat. Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kira 500 000 orang. Setelah kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu, jumlah penduduk bertambah menjadi 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan situasi masyarakat majmuk di negara kita. Kehidupan mereka bercorak berasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka. Orang India pula tinggal di kawasan ladang-ladang getah. Sedangkan penduduk tempatan, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai.

Di samping itu, kesan kemasukan orang Cina dan orang India ialah kewujudan sistem persekolahan yang tidak seragam dan menyulitkan pemerintahan British menguruskan persekolahan di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular telah berkembang dengan pesat. Orang Cina dan orang India membuka sekolah masingmasing. Mereka menggunakan sistem pendidikan yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak wujud sama sekali.

Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah masalah jenayah yang berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San dan Ghee Hin.


Selain itu, kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India ialah aktiviti pelacuran yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat aktiviti membawa wanita-wanita Cina dari negara China untuk dijadikan pelacur. Walaupun aktiviti tersebut hanya melibatkan orang Cina, tetapi sering menimbulkan keadaan tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan. Hal ini telah menyebabkan kemantapan politik terganggu. British telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pelacuran dan pergaduhan tersebut.

Kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah perekonomian semakin meningkat, khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Orang Cina dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di lombong bijih timah kerana kemahiran dalam aktiviti tersebut. Manakala orang India merupakan buruh yang mahir dalam perladangan getah. Selain itu, aktiviti perniagaan turut berkembang dengan pesat. Contohnya, orang Teochew dan Hakka merupakan peniaga yang telah membuka banyak kedai di kawasan bandar dan lombong bijih timah. Hal ini telah meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu.

Kesan seterusnya ialah pembentukan bandar-bandar baru. Orang Cina dan orang India membuat petempatan berkelompok di kawasan lombong dan ladang getah seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Seiring dengan kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan.

Di samping itu, kesan ekonomi kemasukan orang Cina dan India ialah meningkatkan kemajuan Tanah Melayu secara keseluruhannya. Orang Cina dan orang India banyak menetap di kawasan pantai barat Tanah Melayu. Malahan orang Cina dan India lebih banyak menetap di Pulau Pinang dan Singapura. Hal ini telah menyebabkan kedua-dua buah negeri tersebut berkembang dengan pesat. Contohnya, Singapura telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot.

Kesimpulannya, kemasukan orang Cina dan orang India telah memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu. Orang Cina dan India yang datang untuk memperbaik kehidupan mereka telah tinggal secara tetap di Tanah Melayu. Tidak dapat dinafi kan bahawa orang Cina dan orang India telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat majmuk. Mereka terlibat secara langsung dalam kehidupan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Kehidupan secara bersama antara kaum di Tanah Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum.

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia

Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.
A. Pengenalan (3/2 markah)

Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Rajaraja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

B. Isi
1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah)
Kegiatan Ekonomi Saradiri
a. Penanaman Padi.
 Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar.
 Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai.
 Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi.

b. Tanaman-tanaman Lain.
 Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.

c. Hasil hutan .
 Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.

d. Memburu binatang
 Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut.

e. Penternakan
 Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.

f. Perikanan
 Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan.
 Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat, sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai, jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala, jaring kelong dan rawai.

Kegiatan ekonomi komersial.
a. Padi dan beras.
 Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain.
b. Hasil Hutan
 Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dan sebagainya.

Kegiatan pertanian dagang.
a. Lada hitam dan gambir
 Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai.

ii. Kopi
 Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.


b. Tanaman jualan lain
 Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19.

Kegiatan Perlombongan
a. Bijih Timah
 Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan; Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor.

b. Emas.
 Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera.

B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )
Kegiatan Ekonomi Sara diri.
a. Penanaman Padi.
 Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan.
 Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain.
 Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan
 Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

e. Perdagangan.
 Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu.

Kegiatan ekonomi komersial
a. Lada hitam
 Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
 Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia.

b. Gambir.
 Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil.

c. Sagu.
 Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan.
 Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )
Kegiatan ekonomi sara diri
a. Penanaman Padi
 Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan
Bajau.

b. Tanaman-tanaman lain
 Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”
c. Pertukangan
 Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda.
d. Perikanan
 Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.
e. Penternakan
 Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan.
Kegiatan Ekonomi Komersial
a. Tembakau
 SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
 Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan.
 Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

C. Penutup ( 2/3 markah )
Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang.

Thursday 15 March 2012

Pendidikan di Tanah Melayu antara tahun 1874-1941


Perkembangan pendidikan  di Tanah Melayu di antara tahun 1874-1941

Pengenalan
·         Campur tangan British 1874 menandakan bermulanya pendidikan berbentuk secular di Tanah Melayu.
·         Pemerintahan British memberi keutamaan kepada aspek pendidikan.
·         1874, sekolah-sekolah sudah mula dikelolakan oleh para mubaligh Kristian dan orang perseorangan.  Antara sekolah tersebut ialah Penang free School(1826), St Xavier’s Institution dan Penang Convent School(1850). Semuasumber dari tabung sendiri atau dari kerajaan Negeri-negeri Selat.
·         Menjelang pengukuhan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu(1874), satu system pendidikan kepada pendidikan Melayu dan Inggeris diperkenalkan.

Isi
1.       Pendidikan Melayu
-          Sekolah Melayu berbentuk secular.
-          Sebelum 1874, kanak-kanak Melayu hanya medapat pendidikan agama. Ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah ala secular
-          Jun 1891, undang-undang diluluskan di Selangor untuk mewajibkan kenak-kanak Melayu dalam lingkungan 7-14 tahun menghadiri sekolah yang berada dalam jarak 1-2 batu dari rumah.
-          1900 dan 1916, Ng. Sembilan dan Perak mengambil langkah itu.  Sungai Ujong menyediakan sekolah percuma dan wajib di peringkat sekolah rendah pada 1891.  Ng. Perak mempunyai bilangan sekolah terbanyak dan negeri pertanma menubuhkan jabatan Pendidikan di bawah seorang Inspektor.
-          Di Negeri2 Melayu Bersekutu(NNMB), mencapai kejayaan manakala NNM Tidak Besekutu ketinggalan.  Sekolah Melayu di Kedah (1897), Kelantan (1903) dan Terengganu (1915).
-          Kedatangan R.J. Wilkinson mencadangkan peluasan penggunaan huruf rumi
-          1905, beliau menubuhkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar bagi golongan diraja dan pembesar yang menyediakan pendidikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
-          Sehingga 1907, di Perak 153 buah sekolah, Selangor (43), Negeri Sembilan (47) dan Pahang(23).
-          1898, sebuah Pusat latihan Guru-guru Melayu ditubuhkan.  1922, sebuah pusat latihan guru-guru serba moden ditubuhkan di Tanjung Malim iaitu Kolej Latihan Sultan Idris.
-          Sebuah institusi latihan ditubuhkan untuk perempuan pada tahun 1935 di Melaka.
-          Perkambangan pesat penubuhan kolej2 latihan dan sekolah selepas tahun 1920 menyebabkan permintaan untuk pendidikan melayu bertambah antara tahun 1935-1945.

2.       Pendidikan Cina
-          Perhatian kurang diberikan kepada pendidikan Cina sebelum tahun 1920 oleh Inggeris.
-          Sumber kewangan untuk mengurus sekolah datangnya daripada para dermawan komuniti Cina. Kemudahan sekolah ini amat berkurangan.
-          Bahasa penghantar ialah bahasa mandarin, Kantonis dan Hokkien.
-          Revolusi 1911, sekolah Cina mempunyai pengaruh yang berleluasa dalam kalangan komunis Cina tempatan.
-          Sekolah2 Cina menjadi alat propaganda Barat. 1920, diadakan undang2 yang mewajibkan pendaftaran dan pengawasan ke atas sekolah2 CVina dan para tenaga pengajarnya.
-          Sebuah jabatan kecil ditubuhkan di bawah pegawai daripada Perkhidmatan AwaM Malaya.
-          1924, bantuan kewangan diberi oleh kerajaan NNMB. 1938 -$340 000 di berikan kepada sekolah2 di NNS dan NNMB.
-          NNMTB tidak mempunyai system pemberian bantuan kewangan kepada sekolah2 Cina.
-          1938, di johor seramai 14 423 orang murid dengan bilangan sekolah sebanyak 245.  Di NNMB ada 497 sekolah dengan 44 367 orang murid.

3.       Pendidikan India
-          Kerajaan NNMB menyediakana kemudahan kepada penubuhan sekolah2 Tamil. Tujuannya untuk menggalakkan mereka bermastautin di Malaya serta mewujudkan tenaga buruh.
-          Kebanyakan sekolah tamil berada dalam kawasan perladangan dan bandar.
-          1905, NNMB ada 17 buah sekolah(13 kerajaan, 4 swasta). 1907,  sudah ada 17 buah sekolah kerajaan dengan 715 orang murid.
-          1912, NNMB meluluskan Kod Buruh. Pemilik2 ladang wajib menyediakan kemudahan pendidikan (7-14 tahun) dan NNMB beri bantuan kewangan.
-          Taraf pendidikan di sekolah2  tamil dalah rendah. Keadaan sekolah, gaji tidak memuaskan. 1938, Srinivasa Sastri mengkritik keadaan ini.
-          Pendidikan India hanya setakat sekolah rendah sahaja.

4.       Pendidikan Inggeris
-          Pentadbiran Inggeris memberi perhatian yang khusus kepada pendidikan Inggeris. Sekolah inggeris ditubuhkan oleh golongan mubaligh dan kerajaan Inggeris.
-          1896, di perak ada 10 buah sekolah manakala di NNMTB tidak ada sekolah. 1900, NNMB ada 24 buah sekolah. 1919, NNMB ada 80 buah sekolah(17 buah sekolah kerajaan dan 63 buah sekolah mubaligh).
-          Sekolah2  Inggeris menyediakan pendidikan sehingga peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia.
-          Kadar yang dikenakan ialah dari 25 sen hingga $1 sebulan.  Kos pentadbiran diperoleh dari tabung mubaligh.
-          Sekolah Penang Free School dan Victoria Institution mendapat bantuan kewangan kerajaan. Jangka masa antara Perang Dunia 1 dan 2 pendidikan Inggeris berkembang maju.

5.       Lain-lain bidang
-          1926, JAbatan  Pendidikan mengambil alih Sekolah Teknik ynag ditubuhkan oleh Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur.
-          1931, Sebuah Sekolah Pertanian di Serdang.
-          1928, Kolej Raffles ditubuhkan di Singapura dan dibuka kepada semua masyarakat TM.
-          1949, Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura.

Kesimpulan
-          Perkembangan pendidikan selepas tahun 1874 tidak seimbang. Pentadbiran Inggeris lebih memberi tumpuan kepada pendidikan Inggeris sehingga ke peringkat university.
-          Pentadbiran British menyediakan asas perkembangan pendidikan moden di TM.

komposisi penduduk akibat perkembangan bijih timah dan getah

Kepadatan penduduk akibat perkembangan bihij timah dan getah menjelang 1921

Pengenalan
Penduduk Tanah Melayu meningkat dari 2.3 juta pada tahun 1911 kepada 4.9 juta pada tahun 1941 akibat kemasukan buruh India dan Cina.
Perkembangan industri dan  getah memerlukan tenaga buruh.
Campur tangan British di negeri-negeri Melayu dan perkembangan  industri bijih timah dan getah mengubah struktur masyarakat Melayu.

Komposisi penduduk Malaya 1911-1947(%)
Kaum/tahun
1911
1921
1931
Cina
Melayu
India
Lain-lain
33
51
11
5
35
49.2
14
1.8
39
44.7
14.2
2.1
Jumlah
100
100
100








Rajah 1
Isi
1.       Sebab perubahan kepadatan
a)      Permintaan untuk getah dan bijih timah yang tinggi akibat Revolusi Industri di Eropah.
b)      Sistem pengangkutan, komunikasi dan kesihatan yang baik.
c)       Kestabilan politik di Malaya.
d)      Penggunaan teknologi dan jentera-jentea moden dalam sektor pengeluaran.
2.       Perubahan penduduk

India
Cina
Melayu
Lain-lain
a)      Keperluan untuk tenaga buruh di ladang-ladang getah. Tanah Melayu mengeluarkan 53% daripada keluaran dunia
b)      1901-1910 purata 48 000 orang. 1911-1920 purata 90 000 orang. 1925-1929 purata 120 000 orang.
c)       12.8% daripada penduduk Tanah Melayu adalah kaum India.
d)      93% penduduk India datang dari selatan India dalam sector perladangan.
e)      Kaum sikh dan masyarakat India Utara melibatkan diri dalam bidang perdagangan.
a)      Sebelum 1878 masyarakat Cina berjumlah 40 000 orang di tanah Melayu




b)      Bekerja di sector perlombongan





c)       1882-1847 terdapat kira-kira 2.6 juta orang Cina.

d)      Kemasukan imigran perempuan menggalakkan lebih ramai menetap di Tanah Melayu
a)      Jumlah kecil berbanding dengan kaum Cina dan India datang dari Jawa dan Sumatera


b)      1931 28% penduduk Selangor dan 27% penduduk Johor dilahirkan di luar Tanah Melayu.

c)       Mudah berasimilasi dengan penduduk tempatan

d)      Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum
a)      2% daripada jumlah penduduk terdiri daripadakaum Arab, Eropah, dan separuh Eropah
Rajah 2

Kesimpulan

Kesan perubahan
1.       Wujud masyarakat majmuk.
2.       Industry bijih timah dan getah berkembang maju.
3.       Timbul masalah social seperti kongsi-kongsi gelap dan setinggan.
4.       Tanah Melayu tetap maju dan lebih stabil selepas Perang Dunia Pertama.

Tuesday 6 March 2012

Skema jawapan Ujian Prestasi 1

 Peranan masyarakat Neolitik
PENDAHULUAN (3 markah)
1. Latar belakang zaman prasejarah
· Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
2. Latar belakang zaman Neolitik
· Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru.
· Wujud kira-kira 7000 S.M – 3500 S.M
· Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.
3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia.
ISI: Sumbangan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.
(5 isi X 4 markah = 20 markah)
1. Kemajuan Sains dan Teknologi
· Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
· Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
· Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
· Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
· Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia
· Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.
· Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.
· Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian.
· Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus.
2. Revolusi Pertanian
· Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.
· Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini sebenarnya telahpun bermula pada zaman neolitik.
· Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.
· Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.
· Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.
· Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revolusi urban atau perbandaran.
· Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis , Dhilkah dan Thebes
3. Urbanisasi/Perbandaran.
· Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia.
· Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal.
· Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun.
· Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota.
4. Sistem Kepercayaan dan Agama
· Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun.
· Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri berugama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun.
· Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka.
· Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta.
· Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir.
· Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi.
  • Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau.
  • Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
5. Pengkhususan kerja
· Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti berat seperti kerja pertanian, penternakan dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita aktiviti ringan seperti bercucuk tanam.
· Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan.
· Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.
  • Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China
6. Organisasi Sosial
· Organisasi sosial / institusi kekeluargaan dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang mudah.
· Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan dengan pertanian atau hak milik tanah.
· Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun.
· Struktur dan organisasi masayarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
· Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
· Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
· Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
· Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
· Rakyat biasa yang menajlankan aktiviti ekonomi masing-masing
· Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat.
· Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
· Contoh ; tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi
7. Kesenian
· Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan.
  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
  • Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh; tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
Kesimpulan (2 markah)
· Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik.
Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.


 Sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dengan tamadun Mesir.
Pendahuluan :
  • Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun.
  • Tamadun Mesopotamia bermula sekitar tahun 3,500 sm di Lembah Sungai Tigris-Eupharates.
  • Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Isi :
Raja :
Tamadun Mesopotamia :
  • Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi.
  • Merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama.
  • Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi (gabenor) dan ingal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan.
  • Merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama.
Tamadun Mesir :
  • Raja Mesir : kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat.
  • Peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.
  • Bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari.
Golongan bangsawan :
Tamadun Mesopotamia :
  • Hairaki kedua tertinggi selepas raja .
  • Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir.
  • Berkuasa memilih pewaris tahta.
  • Terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan
  • Gabenor yang dilantik oleh raja.
  • Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja.
  • Sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat.
Tamadun Mesir :
  • Kedua tertinggi selepas raja .
  • Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja.
  • Contoh pendeta, penguasa dan pentadbir.
  • Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
  • Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
  • Turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja.
  • Berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.
Golongan professional / tentera :
Tamadun Mesopotamia :
  • Golongan professional merupakan hairaki yang ketiga.
  • Dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doctor, artis dan jurutulis.
  • Mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka.
  • Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan kepada anak masing-masing.
Tamadun Mesir :
  • Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan.
  • Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja.
  • Buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun.
  • Golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi.

Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba :
Tamadun Mesopotamia :
  • Rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah.
  • Rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba.
  • Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang.
  • Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta.
  • Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang tiada keistimewaan.
Tamadun Mesir :
  • Golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang.
  • Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil.
  • Zaman Ramses II tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar pembinaan.
Kesimpulan :
  • Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada peringkat-peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut.

    Huraikan ciri-ciri bandar Tamadun Mesopotamia dan Indus.

    Pendahuluan :

    • Bandar merupakan salah satu ciri utama tamadun. Bandar merupakan nadi kepada pembangunan dan perubahan sesuatu tamadun
    • Bandar adalah suatu unit politik , suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur.
    • M.A.J. Beg dalam History Cities of Asia mentakrifkan bandar sebagai suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan mereka terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.
    • Perbandaran merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan bandar.
    • Fungsi -fungsi bandar sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan, ketahanan, perdagangan, pengangkutan, pendidikan dan perindustrian.
    • Contoh bandar Tamadun Indus : Mohenjo-Daro dan Harappa, Mesopotamia: Calah dan Nineveh.

    Isi :

    Ciri-ciri bandar Tamadun Indus

    Bandar terancang :

    • Pembinaan bandar terancang , penduduk mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang perancangan dan pembinaan bandar.
    Pelan struktur yang sama :
    • Pembahagian bandar kepada kubu dan bandar. Kubu di bahagian timur  untuk pertahanan dan mengatasi masalah banjir. Bahagian bawah kubu terletak bandar yang menganjur sejauh tiga batu.
    Bahan binaan yang bermutu tinggi :
    • Pembinaan bangunan daripada batu bermutu tinggi , dua saiz yang standard iaitu 11 X 5.5 X 2.5. inci Bangunan didirikan dalam blok-blok empat persegi di sepanjang jalan-jalan dan lorong-lorong.
    Jalan yang teratur :
    • Jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan.Disilang pada sudut tepat dan bentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki. Lorong-lorong dibina selari dengan jalan-jalan utama.
    Pembinaan longkang dan sistem pembuangan air :
    • Terdapat longkang  tertutup di sepanjang jalan-jalan utama. Longkang dilengkapi dengan
    • Lubang pemeriksaan untuk kerja pembersihan. Air dari rumah dialirkan ke longkang besar melalui  longkang-longkang kecil.
    Kemudahan-kemudahan awam :
    • Tempat mandi awam ” great bath “, tandas awam, dewan perhimpunan.
    Rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama :
    • Batu yang bermutu tinggi, dua tingkat atau lebih, berbentuk empat segi, mempunyai bilik mandi dan perigi., peredaran udara yang baik.Terdapat juga rumah kongsi bagi buruh dan hamba.   Jelepang besar untuk menyimpan bijirin.

    Ciri-ciri bandar Mesopotamia :

    Pembinaan kubu-kubu pertahanan :
    • Pembinaan kubu bermula menjelang tahun 3000 S.M.
    • Bandar lama : kubu pertahanan di bahagian tengah.
    • Bandar baru : Kubu terletak di kawasan luar bandar.

    Tembok pertahanan :
    • Fungsi : Menjadi sempadan antara bandar dan luar bandar, barisan pertahanan semasa peperangan.
    • Bentuk pertahanan yang berbeza : segi empat sama, segi empat tepat, bulat dan bujur,. Bandar Ur dan Uruk bentuk pertahanan berbentuk bujur, bandar Zenjirli, tembok pertahanan berbentuk bulatan.
    • Raja  bertanggungjawab untuk memelihara dan perbaiki tembok-tembok pertahanan.
    Pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah bandar :
    • Terdapat monumen di pintu gerbang untuk menarik pelawat-pelawat. Raja membina patung mereka berhampiran pintu gerbang .Pintu gerbang juga sebagai pusat sivik, perhimpunan akan diadakan berhampiran pintu gerbang.
    • Procession street :  Perarakan diadakan di jalan besar yang melalui pintu gerbang semasa perayaan tahun baru.
    • Terdapat lapan pintu gerbang di Babylon, setiap pintu masuk dinamakan sempena nama tuhan, pintu Ishtar merupakan pintu gerbang utama.
    • Nama pintu gerbang mencerminkan golongan masyarakat dan pekerjaan mereka yang mendiami bahagian bandar . contoh : gate of metalworks di Assur.
    Kewujudan Pasar :
    • Perkembangan pasar didorong oleh perkembangan bandar-bandar besar.
    • Catatan dalam inskripsi di Susa menyebut tentang kewujudan pasar dan senarai harga di pamerkan di pasar.
    • Bandar kubu dan bandar bukit. 
    Pembinaan jalan :
    • Jalan-jalan menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat lain di dalam bandar.
    • Jalan di bandar Ur mempunyai lebar yang standard dan bersilang pada sudut yang tepat.
    • Jalan  di bandar Urartu, jalan dibina dalam corak grid yang tersusun, lebar lima meter/tujuh meter.
    • Terdapat jalan suci di bandar Babylon, Assur dan Uruk. Jalan suci digunakan  untuk perarakan semasa perayaan tahun baru. Terdapat monumen yang indah di kedua-dua  belah jalan suci

    Kesimpulan :
    • Kemunculan bandar merupakan ciri penting dalam kemunculan sesuatu tamadun. Perkembangan bandar dan tamadun tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa bandar-bandar wujud di setiap tamadun awal. Bandar adalah satu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur. Proses pembandaran atau urbanisasi pula boleh didefinisikan sebagai proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan keluasan ruang.
        
       Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan  Islam.

     Pengenalan :
    •  Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
    • Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
    • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
    • Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
    • Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
     Isi :
    Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
    1.         Agama Hanif :
    Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
    2.         Agama Yahudi :
    Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
    3.         Agama Nasrani :
    Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
    4.         Agama Wathani :
    Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
    5.         Agama Majusi :
    Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
    6.         Agama penyembahan Cekarawala :
    Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
    7.         Agama Animisme :
    Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
    8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
    Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
    9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
    Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
    10.       Kepercayaan tahyul :
    • Kepercayaan tangkal azimat
    • Roh orang mati menjadi burung.
    • Percaya kepada ahli nujum.
    • Percaya kepada ahli sihir.
    • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
    • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
    • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
    • Membuat keputusan melalui anak panah.

    Kesimpulan :
    Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.
      
    Sebab-sebab dan cara-cara orang Makkah menentang Nabi Muhammad s.a.w dan bagaimana cara baginda mengatasinya

    a. pengenalan (3m)


    - setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w menyampaikan ajaran Allah secara sulit, akhirnya Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran secara terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah Al-Hijr. Rasulullah s.a.w menghadapi penentangan kemudian setelah mula menegaskan kesesatan golongan masyarakat Makkah menyembah berhala yang menjadi anutan turun temurun. Alas an penentangan mereka terhadap Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

    b. sebab-sebab Penentangan rasulullah s.a.w semasa berada di kota Makkah
    (mana-mana 3 x 3 markah = 09, maksimum 7)

     faktor agama
    - ajaran Rasulullah s.a.w menegaskan kepada keesaan Allah, akidah dan tauhid.
    - Perkara-perkara dalam rukun iman seperti percaya hari kiamat sukar untuk diterima oleh masyarakat Makkah.
    - Sukar menerima hakikat seperti adanya hari pembalasan, pahala dan dosa, syurga dan neraka yang dianggap oleh mereka bertentangan dengan ajaran nenek moyang.
    - Apatah lagi menyembah berhala adalah dilarang dalam islam dan dianggap perbuatan syirik.
    - Menganggap rasulullah s.a.w cuba menghapuskan ajaran nenek moyang yang diwarisi.
    - Menghapuskan amalan karut.
     Faktor politik
    - Suku-suku lain di makkah berasa bimbang Rasulullah s.a.w akan mengambil alih kuasa di Makkah
    - Kebimbangan diperkuat oleh Bani Hasyim yang melindungi baginda dalam menyampaikan ajaran Islam
    - Sebab itulah Bani Hasyim dikenakan pemulauan sosial oleh suku lain di Makkah selama hamper tiga tahun untuk melemahkan kegiatan Rasulullah s.a.w.
    - Usaha penyampaian ajaran Allah oleh Rasulullah s.a.w ditentang dan dituduh cuba mendapatkan pengaruh dengan menyampaikan ajaran baru.
    - Irihati jika keturunan nabi iaitu Bani Hasyim menjadi ketua.
    - Pembesat tidak mahu Nabi menjadi ketua.
     Faktor sosial
    - Islam menganggap manusia adalah sama taraf melainkan yang bertakwa dengan Allah.
    - Begitu juga dengan prinsip keadilan, persaudaraan sesame manusia
    - Sedazngkan golongan masyarakat makkah telah biasa dengan fahaman asabiyah yang kuat dan menyanjungi keturunan serta wujudnya golongan hamba.(semangat assabiyah)
    - Sekali lagi ajaran islam dianggap sangat bertentangan dengan fahaman sosial yang telah diwarisi.
    - Akhlak buruk dihapuskan seperti berjudi, berzina dll.
    - Takut hokum pahala dan dosa.
    - Taraf wanita disamakan
    - Anak perempuan ditanam hidup-hidup (dibunuh)
     Faktor ekonomi
    - Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w amat menentang keras penyembahan berhala yang dianggap menyekutukan Allah.
    - Sedangkan tumpuan golongan pedagang ke kota Makkah antara lainnya disebabkan perkembangan perusahaan peralatan berhala.
    - Mereka beranggapan sekiranya ajaran Rasulullah s.a.w berkembang akan menghapuskan kegiatan penyembahan berhala dan seterusnya akan menyekat sumber pendapatan penduduk Makkah yang mengusahakan berhala.
    - Amalan buruk dihapuskan seperti riba dan sebagainya.
    - Cukai naik haji dihapuskan.

    c. Bentuk Penentangan yang dilakukan oleh Masyarakat Makkah ke Atas Rasulullah s.a.w (mana-mana 3 isi x 3 markah = 09, maksimum 07)
    • Propaganda penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w
    - Mereka menuduh Rasulullah s.a.w seorang yang gilakan pangkat, kedudukan dan status.
    - Penghinaan juga diteruskan dengan menghasut kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah akan keburukan Rasulullah s.a.w
    - Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan dan memperolok-olokkan baginda.
    - Antaranya, halaman rumah Rasulullah s.a.w pernah ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah mengalami luka akibat dilempar dengan batu.
    • Melakukan Penyiksaan
    - Melakukan penyiksaan terhadap pengikut islam terutamanya golongan yang lemah dan hamba dengan harapan Rasulullah s.a.w akan menghentikan ajaran Islam.
    - Contohnya Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata hari di padang pasir dan ditindih dengan batu besar.
    - Begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir yang diseksa oleh Bani makhzum hingga kedua ibu bapanya meninggal dunia.
    • Melakukan diplomasi
    - Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah s.a.w dengan pangkat, wanita, dan harta agar Rasulullah s.a.w menghentikan ajaran Islam.
    - Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah kota makkah dengan syarat baginda menghentikan ajaran islam, tetapi semuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w.
    • Usaha membunuh Rasulullah s.a.w
    - Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas masih menemui kegagalan.
    - Mereka pernah meminta agar Abu Talib menyerahkan Rasulullah s.a.w kepada mereka untuk dibunuh dan sebagai ganjarannya Abu talib akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya.
    - Setelah Abu Talib menolak maka masyarakat makkah mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah s.a.w melalui wakil setiap suku yang terdapat di kota makkah.
    - Usaha ini masih gagal kerana Rasulullah s.a.w mendapat wahyu daripada Allah untuk segera berhijrah ke Madinah.
    • Peperangan
    - Tindakan ini dilakukan setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke kota madinah.
    - Beberapa siri peperangan berlaku antara islam dengan musyrikin Makkah antaranya seperti Perang Badar, Uhud dan Perang khandak.
    - Tujuannya adalah untuk melenyapkan ajaran Islam bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w dan pengikutnya.

    d. Cara Rasulullah s.a.w mengatasi penentangan
    (mana-mana 3 x 3 markah = 09, maksimum 7)

    • Penebusan pengikut islam daripada orang kaya
    - Pengikut islam yang terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba telah ditebus oleh Abu Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan islam yang berkemampuan, walaupun dikenakan harga yang tinggi.
    - Contohnya Bilal telah dimerdekakan oleh Abu Bakar.
    • Melalui hijrah ke Habsyah
    - Untuk meringankan beban dan tekanan ke atas pengikut Islam, Rasulullah s.a.w telah menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah yang dilakukan sebanyak dua kali dalam sejarah.
    - Pertama kali pada tahun ke 5 perlantikan baginda Rasulullah s.a.w yang disertai seramai 83 lelaki 18 perempuan.
    • Dengan perlindungan
    - Pengikut islam yang dimerdekakan berlindung di bawah suku yang mempunyai kedudukan.
    - Rasulullah s.a.w sendiri berlindung di bawah jagaan bapa saudaranya iaitu Abu Talib disamping kedudukan Bani Hasyim yang dihormati oleh masyarakat Makkah.
    - Kedudukan mereka terjamin kerana masyarakat kota makkah menghormati Qanun al-Jiran (menghormati tetamu dan jiran)
    - Perlindungan daripada masyarakat madinah.

    e. Penutup (2m)- pada tahap awal penyebaran islam, Rasulullah s.a.w telah mendapat penentangan daripada masyarakat kota makkah dan diatasi dengan pasif.
    - Berkat daripada kesabaran akhirnya Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah dan Berjaya mewujudkan sebuah Negara Islam dan mengatasi penentangan ini dengan lebih agresif sehingga Berjaya menegakkan syiar islam dengan kemuncaknya penubuhan sebuah Negara islam madinah dan penawanan kota makkah tanpa pertumpahan darah pada tahun 8H.